LamanUtamaOrganizerMamaBank ArtikelProduk
Showing posts with label aktiviti keluarga. Show all posts
Showing posts with label aktiviti keluarga. Show all posts

Jadual yang padat...

Bismillahirrahmanirrahim...

Sudah amat lama tidak menulis di blog. Saya cuma berkesempatan membuat 'update' di facebook sahaja kerana keterbatasan waktu. Itupun kadang-kadang tidak sempat membuka internet 1-2 hari. uhhhh...
Bekerja dari rumah tentunya memerlukan komitmen masa, tenaga yang sangat banyak. Apetah lagi saya punyai 'pembantu cilik' yang memerlukan perhatian penuh.

Masa 24 jam yang dahulunya terasa panjang, kini teramat singkat buat saya. Segala-galanya perlu dilakukan. Kerja rumah, mendidik anak-anak, menjana pendapatan, melayan suami, memasak dan sebagainya. Betapa berharga masa ini. Saya selalu ingat apabila anak-anak tidur, saya juga dapat berehat bersama-sama mereka. Namun apabila saya ingin tidur, kepala saya tidak berhenti berfikir tentang tugasan yang perlu dilakukan. Akhirnya, saya tidak tidur ! Masa anak-anak tidur, adalah masa saya untuk bekerja. 

Dahulu saya hanya makan gaji. Kalau saya rajin ataupun malas, gaji tetap masuk setiap hujung bulan. Ada masa untuk melepak, tidur, 'window shopping' dan sebagainya.
Tetapi kini, semuanya berubah..
Kalau saya malas, saya tidak akan dapat duit! Bila tiada duit, saya tidak boleh berbelanja. Jadi, harus menjadi rajin.

Amat jarang saya ke KL untuk meronda-ronda, bersiar-siar, cuci mata di kompleks membeli-belah. Kerana kesuntukan masa. Saya ke KL pun apabila ada urusan penting sahaja. selebihnya, berada dirumah.. Saya lebih selesa dan bahagia bersama anak-anak dirumah, bekerja bersama mereka yang merupakan ' VERY GOOD HELPER'.

Saya suka karier saya sebagai Work-At-Home Moms. ..
Jalan saya baru bermula dan mudah-mudahan dipermudahkan dan saya tabah mengharungi ranjaunya.
kerana SURIRUMAH adalah pilihan saya!


Aktiviti Homeschool : Cara mengendalikan kain kotor dan mengenali detergen



Aktivit Homeschool : Mengetahui cara-cara melipat baju dan menyusunnya


Imam muda Faqih yang sungguh montel..




Aktiviti Homeschool : Membuat pizza bersama rakan se-homeschool


Ceria bersama-sama


Salam kasih dan sayang * peluk*


Saya cintakan kerjaya surirumah

Tak terkata rasanya dapat menjadi surirumah sepenuh masa.. Rasa sayang sungguh dengan cuti bersalin kali ini kerana baru menikmati erti sebenar seorang SURI RUMAHTANGGA...
sehingga tidak sempat untuk melayari internet. tidak seperti semasa bekerja dahulu. punya banyak masa lapang.
Apabila sudah memegang status SURIRUMAH, sesungguhnya terasa masa 24 jam itu TER-lalu pantas berlalu. tiada masa untuk bersenang-lenang kerana banyak yang perlu dikerjakan.
Basuh baju..
Jemur baju...
Lipat baju...
Sapu sampah yang berkali-kali akibat kelincahan si kecil bereksperimentasi dengan pelbagai barang )...
Memasak..
Cuci pinggan...
Mandikan anak-anak...
Menyusukan anak-anak...
Bermain dan belajar bersama anak...
Memerah susu..
Melayan si raja...
wahhh... untung rumah ini tiada TV. mudah fokus untuk melaksanakan tugas seorang SURIRUMAH.
Hari pertama, hari kedua, hari ketiga... kantoi!!
Membebel-bebel, terjerit-jerit, stress... jadi pahala pun dah terbang. 
Alhamdulillah..bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa..hari keempat dan seterusnya..lebih tabah..
dan hari ini pengakuan saya...SAYA CINTAKAN KERJAYA SURIRUMAH!!
Saya tenang anak-anak bersama saya...
Saya bahagia suami dan anak menikmati air tangan saya...
Saya gembira anak-anak lebih banyak masa bermesra bersama saya...
Saya bangga suami ceria apabila pulang kerja...
ohhh...tak terkata keseronokannya...



Santapan daging dendeng dan sup sayur buat suami


membuat 80++ biji cheese tart dan telah selesai dihabiskan oleh 3 beranak ini dalam masa 3 hari sahaja.


santapan buat suami yang baru pulang dari kerja dalam keadaan hujan nan lebat


ini kreativiti Sakinah.. *terhibur*


Sakinah sayangkan adiknya sesungguh hatinya..


mengisi masa lapang 2 beranak - cupcakes dengan tema rumput-rampai =)


ringkas tapi puasss...


pengubat keletihan seorang surirumah... kek coklat buatan sendiri


dia sedih kerana rindukan ayahnya yang sedang bekerja..
kalau mama yang pergi bekerja, bagaimana pula kesyahduannya ?? T_T


2 ahli syurga dalam kelenaan... 


aktiviti 2 beranak di masa lapang.. buttercake



Kejutan buat keluarga Zaidee

Terima kasih tak terhingga untuk keluarga angkat kami di Temasik yang dengan penuh ingatan tulus ikhlas menghadiahkan 'rocker' buat Syuraih..
Sungguh2 kami suami isteri terharu kerana ketulusan kalian terhadap kami.. dan semestinya pemberian ini sangat mengejutkan kami!
Terharu dan menitiskan airmata..
Rindu Singapura!!!
Sayang kalian >o<


Suka-duka 3rd trimester

Walaupun sudah selesai bersalin, tetap juga ingin dikongsikan suka-dukaku semasa melayari trimester ketiga kandungan..




keluar masuk hospital dengan kontraksi yang main2...
CTG agak membosankan...

MASA BERSUKARIA DI KLCC


dia yang bergaya di depan kamera



masa untuk menikmati aiskrim




2 bekas aiskrim menelan belanja RM37.00
terima kasih banyak adik bongsu, abid...








gelagat dia memilih kasut..
menjadi tumpuan pengunjung dan pekerja kedai..


menghabiskan detik2 terakhir sebelum melapor diri ke hospital, makan aiskrim lagi di Tutti Frutti pula
terima kasih banyak en.suami yang sangat murah hati..=)


Sesi petangnya pula, makan donut Big Apple... PUAS!!


sempat lagi ke Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif peringkat Wilayah di Putrajaya di saat sudah melebihi 3 hari dari tarikh jangkaan bersalin.


Sudah tentu puas hati ! walaupun dalam kesaratan, menang juara jua...
tumpang gembira dengan semua ahli kumpulan


Aiskrim lagi... Pengarah jabatan belanja aiskrim untuk semua ahli kumpulan di KLCC.
Perasaan puas hati berganda2... sebab dapat makan aiskrim LOL


sudah tiba masa melapor diri ke hospital.
detik2 melayani kontraksi. posisi ini sangat selesa bagi menghadapi fasa kontraksi yang pertama.


CTG lagi.. kontraksi mula kerap dirasa.
tapi mampu tersenyum untuk kamera LOL

* tiada dalam gambar : masih menyusukan khawlah sakinah lagi pada ketika ini.. 

37 minggu : Sakinah di serang acute broncholitis

Sakinah dan saya baru sahaja discaj dari Hospital Pakar Al-Islam, Kg.Baru semalam ( Ahad ). walaupun sebenarnya doktor nak terus menahan sakinah di wad memandangkan lendir di paru-parunya masih banyak lagi. Namun disebabkan Sakinah dan ibunya sudah psiko berada di hospital lama2, jadi doktor izinkan kami keluar...
5 hari berkampung di wad, memang menyeksakan. Kalaulah hospital swasta pun sudah rasa begini, apetah lagi hospital kerajaan.. 

Untuk Sakinah, mama nak nukilkan sesuatu untuk Sakinah. supaya satu masa apabila Sakinah membaca coretan ini, Sakinah tidak lupa bahawa mama sentiasa sedaya upaya menjaga kamu dengan sebaik mungkin... Walau ada yang berkata mama tak pandai jaga anak sehingga awak boleh jatuh sakit ( sungguh mengguris hati kenyataan ini )

Di saat kandungan mencecah 37 minggu..
Di uji dengan kesihatan anak.. Sakinah di serang demam, batuk dan selsema.
Di tambah pula dengan perangai baru Sakinah yang tidak mahu makan ubat.
Tidur mama sudah tiada lenanya.. 
Dengan menanggung kesakitan mengandung pada trimester terakhir ini..
Mama bangun di setiap malam untuk mengelap badan Sakinah..
Bilamana suhu makin meningkat, Mama ajak ayah bawa Sakinah ke Hospital Al-Islam.
kerana mama khuatir tiba2 adik SF nak keluar dalam waktu Sakinah berada dalam wad.
Jadi lebih baik kita ke Al-Islam. Apa2 jadi boleh bersalin terus di sana..

5 hari kita bersama2 berkampung di wad 303..
bersama-sama adik danial dan adik Rayyan..
Sakinah lalui pelbagai prosedur.
Prosedur nebulizer.. Pada mulanya, awak sangat takut dan akan menangis2 bila tiba waktu untuk di neb. Tapi apabila sudah rutin 4 jam sekali untuk di neb, awak pun dah makin lali dan pandai pegang nebulizer tu sendiri... Awak memang pandai... Bangga mama...



kemudian prosedur fisioterapi pula untuk keluarkan lendiran di paru2 awak.
Uncle Amin dan Auntie Aina menjadi wajah yang awak geruni setiap hari..
kerana mereka akan datang pada awak dan tepuk dada awak depan dan belakang..
Tapi mama tengok tak keluar airmata awak, cuma mama merasakan bahawa sebenarnya awak takut dengan mereka.
Tapi bilamana mama buat perkara sama seperti mereka, tepuk awak, awak senyap dan terus tidur.
Kemudian  lendir awak akan disedut menggunakan tiub melalui hidung dan mulut.
Sungguh awak benar2 seorang 'KHAWLAH AL-AZWAR' ( serikandi islam yang berani berjuang di medan perang, di barisan hadapan mencantas musuh dengan pedangnya sendiri )
Awak menjerit, meronta sekuat hati, menggigit tiub sehingga tergigit lidah sendiri. 
Jururawat bertarung untuk membantu awak melaksanakan prosedur sedutan ini. 
Orang lain kata, mama tak kesiankan awak sebab bagi orang buat prosedur ini. 
Tapi mama pekakkan sahaja..
sebab mama perlu izinkan hal ini berlaku demi kesihatan awak juga.

Bila awak sakit, masa inilah awak akan hendak di peluk, didukung selalu.
Apabila hendak tidur, awak akan pegang tangan mama...
Awak akan cium mama...
Awak akan melekap di dada mama, minta untuk disusukan.
Walaupun dalam kepayahan, dalam kesakitan melayani ragam adik didalam perut, melalui kesakitan jangkitan kencing kotor.
Lama2 kita jadi sehati sejiwa bilamana mama juga terjangkit dengan penyakit awak..

Kemudian melayani ragam awak yang dalam kesakitan...
ragam tidak mahu makan ubat.. awak akan sembur ubat keluar.. 
kemudian awak pula muntah2.. mama tak kesah kalau pakaian mama terkena muntah. sebab awak tak berdaya, nak... mama faham itu...
Kemudian, ragam awak yang tiada selera makan pula.. awak tunjuk segala makanan dan minuman untuk di telan. tapi bilamana mama suakan pada awak, awak tak nak. Kalau ada 10 makanan di atas meja, tentu awak tunjuk satu-persatu untuk makan. Tapi apakan daya kan nak... awak tiada selera.. mama tak paksa awak cuma mama rungsing bilamana awak taknak makan, taknak minum...
Kemudian ragam awak yang pinta didukung setiap masa. Mama tak kesah walaupun sebenarnya mama sudah tak berdaya menanggung berat kandungan ini. Tapi seperti ada kekuatan di situ pula untuk mengendong kalian berdua. Dalam terhencot-hencot kaki ini menanggung kalian, mama teruskan..
Tak pernah mama rasa mengeluh atas semua ini.. Tak pernah terlintas di hati mama untuk membentak maupun memarahi awak.. sebab mama mengerti keadaan awak ini.
Dan mama juga sering berfikir, mungkin inilah masa yang diperlukan awak untuk bersama mama sepenuhnya, menuntut belaian, perhatian.. 
Mungkin ini juga adalah saat2 akhir mama bersama awak.. Walaupun jauh disudut hati mama tak mengharapkan ini akan berlaku.. Tapi siapalah awak... hanyalah amanah yang dipinjamkan oleh Allah buat mama.
Khawlah sakinahku sayang,
Selagi hayat dikandung badan, selagi awak dibawah amanah mama, mama akan jaga awak sebaik mungkin.
Kerana awak adalah Khawlah Sakinah mama....

Salam sayang buatmu, anak...


Kisahnya Aidilfitri dan ibu mertua...

Salam Aidilfitri
Maaf zahir batin buat semua...

Harini sudah hari raya ke-4.. 
Saya sudah puas makan laksa, nasi impit, lontong, kuah kacang, rendang, lemang, kuih raya, air manis, air gas, dan sudah pun selamat berada di Kuala Lumpur kembali...
Jadi apabila sudah puas segala2nya, bolehlah dengan segala hormatnya menjemput si kecil di dalam perut ini keluar melihat dunia. Sekarang sudah mula memasuki minggu 36... =)

Kali ini saya beraya dengan keluarga sendiri tanpa suami kerana suami perlu berkhidmat untuk negara, menjaga Bilik Gerakan Denggi.


Abu Khawlah yang beraya di bilik gerakan denggi JKWPKL.


Hanya kami  berdua beraya di kampung bersama keluarga dan sanak-saudara..

Insyallah saya akan pulang ke beraya bersama suami, malam ini. Juga tak di lupa, beraya dengan keluarga mertua..Yahooooo!!!
Mertua saya berada di Cheras sahaja.. Boleh beraya sampai hujung tahun ha3

Apabila hari raya menjelma, macam2 status di Facebook. tapi banyak status yang kecewa sebab balik rumah mertua..waduhh..berat sungguh ini.... 
Alhamdulillah kerana Allah telah mengurniakan saya mak ( ibu mertua ) yang sangat berharga. Yang mana saya sungguh2 menyayangi dirinya. 
Mak yang sungguh istimewa. Walau tidak celik mata namun celik hati.
Mak yang sungguh tenang, mak yang 'happy go lucky', mak yang menjadi tempat meluahkan perasaan, mak yang menegur salah dan silap kami anak beranak dengan sungguh berhemah...mak yang tidak pernah membezakan kasih buat seorang anak kandung mahupun menantu...

Mak abah saya adalah OKU, cacat penglihatan...
Tapi beruntung sungguh kerana mak abah saya dahulu di hantar bersekolah di St. Nicholas, Penang. Jadi mereka memang tiada masalah dalam ilmu2 kehidupan.
Mak saya boleh memasak, boleh menjahit, boleh menggosok baju, boleh mengemas rumah, boleh menata rias rumah, boleh menjaga anak & cucu, fasih berbahasa inggeris. ( saya pun malu kerana saya tidak sefasih mak hu3 )

Dahulu, Abu Khawlah selalu bimbang bilamana mak yang menjaga Sakinah. Saya pun pelik kenapa Abu Khawlah risau. Padahal masa dia kecik dulu mak juga yang jaga ha3 Abu..ohh abu...
Saya tak risau sebab saya yakin dengan penjagaan mak. Elok je mak besarkan 4 beradik, tanpa ada hilang anggota sana-sini. yang jadi cacat sana-sini, parut sana-sini tu bukan sebab mak jaga, korang sendiri punya kelalaian ha3 Tengok, betapa Allah melindungi mereka2 ini...
Yang buat saya terharu, bila mak pernah kata pada Abu Khawlah " Kau ni Didi, dah macam menantu. Aqilah pulak yang macam anak. Lagi kenal mak " ha3 Bangga woo bila mak mertua cakap macam tu..  Sejak dari haritu, saya suka mengusik Abu Khawlah pasal kenyataan ini. ha3

Mak selalu cakap yang rumah mak ni kecik je. Jadi mak tak berapa suka kalau ramai2 ( maksudnya anak2, menantu ) serbu rumah mak. Sebab mak tak suka tengok bila anak2, cucu2, menantu2 tak selesa ( tak tahu nak gantikan perkataan 'tengok' tu dengan apa..sebab mak tak nampak ). Tapi saya selalu cakap kat mak, anak2 tak pernah rasa, tak pernah komplen yang rumah mak ni sempit. semua seronok je bila datang rumah mak. Buat apa rumah besar, tapi hati tak tenang, serabut sana -sini. Biar rumah kecik tapi hati bahagia...

Paling seronok bila dapat melepak di rumah mak, dapat berpantang di rumah mak ha3 
Maaflah mak, sebab kami selalu menyemakkan rumah mak. Tapi ini sahajalah tempat yang seronok kami nak tenang2kan diri he3 


Mak dengan dekya 


Abah dan Abu Khawlah versi botak


Menyambut harijadi mak dan abah..
Laksa, pizza domino,s, kek secret receipe

Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati hidup mak..

Berjalan2 menaiki kenderaan awam bersama keluarga

Maaf ya kerana entri ini lewat di tulis...
Kerana terdapat pelbagai kekangan...


Pada hujung minggu lalu, kami bercadang hendak berjalan2 menaiki kenderaan awam dengan Sakinah. Sekali-sekali merasakan kenikmatan menaiki kenderaan awam. Lupakan sebentar kenderaan sendiri. 
Saya sungguh seronok meraikan masa bersama begini. Sakinah juga nampak teruja menaiki LRT. Apa yang saya lakukan semasa sesi ini...


Semasa di stesen LRT ( dari stesen Bandar Tun Razak ke Stesen Bandaraya )


1. Mengajar Sakinah cara-cara membeli token LRT. Dengan dibantu oleh ibunya, Sakinah akan memilih destinasi, kemudian memasukkan duit untuk bayaran token dan akhir sekali adalah mengambil token


2. Membantu Sakinah melalui pagar automatik LRT. Jadi Sakinah akan menyentuh token dan memasukkan token ke dalam mesin pagar tersebut.


3. Mengajar Sakinah tentang larangan2 dan keutamaan yang perlu dipatuhi semasa menaiki tren. Kemudian, pematuhan ke atas garisan kuning...



Muka teruja menaiki tren 



setiap kali menaiki kenderaan, tabiat Sakinah adalah hendak membuka kasut





Semasa berjalan ke Sogo ( melalui jambatan ke Sogo )


1. Apabila bertemu dengan orang yang meminta bantuan/derma di kakilima, meminta Sakinah menyerahkan sedikit sumbangan kepada mereka. Yang mengharukan hati saya seorang ibu, apabila Sakinah menyerahkan RM1 kepada seorang pakcik tua. pakcik tua itu lantas mencium tangan Sakinah..Terusik perasaan saya sebab selalunya yang akan mencium tangan adalah orang yang paling kecil. Itulah tanda penghargaan mereka kepada kita. 
Teringat pada nenek saya yang sudah uzur, akan mencium tangan kami apabila kami memberikan beliau buah tangan...tidak lekang dari mulutnya ucapan " terima kasih ", walaupun beliau sudah ada masalah daya ingatan.


Semasa di Sogo :


1. Sakinah banyak menghabiskan masa bermain bersama ayahnya sementara ibunya membeli-belah..Bukan saya tidak mahu mengajak Sakinah membeli-belah, cuma ayahnya kurang selesa untuk mengikut ibunya membeli-belah ha3 *memang tabiat perempuan ha3*


2. Kemudian apabila perut sudah berkeroncong, duduk sebentar di celah2 tiang untuk menikmati Waffle.. Kemudian datang 2 kanak-kanak arab, Muna dan Muhammad yang sangat teruja melihat Sakinah. Apabila Sakinah berguling atas lantai, si kakak akan mengangkat Sakinah..saya berharap juga Sakinah akan begitu pada adik2nya. Penat saya mengingat kembali perkataan2 Arab untuk berkomunikasi dengan anak2 Riyadh ini. Mak ayahnya mereka sedang membeli-belah. berani sungguh mereka kann..=)


Sesi makan...
tudung mak sudah herot-berot ha3


bersama kanak2 riang yang sungguh menghiburkan hati...




* terpegun melihat tren yang datang *


* kerusi batu yang mengujakan Sakinah juga*






Pelajaran yang amat menyeronokkan buat kami sekeluarga... Mengajar anak2 tentang kehidupan dan berdikari....