LamanUtamaOrganizerMamaBank ArtikelProduk
Showing posts with label kehamilan. Show all posts
Showing posts with label kehamilan. Show all posts

Suka-duka 3rd trimester

Walaupun sudah selesai bersalin, tetap juga ingin dikongsikan suka-dukaku semasa melayari trimester ketiga kandungan..




keluar masuk hospital dengan kontraksi yang main2...
CTG agak membosankan...

MASA BERSUKARIA DI KLCC


dia yang bergaya di depan kamera



masa untuk menikmati aiskrim




2 bekas aiskrim menelan belanja RM37.00
terima kasih banyak adik bongsu, abid...








gelagat dia memilih kasut..
menjadi tumpuan pengunjung dan pekerja kedai..


menghabiskan detik2 terakhir sebelum melapor diri ke hospital, makan aiskrim lagi di Tutti Frutti pula
terima kasih banyak en.suami yang sangat murah hati..=)


Sesi petangnya pula, makan donut Big Apple... PUAS!!


sempat lagi ke Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif peringkat Wilayah di Putrajaya di saat sudah melebihi 3 hari dari tarikh jangkaan bersalin.


Sudah tentu puas hati ! walaupun dalam kesaratan, menang juara jua...
tumpang gembira dengan semua ahli kumpulan


Aiskrim lagi... Pengarah jabatan belanja aiskrim untuk semua ahli kumpulan di KLCC.
Perasaan puas hati berganda2... sebab dapat makan aiskrim LOL


sudah tiba masa melapor diri ke hospital.
detik2 melayani kontraksi. posisi ini sangat selesa bagi menghadapi fasa kontraksi yang pertama.


CTG lagi.. kontraksi mula kerap dirasa.
tapi mampu tersenyum untuk kamera LOL

* tiada dalam gambar : masih menyusukan khawlah sakinah lagi pada ketika ini.. 

Penyusuan semasa Mengandung


*menyusukan Sakinah semasa kandungan berusia 2 bulan*


Ramai yang bertanya apabila saya melakukan penyusuan semasa mengandung. Kerana dalam masyarakat kita, situasi ni kurang popular. Jadi sukalah disini saya kongsikan ilmu2 berkaitan penyusuan semasa mengandung ini.


" bolehkah ibu yang mengandung menyusukan anak ?
ia kan boleh merbahayakan anak.
nanti anak tak cukup zat. "

Semuanya terpulang pada si ibu dan kondisi ibu itu sendiri. Adalah lebih baik kita membuat sesuatu keputusan setelah kita mengetahui sedalam-dalamnya sesuatu isu. Jadi kita tidaklah membuat keputusan membuta-tuli atau sekadar mengikut kata-kata orang. 

Disebabkan keadaan 'menyusukan anak semasa mengandung' sangat janggal di Malaysia, maka kuranglah galakan yang akan diterima dari orang sekeliling. Ibubapa, mertua, keluarga, rakan taulan,jiran tetangga ( ini juga pengalaman saya..he3 tapi saya suka pengalaman ini kerana ia menguatkan saya. Saya adalah pelapis mereka. Jadi selepas ini saya akan menjadi anggota keluarga dan anggota masyarakat yang lebih menyokong isu ini ). Ini kerana mereka-mereka ini prihatin dengan kita ( bersangka baik ok =) ). Mereka bimbang ia bakal memberi risiko kepada bayi dalam kandungan. Tetapi sesungguhnya, tiada hasil kajian yang menunjukkan bahawa penyusuan semasa mengandung dapat memberi kesan KEKURANGAN NUTRIEN pada bayi dalam kandungan. 
Berapa banyak ibu yang mengandung dan tidak terlibat dalam penyusuan anak semasa mengandung, melahirkan anak yang kurang nutrien ? Jadi justifikasinya disini, penyusuan semasa mengandung itu bukanlah punca kepada permasalahan nutrien bagi bayi dalam kandungan. Puncanya adalah pemakanan ibu itu sendiri. Cara mana si ibu melalui kehidupan yang sihat.

La Leche League International (LLLI) ada menyebut didalam buku BREASTFEEDING ANSWER BOOK, 3rd Edition.
" Walaupun terdapat kontraksi semasa mengandung, itulah adalah perkara normal didalam tempoh mengandung.. Kontraksi ni juga boleh berlaku semasa aktiviti seksual/intim bersama pasangan, yang mana kebanyakan pasangan melakukannya semasa mengandung "
" Buat masa ini, tiada garis panduan spesifik yang menyatakan bahawa penyusuan semasa mengandung dapat memberi risiko pada bayi "

Apa yang diperlukan oleh ibu2 yang mengandung ini adalah REHAT YANG MENCUKUPI. dan apabila ibu itu mengandung dan dalam masa yang sama menyusukan anak, maka REHAT YANG EKSTRA diperlukan. Di sarankan, menyusukanlah anak secara berbaring kerana ia dapat merehatkan diri si ibu. 

Adakala ibu akan berhadapan dengan puting yang sangat sensitif semasa mengandung. Ia akan membuatkan ibu kurang selesa apabila hendak menyusukan anak. Jadi untuk ini, memerlukan ketahanan mental yang kuat. Perlu dipelajari teknik2 pernafasan yang mana ia sangat membantu ibu2 menghadapi stress dikala menyusukan anak.  Sekiranya mempunyai anak yang menyusu badan itu sudah besar ( maksudnya, kalau anak sudah boleh memahami perkataan ), pesanlah kepada si anak supaya menyusu baik2 dan sekejap sahaja.

Ibu yang menyusukan anak semasa mengandung akan mendapati berlaku penyusutan kepada penghasilan susunya. Juga perubahan rasa pada susu. ( Susu akan menjadi masin kerana kewujudan placenta ) Ya, itu normal! Sebab berlaku perubahan atau gangguan pada hormon ibu tersebut. Sekiranya anak yang menyusu itu di tahap BAYI, maka perlulah dipantau berat badannya supaya dia mendapat keperluan makanan yang mencukupi.  

Sekiranya anda bercadang untuk menghentikan penyusuan apabila disahkan mengandung, si ibu perlulah melakukannya proses 'wean-off' secara beransur2. Bukan mendadak. Kerana ia memberi kesan psikologi kepada anak. Teknik yang disarankan adalah " don`t offer, don`t refuse ". Apabila anak sudah mula menunjukkan tanda-tanda untuk menyusu, tawarkanlah pada dia snek yang berkhasiat atau alihkan perhatian dia tentang penyusuan. Pastikan ibu memberikan PERHATIAN SEPENUHNYA pada anak dengan memeluk dan menciumnya supaya mereka tidak merasa seperti disisihkan atau di abaikan. Tetapi perlu diingat juga, untuk menghentikan penyusuan pada kanak-kanak bukanlah satu kerja yang mudah., meneruskan penyusuan lebih mudah daripada hendak menghentikan =) ( ada orang kata, mudah sahaja. letak arang atau garam atau sirap atau kopi di puting. habis cerita! tapi, wahai ibu..selamilah perasaan kecil si anak. kerana kita menghormati perasaannya, insyallah anak juga nanti akan menghormati perasaan kita )

Tepuk dada, tanyalah hati anda..=)

sumber : La Leche League Leader

Ke mana menghilang??

salam semua...
dah lama saya tidak menulis di ruang ini.. ini kerana keterbatasan kesihatan saya sejak beberapa bulan ini. hu3 Allah sahaja yang mengetahui betapa peritnye.. Kalau boleh dipercepatkan masa, memang saya nak mempercepatkannya. tapi hamba tidak berdaya...


inilah berlaku pada saya..



UPT Test : 2 line = positif pregnant

saya mengalami morning dan night sickness.. 
simptom2 adalah loya, kadangkala muntah. saya tidak dapat mengambil sebarang vitamin memandangkan semua vitamin yang masuk ke dalam tekak saya akan keluar semula! saya akan muntah.
bekalan supplement saya sungguhlah banyak.
vitamin C, B-Complex, Multi vitamin, Calcium, Obimin, Asid Folik, Vaxolene ... buat masa ni, saya simpan je semua ubat ni sampai waktu yang telah ditetapkan bahawa saya akan dapat menelan ubat2 ini.
apabila badan tak cukup vitamin, memang rupa saya macam orang nak jadi arwah ( ni opismate saya cakap ).
pucat lesi, kemudian mudah benar pitam. banyak insiden pitam yang saya lalui tapi saya betul2 jaga diri saya supaya tidak terjatuh terjelepuk. saya bimbangkan bayi dalam kandungan kerana saya pernah ada sejarah keguguran. apabila pandangan mula hitam, cepat2 saya berpaut pada kerusi, meja, atau dinding atau apa sahaja berhampiran saya.

bila malam sahaja, badan memang lesu habis. dan dugaan bertambah lagi, apabila si kecik Khawlah Sakinah masih menyusu badan. saya benar2 memohon bantuan suami. saya bercuti dari membuat kerja2 rumah sepanjang tempoh ini. sungguh tidak larat dan tidak mampu. nak dukung anak pun tak larat. mak pun tak bagi saya dukung anak, takut2 saya pitam.tukar lampin, basuh berak anak pun tak terbuat.

saya masih mengepam di pejabat..tapi hasilnya hanya begini setiap hari...


3 kali sesi, hasilnya begini sahaja..saya pasrah... 

alhamdulillah suami sangat membantu..syukur sangat..
saya berkali2 beritahu suami bahawa saya lebihrela menghadapi sakit bersalin dari ragam morning and night sickness ni. ia membuatkan saya tertekan. tapi apabila diingatkan tentang pahala yang besar, kendur sedikit perasaan tertekan itu.
semoga saya terus tabah melaluinya....

Hormon semasa proses bersalin

ada 3 hormon utama yang terlibat dalam sistem reproduktif kita. hormon oksitosin, endorfin dan adrenalin.
Fungsi Oksitosin semasa bersalin
oksitosin ni nama glamer yang lain, hormon KASIH SAYANG. hormon ini terlibat semasa hubungan intim suami isteri, ketika melahirkan bayi, ketika menyusukan anak. ia menyebabkan kita berasa emosi yang lapang dan membuahkan perasaan kasih dan cinta. tindakbalas sel2 reseptor terhadap hormon ini makin bertambah apabila kita hendak bersalin. oksitosin nilah yang merangsang berlakunya kontraksi dan membantu membuka pintu pangkal rahim untuk membenarkan bayi keluar, membantu pengeluaran placenta dan mengawal pendarahan placenta.semasa proses bersalin tu, bayi akan menekan di bahagian pelvik dan juga tisu2 di sekitarnya. 
risiko bila tahap kosentrasi oksitosin rendah semasa hendak bersalin :

  • memberhentikan kontraksi dan akan memanjangkan tempoh kelahiran
  • pendarahan yang banyak pada placenta selepas kelahiran

Fungsi hormon endorfin semasa bersalin
hormon ini akan bertindakbalas sebagai ubat pelega/penenang kesakitan apabila tubuh mengalami kesakitan dan stress. kepekatan hormon ni juga meningkat apabila kita hampir hendak bersalin.  kepekatan endorfin akan terganggu dengan penggunaan sebarang ubat penahan sakit ( cth epidural ). kandungan endorfin yang tinggi semasa proses bersalin akan  membantu ibu2 untuk melalui proses kelahiran bayi dalam keadaan sedar walaupun ia amat sukar, panjang dan menyakitkan! walaupun melalui kesukaran ini, dengan kepekatan endorfin yang tinggi ni, ibu2 akan menjadi lebih cergas dan penuh perhatian untuk mengenali dan menjaga bayi baru. dalam tempoh awal ini, endorfin dipercayai memainkan peranan untuk memperkukuhkan hubungan di antara ibu-anak. 
risiko apabila tahap konsentrasi endorfin rendah :

  • rasa sakit yang melampau ketika hendak bersalin dan menganggu proses kelahiran untuk berjalan dengan lancar.

Fungsi adrenaline semasa bersalin
adrenaline memainkan peranan penting dalam kelangsungan hidup manusia. wanita yang terlalu takut atau sakit semasa bersalin, tahap adrenalin akan meningkat di dalam tubuh. adrenaline ni akan memberhentikan atau melambatkan proses bersalin. 
kepekatan adrenalin yang tinggi akan menyebabkan :

  • bayi dalam kandungan akan mengalami stress.
  • contraction akan berhenti atau berlaku secara amat perlahan dan membawa kepada proses kelahiran yang sungguh panjang
  • meningkatkan perasaan cemas dan kesakitan pada ibu
  • kemudian boleh membawa kepada risiko untuk melahirkan bayi secara caesar (setelah kelahiran secara normal mengalami gangguan)

akan bersambung dengan topik : Cara untuk mengekalkan keseimbangan hormon semasa bersalin

Menyusukan anak semasa mengandung

saya pun tidak pasti apekah status saya sekarang..masih bersabar untuk membuat UPT di peringkat awal. sangat teruja untuk menempuhi tandem nursing ( menyusukan anak semasa mengandung ).. cuma sekarang apabila menyusukan sakinah, memang berasa tak selesa di perut. tak pasti samada sakit perut sebab ada makhluk di situ atau sebab lain he3
apepun, saya nak kongsikan cerita mengenai topik ini. sebagai persediaan untuk saya..mane taw klu betul2 ada 'si dia' di dalam rahim ini =P


breastfeeding while pregnant
 sumber : google images
semasa kita mengandung (untuk ibu2 yang menyusukan anak), susu tetap akan terhasil. menyusukan anak semasa mengandung tidaklah menjadi masalah asal kita menjaga pemakanan yang sihat namun untuk ibu2 yang mempunyai sejarah keguguran, adalah baik untuk merujuk kepada pakar OnG terlebih dahulu untuk mendapatkan khidmat nasihat mereka ( saya spesis ini yang mana pernah keguguran pada kandungan pertama ).pada peringkat awal kehamilan, si ibu akan merasa sedikit sensitif di bahagian puting akibat drpd perubahan hormon. mungkin ada rasa sedikit pd puting.
seperti yang kita maklum, penghasilan susu ni melibatkan hormon oksitosin.kerana hormon ini akan membuatkan proses let down refleks berlaku. dan hormon oksitosin ini juga penting semasa hendak bersalin nanti. jadi memang akan wujud kontraksi semasa menyusukan anak. tapi ia adalah sangat mild dan oksitoksin ini tidak akan bertindakbalas dengan rahim sehingga kandungan mencecah 37minggu ke atas. jadi, sekiranya ibu sihat dan kehamilan pun berjalan lancar, insyallah tiada masalah.
untuk kes2 yang tertentu, ibu digalakkan untuk wean-off kan susu utk anaknya.
1. ada sejarah keguguran
2. mempunyai sejarah kelahiran bayi pra-matang
3. berlaku pendarahan
semasa kehamilan di peringkat 3-4 bulan, susu sudah mula bertukar menjadi kolustrum. yang mana susu yang diperlukan oleh bayi baru lahir.
anak kita yang sedang menyusu badan akan alert dengan perubahan ni. sebab rasanya yang lain dan lebih pekat serta kuantiti yang sedikit. pada waktu ini, anak akan buat pilihan samada nak teruskan menyusu dengan ibunya atau menghentikan penyusuan. kalau dia rasa selesa dgn keadaan mcm ni, dia akan terus menyusu tanpa masalah. kalau dia rasa tak selesa, dia akan berhenti menyusu. kolustrum yang keluar akan terus keluar walaupun anak kita meminumnya setiap hari. jangan risau tentang kehabisan kolustrum untuk bayi baru nanti!
untuk anak yang bawah 1 tahun, kena pantau selalu berat badannya. kerana dikhuatiri bekalan susu yang sedia ada tidak mampu menampung tumbesarannya. 


sumber : google images

apabila bayi dah lahir, boleh diteruskan juga penyusuan untuk 2 orang anak! ia dinamakan tandem nursing. mengikut kajian, ibu yang menyusukan 2 orang kurang berisiko mendapat mastitis.
penghentian penyusuan serta-merta untuk anak yang lebih besar, sebenarnya banyak menganggu emosi mereka. mereka akan rasa terpinggir dgn kehadiran ahli keluarga yang baru.
teringat kisah kawan saya. semasa sebelum kelahiran adiknya, dia merupakan anak yang sangat baik! suka melekat pada ibunya. namun apabila ibunya menghentikan penyusuan buatnya secara drastik selepas kelahiran adiknya, perubahan tingkahlaku berlaku..dia kemurungan, suka membuat hal.. jadi adalah lebih baik proses pemberhentian penyusuan ibu itu berlaku secara natural untuk anak itu. atas pilihannya sendiri..