resepi chicken chop with lemonade


dinner threat : chicken chop with lemonade
nota kaki : waktu ni presentation failed sebabnya belum pergi beli pinggan mangkuk dan gelas yang classs =P


chicken chop
bahan2 utk chicken chop :
1. isi ayam yang tidak bertulang di perap bersama garam dan serbuk lada sulah selama 10 minit atau lama lagi.
2. tepung gandum
3. telur
4. serbuk roti / serbuk biskut tawar / serbuk cornflakes ( utk percubaan pertama, saya menggunakan biskut cap ping pong yang 4 segi tu. kemudian saya lesung-batukan ia sampai hancur =))


cara2 :
1. isi ayam tadi tu, mula2 salutkan dengan tepung gandum. kemudian salut pula dengan telur kemudian baru golek2kannya di atas serbuk biskut.
2. gorengkan di dalam minyak panas yang banyak.
3. bila dah masak,angkat dan sedia untuk dihidangkan bersama sos bbq dan kentang goreng.


untuk sosnya :
1. saya hanya beli sos yang instant. di pasaraya ada jual sos bbq. asalnye, saya nak buat sendiri sosnya tapi jenuh saya pusing JJ tapi tak jumpa brown sauce.


Lemonade
bancuh air masak beserta gula. kemudian perah lemon.masukkan ais.jadilah lemonade 

No comments:

Post a Comment