LamanUtamaOrganizerMamaBank ArtikelProduk

Masak-memasak untuk keluarga

pada tahun 2012 ini, saya telahpun berazam pada diri saya dan keluarga saya untuk menyediakan juadah buat mereka setiap hari. mudah2an tercapai azam ini.


untuk pengetahuan saudara-saudari,tuan puan, saya ni adalah spesis yang malas memasak. asal saya masak je, orang akan condemn mcm2 hu3 ( ia menyakitkan hati ). tapi suami saya sangat baik!! dia x condemn apa yang isteri dia masak. dan dia tak paksa isteri dia untuk memasak. kalau nak masak pun, kena tanya dia terlebih dahulu. takut nanti makanan tu jadi bahan membazir. 


saya memasang cita-cita untuk menyediakan hidangan untuk keluarga saya selepas saya bertemu dengan sumber inspirasi saya. seorang wanita yang hebat..i love u, kak Syazni Aziddin. dia benar2 membuka hati saya untuk menjadi seorang chef ( walaupun saya tak pandai memasak ) ha3 


saya sambut 2012 hanya di rumah dengan persiapan2 fizikal dan mental untuk menjadi 'master chef'. apa yang saya buat...


1. tulis azam besar2 atas kad manila dan tampal di dinding
2. buat jadual masakan untuk sebulan
3. membersihkan dapur saya, membuang segala bahan2 yang dah rosak, cuci peti ais, cuci dapur.
4. membeli bahan2 untuk menjayakan misi 'master chef'


berbekalkan 2 buah buku resepi. satu dari Chef Kamarul : Masakan ekspress, satu lagi dari Mama Fiza : Hidangan Si Cilik ( ha3 inipun boleh jadi bahan rujukan saya untuk maju ke hadapan =P)


petua yang sangat mudah untuk membangkitkan selera orang adalah : PRESENTASI ( PERSEMBAHAN MAKANAN )
untuk yang ini, saya telah membeli pinggan mangkuk yang baru tapi bukan membeli sampai membazir. membeli sekadar untuk keperluan kami 3 beranak.


inilah apa yang telah saya hidangkan pada sambutan Tahun Baru 2012 kami..=)



hidangan pertama : wholemeal bread + mayo egg, chicken slice, tomato,cheese cheddar,mustard & chili sauce
hot chocolate
" owh sedapnye. kalah breakfast set di mc'd " kata asben saya.. 



pencuci mulut di tengahari : aiskrim+oreo+lady finger+choc rice


sarapan : makaroni goreng, potato bun, hot chocolate


dinner threat : homemade chicken chop with lemonade
" sedap gilerr!! dah tak payah makan chicken chop kat luar dah " testimoni dari suami.


makan petang : homemade wantan with rose+lychee tea
" alamak, makan wantan masa perut kenyang. sedap! teh ni superb sedap. boleh tak kalau bancuhkan teh ni untuk dibawa ke opis " kata asben


hidangan tengahari : nasi minyak, tomato dan ayam cendawan masak lada hitam 
" yang ni sedap! ada nasik lagi tak ?? " bila asben dah mula melantak

semoga semangat saya akan terus melonjak2 =)
betul orang kata..bila orang yang memasak ni, dia kurang makan sebab dah kenyang amik bau masakan. saya sudah merasainya.
gudluck to all wives and mothers!!









7 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. semua pun nampak menyelerakan! lagi debab la abg kita tu.. gud job! nnt masak bawak la balik rumah mak ek.. nak rasa jugak!

    ReplyDelete
  3. nnti kita buat open house lah ha3 nampak menyelerakan sebab presentation je yg lebih2. sedapnye belum tentu =D

    ReplyDelete
  4. ewahhh!!
    bagusnya misi 2012..utk rajin memasak!
    hahhahaha..sy pon sama..
    tak reti masak la..

    ReplyDelete
  5. x reti xpe, asal semangat tu ade..kita bermula dr bawah..tapak-menapak he3 saya memasak pun, dok tinjau2 buku resepi.yg penting perancangan ada.jd senang nak manage masak-memasak. PRESENTATION mesti lebihh.sebab ia sgt memberi kesan psikologi he3

    ReplyDelete
  6. gud aqilah..k.ezy pon azam tahun ni nak jadi masterchef..syok bila anak2 dah pandai makan macam2..husben pon like..hehe..

    ReplyDelete
  7. seronok sgt k.ezy..pastu dpt hias hidangan pastu derang teruja..tu part yg plg best bila derang mkn dgn lahapnye..gudluck taw k.ezy..

    ReplyDelete