LamanUtamaOrganizerMamaBank ArtikelProduk
Showing posts with label Keibubapaan. Show all posts
Showing posts with label Keibubapaan. Show all posts

37 minggu : Sakinah di serang acute broncholitis

Sakinah dan saya baru sahaja discaj dari Hospital Pakar Al-Islam, Kg.Baru semalam ( Ahad ). walaupun sebenarnya doktor nak terus menahan sakinah di wad memandangkan lendir di paru-parunya masih banyak lagi. Namun disebabkan Sakinah dan ibunya sudah psiko berada di hospital lama2, jadi doktor izinkan kami keluar...
5 hari berkampung di wad, memang menyeksakan. Kalaulah hospital swasta pun sudah rasa begini, apetah lagi hospital kerajaan.. 

Untuk Sakinah, mama nak nukilkan sesuatu untuk Sakinah. supaya satu masa apabila Sakinah membaca coretan ini, Sakinah tidak lupa bahawa mama sentiasa sedaya upaya menjaga kamu dengan sebaik mungkin... Walau ada yang berkata mama tak pandai jaga anak sehingga awak boleh jatuh sakit ( sungguh mengguris hati kenyataan ini )

Di saat kandungan mencecah 37 minggu..
Di uji dengan kesihatan anak.. Sakinah di serang demam, batuk dan selsema.
Di tambah pula dengan perangai baru Sakinah yang tidak mahu makan ubat.
Tidur mama sudah tiada lenanya.. 
Dengan menanggung kesakitan mengandung pada trimester terakhir ini..
Mama bangun di setiap malam untuk mengelap badan Sakinah..
Bilamana suhu makin meningkat, Mama ajak ayah bawa Sakinah ke Hospital Al-Islam.
kerana mama khuatir tiba2 adik SF nak keluar dalam waktu Sakinah berada dalam wad.
Jadi lebih baik kita ke Al-Islam. Apa2 jadi boleh bersalin terus di sana..

5 hari kita bersama2 berkampung di wad 303..
bersama-sama adik danial dan adik Rayyan..
Sakinah lalui pelbagai prosedur.
Prosedur nebulizer.. Pada mulanya, awak sangat takut dan akan menangis2 bila tiba waktu untuk di neb. Tapi apabila sudah rutin 4 jam sekali untuk di neb, awak pun dah makin lali dan pandai pegang nebulizer tu sendiri... Awak memang pandai... Bangga mama...



kemudian prosedur fisioterapi pula untuk keluarkan lendiran di paru2 awak.
Uncle Amin dan Auntie Aina menjadi wajah yang awak geruni setiap hari..
kerana mereka akan datang pada awak dan tepuk dada awak depan dan belakang..
Tapi mama tengok tak keluar airmata awak, cuma mama merasakan bahawa sebenarnya awak takut dengan mereka.
Tapi bilamana mama buat perkara sama seperti mereka, tepuk awak, awak senyap dan terus tidur.
Kemudian  lendir awak akan disedut menggunakan tiub melalui hidung dan mulut.
Sungguh awak benar2 seorang 'KHAWLAH AL-AZWAR' ( serikandi islam yang berani berjuang di medan perang, di barisan hadapan mencantas musuh dengan pedangnya sendiri )
Awak menjerit, meronta sekuat hati, menggigit tiub sehingga tergigit lidah sendiri. 
Jururawat bertarung untuk membantu awak melaksanakan prosedur sedutan ini. 
Orang lain kata, mama tak kesiankan awak sebab bagi orang buat prosedur ini. 
Tapi mama pekakkan sahaja..
sebab mama perlu izinkan hal ini berlaku demi kesihatan awak juga.

Bila awak sakit, masa inilah awak akan hendak di peluk, didukung selalu.
Apabila hendak tidur, awak akan pegang tangan mama...
Awak akan cium mama...
Awak akan melekap di dada mama, minta untuk disusukan.
Walaupun dalam kepayahan, dalam kesakitan melayani ragam adik didalam perut, melalui kesakitan jangkitan kencing kotor.
Lama2 kita jadi sehati sejiwa bilamana mama juga terjangkit dengan penyakit awak..

Kemudian melayani ragam awak yang dalam kesakitan...
ragam tidak mahu makan ubat.. awak akan sembur ubat keluar.. 
kemudian awak pula muntah2.. mama tak kesah kalau pakaian mama terkena muntah. sebab awak tak berdaya, nak... mama faham itu...
Kemudian, ragam awak yang tiada selera makan pula.. awak tunjuk segala makanan dan minuman untuk di telan. tapi bilamana mama suakan pada awak, awak tak nak. Kalau ada 10 makanan di atas meja, tentu awak tunjuk satu-persatu untuk makan. Tapi apakan daya kan nak... awak tiada selera.. mama tak paksa awak cuma mama rungsing bilamana awak taknak makan, taknak minum...
Kemudian ragam awak yang pinta didukung setiap masa. Mama tak kesah walaupun sebenarnya mama sudah tak berdaya menanggung berat kandungan ini. Tapi seperti ada kekuatan di situ pula untuk mengendong kalian berdua. Dalam terhencot-hencot kaki ini menanggung kalian, mama teruskan..
Tak pernah mama rasa mengeluh atas semua ini.. Tak pernah terlintas di hati mama untuk membentak maupun memarahi awak.. sebab mama mengerti keadaan awak ini.
Dan mama juga sering berfikir, mungkin inilah masa yang diperlukan awak untuk bersama mama sepenuhnya, menuntut belaian, perhatian.. 
Mungkin ini juga adalah saat2 akhir mama bersama awak.. Walaupun jauh disudut hati mama tak mengharapkan ini akan berlaku.. Tapi siapalah awak... hanyalah amanah yang dipinjamkan oleh Allah buat mama.
Khawlah sakinahku sayang,
Selagi hayat dikandung badan, selagi awak dibawah amanah mama, mama akan jaga awak sebaik mungkin.
Kerana awak adalah Khawlah Sakinah mama....

Salam sayang buatmu, anak...


Berjalan2 menaiki kenderaan awam bersama keluarga

Maaf ya kerana entri ini lewat di tulis...
Kerana terdapat pelbagai kekangan...


Pada hujung minggu lalu, kami bercadang hendak berjalan2 menaiki kenderaan awam dengan Sakinah. Sekali-sekali merasakan kenikmatan menaiki kenderaan awam. Lupakan sebentar kenderaan sendiri. 
Saya sungguh seronok meraikan masa bersama begini. Sakinah juga nampak teruja menaiki LRT. Apa yang saya lakukan semasa sesi ini...


Semasa di stesen LRT ( dari stesen Bandar Tun Razak ke Stesen Bandaraya )


1. Mengajar Sakinah cara-cara membeli token LRT. Dengan dibantu oleh ibunya, Sakinah akan memilih destinasi, kemudian memasukkan duit untuk bayaran token dan akhir sekali adalah mengambil token


2. Membantu Sakinah melalui pagar automatik LRT. Jadi Sakinah akan menyentuh token dan memasukkan token ke dalam mesin pagar tersebut.


3. Mengajar Sakinah tentang larangan2 dan keutamaan yang perlu dipatuhi semasa menaiki tren. Kemudian, pematuhan ke atas garisan kuning...



Muka teruja menaiki tren 



setiap kali menaiki kenderaan, tabiat Sakinah adalah hendak membuka kasut





Semasa berjalan ke Sogo ( melalui jambatan ke Sogo )


1. Apabila bertemu dengan orang yang meminta bantuan/derma di kakilima, meminta Sakinah menyerahkan sedikit sumbangan kepada mereka. Yang mengharukan hati saya seorang ibu, apabila Sakinah menyerahkan RM1 kepada seorang pakcik tua. pakcik tua itu lantas mencium tangan Sakinah..Terusik perasaan saya sebab selalunya yang akan mencium tangan adalah orang yang paling kecil. Itulah tanda penghargaan mereka kepada kita. 
Teringat pada nenek saya yang sudah uzur, akan mencium tangan kami apabila kami memberikan beliau buah tangan...tidak lekang dari mulutnya ucapan " terima kasih ", walaupun beliau sudah ada masalah daya ingatan.


Semasa di Sogo :


1. Sakinah banyak menghabiskan masa bermain bersama ayahnya sementara ibunya membeli-belah..Bukan saya tidak mahu mengajak Sakinah membeli-belah, cuma ayahnya kurang selesa untuk mengikut ibunya membeli-belah ha3 *memang tabiat perempuan ha3*


2. Kemudian apabila perut sudah berkeroncong, duduk sebentar di celah2 tiang untuk menikmati Waffle.. Kemudian datang 2 kanak-kanak arab, Muna dan Muhammad yang sangat teruja melihat Sakinah. Apabila Sakinah berguling atas lantai, si kakak akan mengangkat Sakinah..saya berharap juga Sakinah akan begitu pada adik2nya. Penat saya mengingat kembali perkataan2 Arab untuk berkomunikasi dengan anak2 Riyadh ini. Mak ayahnya mereka sedang membeli-belah. berani sungguh mereka kann..=)


Sesi makan...
tudung mak sudah herot-berot ha3


bersama kanak2 riang yang sungguh menghiburkan hati...




* terpegun melihat tren yang datang *


* kerusi batu yang mengujakan Sakinah juga*






Pelajaran yang amat menyeronokkan buat kami sekeluarga... Mengajar anak2 tentang kehidupan dan berdikari....

Tabung Menabung Dari Kecil

Saya jarang membelikan Sakinah barangan permainan. sebab Sakinah pun belum tahu untuk meminta barang mainan yang ada dijual dikedai. tapi saya rasa, selepas ini kami tetap akan menempuh fasa ini dimana anak akan mula meminta barang mainan di kedai.
Melihatkan adik ipar saya yang selalu merungut kerana terpaksa melayan kerenah anak yang mahukan itu ini, duit pun banyak keluar, maka saya pun bimbangkan perkara itu. 
Maka saya dan suami mengambil inisiatif begini..
Saya dan suami akan memberikan RM1 setiap hari kepada Sakinah sebagai ' duit belanja' untuk dimasukkan ke dalam tabung. Walaupun pd masa sekarang dia belum tahu untuk menggunakan duit itu, tapi kami tetap ingin melatihnya.
Jadi, selepas ini, apabila Sakinah sudah tahu untuk meminta itu dan ini, kami akan suruh Sakinah gunakan 'duit belanja' nya yang dikumpul selama ini. Mudah2an ia akan berhasil untuk membentuk nilai menyimpan duit bagi mendapatkan sesuatu dan berusaha sendiri untuk memenuhi keinginan sendiri. insyallah, mudah2an.


Tabung untuk Sakinah.


belajar memasukkan duit syiling dengan sendiri


sangat teruja Sakinah dengan bunyi 'kling' yang berbunyi setiap kali duit itu jatuh


Semoga Sakinah akan menjadi manusia berguna dunia dan akhirat..


Totto-Chan : The Little Girl At The Window

saya rasa semua ibubapa perlu ada buku ini. tapi saya tiada idea bagaimana hendak membeli buku ini yang rata2 telah 'sold out' di kedai buku utama ( Kinokuniya Bookstore dan MPH ).

Totto-Chan (Asian Edition) 

kenapa saya kata ia adalah bahan WAJIB ? mari saya kongsikan rahsia yang amat mahal tentang pendidikan anak2 di dalam buku ini.

buku ni di tulis olh Tetsuko Kuroyanagi. dia telah melakarkan sebuah cerita terbaik tentang guru besarnya. guru besar yang hebat dengan kasih sayang yang amat mendalam terhadap kanak2 dan kaedah berkesan yang digunakan oleh gurunya untuk mendidik mereka
Kisah seorang kanak2 perempuan bernama Totto-Chan yang bersekolah di Tomoe Gakuen, salah sebuah sekolah yang ideal semasa Perang Dunia Kedua. Istimewanya sekolah ini dimana ia menggabungkan pembelajaran dengan keseronokan, kebebasan dan kasih sayang.  Yang menariknya, sekolah ini menjadikan gerabak keretapi sebagai bilik darjah dan dan sekolah ini dikendalikan oleh gurunya  yang  hebat, Sosaku Kobayashi yang mana seorang insan luar biasa yang teguh berpegang kepada kebebasan dalam penzahiran perasaan dan tindakan.
Kobayashi telah meyakinkan pembaca bahwa semua kanak2 dilahirkan dengan sifat semulajadi BAIK ( yang sememangnya fitrah kanak2 ), yang boleh dengan mudah di rosakkan oleh persekitaran dan pengaruh tidak baik dari orang dewasa. 
Matlamat Kobayashi supaya sifat semulajadi kanak2 ini yang baik di dedahkan dan dikembangkan supaya mereka dapat membesar menjadi insan yang memiliki identiti mereka sendiri. 

Totto-Chan ini mempunyai pengalaman di buang sekolah di saat dia baru sahaja memasuki sekolah tersebut ( Darjah Pertama ) akibat daripada perangai2 yang telah beliau lakukan. Guru di sekolah lamanya merasakan Totto-Chan ini banyak mengganggu sesi pembelajaran dan mendatangkan masalah kepada guru dan rakan sekelas yang lain. Pengalaman ini benar2 membimbangkan ibunya.

Kemudian ibu Totto-Chan telah menghantar Totto-Chan ke sekolah baru dan kehadiran Totto-Chan ke sekolah tersebut amat dialu2kan oleh Kobayashi, Pengetua Tomoe Gakuen. Perkara pertama yang dilakukan oleh Kobayashi adalah mendengar cerita kanak2 yang berusia 7 tahun itu selama 4 jam dengan penuh minat dan tanpa jemu. Totto-Chan berasa amat gembira, selamat dan selesa dengan guru besar. Yelah, siapa yang tak gembira bila ada pendengar yang baik. orang dewasa pun gembira, apetah lagi kanak2..

Kaedah yang di laksanakan oleh Kobayashi amat berkesan kepada anak muridnya. Semua murid2 diberi kebebasan untuk melakukan aktiviti yang diminati. anda bayangkan, didalam kelas yang sama, murid2 bebas melakukan apa sahaja yang mereka minati tanpa halangan. Guru akan memberikan soalan kepada murid2 dalam pelbagai subjek. ada subjek matematik, ada subjek sains, ada subjek seni, ada subjek karangan. tapi semua murid perlu menjawab soalan tersebut. terpulang pada murid2 nak jawab soalan yang mana terlebih dahulu. murid yang minat seni, akan menjawab soalan subjek seni terlebih dahulu. yang minat matematik, akan jawab soalan matematik, sibuk dengan kerja2 mengira terlebih dahulu kemudian diikuti dengan soalan2 dari subjek lain.


Kaedah ini benar2 membantu guru2 untuk menilai minat, perwatakan dan cara pemikiran murid2. Kemudian obayashi menggunakan kaedah terbaik untuk mendidik murid2nya tentang hidangan makanan tengahari yang seimbang dan berkhasiat ..mottonya yang akan di laung2kan semasa sesi makan tengahari " Something from the ocean, something from the hills'. Kobayashi akan periksa 'lunchbox' murid2nya untuk mengetahui makanan yang dibekalkan oleh ibubapa. sekiranya makanan tu tidak lengkap, Kobayashi akan membantu untuk melengkapkannya. Dalam masa yang sama, dia akan bertanya kepada murid2 sumber makanan yang dibawa samada dari laut atau dari darat.


Kaedah pendidikan yang lain adalah menanam nilai berkasih sayang sesama insan dengan perkongsian suka dan duka, menghargai orang lain. Totto-Chan mempunyai 2 kawan yang istimewa. Yasuaki Yamammoto, penghidap polio dan Akira Takashi, seorang kerdil. Cerita Totto-Chan membantu Yasuaki memanjat pokok, benar2 menyentuh jiwa saya T_T


Dalam pembelajaran mereka juga diterapkan nilai bekerjasama, mencintai alam sekitar, menghargai sejarah negara dan negarawan dan sebagainya. Diantara aktiviti lain, mereka mempunyai pengalaman Perkhemahan Musim Panas ( perkhemahan di dalam dewan sekolah ), Ujian Keberanian, Latihan Bersiar2 dan pelbagai aktiviti menarik.


Saya akan sambung lagi cerita ini memandangkan saya baru sahaja selesai membaca topik ini. Harap sabar ye menanti cerita berikutnya..kalau tidak sabar, dijemput membeli buku ini =)
saya membaca buku yang berbahasa Inggeris ini mencabar diri saya kerana saya perlu merujuk kamus satu persatu. buku saya dah penuh dengan conteng2an vocabulary he3



Menyusukan dan menghentikan anak daripada menyusu

saya sedang membaca buku yang ayah saya belikan..terima kasih banyak ayah...
" Mendidik Anak Perempuan " oleh Abdul Mun`im Ibrahim


sekadar ingin berkongsi dengan pembaca...


Allah berkata " ibu2 hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun sekiranya mereka mahu menyusukan anak secara sempurna " Surah Al-Baqarah, ayat 233.

Rasulullah bersabda " Sesungguhnya kamu sentiasa menginginkan kuasa dan menjaga kekuasaan padahal ia kelak berubah menjadi penyesalam dan kesedihan pada hari kiamat. SEBAIK2 WANITA adalah yang menyusukan anaknya dengan sempurna dan SEBURUK2 WANITA adalah yang memisahkan susu daripada anaknya sebelum waktunya" hadis riwayat Bukhari.

sebahagian ulama mengulama` mengulas hadis berkenaan dan mengatakan " Seorang ibu yang tidak menyempurnakan tempoh masa menyusukan anaknya adalah memisahkan susu sebelum waktunya mengakibatkan anaknya membesar menjadi seorang yang cenderung pada kekuasaan. Tindakan memisahkan susu anak awal cenderung pada kekuasaan . tindakan memisahkan susu anak awal menyebabkan anak memiliki akhlak yang tidak baik seperti suka pada kekuasaanya. sebaliknya, wanita yang baik adalah yang menyempurnakan tempoh penyusuan anaknya iaitu selama 2 tahun penuh. tempoh penyusuan itu mampu menjauhkan menjauhkan anak daripada sikap buruknya  "

Pupuk minat anak perempuan menjadi surirumah berjaya

SELAMAT HARI RAYA EIDULFITRI 
MAAF ZAHIR BATIN buat semua...


setelah bersawang blog ini, saya kembali mem'bersih'kannye kembali dengan post2 yang segar ( sesegar rendang ayam ha3...nak juga tuu kaitkan dgn suasana raya )
untuk beberapa hari, terputus hubungan sekejap dgn dunia luar sbb balik kampung..
kampung tu mmg payah benar nak carik siarannye..siaran telepon, siaran internet. org panggil tempat jin bertendang hu3 ( x baik berkata begitu..ape hina sangat ke spesis jin ni sampai bg perumpamaan begitu ha3 )
dlm kepala otak, mcm2 nk tulis di blog. nantikanlah kehandalan mokcik cleaner ni membersihkan habuk dan sawang di blog ni ha3
sekarang ni saya tgh memasang angan2 supaya sakinah jadi seorang perempuan melayu terakhir...wah2..nak bersaing dgn normala shamsudin pulak hahahahahaha
bukan ape...saya ni perempuan yg memang tak reti memasak. x reti juga menjahit. kalau bab kemas2 rumah tu, xde lah setanding eric. family saya gelar saya ni orang 5S- sepah,serabai,serabut,semak,sengal..terokk nyerr status itu.mcm bagussss sgt jer korang, kan?!!! ( baca dlm intonasi yang plg garang!! )
tapi saya tgh pelan2 kayuh la ni nk jd perempuan ke-10 melayu terakhir ha3
saya ni jd malas nk memasak sbb dr kecik mak tak bagi masuk dapur. mak takut kitorang main api. lagi satu mak suruh kitorang belajar je..( tp x pandai2 juga aku ni ha3)
jadi, untuk sakinah saya nak pasang strategi supaya sejarah saya tidak berulang kembali....





kitchen playset


microwave 


mesin jahit





mesin basuh & seterika

tengah cari ayat paling class untuk memujuk sang suami supaya belanja ini untuk sakinah. biar sakinah dapat berjinak2 dengan dunia kewanitaan =)

inilah part of natural parenting..kita bawa anak2 bersama ibubapa dalam mengendalikan rumahtangga. supaya anak2 dapat memikul tanggungjawab itu nanti dengan sebaik mungkin.
chayokk for ummu sakinah dan abu khawlah!!!

ke taman bersama anak

hari ini ayah cha ( cha :anak buah dan mentor sakinah.) pergi ambil kereta baru ( yeay..yob dpt kete baru ye he3)..cha nk ikut ayah dia tp ayah dia tak bagi sebab susah nak bawak. cha pun melalakkkkkk.... (owh saya tak boleh dengar tangisan anak begitu.saya simpati)
saya pun bawak kedua2 anak saya ke taman permainan demi memujuk kesedihan yg melanda hati si kecil.


she`s so adorable and clever girl...


cha x dapat nak bergelongsor sebab gelongsor tgh basah..( baru selesai hujan lebat)


dia mmg suka dgn lensa


si kecik ni xdapat nk menjejak tanah. nanti lain masa kita bawak kanvas @ tikar besar, kinah merangkak lah sepuas hati di taman ye =)

ekor mata sakinah x lepas dr melihat gelagat mentor nye..


ni pun budak yg 'sensitif' dgn lensa..


tengok betapa comel dan pandainye dia bergaya.. 



inilah kesayangan mama..semoga menjadi anak2 yg solehah.


dia seorang anak yg gigih..cha gigih menaiki tangga.biar lambat, asal tiba, asal dia belajar menaiki tangga, asal dia belajar untuk gigih berusaha..

pelajaran untuk cha dan sakinah :
saya mengajarkan mereka dengan benda2 sekelilingnya yang ada di teman.
POKOK, LANGIT, BATU, DAUN.
dapat idea batu sebab cha tersepak batu. 
cha memang budak cerdik. dia boleh sebut semula benda2 tersebut wpun pelat. dan dia juga boleh tunjuk benda2 tersebut apabila disebut. is it brilliant right ???
u`re brilliant n clever girl. mama always pray for u girl..

ajarkan anak kita dengan perkataan baru. 
jangan letih untuk mendidik anak. kenalkan anak dgn alam sekeliling ciptaan Allah.

mari membentuk anak2 yang soleh dari ibubapa yang soleh...

tangan saya di wajibkan untuk terus cari dan menggeledah tentang Islamic Parenting.
saya bukan ibu yang hebat tapi saya mahu MENJADI IBU YANG HEBAT.
itu cita2 saya. tak mengapa x kesampaian asal saya pernah bercita2 tentangnya. daripada kita tidak pernah bercita2 dengannya.

pencarian hari ini, suka dan amat teruja untuk saya kongsikan dan simpan dlm khazanah berharga dlm blog ini untuk dijadikan rujukan saya dan suami juga panduan buat ibubapa yang lain.

anda ingin anak anda mendampingi Quran ?
anda ingin anak anda akrab dengan Quran ?
anda ingin anak anda menjadi Quran bergerak ?

catatannya ada di sini http://www.darwishndarwisya.blogspot.com/.... blog yang amat mengkagumkan jiwa saya..

Islamic Parenting

apa beza islamic parenting dan natural parenting ??
dari hasil pembacaan saya, natural parenting itu terbit dari islamic parenting yang telah diajarkan oleh Islam buat umatnya. kemudian ia telah diakui oleh penyelidik Barat dan mereka menyesuaikan nama Islamic Parenting dengan Natural Parenting. 

suka saya untuk men-copy paste kata2 dari seorang pendakwah indonesia Ibu Izzatul Jannah. saya terjemahkan ke bahasa ibunda kita ye. moga kerahmatan ke atas beliau di atas perkongsian ilmu yang diberikan...



" keluarga kita adalah sebuah sekolah, tempat untuk menimba ILMU dan CINTA, juga tempat untuk belajar untuk menebarkan cinta antara satu sama lain. dalam mendidik anak, masing2 mempunyai cara yang berbeza kerana anak2 mempunyai keunikan dan kelebihan tersendiri, jadi tidak sesekali kita perlu samakan cara didikan itu. tapi dalam mendidik anak ini, kita tentu akan berdepan dengan trial n error berkali2.
mendidik anak adalah pekerjaan HATI. 
sarana saya, duhai ibubapa...bersihkanlah dan perbaikilah hatimu sentiasa dalam proses mendidik anak2 kita. hati yang bersih lagi ikhlas sahaja akan membuahkan hasil yang 'BERSIH' juga ( ini ayat saya ye =) )


ibubapa yang perlu mencorakkan kain putih ini ..


point2 dari ibu Izzatul Jannah yang dapat kita (para ibubapa/calon ibubapa ) dapat tunaikan dlm mendidik anak :
1. menyedari bahawa anak adalah salah satu pintu syurga buat kita (  sebab anak2 di bawah tanggungjawab kita untuk kita corakkan mereka. kalau soleh mereka, tersenyumlah kita duhai ibu ayah.. )
2.menyedari bahawa anak2 berhak ke atas CINTA dan KASIH SAYANG kita.
3. Menyedari bahawa tingkahlaku kita sentiasa menjadi cerminan buat mereka. ( Ya Allah, lindungilah kami dari semua perbuatan2 yang mungkar )
Surah As-Shaff: 2-3 : Ketika kita menyarankan sesuatu tapi diri kita tidak mengerjakan, maka sangat besar kemurkaan Allah pada kita...
betapa banyaknya, kita suruh anak buat..tapi kita tidak pun berbuat.
kita suruh anak jangan berbohong, tapi kita juga yang berbohong padanya.
kita suruh anak makan duduk, tapi kita juga yang makan berjalan 
Kita suruh anak tidak meninggikan suara, tapi kita yang lebih2 menjerit apabila berkata.
( Astagfirullah...kadang2 saya pun bersikap begini..aku insaf apabila tringat surah As-Saff ini. nak pegang ayat ni sampai bila2 )
cara untuk melaksanakan 3 point di atas..sesungguhnya ia memerlukan panduan iman dan keikhlasan. kerana dari iman, timbulah sebuah kesedaran.
4. mendidik anak mengikut peringkat
    0-7 tahun  : mengASUH, meLAYANi,meCINTAI dangan CINTA setulus hati,   jadikan ia RAJA/PERMAISURI
    7-14 tahun : Ajari ke DISIPLIN, BATASAN dengan komunikasi yang berkesan
   14-21 tahun : jadikan dia TEMAN DISKUSI 
   21 tahun ke atas : percayakannya untuk MENGAMBIL KEPUTUSAN
kalau kita dah berikan didikan, tarbiyah yang cukup dan optimal, insyallah anak kita bijak dlm membuat keputusan.
5. lakukan aktiviti rutin bersama2 dengan anak, seperti : 
     - main bersama
     - saling bertukar doa
     - cerita, share pengalaman,mendengar luahan rasa anak sebelum tidur 
     - belajar bersama
     - punya buku harian bersama
6. Kebersamaan membuahkan CINTA dan KEPERCAYAAN
akhirnya, soalan yang dilontarkan...
a) apakah kita menjdai orang pertama yang menjdai teman curahan hatinya ( tempat untuk mengadu rahsia hatinya )
b) apakah kita sudah cukup tahu tentang seluruh perkembangan diri anak2 kita ( psikologinya, fizikalnya, perkembangan otaknya )
c) apakah dia dengan secara terbukanya mengungkapkan kekesalan hatinya pada kita?
CINTA dapat menumbuhkan. dengan cinta kita dapat saling menerima satu sama lain seadanya, fahami keadaan anak dengan kata2nya, di waktu anak hilang motivasi diri, kita yang perlu bangkitkan kembali.

Natural Parenting

untuk seminggu ni, saya memang teruja lagi terpesona membaca blog kak Farah Farhan berkenaan natural parenting..
i`m proud of u, k.farah..
rupanya...
Cloth Diaper yang saya pakaikan pada Sakinah,
Susu ibu yang saya berikan pada Sakinah
ring Sling yang saya kendongkan sakinah
Solid food yang saya buatkan untuk sakinah...
semuanya adalah konsep NATURAL PARENTING..
tidak sedar nye saya tentang itu.( jahil kan...)
rupanya, saya dah masuk dalam bakul NP tapi belum masuk ke dlm sgt.
jadi saya sekarang ini sedang menggali ilmu tentang NP ini supaya saya dapat aplikasikan buat anak2 saya.



penyusuan sakinah dengan susu ibu


we`re cute 'kanggaroo' he3



gaya zebrakah ini? ( zebra`s CD )

saya akan teruskan berkongsi tentang keterujaan tentang NP...tungguuuu *wink*

** sentiasa teruja mahu pulang ke rumah kerana Aisy Darwisyah ( anak buah yg berumur 1 tahun lebih ) dan Khawlah Sakinah sedang menunggu saya untuk bermain bersama. semalam kami bermain membuat kapal kertas dan mengapungkan kapal di atas air..mereka sungguh teruja terutama Darwisyah.nantikan permainan untuk hari ini pula ye...jeng..jeng..