LamanUtamaOrganizerMamaBank ArtikelProduk
Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Jadual yang padat...

Bismillahirrahmanirrahim...

Sudah amat lama tidak menulis di blog. Saya cuma berkesempatan membuat 'update' di facebook sahaja kerana keterbatasan waktu. Itupun kadang-kadang tidak sempat membuka internet 1-2 hari. uhhhh...
Bekerja dari rumah tentunya memerlukan komitmen masa, tenaga yang sangat banyak. Apetah lagi saya punyai 'pembantu cilik' yang memerlukan perhatian penuh.

Masa 24 jam yang dahulunya terasa panjang, kini teramat singkat buat saya. Segala-galanya perlu dilakukan. Kerja rumah, mendidik anak-anak, menjana pendapatan, melayan suami, memasak dan sebagainya. Betapa berharga masa ini. Saya selalu ingat apabila anak-anak tidur, saya juga dapat berehat bersama-sama mereka. Namun apabila saya ingin tidur, kepala saya tidak berhenti berfikir tentang tugasan yang perlu dilakukan. Akhirnya, saya tidak tidur ! Masa anak-anak tidur, adalah masa saya untuk bekerja. 

Dahulu saya hanya makan gaji. Kalau saya rajin ataupun malas, gaji tetap masuk setiap hujung bulan. Ada masa untuk melepak, tidur, 'window shopping' dan sebagainya.
Tetapi kini, semuanya berubah..
Kalau saya malas, saya tidak akan dapat duit! Bila tiada duit, saya tidak boleh berbelanja. Jadi, harus menjadi rajin.

Amat jarang saya ke KL untuk meronda-ronda, bersiar-siar, cuci mata di kompleks membeli-belah. Kerana kesuntukan masa. Saya ke KL pun apabila ada urusan penting sahaja. selebihnya, berada dirumah.. Saya lebih selesa dan bahagia bersama anak-anak dirumah, bekerja bersama mereka yang merupakan ' VERY GOOD HELPER'.

Saya suka karier saya sebagai Work-At-Home Moms. ..
Jalan saya baru bermula dan mudah-mudahan dipermudahkan dan saya tabah mengharungi ranjaunya.
kerana SURIRUMAH adalah pilihan saya!


Aktiviti Homeschool : Cara mengendalikan kain kotor dan mengenali detergen



Aktivit Homeschool : Mengetahui cara-cara melipat baju dan menyusunnya


Imam muda Faqih yang sungguh montel..




Aktiviti Homeschool : Membuat pizza bersama rakan se-homeschool


Ceria bersama-sama


Salam kasih dan sayang * peluk*


Cuti Tanpa Gaji

Bermula pada 14-12-2012, maka bermulalah episod saya sebagai kakitangan kerajaan yang bercuti tanpa gaji. Insyallah selama setahun.
Cuti Tanpa Gaji ( CTG ) yang saya ambil adalah cuti untuk menjaga anak.
Kepada kakitangan yang belum tahu keberadaan cuti ini, bolehlah merujuk pada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2007 yang telah dikeluarkan semasa pemerintahan Datuk Seri Abdullah Hj.Ahmad Badawi.. Terima kasih Datuk Seri diatas keluhuran budimu mengerti tanggungjawab ibu-ibu di Malaysia ^_^

" Pegawai wanita yang melahirkan anak boleh dipertimbangkan Kemudahan Cuti Menjaga Anak oleh Ketua Jabatannya sehingga 1825 hari ( 5 tahun ). " sekiranya sesiapa yang berjaya memohon cuti melebihi 2 tahun, mohon kongsi ye. Nak tahu apa tipsnya untuk mendapat cuti sebegitu panjang dari Ketua Jabatan ^_^
info tambahan lagi...

syarat-syarat CTG Menjaga Anak ini adalah 
1. kemudahan cuti yang tiada bergaji
2. Tempoh keseluruhan kemudahan Cuti Menjaga Anak adalah tidak melebihi 1825 hari ( 5 tahun )
3. Kemudahan Cuti Menjaga Anak boleh diambil secara keseluruhan 1825 hari atau sebahagian daripadanya.
4. Jika pegawai telah mengambil Cuti Menjaga Anak 1825 hari sekaligus, maka ia tidak layak untuk mendapat kemudahan ini pada kelahiran seterusnya.
5. Sekiranya pegawai hanya mengambil sebahagian daripada kemudahan Cuti Menjaga Anak bagi satu kelahiran, maka dia layak untuk mendapat kemudahan ini pada kelahiran seterusnya.
6. Kemudahan Cuti Menjaga Anak adalah mengikut tempoh yang telah diluluskan bagi kelahiran berkenaan. Sekiranya pegawai terbabit ingin melanjutkan lagi Cuti Menjaga Anak, perlulah membuat permohonan baru kepada Ketua Jabatan sebelum Cuti Menjaga Anak yang sediaada berakhir, dengan syarat Cuti Menjaga Anak yang telah diluluskan tidak terputus dengan Cuti Menjaga Anak yang sedang dipohon.
7. Tempoh Cuti Menjaga Anak akan bermula selepas tamatnya Cuti Bersalin

dan info lebih lanjut, dijemput melayari http://www.jpa.gov.my/pekeliling/pp07/bil15/pp1507.pdf .

borang permohonan kemudahan cuti ini boleh didapatkan dari jabatan personel masing-masing. Jangan lupa sertakan bersama borang tersebut surat permohonan CTG itu bersama alasan-alasan yang kukuh. Alasan saya adalah untuk menyusukan anak !



kami anggota beruniform!
( kenangan bersama Kapten Siti Suraida )

Yeay!!!
Masa saya menggantung uniform. Masa untuk bersama anak-anak. 
Walaupun tiada gaji yang tetap sebanyak dulu, tapi saya sungguh bersyukur kerana anak-anak di depan mata. Dan saya sungguh menghargai perjuangan kehidupan kini. 
Walau tiada gaji dari kerajaan, masih ada rezeki buat saya dan keluarga ^_^
Untuk anda yang diluar sana yang optimis dengan rezeki Allah, mari kita menggali lubuk rezeki yang lain. 

Jaulah ke Terengganu

dah lama balik dari Terengganu, tapi entri baru nak tulis..maaf kerana kesuntukan masa dan beberapa masalah teknikal lain ( saya tidak dapat mengakses akaun gmail saya )..
ini adalah kali pertama ke Terengganu ketika umur yang sudah baligh ni. dulu masa zaman kanak-kanak saya tak pasti sudah sampai ke Terengganu ke belum. he3
saya suka ke Terengganu. riang-ria menikmati nasi dagang, keropok lekor, bermain di tepi pantai, 'membuang' duit di Pasar Payang dan Losong hua3
objektif utama ke Terengganu adalah untuk menghadiri majlis perkahwinan officemate suami, Saudagar Izan dan pasangannya... tahniah, wahai saudagar ha3



" sakinah sayang ayah+mama "


si ayah membaringkan anak di atas pasir pantai walaupun dia sungguh takutt


terapi anak beranak di tepi pantai


sangat jatuh cinta dengan gambar ni.. tangan si ayah memimpin si anak yang sedang dalam ketakutan.



inilah kamar kami di Intan Beach Resort..bilik ini hanya berharga RM95/night..


ayahnya sibuk melayan sms


sakinah di Restoran


inilah pekerjaan si ayah..mengurungkan sakinah di dalam almari


pintu Resort yang menghadap ke pantai


di lobi Intan Beach resort


ruang lobi Intan Beach Resort


ruang lobi yang sangat luass


ruang di tengah2 bilik kediaman


sedikit landskap


kaunter reseptionis


harga yang ditawarkan oleh Intan Beach Resort pada tahun 2011


yeah!! ini dia..INTAN BEACH RESORT..

celik mata hati lebih bermakna dari seisi dunia...

apabila kita telah dikurniakan Allah kecelikan mata sejak lahir, kita seronok. memang syukur sungguh sebab Allah bagi kita mata untuk melihat. tapi kita lupa ada lagi satu mata. mata ni hanya celik bila kita berusaha untuk mencelikkannya. kalau kita tak berusaha untuk mencelikkannya, maka butalah ia...ia adalah MATA HATI..
diantara bait2 kata nasyid dari kumpulan Hijjaz...


pandangan mata selalu menipu,
pandangan akal selalu tersalah,
pandangan nafsu selalu melulu,
pandangan hati itu yang hakiki,
kalau hati itu bersih...

apabila hati sudah kotor, pandangannya juga menjadi kotor.
analoginya begini...
anda sedang melihat kanak2 meminta sedekah. yang mana satu hati anda akan berkata 
1. " budak2 ni sindiket. tak payah bagilah" atau " " boleh percaya ke bagi duit kat budak2 ni."
2. " Allah dah hantar askar2nya utk bersedekah ni. kalau mrk sindiket pun, yang penting pahala bersedekah sudah tercatit. "

kita adalah apa yg KITA BACA,KITA LIHAT,KITA MAKAN..
banyak orang suka menonton TV. dan skrip TV dari pelakon2 tu dh jd sebati dengan kehidupan. contohnya, kita lihat apabila ada pergaduhan diantara kawan2 atau pasangan atau adik beradik..ayat tu mcm pernah didengar aje di TV. yelah apa yang kita tengok tu akan masuk dalam minda kita. 

kemudian kita yang hanya suka baca akhbar2 atau majalah tabloid, gossip sana-sini,cerita tentang toyol lah, jadi otak kita bergerak untuk bergossip sahajalah dan terus memikirkan untuk takut kepada HANTU, bukannya TUHAN.
jadi, marilah kita celikkan mata hati kita yang dah hampir buta atau yang sudah buta!
kita ni bila tengok orang buta, kita akan berkata " kesian orang buta. susahnya nak bergerak"
tapi kita terlupa nak berkata " kesian orang celik tapi buta hati. susahnya nak hidup" ( sebab bila dah buta hati,buta pemikiran, hidup stress, suka berprasangka,itu tak kena,ini tak kena )
mari kita cuci hati supaya celik semula mata hati kita.... =)

ibu dan ayah mertua yang cacat penglihatan sejak lahir..

" mak nak tak kalau boleh nampak ? " soal anaknya. " taknaklah. sekarang yang tak nampak pun bergosip mcm2.klu dah nampak, lagilah x henti2 gosipnye " jawab mak..
" abah nak tak kalau boleh nampak ? ". abah jawab " taknaklah.kalau abah tengok mak kau tak cantik, abah nak kawen lain " ha3 memang mau pecah  perut dibuatnya..mereka sangat sempoi.

kedua2 mereka amat aktif bermain pingpong. dan jangan tak tahu, ayah mertua saya salah seorang panel juri untuk sukan pingpong orang cacat penglihatan..=) saya belum berkesempatan nak tengok mereka bermain pingpong..tahun depan saya berazam nak jugak pergi tengok mereka bersukan... mesti pingpong mereka sangat berbeza dengan pingpong kita yang celik ni...

ayah mertua saya suka berjalan. rajin melepak kedai kopi...( bayangkan kalau dia celik, lagi melekat kat kedai kopi, tengok bola ha3 )

mereka taip sms lagi laju dari saya. handphonenya canggih lagi mahal sebab hp canggih sahaja support software untuk orang cacat penglihatan. lagi hebat, mereka pandai plak tu singkatan2 sms ni. masa mula2 dulu, saya hantar sms dengan ayat buku ( iaitu ayat penuh ).tapi mak saya balas selamba je dengan ayat sms kita yang celik nih. mau tak terkejut dibuatnya ha3

mak saya suka mengemas rumah, suka buat 'deco' ala eric ha3.. mak saya cekap menyapu sampah. kalau orang sapu tak betul, dia akan kata " aisshh macamanalah orang bermata ni menyapu. habuk bersepah lagi " ha3 mak saya menyapu sambil kakinye merasa habuk2 disekeliling.

mak suka memasak. macam2 resepinya, sampaikan saya yang celik ni pun mintak resepi dari dia ha3.. dia masak nasi lemak, bubur lambuk, ikan 3 rasa, laksa, dan macam2 lagi. 

dia dan adik ipar saya menjaga anak saya sejak lahir sampai sekarang ( sekarang umur sakinah 1 tahun 1 bulan ). saya berpantang pun rumah mak mertua.sebab mak saya bekerja. mak mertua saya kreatif dengan mcm2 idea inovasinya.

 

tengok kreatifnya dia..
menggunakan bekas dan kole stainless steel untuk memanaskan susu (EBM) sakinah
nota : orang yang cacat penglihatan pun berusaha nak buat macam2 untuk uruskan susu ibu. tapi orang celik ( sebahagian pengasuh atau ibubapa ) malas nak uruskan EBM. katanya payah.. kemudian lagi malang, naikkan caj yang tak masuk di akal!

saya memang kagum dan amat respek dengan ibu mertuaku. i love u mom... 
* hug and kisses*





elakkan mendapat keracunanan makanan

saya bertugas sebagai inspektor kesihatan. di antara tugas saya buat pemeriksaan ke kedai2 makan, kilang membuat makanan, kantin sekolah..
jadi keluar masuk dapur, stor, lorong belakang kedai, tengok kabinet penyimpanan makanan memang sinonim semasa kami buat pemeriksaan. bila saya check stor atau kabinet, bau yang biasa saya hirup ada 2 bau...bau lipas, atau bau air kencing tikus... bila gunakan UV light, memang ada kesan urin tikus pada lantai, pada barang2 yang disimpan dalam stor..stor memanglah syurga untuk cik Ti bermain2 dengan riang hatinya...
tapi ada premis makanan yang pasang rat-proofing, jadi insyallah cik Ti x berminat nak datang.tapi apepun, berwaspadalah...


jadi panduan buat semua apabila membeli makanan berkaling/tin ( susu tin atau tomato puree atau apa shj ), paket perencah makanan..basuh dulu permukaan tin atau paket makanan dengan air sabun. jadikan amalan ye untuk mengelakkan dari terkena keracunan makanan atau penyakit virus kencing tikus ( leptospirosis)






sumber : google image

Sejarah Tercipta

sebenarnya melonjak2 nak tulis entry ni..sebab teruja sangat.
selama 26tahun duduk di muka bumi ini, saya x pernah berkaraoke. saya hanya penyanyi jamban! itupun bukan selalu menyanyi dalam jamban.sebab macam x syokk dok dalam jamban lama2. baik berangan dalam jamban berbanding menyanyi dengan memegang shampu sebagai mikrofon ha3
masa mula2 kawen memang pelik juga dengan asben yang suka berkarokss ( dibaca : karaoke ). saya rasa macam entah hape2. mungkin kerana saya budak SUCI MURNI *tadah baju sebelum muntah anda bersepah di lantai*
tapi asben tidaklah berkaroks setiap bulan.ada masa2 dia lah.
jadi bila saya ckp kat asben, jomlah berkaroks ( padahal saya pun x tahu ape motif saya cakap mcm tu.. )
asben pun bawak saya g karoks berdua. orang hot bercintalah katekan..
uhhh jakunnye saya. bila saya masuk kt FACEKARA tu, saya dengar suara2 sumbang ( heh!! x sedapnye suara derang )
1st tym karoks, lagi2 depan suami..memang MALU!!! SEGAN GILERR.. rasa nak cakap " abg, tempat kita kt dlm jamban je yg sesuai. jom balik!! " tapi x tercakap pun sebab asben dah bayar semua.
takes tym juga saya nak hilangkan segan tu.
tapi serius..SUARA SAYA X SEDAP LANGSUNG!! tadi mengutuk orang sangat..suara ko pun sama.dah la nyanyi salah rentak ha3
bile dengar asben menyanyi, dalam hati berbangga..sedapnye..napelah dia x mendodoikan aku tiap2 malam ha3 * lebih sudaaa*
bila part berduet, lagi lah segan. sebab mcm Ramli Sarip dgn pompuan tercekik tongkol jagung ha3
asben saya kata, tips utk suara sedap..baca Al-Quran perlu tertib mengikut tajwid. sebab bacaan Al-Quran sempurna membiasakan kita untuk mengawal pernafasan.
tetiba rasa menyesal pula sebab dulu selalu merungut asben baca Al-Quran lambat sangat hu3
apepun, saya enjoy dengan kenangan ini..thanks a lot my hubby..



encik hubby tengah buat lecture mcm mana nak pilih lagu


dia tengah layan lagu dia..




ni lagu dia..lagu aizat..terasa mcm aizat menyanyi ngn kitorang semalam he3


gaya je lebih.bila menyanyi, semua terabur ha3 asalkan cool..


"giliran sayang pulak"..tengah berduet lah ni.





mcm biasalah..sambil karoks, sambil mengepam ha3

Rindu ini seperti mahu membunuhku...

*entry luahan perasaan*


hari sudah pukul 12.33 am. mata tak dapat terlelap. saya rindukan seseorang..
teman sekatil saya. teman bergaduh saya. teman berborak saya. teman bermesra saya..
seperti dilamun cinta..owh dahsyatnya perasaan ini.. menanti panggilan si dia ibarat menanti rombongan masuk meminang ( wah, betapa hebatnya penantian ini )
saya nak Suzaidi saya!! 
Suzaidi yang selalu memanjakan saya dgn kata2nye 
Suzaidi yg suka memujuk saya
Suzaidi yang suka beromantika de amor


mari kita bercinta selepas kahwin!!



Ya Allah kau perteguhkanlah cinta kami dan Kau sentiasa mekarkan perasaan cinta ini sehingga ke syurga... Jadikanlah tautan cinta kami ini adalah tautan cinta keranaMu, Ya Allah.

asben ku jejaka bling-bling

* geli jap baca entry ni muahaha*


malam tadi asben saya ada event opis dia utk warga Jabatan Kesihatan WPKL & Putrajaya bersempena dgn pertukaran pengarahnya.
tema majlis adalah bling-bling 
memula nak citer yang x puas hati dulu... nak luahkan sebakul kt u, my asben!
saya dah dengar pasal majlis dan tema bling-bling ni dah lama sebenarnya. tapi saya x amik pusing sgt.
lantak korang lah..dah la x ajak haku ( aii pun nak glamer jugerr muahahaha )
tup..tup...pagi semalam, my asben dok bising. bos dia yang GLAM itu dah memetirkan ( suara doktor dia ni mcm petir ha3 ) suaranya bila taw yang asben saya xde baju lagi. ( petirkan aje si zaidi ni! I Like lah Dr.Ummi ha3)
saya pun dgn kasihan dan simpati lg baik hati lagi mithali ( ha3 apekah ayat penegasan ini ??? ), amik lah half day. pergi serang Sg.Wang Plaza. yang asben ni dok call suruh pergi awal sikit bershopping. takut nanti x dan ( dia ingat ini isteri dia keje ngn kompeni dia ke hape )
jalan punya jalan...carik punya carik..keluar masuk kedai..
akhirnya....
ketemu jugak!! Allah permudahkan juga urusan isteri yg baik ini ( sila muntahkan diri anda utk statement ini ha3 )
saya beli baju bling2, spek mata bling2, topi bling2, tie bling2..hamek ko!! nak bling-bling sangat!! ha3
pd mulanya, asben suruh beli spek mata dgn baju je. tp idea saya pulak mencurah2 nak belikan aksesori tambahan pulak. total harga RM105 semuanya.. sungguh x sangka juga.sebab asben bg bajet RM200. ( nak pow baki RM100 pun x bagi huh! )
dah habis semua, baru terasa pedih perut x makan dr pagi. singgah Subway, makan Subway Club.
suami saya blk rumah, then dia cuba pakai..sendat nyerr baju tu..
asben saya kata ' dah mcm gay dah ni ' ha3 korang  taw apa terjadi pd saya??
gelak guling2 sebab tgk baju itu macam dah me'nangka-busukkan' suami. nak pecah hati dibuatnya ( sebab gelak dlm hati ) ha3


bila dah malam, saya dpt sms dari Dr.Ummi ( bos asben )
" Qilahhhh...stylist cool abis!! I likeeee! wpun x menang,dia still JUARA bg vektor"
( tym doc htr sms ni, keputusan belum keluar lg )


asben sms plak..
"Wah!! bedegang2 sume org puji. doc umi siap puji syg melambung2 lg pandai pilihkan"
hati saya macam ada taman bunga...


x sangka blh jd mcm ni. mungkin keikhlasan isteri  mithali yang membeli terpancar pada pakaian yang dipakai ( ha3 muntah lagi sedulang )
tp saya rasa kalau semua org betul2 meng-glamerkan diri,blh kalah jugak asben saya. idokk lerr style mana pun..ha3
anyway, tahniah buat si jejaka bling2 di atas kemenangan pakaian tercantik.
tahun depan, kita gondol lagi anugerah itu he3



ini kerr yg dikata juara itu??? x mcm artis ponn


*nota kaki : ayat rock yg digunakan hanyalah untuk menyedapkan penulisan semata2.kami mmg suami isteri yang sengal-bengal ha3

Aktiviti di hari Sabtu

goshh..sabtu lepas ada turn saya bekerja di Majlis Gerak Tumpuan yg dianjurkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.. terpaksa bekerja...



sakinah mengikut juga untuk menghantar mamanye bekerja.. 



gambar di booth kami..saya sedang mengepam di dalam shawl itu... ngeh3
bersama Matron Manjit dan nurse Basrah



tenaga kerja Jabatan Kesihatan
dari kiri : Pn.Siti Muharramah ( boss kami yg cun lg best!!), MA Azlan, Matron Manjit dan Sapiah


inilah nyamuk2 aedes kitorang.besar2 beb he3


dari  Tmn Wilayah Selayang kemudian ke HUKM bagi memberikan misi bantuan laktasi. yang best, nurse kat sana sporting melayan pertanyaan dan permintaan saya .
Tahniah kepada Ain sekeluarga. actually pertemuan kami hanya baru 2-3kali shj di Klinik Kesihatan. tp disebabkan spiritnya untuk menyusukan anak sepenuhnya dgn susu ibu, saya membantu yg termampu.
saya mengambil masa kira-kira 2 jam lebih bersama ain dan suami, ibu dan ibu mertua ain serta keluarga iparnya utk memberi penerangan laktasi. sebab mereka nilah nanti yang akan menjadi sumber kekuatan dikala jatuh bangunnya seorang ibu dalam menjayakan penyusuan susu ibu. ye..sokongan keluarga terdekat amat2 diperlukan..saya rasa akrabnye dgn keluarga ain sebab mereka amat mengalu2kan kehadiran saya dgn dakapan mesra. 


kemudian misi diteruskan bersama2 en.hubby berdua2an melepak dan makan. tapikan bila org keliling tengok kitorang mcm semacam je. adekah krn muka dan gelagat kitorang yg mcm budak2 sekolah berchenta? adekah ? ha3 



YATI ayam percik @ Taman Tasik Permaisuri..( baru buka ni)
masa sekolah kt Kelantan, mmg nilah yang selalu saya kejar..




diantara menu2 nyer


nilah air kitorang.
bandung dan root beer float
dh hbs setengah sebab menunggu nasi hampir setengah jam
restoran baru buka, mmg msh terkial2 beginilah..tp YATI ayam percik ni mmg best.


betapa lamanye menunggu, en.asben sempat lg berkarya.
nota kaki : dia pernah buat permintaan mengarut kt kawan dia spy karya dia diletakkan di Balai Senilukis
pecah perut saya gelak sbb saya taw lukisannye mcmana ha3
En.Suzaidi, siapakah anda untuk diletakkan lukisan di sana? hello!!! ha3
* inilah suami saya yg sengal ha3*


ni nasi kerabu saya. bila dh gaul nasi, baru teringat x amik gambar.tu yg bersepah pinggan ni
harga RM 9.50 ( x masuk tax lg ye )


ni bahagian en.asben. nasi goreng aye percik
dh lapar sgt la ni. nk ambik gambar pn x sempat.
RM 9.50 

nasib kami ke sini..nasi sampai lewat, nasinye keras sikit. asben saya ajar, jgn marah derang. tegur je secara berhemah. kalau derang hantar lambat pun, jangan desak supaya derang buat cepat. nanti x sedap jdnye... so saya tegur lah adik tu " adik, nasi ni msh keras lagi. saya tetap akan makan sebab saya tengah lapar ni " xpasti lerr nice atau tidak ayat ini ha3

balik ke rumah, sakinah dah x sabar..kilang susunya sudah tiba ha3
kemudian sakinah mempamerkan kehebatannye memasak.. di dapurnya..bukan dapur wan ngn atok dia ye =)


nak order ape?


tunggu sekejap.saya sedang memasak ni.



sedang memotong bahan2..

inilah aktiviti saya di hari sabtu 1 oktober 2011.