LamanUtamaOrganizerMamaBank ArtikelProduk

Part 2 : Penyusuan susu ibu bagi ibu bekerjaya menurut perspektif Islam

... Sambungan..


Kita tengok ye, Al-Quran menyebut2 tentang penyusuan susu ibu kerana takde yang Al-Quran sebut secara spesifik melainkan perkara itu sangat2 penting. Biasanya dalam Al-Quran ini, disebutkan sesuatu perkara itu dengan kaedah yang umum. Tapi ada ' certain2' perkara, yang Al-Quran sebut secara spesifik. Dan subhanallah, kita tengok ye.perkara2 yang Al-Quran sebut secara spesifik ialah tentang MENYUSUKAN ANAK2. Allah SAW berfirman, " Hendaklah para ibu yang menyusukan anaknya selama 2 tahun penuh iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuannya." Ini yang terbaik. 


Dan Al-Quran sebut, Surah Luqman, ayat 14 " Dan kami wajibkan manusia berbuat kepada kedua2 ibubapanya. Ibunya telah mengandungkan dia, menanggung kelemahan demi kelemahan dari awal kandungan hingga ke akhir menyusu, dan tempoh menyusu adalah dalam masa 2 tahun. Oleh yang demikian, bersyukurlah kalian kpd kedua ibubapa. "
Hadirin dan hadirat sekelian,
sebab apa Islam memuliakan seorang ibu ?
Sebab kesusahan seorang ibu ..melahirkan dan menyusukan..
Bilamana kita rasa malas nak menyusukan, seolah2 kita nak mencampakkan kemuliaan kita yang dipuji Allah dalam Al-Quran. Al-Quran puji kita sebab kita menyusukan.Tiba2 kita malas nak menyusukan. Layak ke tak layak nanti kita mendapat pujian Allah? Dan nanti kalau anak kita itu tidak memuliakan kita sebagai seorang mak, tidak menghormati kita, jangan terkejut ye. Sebab semasa mereka kecil, kita tak memuliakan hak yang patut mereka dapat. Anak itu amanah yang sangat berharga. Sepatutnya, bila anak itu lahir sahaja, kita sebagai ibu nak raikan dia sebab dia adalah amanah yang sangat penting. Bagi susu yang terbaik buat si anak. Kerana ia sangat berpengaruh kepada perkembangannya, emosinya, perkembangan mindanya,penyakit2 tidak akan datang iaitu kita mencegah awal penyakit2 itu apabila kita menyusukan. Tengok2 kita memilih untuk tidak mahu memberikan susu ibu. Malang sekali ye..
Kalau boleh, kita nak muliakan diri kita dengan kemuliaan yang telah Allah berikan dalam Al-Quran iaitu melahirkan dan menyusukan. 


Hadirin hadirat yang saya muliakan,
Walaupun mungkin bersusah-payah sedikit dari sudut masa kita, simpanan kita..kita rasa susah. ambil masa semua itu..Jangan risau, kalau kita bagi masa kita untuk bagi yang terbaik untuk seseorang, Allah gantikan sesuatu yang jauh lebih baik. Setengah orang taknak menyusu sebab apa ? .. sebab memakan masa tapi akhirnya, anak dia asyik sakit, anaknya tidak cerdas, lagi ambil masa dia untuk menjaga anak2nya., bawa ke hospital, membayar yuran tuisyen untuk anak dia sebab anak dia lembab sikit dalam pelajaran. Kitatengok ye, bila kita tak bagi masa untuk Allah, masa yang terbaik untuk anak, Allah akan bagi balasan 'Cost & Effect' nya begitu. 
Saya mempunyai seorang kawan yang kesian sangat.. Beliau tidak memberi susu ibu kepada anaknya. Anaknya itu akhirnya selalu diserang penyakit demam panas yang kuat., kena masuk hospital, masuk wad. Dan masa dia memang banyak sangat dihabiskan untuk menjaga anak dia. Dia kata, cukuplah setakat ini. Kalau dia diamanahkan ada anak lagi selepas ini, dia akan menyusukan anaknya sepenuhnya. 
Dan takpe kita bersusah payah sekarang. Kalau kita tengok orang2 yang hebat, orang2 yang berjaya, biasanya pada masa akan datang mereka akan berbangga dengan kisah kesusahan mereka pada masa lalu. 
tak kisahlah siapa dia. contohnya seorang chef yang hebat, Chef Sabri. berbangga dengan kesusahannya pada masa lalu. Perlu bangun jam 4 pagi setiap hari untuk membantu ibunya membuat nasi lemak. Begitu juga kita sebagai ibu, ada cita2 untuk mempunyai generasi masa depan yang hebat, anak2 yang terbilang, kita cuba tengok, apa kesusahan yang perlu kita bayar pada hari ini. 
Kata pepatah " PAY NOW PLAY LATER ".. bayar sekarang dengan kesusahan, yakinlah kesusahan kita ini akan dinilai tinggi di sisi Allah. Bukan sekadar di akhirat, di dunia ini juga pun kita dah boleh melihat kesan yang baik daripada Allah. 


Seterusnya,
Apa yang kita berikan untuk anak kita ? 
Kita beri yang terbaik, insyallah kita akan dapat yangterbaik di masa depan. 
Al-Imam Shafie berkata " Sihat atau tidak anak itu adalah bergantung samada anak disusui oleh susu ibu atau tidak walaupun sekali susuan "


HAdirin hadirat yang saya muliakan..
Saya mempunyai seorang pembantu rumah dan sekarang pembantu rumah itu telah pun kembali ke rumahnya sebab dia sakit. Ketika dia menjadi pembantu rumah di rumah saya sekejap, dia ada berkongsi cerita tentang masa kecilnya dahulu. Dia kata, dia orang yang susah sangat, mak dia bagi dia susu pekat manis yang dicampur dengan air. Bayangkan susu pekat manis yang dibeli di kedai, kemudian di bancuh dan diberi kepada bayi. dan akibatnya, dalam usia 20tahun sekarang ini, dia menghidap pelbagai jenis penyakit. Dan dia sangat lembab untuk menerima pelajaran, nak mengaji payah, nak membaca payah. dan dia terpaksa balik kerana dia tidak larat, tidak mampu untuk membuat kerja kerana sakit darah tingginya, sakit rabun dn macam2 penyakit. kesian dekat dia...
Sebab itu kita jangan ambil mudah ye untuk anak2 kita teruskan hidup, nak jadi insan hebat, insan cemerlang, perlu bantuan dari mak yang hebat dulu. mak yang ada wawasan jauh, pandang jauh. 


Seterusnya,
semua yang terbaik ada dalam susu ibu. Kita tengok ye iklan2 susu sintetik ini. ada menyatakan DHA, AA dan sebagainya. hakikatnya semua ini memang terkandung dalam susu ibu. Malah kandungan yang ada dalam susu ibu itu jauh lebih baik daripada susu sintetik ini. 
Dan susu ibu itu memahami segala keperluan bayi.  Adanya kolustrum, antibodi, sel darah putih yang tinggi. Dan seorang ibu itu yang memahami keperlulan anaknya akan bermula dengan memberikan keperluan yang terbaik buat si anak., keperluan biologi anaknya ketika kecil. Kesian bayi kecil jika kita tidak memberi susu ibu. Apabila dia tidak diberikan susu ibu, dan diberi pula susu yang payah hendak dihadam, perutnya bukan main sakit lagi. Dan ibunya yang memberikan benda itu kepadanya. Sungguhpun si ibu mampu memberi sesuatu yang lebih baik dari itu. 
Specialnya susu ibu ini mempunyai ubat penenang yang semulajadi.  Kalau anak meragam, apabila bagi dekat puting susu ibu, insyallah anak akan lebih tenang. 


Inikah yang kita mahukan ?


      
anak yang mendoakan semasa kita di alam barzakh, anak yang boleh berjasa, tidak menderhaka kepada mak ayahnya..Kalau kita beri yang terbaik, insyallah kita akan dapat yang terbaik. 
Ataupun kita mahukan anak yang begini...


  


kalau kita dekati remaja2 ini, kebanyakan mereka ini akan menyalahkan mak ayah mereka.  Mak ayah dia sibuk, mak ayah dia tiada masa untuk dia, mak ayah dia fokus kepada kerjaya, mak ayah dia tidak memberi yang terbaik untuk dia, mak ayah dia tak faham dia, macam2 alasan yang mereka bagi.
Kita ini kalau hendak kita buktikan yang kita memahami anak2, maka dari kecil lagi kita kena faham keperluan dia dan berikan yang terbaik untuk mereka.


bersambung ke PART 3...

Part 1 : Penyusuan susu ibu bagi ibu bekerjaya menurut perspektif Islam

Bismillahirrahmanirrahim..
Saya mohon maaf byk2 kerana rakaman video ceramah oleh Ustazah Fatimah Syarha Mohd Noordin x dapat saya  kongsikan disini memandangkan terdapat kekurangan semasa rakaman tersebut. Namun begitu saya akan kongsikan ceramah beliau dalam bentuk penulisan. Semoga ia bermanfaat buat kita semua...


*********************************************
Wanita mempunyai status yang tersendiri. Sebab itu di dalam Islam, ibu yang menyusu, ibu yang melahirkan, ibu yang mengandungkan di puji didalam Al-Quran, dipuji di dalam hadith dengan pujian yang sangat hebat, sangat melambung2.
Subhanallah, subhanallah..
Jadi kita bertuah menjadi wanita, bertuah menjadi isteri, bertuah menjadi ibu, bertuah menjadi nenek & lelaki2 yang berada di dalam majlis ini, lelaki yang kita perlu tabik kerana mereka adalah golongan yang dipuji oleh Rasulullah sebagai
" Lelaki yang mengambil berat urusan wanita, mereka itulah lelaki mulia "
Subhanallah, Subhanallah.


Rasulullah berkata ' Lelaki yang menghinakan wanita adalah lelaki yang hina' . Begitu sekali Islam mengangkat darjat & kemuliaan seorang wanita. Jadi, jangan sesekali kita masih simpan minda yang telah di programkan oleh musuh2 Islam yang mengatakan tugas menyusukan, mengandungkan, melahirkan satu tugas yang menghinakan wanita.
Islam meletakkan satu kemuliaan, satu penghapus dosa ( kaffarah )..umpama bayi yang dilahirkan semula. Kita lalui sakitnya bersalin, bersusah-payah untuk menyusukan bayi kita.


Mari kita lihat pegangan Islam terhadap wanita bekerjaya. Hukum wanita bekerjaya adalah harus ( dibolehkan ). Bukannya haram. Walaupun kedudukan asal wanita itu adalah didalam rumah suaminya, mendidik anak, menguruskan rumahtangga, tetapi untuk keluar bekerja harus hukumnya, di bolehkan, tak berdosa asalkan wanita itu jelas tugas utamanya iaitu memberikan yang terbaik untuk keluarga. Itu tugas utama wanita. Mendidik generasi. Asalkan wanita itu menjaga adab & batasan. Keluar bekerja dengan amanah  & kepercayaan suami, maka tak bolehlah untuk bermain kayu tiga, curang. Allah Maha Melihat.


Dan jika kita tengok dalam sejarah Islam, kita ada Khadijah, contoh usahawan yang hebat peringkat antarabangsa. Kita ada Zainab bt Jahsyi. Kepakaran Zainab ini adalah dalam menyamak kulit. Bila dia samak kulit, jual di pasar, beliau mempunyai sumber kewangannya tersendiri. Dan dia boleh bersedekah, memberi sumbangan berbanding isteri2 Rasulullah yang lain. Itu kelebihannya. Sehinggakan Zainab diberi gelaran special dari Rasulullah iaitu ' Si Panjang Tangan'. Kalau dalam masyarakat kita, panjang tangan ni kuat mencuri tetapi dalam masyarakat Arab, panjang tangan maksudnya wanita yang kuat sumbangannya.
Itu specialnya wanita yang bekerjaya. dan seterusnya kita ada Asma' bt Abu Bakr. Asma' bt Abu Bakr Al-Siddiq ini tugasnya membawa bijian kurma dari kebun suaminya ke suatu tempat dengan jarak yang agak jauh. dan dia terpaksa keluar dari rumahnya. Itulah kerjaya Asma'.


Dan seterusnya, banyak lagi contoh.Seperti di zaman Umar, beliau melantik seorang wanita untuk menjadi Menteri Pemasaran. bukan jawatan yang kecil2 sahaja. wanita kalau ada kepimpinan boleh jadi ketua organisasi, Adun, terlibat dengan politik. Tiada masalah, dibolehkan, dalam batasan harus.
Islam meraikan kebolehan individu yang berbeza. Wanita yang mampu mengangkat senjata walaupun ia bertentangan dengan fitrah wanita yang lembut ..tapi kalau ada kemampuan, dibenarkan untuk mereka menjadi polis, askar..di bolehkan. Sebab itulah didalam sejarah Islam, kita mempunyai Khawlah Al-Azwar. Seorang wanita yang meluncur dengan kencang di medan perang dan menebas musuh satu persatu.Sebab dia seorang mujahidah yang kuat. Sesungguhnya Islam meraikan kebolehan yang berbeza2.


Orang kata duit bukan segala2nya, tetapi hari ini segala2nya perlukan duit.
Kita tengok Kerjaya..nak mulakan bisnes, perlu ke tak perlu kan duit ?
Perlu duit untuk modal.
Kita nak buat simpanan, sudah tentu perlukan duit.
kita nak buat yang terbaik untuk keluarga, perlukan duit.
kita nak berikan sumbangan, dah tentu perlukan duit.
Nak guna untuk pendidikan, untuk kemajuan diri. pergi kem itu ini untuk mengasah 'skill' kita, perlukan duit.
nak menjaga kesihatan diri kita, nak jumpa ' dentist'  dan sebagainya perlukan duit.
Nak kebahgiaan rumahtangga, perlukan duit. Untuk hiasan dalaman rumah supaya rumah kita cantik, nak ada perabut sedikit untuk kesenangan keluarga kita, perlukan duit.
Dalam agama kita sendiri, nak solat perlu tak duit ? Sudah tentu..untuk membeli pakaian yang menutup aurat.
Nak puasa, perlu tak duit ? Perlu duit untuk membeli makanan untuk berbuka dan bersahur.
Pergi haji, perlu tak duit ? Dah tentu, nak beli tiket kapal terbang.
Nak bayar zakat, perlu ke tak perlu duit ? Dah tentu sangat perlu.
Memang nak atau tidak, dalam kehidupan kita, kita memang perlukan duit. 
Kita raikan dan muliakan wanita bekerjaya ini walaupun sebenarnya wanita ini boleh memilih untuk duduk di rumah. Tetapi kita melihat kepada maslahat umum, keperluan dunia hari ini, maka Islam meraikan wanita yang bekerjaya. 


Tugas utama seorang wanita yang saya sebutkan tadi adalah MENDIDIK GENERASI.
Al-Hafiz Ibrahim, seorang ulama' berkata " wanita ini ibarat sekolah. Kalau kita persiapkan sekolah ini, ibarat kita mempersiapkan satu generasi yang hebat di masa depan."
Sebab anak2, mula2 dia celik mata, dia lihat wajah ibunya, senyuman ibunya dahulu. Itulah guru pertama mereka.
Dan mendidik generasi, termasuklah memberi segala yang terbaik untuk keluarganya. 


Jangan kita biarkan anak kita kehilangan ibu.
Dunia ini boleh bahagia kalau tiada arkitek wanita, jurutera wanita.
Tapi dunia takkan sesekali bahagia jika tiada ibu.



Apabila kita keluar bekerjaya, kita anggap bahawa kita berkorban untuk keluarga kita. Hakikat yang sebenarnya, anak2 kita sekarang ini sedang berkorban. Sepatutnya mereka dapat pelukan kita, mereka dapat susu yang terbaik dari kita, mereka dapat masa yang banyak bersama kita,  tapi mereka terpaksa berkorban. Mak ayah mereka ada keperluan, perlu sumbang kepada masyarakat. Semua anak berkorban di rumah.
Tanda terima kasih kepada pengorbanan anak kita, kita kena beri segala yang terbaik untuk dia.
Apabila kita pulang kerja, walaupun agaknya kita stress dengan tekanan di opis. Kawan2 suka mengumpat, bos selalu garang. jadi cara kita nak balas jasa anak kita tu, yang berkorban masa itu, kita kena HADIAHKAN SENYUMAN. senyum ' in trouble' ini satu ubat, satu terapi yang sangat hebat untuk lapangkan jiwa kita yang sedang stress. Dan kita cuba bagi susu yang terbaik. Sebab takkan sama, pembantu yang menjaga anak kita dengan mak yang jaga. Pembantu jaga, dia buat perkara yang memudahkan dia. Apabila dia nampak anak tu menangis kuat sangat, dia bagi anak2 tu ubat selsema supaya cepat tidur. Malam nanti, mak letih, asyik tengok anak jaga sahaja. sebab di siang hari, anak sudah banyak tidur.
Pembantu ni kadang2 ( bukan semua pembantu ye ), bila anak2 ini susah untuk makan, mereka akan bagi anak2 dengan makanan ringan, supaya anak itu kenyang sedikit walaupun makanan itu tidak berkhasiat. Sebab mereka menjaga anak2 bukan sebab cinta, bukan sebab nak tengok anak tu mempunyai masa depan yang hebat ke. Mereka fikir benda yang singkat, benda yang boleh dapat duit. Sebab itu ibu2 perlu bagi yang terbaik, susu yang terbaik. Pastikan anak2 dapat yang terbaik. 


Bersambung....

Penyusuan semasa Mengandung


*menyusukan Sakinah semasa kandungan berusia 2 bulan*


Ramai yang bertanya apabila saya melakukan penyusuan semasa mengandung. Kerana dalam masyarakat kita, situasi ni kurang popular. Jadi sukalah disini saya kongsikan ilmu2 berkaitan penyusuan semasa mengandung ini.


" bolehkah ibu yang mengandung menyusukan anak ?
ia kan boleh merbahayakan anak.
nanti anak tak cukup zat. "

Semuanya terpulang pada si ibu dan kondisi ibu itu sendiri. Adalah lebih baik kita membuat sesuatu keputusan setelah kita mengetahui sedalam-dalamnya sesuatu isu. Jadi kita tidaklah membuat keputusan membuta-tuli atau sekadar mengikut kata-kata orang. 

Disebabkan keadaan 'menyusukan anak semasa mengandung' sangat janggal di Malaysia, maka kuranglah galakan yang akan diterima dari orang sekeliling. Ibubapa, mertua, keluarga, rakan taulan,jiran tetangga ( ini juga pengalaman saya..he3 tapi saya suka pengalaman ini kerana ia menguatkan saya. Saya adalah pelapis mereka. Jadi selepas ini saya akan menjadi anggota keluarga dan anggota masyarakat yang lebih menyokong isu ini ). Ini kerana mereka-mereka ini prihatin dengan kita ( bersangka baik ok =) ). Mereka bimbang ia bakal memberi risiko kepada bayi dalam kandungan. Tetapi sesungguhnya, tiada hasil kajian yang menunjukkan bahawa penyusuan semasa mengandung dapat memberi kesan KEKURANGAN NUTRIEN pada bayi dalam kandungan. 
Berapa banyak ibu yang mengandung dan tidak terlibat dalam penyusuan anak semasa mengandung, melahirkan anak yang kurang nutrien ? Jadi justifikasinya disini, penyusuan semasa mengandung itu bukanlah punca kepada permasalahan nutrien bagi bayi dalam kandungan. Puncanya adalah pemakanan ibu itu sendiri. Cara mana si ibu melalui kehidupan yang sihat.

La Leche League International (LLLI) ada menyebut didalam buku BREASTFEEDING ANSWER BOOK, 3rd Edition.
" Walaupun terdapat kontraksi semasa mengandung, itulah adalah perkara normal didalam tempoh mengandung.. Kontraksi ni juga boleh berlaku semasa aktiviti seksual/intim bersama pasangan, yang mana kebanyakan pasangan melakukannya semasa mengandung "
" Buat masa ini, tiada garis panduan spesifik yang menyatakan bahawa penyusuan semasa mengandung dapat memberi risiko pada bayi "

Apa yang diperlukan oleh ibu2 yang mengandung ini adalah REHAT YANG MENCUKUPI. dan apabila ibu itu mengandung dan dalam masa yang sama menyusukan anak, maka REHAT YANG EKSTRA diperlukan. Di sarankan, menyusukanlah anak secara berbaring kerana ia dapat merehatkan diri si ibu. 

Adakala ibu akan berhadapan dengan puting yang sangat sensitif semasa mengandung. Ia akan membuatkan ibu kurang selesa apabila hendak menyusukan anak. Jadi untuk ini, memerlukan ketahanan mental yang kuat. Perlu dipelajari teknik2 pernafasan yang mana ia sangat membantu ibu2 menghadapi stress dikala menyusukan anak.  Sekiranya mempunyai anak yang menyusu badan itu sudah besar ( maksudnya, kalau anak sudah boleh memahami perkataan ), pesanlah kepada si anak supaya menyusu baik2 dan sekejap sahaja.

Ibu yang menyusukan anak semasa mengandung akan mendapati berlaku penyusutan kepada penghasilan susunya. Juga perubahan rasa pada susu. ( Susu akan menjadi masin kerana kewujudan placenta ) Ya, itu normal! Sebab berlaku perubahan atau gangguan pada hormon ibu tersebut. Sekiranya anak yang menyusu itu di tahap BAYI, maka perlulah dipantau berat badannya supaya dia mendapat keperluan makanan yang mencukupi.  

Sekiranya anda bercadang untuk menghentikan penyusuan apabila disahkan mengandung, si ibu perlulah melakukannya proses 'wean-off' secara beransur2. Bukan mendadak. Kerana ia memberi kesan psikologi kepada anak. Teknik yang disarankan adalah " don`t offer, don`t refuse ". Apabila anak sudah mula menunjukkan tanda-tanda untuk menyusu, tawarkanlah pada dia snek yang berkhasiat atau alihkan perhatian dia tentang penyusuan. Pastikan ibu memberikan PERHATIAN SEPENUHNYA pada anak dengan memeluk dan menciumnya supaya mereka tidak merasa seperti disisihkan atau di abaikan. Tetapi perlu diingat juga, untuk menghentikan penyusuan pada kanak-kanak bukanlah satu kerja yang mudah., meneruskan penyusuan lebih mudah daripada hendak menghentikan =) ( ada orang kata, mudah sahaja. letak arang atau garam atau sirap atau kopi di puting. habis cerita! tapi, wahai ibu..selamilah perasaan kecil si anak. kerana kita menghormati perasaannya, insyallah anak juga nanti akan menghormati perasaan kita )

Tepuk dada, tanyalah hati anda..=)

sumber : La Leche League Leader