LamanUtamaOrganizerMamaBank ArtikelProduk
Showing posts with label Khawlah Sakinah. Show all posts
Showing posts with label Khawlah Sakinah. Show all posts

Jadual yang padat...

Bismillahirrahmanirrahim...

Sudah amat lama tidak menulis di blog. Saya cuma berkesempatan membuat 'update' di facebook sahaja kerana keterbatasan waktu. Itupun kadang-kadang tidak sempat membuka internet 1-2 hari. uhhhh...
Bekerja dari rumah tentunya memerlukan komitmen masa, tenaga yang sangat banyak. Apetah lagi saya punyai 'pembantu cilik' yang memerlukan perhatian penuh.

Masa 24 jam yang dahulunya terasa panjang, kini teramat singkat buat saya. Segala-galanya perlu dilakukan. Kerja rumah, mendidik anak-anak, menjana pendapatan, melayan suami, memasak dan sebagainya. Betapa berharga masa ini. Saya selalu ingat apabila anak-anak tidur, saya juga dapat berehat bersama-sama mereka. Namun apabila saya ingin tidur, kepala saya tidak berhenti berfikir tentang tugasan yang perlu dilakukan. Akhirnya, saya tidak tidur ! Masa anak-anak tidur, adalah masa saya untuk bekerja. 

Dahulu saya hanya makan gaji. Kalau saya rajin ataupun malas, gaji tetap masuk setiap hujung bulan. Ada masa untuk melepak, tidur, 'window shopping' dan sebagainya.
Tetapi kini, semuanya berubah..
Kalau saya malas, saya tidak akan dapat duit! Bila tiada duit, saya tidak boleh berbelanja. Jadi, harus menjadi rajin.

Amat jarang saya ke KL untuk meronda-ronda, bersiar-siar, cuci mata di kompleks membeli-belah. Kerana kesuntukan masa. Saya ke KL pun apabila ada urusan penting sahaja. selebihnya, berada dirumah.. Saya lebih selesa dan bahagia bersama anak-anak dirumah, bekerja bersama mereka yang merupakan ' VERY GOOD HELPER'.

Saya suka karier saya sebagai Work-At-Home Moms. ..
Jalan saya baru bermula dan mudah-mudahan dipermudahkan dan saya tabah mengharungi ranjaunya.
kerana SURIRUMAH adalah pilihan saya!


Aktiviti Homeschool : Cara mengendalikan kain kotor dan mengenali detergen



Aktivit Homeschool : Mengetahui cara-cara melipat baju dan menyusunnya


Imam muda Faqih yang sungguh montel..




Aktiviti Homeschool : Membuat pizza bersama rakan se-homeschool


Ceria bersama-sama


Salam kasih dan sayang * peluk*


Hadiah buat si dia...

Demi meraikan kelahiran adik Sakinah yang dinanti-nantikan, tidak dilupa si jantung hati yang menemani hidup kami selama 1 tahun 10 bulan ini, Khawlah Sakinah..

Buatnya, kami hadiahkan 'cleaning set' sebagai tanda ingatan mama ayah kepada Sakinah walau nanti akan hadir orang baru. Dirimu tetap di hati... *PELUK*



Suka-duka 3rd trimester

Walaupun sudah selesai bersalin, tetap juga ingin dikongsikan suka-dukaku semasa melayari trimester ketiga kandungan..




keluar masuk hospital dengan kontraksi yang main2...
CTG agak membosankan...

MASA BERSUKARIA DI KLCC


dia yang bergaya di depan kamera



masa untuk menikmati aiskrim




2 bekas aiskrim menelan belanja RM37.00
terima kasih banyak adik bongsu, abid...








gelagat dia memilih kasut..
menjadi tumpuan pengunjung dan pekerja kedai..


menghabiskan detik2 terakhir sebelum melapor diri ke hospital, makan aiskrim lagi di Tutti Frutti pula
terima kasih banyak en.suami yang sangat murah hati..=)


Sesi petangnya pula, makan donut Big Apple... PUAS!!


sempat lagi ke Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif peringkat Wilayah di Putrajaya di saat sudah melebihi 3 hari dari tarikh jangkaan bersalin.


Sudah tentu puas hati ! walaupun dalam kesaratan, menang juara jua...
tumpang gembira dengan semua ahli kumpulan


Aiskrim lagi... Pengarah jabatan belanja aiskrim untuk semua ahli kumpulan di KLCC.
Perasaan puas hati berganda2... sebab dapat makan aiskrim LOL


sudah tiba masa melapor diri ke hospital.
detik2 melayani kontraksi. posisi ini sangat selesa bagi menghadapi fasa kontraksi yang pertama.


CTG lagi.. kontraksi mula kerap dirasa.
tapi mampu tersenyum untuk kamera LOL

* tiada dalam gambar : masih menyusukan khawlah sakinah lagi pada ketika ini.. 

Berjalan2 menaiki kenderaan awam bersama keluarga

Maaf ya kerana entri ini lewat di tulis...
Kerana terdapat pelbagai kekangan...


Pada hujung minggu lalu, kami bercadang hendak berjalan2 menaiki kenderaan awam dengan Sakinah. Sekali-sekali merasakan kenikmatan menaiki kenderaan awam. Lupakan sebentar kenderaan sendiri. 
Saya sungguh seronok meraikan masa bersama begini. Sakinah juga nampak teruja menaiki LRT. Apa yang saya lakukan semasa sesi ini...


Semasa di stesen LRT ( dari stesen Bandar Tun Razak ke Stesen Bandaraya )


1. Mengajar Sakinah cara-cara membeli token LRT. Dengan dibantu oleh ibunya, Sakinah akan memilih destinasi, kemudian memasukkan duit untuk bayaran token dan akhir sekali adalah mengambil token


2. Membantu Sakinah melalui pagar automatik LRT. Jadi Sakinah akan menyentuh token dan memasukkan token ke dalam mesin pagar tersebut.


3. Mengajar Sakinah tentang larangan2 dan keutamaan yang perlu dipatuhi semasa menaiki tren. Kemudian, pematuhan ke atas garisan kuning...



Muka teruja menaiki tren 



setiap kali menaiki kenderaan, tabiat Sakinah adalah hendak membuka kasut





Semasa berjalan ke Sogo ( melalui jambatan ke Sogo )


1. Apabila bertemu dengan orang yang meminta bantuan/derma di kakilima, meminta Sakinah menyerahkan sedikit sumbangan kepada mereka. Yang mengharukan hati saya seorang ibu, apabila Sakinah menyerahkan RM1 kepada seorang pakcik tua. pakcik tua itu lantas mencium tangan Sakinah..Terusik perasaan saya sebab selalunya yang akan mencium tangan adalah orang yang paling kecil. Itulah tanda penghargaan mereka kepada kita. 
Teringat pada nenek saya yang sudah uzur, akan mencium tangan kami apabila kami memberikan beliau buah tangan...tidak lekang dari mulutnya ucapan " terima kasih ", walaupun beliau sudah ada masalah daya ingatan.


Semasa di Sogo :


1. Sakinah banyak menghabiskan masa bermain bersama ayahnya sementara ibunya membeli-belah..Bukan saya tidak mahu mengajak Sakinah membeli-belah, cuma ayahnya kurang selesa untuk mengikut ibunya membeli-belah ha3 *memang tabiat perempuan ha3*


2. Kemudian apabila perut sudah berkeroncong, duduk sebentar di celah2 tiang untuk menikmati Waffle.. Kemudian datang 2 kanak-kanak arab, Muna dan Muhammad yang sangat teruja melihat Sakinah. Apabila Sakinah berguling atas lantai, si kakak akan mengangkat Sakinah..saya berharap juga Sakinah akan begitu pada adik2nya. Penat saya mengingat kembali perkataan2 Arab untuk berkomunikasi dengan anak2 Riyadh ini. Mak ayahnya mereka sedang membeli-belah. berani sungguh mereka kann..=)


Sesi makan...
tudung mak sudah herot-berot ha3


bersama kanak2 riang yang sungguh menghiburkan hati...




* terpegun melihat tren yang datang *


* kerusi batu yang mengujakan Sakinah juga*






Pelajaran yang amat menyeronokkan buat kami sekeluarga... Mengajar anak2 tentang kehidupan dan berdikari....

Sesi berenang bersama Sakinah

Sudah lama terpendam niat untuk mengajar/menghantar Sakinah ke kelas renang.. Cuma kekangan waktu untuk memberi komitmen menghantar Sakinah menghadiri kelas renang.
Jadi dipendamkan sahajalah hasrat dihati. dahulu, semasa Sakinah kecik2, memang rajin mencari info berkenaan teknik berenang bagi bayi. Cuma apabila banyak sangat kekangannya, terkubur macam tu sahajalah sehinggalah timbul berita Sheikh Muzaffar mengajar anaknya berenang...baru berkobar2 kembali he3
Cuma untuk Sakinah yang sudah setahun lebih ini, agak sukar sedikit untuk mengajarnya berenang. kerana dia sudah mula takut dengan air.. Jadi sesi mengajar renang untuk Sakinah perlukan kesabaran kerana dia akan menangis ketakutan. Jadi, perlukan teknik mengajar yang sesuai supaya Sakinah tidak tertekan untuk belajar berenang...


untuk kalian, jangan bertangguh ya untuk mengajar renang pada anak2. Lagipun ilmu ini sangat di tuntut oleh agama kita untuk diajarkan kepada anak2 kita..
Rasulullah bersabda " Ajarilah anakmu berkuda, berenang dan memanah "
Semasa berenang, mental, fizikal, segala otot dan tulang rangka digerakkan untuk membuat satu gerakan yang berkoordinasi diantara dua anggota kaki dan dua anggota tangan selain merangsang stamina ( sistem kardiovaskular )
Berenang juga memberi peluang kepada manusia untuk menguasai air dan menjadi berani.



sakinah cuba memberanikan diri di dalam air


sesi belajar renang bersama ayahanda



sesi menyelam..



sedikit meronta kerana ketakutan


menyelam kali terakhir sebelum sesi belajar berenang berakhir


Sakinah sudah keletihan


Nota : tentunya trainer saya, En. Abd.Halim bin Ismail berbangga dengan usaha ini.kerana beliaulah telah merekrut saya dalam kursus renang..

Kenangan dahulu yang akan sentiasa dirindui oleh kami...


kami yang satu masa dahulu tidak pandai berenang..tetapi dengan kehadiran Pak Halim ( depan, kiri sekali ), kami berjaya berenang!! satu kebanggaan buat kami dan beliau...



akhirnya...selesai misi belajar renang selama 12 sesi..semua gembira tak terkata...


sudah kepenatan, bersidai di tepi kolam


inilah hasilnya apabila belajar berenang..hitam legam!!