LamanUtamaOrganizerMamaBank ArtikelProduk
Showing posts with label Masak-memasak. Show all posts
Showing posts with label Masak-memasak. Show all posts

Mencairkan coklat masakan dengan periuk nasi

Saya baru berpindah rumah namun tidak semua barang sudah di bawa ke rumah baru..
Kebanyakannya barang-barang besar belum di angkut termasuklah dapur memasak.
Tetapi bilamana hasrat hati nak buat kek juga untuk Lil Sakinah sempena harijadinya, ku mengkreatifkan diri mencari jalan penyelesaian untuk mencairkan coklat masakan.
Saya juga tiada microwave.
Taraaa....

'double boil' di dalam periuk nasi

tapi perlu diingatkan, untuk memudahkan pencairan coklat ini, potong/hiris coklat masakan ini nipis-nipis..

Selamat mencuba bagi yang tiada dapur dan microwave ^_^

Ledakan Pencuci Mulut...

merindui tutti frutti dan lapis cheesy...
tak sabar untuk memanaskan kembali pengadun >o<


lapis cheezy
tiramisu, oren, bluberry dan coklat....



homemade tutti frutti....
kids really  love it!!


Cheese tart ohh cheese tart...

Saya terjebak dengan cheese tart sejak saya berkahwin dengan suami saya. Seorang peminat cheese yang tegar.. dan sekarang Sakinah juga mengikut jejak langkah. Keju cheesedale tu mereka berdua boleh habiskan sekejap sahaja dengan meratahnya.. Pantang ada keju tu dalam peti ais. Yang si bapak dok mengulang ke peti ais. Yang si kecik pula, tak pandai lagi buka peti ais sendiri, maka dia akan tepuk-tepuk peti ais supaya dibuka. Bila dah buka, cepat je tangan dia mencapai keju..Sabar jelahhh Sakinah dan Abu Khawlah ni...

Saya pula akan membeli cheese tart hampir setiap hari di kedai bakeri depan rumah. Kalau dah beli tu, saya akan borong sampai 5 biji sebab cheese tart yang dijual bersaiz besar, harga pula RM2.40 seketul...

Lama-lama, bila saya dah tak tahan dengan kegilaan ini, saya pun mula berjinak-jinak membuat cheese tart sendiri. Tambahan pula, mak mertua telah memberikan saya ovennya. Bertambah-tambahlah kegilaan mak yong yang dah mengandung 8 bulan ini. Sungguh tak sedar diri ha3

Kerja pertama yang saya buat adalah membakar kulit cheese tart ( shell tart ). Saya pulun buat banyak-banyak. Punyalah tamak hu3 
Tapi agak menderita membakar shell tart ini kerana saya hanya beli acuan tart berkenaan hanya 21 biji sahaja. Sungguh penat nak menyiapkan sampai 100 biji. Boleh tidur kat tepi oven gamaknya ha3
Lepas tu bila dah ada kelapangan lagi, baru saya mula isi kulit tart tu dengan cheese... waaduuuhhh...Pengsan!!
Makan memang puas gila!
Lepastu saya kongsi dengan semua ahli keluarga sendiri dan keluarga suami...
Tuu diaa....
Mereka pun melahap macam saya. sekejap sahaja licinn!! Ini sudah kes berat! 


Sesi Bakaran yang pertama : Ada perisa blueberry, strawberi dan kiwi.
Sesi seterusnya ada tambahan perisa oreo dan coklat ( maaf tak sempat nak ambil gambar sebab dah licin )

Dan yang tak di sangka-sangka, ada pula yang menempah..Terkejut mak yong. Maka dengan saratan kandungan ini, mak yong layankan sahaja. Yang tak tahan tu, si adik minta berguru pulak sebab dia nak buat bisnes cheese tart. Sabar jelahh ha3 Di sebabkan Mak Yong dah memborong beli cheese Phildaphelia 2kg masa awal-awal dulu. Kang kalau dah bersalin, siapa pula nak mengerjakan cream cheese tu nanti. Jadi kita pulunnn...ha3

Nota : Teringat pesan ibu saya yang dahulunya seorang `pasterist` dan `bakerist`.
Mak saya pesan, biarlah untung x seberapa tp kita buat makanan dengan kadar yang paling baik bersama bahan2 yang terbaik juga hati yang bersih. 
Apa yang sedap kita makan, begitu juga kita perlu buat untuk orang lain makan.
Jangan sesekali main 'cilok2' dlm menjual makanan. 
* semasa saya membuat makanan, sheikh Al-Sudais menemani saya dengan bacaan Al-Qurannya...mudah2an berkat semuanya.

Masak-memasak untuk keluarga

pada tahun 2012 ini, saya telahpun berazam pada diri saya dan keluarga saya untuk menyediakan juadah buat mereka setiap hari. mudah2an tercapai azam ini.


untuk pengetahuan saudara-saudari,tuan puan, saya ni adalah spesis yang malas memasak. asal saya masak je, orang akan condemn mcm2 hu3 ( ia menyakitkan hati ). tapi suami saya sangat baik!! dia x condemn apa yang isteri dia masak. dan dia tak paksa isteri dia untuk memasak. kalau nak masak pun, kena tanya dia terlebih dahulu. takut nanti makanan tu jadi bahan membazir. 


saya memasang cita-cita untuk menyediakan hidangan untuk keluarga saya selepas saya bertemu dengan sumber inspirasi saya. seorang wanita yang hebat..i love u, kak Syazni Aziddin. dia benar2 membuka hati saya untuk menjadi seorang chef ( walaupun saya tak pandai memasak ) ha3 


saya sambut 2012 hanya di rumah dengan persiapan2 fizikal dan mental untuk menjadi 'master chef'. apa yang saya buat...


1. tulis azam besar2 atas kad manila dan tampal di dinding
2. buat jadual masakan untuk sebulan
3. membersihkan dapur saya, membuang segala bahan2 yang dah rosak, cuci peti ais, cuci dapur.
4. membeli bahan2 untuk menjayakan misi 'master chef'


berbekalkan 2 buah buku resepi. satu dari Chef Kamarul : Masakan ekspress, satu lagi dari Mama Fiza : Hidangan Si Cilik ( ha3 inipun boleh jadi bahan rujukan saya untuk maju ke hadapan =P)


petua yang sangat mudah untuk membangkitkan selera orang adalah : PRESENTASI ( PERSEMBAHAN MAKANAN )
untuk yang ini, saya telah membeli pinggan mangkuk yang baru tapi bukan membeli sampai membazir. membeli sekadar untuk keperluan kami 3 beranak.


inilah apa yang telah saya hidangkan pada sambutan Tahun Baru 2012 kami..=)



hidangan pertama : wholemeal bread + mayo egg, chicken slice, tomato,cheese cheddar,mustard & chili sauce
hot chocolate
" owh sedapnye. kalah breakfast set di mc'd " kata asben saya.. 



pencuci mulut di tengahari : aiskrim+oreo+lady finger+choc rice


sarapan : makaroni goreng, potato bun, hot chocolate


dinner threat : homemade chicken chop with lemonade
" sedap gilerr!! dah tak payah makan chicken chop kat luar dah " testimoni dari suami.


makan petang : homemade wantan with rose+lychee tea
" alamak, makan wantan masa perut kenyang. sedap! teh ni superb sedap. boleh tak kalau bancuhkan teh ni untuk dibawa ke opis " kata asben


hidangan tengahari : nasi minyak, tomato dan ayam cendawan masak lada hitam 
" yang ni sedap! ada nasik lagi tak ?? " bila asben dah mula melantak

semoga semangat saya akan terus melonjak2 =)
betul orang kata..bila orang yang memasak ni, dia kurang makan sebab dah kenyang amik bau masakan. saya sudah merasainya.
gudluck to all wives and mothers!!









Aiskrim susu ibu

gulp..gulp..apekah tajuk begini ada yek ??
meh saya cetuskan tajuk ini he3..sekadar perkongsian untuk semua apa yang telah saya dapat dari internet. nak tulis di blog ni supaya nanti saya dan anak-pinak saya boleh rujuk resepi aiskrim spesel ni di sini ngeh3


MOMSICLES
pernah dengar tak popsicles ? kita glamerkan nama momsicles plak sebab sumber aiskrim ni dari susu ibu he3


first step : beli acuan popsicles.
2nd step : cair kan ebm ( kalau ada banyak ebm yang nak dibuang tu ) atau guna ebm yang cair shj
3rd step : masukkan chocolate chip/chocolate rice dalam acuan terlebih dahulu
4th step : masukkan susu ibu tadi
5th step : bekukan....
* kalau nak buat momsicles perasa strawberi/mango/chocolate/apa sahaja perisa yang kita mahukan, campurkan perisa ke dalam susu ibu yang cair tadi.





mana nak beli acuan aiskrim ( ni hasil risikan di internet ) : 
1. Kedai kek
2. Brand Tupperware 
3. Kedai DAISO



BREATSMILK SMOOTHIES


bahan2 :
1/2 cawan susu ibu
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar gula
4 cawan ais 
optional : perisa atau buah apa2 shj, pisang, mango,kiwi,strawberi
hiasan tambahan - choc rice, oreo, m&ms

cara2 :
1. masukkan susu ibu, esen vanilla, gula dan ais ke dalam blender
2. blend sehingga menjadi shake.
3. masukkan dalam bekas/bowl kemudian hias mengikut citarasa anda..


BREASTMILK ICE CREAM


bahan2 :
2 plastik yang ada zip-locked ( dua jenis saiz : satu besar, satu kecik )
1/2 cawan susu ibu ( boleh je kalau replace susu ibu dengan susu biasa )
1 1/2 - 2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil esen vanilla
2 tray ice cubes
6 sudu besar garam
glove
**optional - choc chip, perisa syrup dsb

cara2 :
1. masukkan susu,esen vanilla, gula dan perisa tambahan ( kalau ada gunakan ) ke dalam plastik kecik.
2. masukkan ais dan garam ke dalam plastik besar
3. masukkan plastik kecik ke dalam plastik besar
4. pakai gloves
5. goncang sambil menari2 dan terkinja2 dengan plastik bag tu 7-10 minit. ha3 
6. setelah tu gunting bahagian bucu plastik kecik tadi
7. picitkannye ke dalam gelas @ bowl.
8. hias lah dengan sesuka hati - strawberi, choc chip, ceri..

TIPS : masa nak menggoncangkan plastik tu, pasang lagu chicken dance..pastu terkinjalah anda sepuas hati ha3


makan soto

hari ni 1st time buat soto untuk encik asben yang sangat tergila2kan cik soto dan pak bakso..selalunyer beli kat gerai depan rumah. ni dah dapat resepi, kita buat jelah soto yerr..jimat belanja. dr breakfast, lunch, dinner..semuanye menu soto.makan sampai cirit ha3


ada bergedil star untuk puteri kita..sakinah
bergedil utk sakinah hanya ada kentang, daun sup, daging cincang,telur. tidak letak garam ye sebab dia budak kecik lagi. =)


nasi impit + bergedil+ ayam + meehun goreng+kicap

RESEPI SOTO

untuk ayam carik
1.  1 ekor ayam ( rebus kemudian dah siap rebus, carik2 kan )

untuk sup
1. bawang merah, bawang putih, halia ( di hiris/tumbuk kemudian tumis sampai naik bau )
2. air rebusan ayam ( masukkan apabila dah naik bau bhn tumis tadi. boleh juga ambil sedikit ayam rebus tadi untuk di letak dalam sup )
3. sup bunjut ADABI ( buka bunjut nye, ambil rempah tu dan tumbuk ). masukkan bahan ni selepas dah masukkan air rebusan ayam.
4. garam

untuk meehun goreng
1. guna suuhun atau bihun. kemudian gorengkan shj sampai jd macam keropok

untuk nasi himpit
1. ambil kampit nasi impit nona/adabi ke ( rebus je sampai jadi nasi impit )

untuk bergedil
1. kentang ( direbus sampai lembut. boleh letak sedikit garam. dah lembut nanti, lenyekkan shj )
2. daging cincang ramlee / daging cincang yg imported dr Australia - saya prefer daging cincang australian ni sebab nak masukkan dlm makanan sakinah. ( gaul rata dengan kentang lenyek tadi )
3. daun sup 
4. bawang ( cincang halus )
5. garam
6. serbuk lada sulah
gaulkan semua bahan dengan rata. kemudian buat lah bentuk2 yang disukai

7. 1biji telur ( pukul telur kemudian celupkan bergedil tadi dalam telur sebelum goreng dalam minyak )

untuk kicap
1. 20 bj cili api
2. setengah cawan kicap manis
3. 3-4 ulas bawang putih
blendkan semuanye...

Selamat mencuba dan menikmati SOTO !!

resepi cereal

Cereal Barli


Bahan : barli + air

Cara : rebuskan macam buat air barli tapi tanpa gula.
            bila barli dah kembang, BLEND!! 

Oatmeal cereal
Bahan : Organic oats + air
Cara    : rebus sampai kembang.
               kemudian boleh campur dgn apa2 buahan / susu ibu
              ( contoh, mango, betik, pisang, avocado, epal, pear, kurma, strawberi )

saya suka buat oatmeal cereal. sampai mak saya kata sakinah ni anak mat salleh he3 


    

Kejeku di hari minggu

menjelanglah 1 Ramadhan esok, insyallah...
entah x pasti sempat sampai x kita dgn Ramadhan kali ini. nampak dekat je..esok je..tp nyawa ke pun x taw dekat smpai penghujung dh ke @ belum. "Allahumma balligna Ramadhan" ( Ya Allah, sampaikanlah aku pada Ramdahan)

Encik suami dh bgtau azam dia utk Ramadhan kali ini..diantaranya yg saya terkebil2 mendengar : " taknak membeli juadah berbuka di Bazar Ramadhan"
hu3 cmne ni..macamana nk merealisasikan impian dia nih..duhai....

Jadi, semalam (Sabtu ) kitorang pergi ke NSK Kuchai Lama, memborong barang2 dapur..
sblm pergi tu dh listing bagai resepi utk 2 minggu. jadi senang nk prepare beli brg2 utk menu2 tu.
( dah lah x reti masak..mmg terkial2 lah nanti pagi2 sahur ..ditambah lg dgn rice cooker letrik yg dh rosak. tanak nasi ats api jelah )

Hari ini, tugas saya..tadaa...



Daging & Ayam yang telah dibersihkan kemudian di packingkan utk kegunaan sehari/sehidangan. nak guna, amik je satu plastik. dah siap potong2 dh.



4 ekor ikan kembung yang dh dibahagikan kpd 2 plastik. dh siap2 letak rempah kari+kunyit+garam..


Ayam yang seekor dibahagikan kpd 4 bahagian.


daging dh siap potong sbb nanti nk buat daging masak kicap, daging black pepper, daging masak lemak..

semua di pack dlm plastik kemudian di simpan dlm bekas bertutup sebab nk simpan dlm deep freezer. nak menumpang deep freezer solid food sakinah.

Bawang, halia, lengkuas pun dh get ready siap2..sng nnti pagi2 nk masak terus campak je dlm kuali.
kepada yang menjaga kesedapan makanan, mesti x best nk buat mcm ni. xpelah, nanti dh cekap memasak, saya x buat gini dah ha3 apepun yang penting saya masak wpun x sdp he3