hmm...jadi saya dengan dengan mengguna pakai idea inovasi kawan saya ni ( K.erma & Sakinah H..Terima kasih byk2 my dear! ). di samping itu saya juga cuba cari sumbernya di internet. alhamdulillah saya dapat apa saya nak!! jadi dengan gumbiranya saya nak berkongsi moby wrap saya he3
masih comot ikatan saya sebab orang baru berjinak2 dgn moby wrap. satu lg, kain ini agak panjang untuk saya yang pinggang kerengga nih ( hah?!! kerengga ke pinggang serangga ha3 )
saya pergi ke kedai kain Jepun ( jauh tuu cari kain untuk moby wrap nih ha3 ).
pastu pilih material yang jenis stretchable ( ada 2 jenis kat situ. lycra @ knit jersey ). disebabkan jersey tu agak panas dan harga pum RM3/meter, saya pun x yakin nak ambil kain tu. jadi saya pilih dari jenis lycra. agak mahal sikit tapi masih berbaloi =)
saya ambil 5 meter untuk kain bidang 60 inci.
part yang leceh adalah nak memotong kain tadi kepada 3 bahagian/3 keping..duhaiii..5 meter..ruang tamu rumah pun tak sampai 5 meter hu3
nasib baik tak sempat berpeluh nak memotong. kalau berpeluh, tentu nak kenakan caj peluh pulak ha3
ni kain yang saya beli ( dark purple & dark brown )
jadi dapat 6 keping untuk kedua2 warna.
tak sangka ramai pula yang sudi berkongsi kain ini dgn saya..
terima kasih kerana membeli ye =)
nanti kita bercerita lagi tentang pemakaian moby wrap ye.... =)




