BF mommies...

Saya nak kongsi sahabat2 yang berjaya dlm perjuangan bf yang amat mencabar ini...
saya mengerti kejerihan mereka kerana saya bersama mereka meniti perjuangan ini..
bil telefon dan kredit telefon x payah la nk kira. asyik cal,asyik sms...di tengah malam pun ada..
mengadu itu ini...


" susu sikit.."
" bila pam susu x keluar "
"anak x nak minum botol"
"anak asyik merengek bila bf"
"org sekeliling suruh bg fm sebab susu kurang"
"orang kutuk sebab mengepam"
"orang mengata nak menunjuk ebm"
"orang tengok semacam je bila pam kat tempat keje..mcm jijik sangat EBM "


dan macam2 lagi...


my dear...ohw my dear...saya sayang kalian..kerana perjuangan kalian tiada kenal putus asa.
walaupun ada terlintas nak berenti bf..tapi alhamdulillah ia sekadar lintasan.  yang kenyataan, kalian menyusukan anak sendiri sehingga kini.


utk entry kali ini..Aqil memang nak titipkan jutaan syabas dan tahniah atas usaha korang. Aqil memang berbangga dgn korang!!


buat K.Intan Safinar,Azliyana Yahya,Zakiyah Samsuri...
kalian memang ibu yang sungguh mithali kerana sanggup berkorban segalanya untuk memberikan yang terbaik buat anak2.
walaupun sebenarnya, korang mampu nk beli FM tapi hakikat yang korang sedari..
susu ibu shj lah yang terbaik utnuk membentuk darah daging, tulang-belulangnya..kerana anak2 kita ini lah akan menjadi generasi yang soleh dan solehah.
teruskan usaha murni, doa tiada henti, azam yang terus tinggi,berkorban sepenuh hati...andalah IBU MITHALI buat si permata hati..


Saya sedar ramai lagi ibu2 yang diluar sana yang cekal dalam mengharungi perjuang breastfeeding ini..
untuk anda jua... doa kerahmatan lil 'alaminn...



k.intan yg disebelah kanan. sorang lagi 2 adik iparnya, kalau x silap..
k.intan ni isteri kapten hoki malaysia..carik la saper kapten pasukan hoki malaysia..ensem beb. ( selingan ye k.intan..jgn marah!! ha3)


ni lah stok k.intan. k.intan yg mula2 dulu give up utk bf kerana susu yg sedikit..tp sekarang, ini hasilnya berkat ketabahan dan kesabaran...
sekarang tengah gigih mencari deep freezer ..chayok2 k.intan!!


yaya sekeluarga...
stress dan sedih di tengah mlm mengenangkan susu yg kurang.
Qilah suka dengar Yaya bila dah ceria.


Nana sdg bf hadif.. hadif yg suka duduk dlm pelukan mamanye..


nilah keadaan dimana ebm hanya 0.5oz.memang amat mengundah-gelanakan na2..tp nsb baik na2 punya smgt bf yg tinggi..teruskan usaha..chayok na2..3 months to go....=)



...di saat entry ini di tulis, sebak bercampur gembira..T_T..

nota kaki :
EBM - express breastmilk
FM - formula milk
DF- deep freezer
bf - breastfeed

Pumping Schedule..


ini hasil semasa berpuasa..x meriah mana pun..asal 4 sesi


saya adalah pengepam tegar..
dengar tu TEGAR..dahhhsyatt bunyi nye..ha3
seronok mengepam lepas tu dok belek2 hasil.

saya dibayar gaji oleh Datuk Bandar di atas position Penolong Pegawai Kesihatan persekitaran @ lebih gah nama..INSPEKTOR KESIHATAN...

keje IK ni memang keje penguatkuasaan. banyak deal ngn public sampai public pun benci!!! ha3 sebab asyik kompaun orang ngehehe..

tapi sejak bertukar bahagian sekarang, lebih aman. dulu public lari dari kitorang..sekarang, public carik kitorang..almaklumlah bahagian promosi kesihatan..bagi ceramah kt orang..mcm BAGUSSS!!  ha3
rumusannya, keje kitorang memang banyak di luar berbanding dalam opis.
tapi schedule mengepam mesti mantain jaga dan pelihara haha

JaDuaL MenGePamkU...

SESI 1 : 9.00 pagi
SESI 2 : 12.00 pagi
SESI 3 : 2.00 petang
SESI 4 : 4.00 petang


inilah jadual yang saya dok jaga dan pelihara setiap hari...he3
tegar tak??? =D
saya akan mengepam dimana shj...klik sini ..gelagat saya yang pelbagai..ha3
dan satu lg, untuk jadi ibu yang mengepam (bukan mengepau ye)..kena disiplin, komitmen, tak malu! ( pamlah dengan menjaga ketatasusilaan..tak bermaksud sebab menjaga malu, tak mengepam di opis@skip pam )




Gudluck for all beloved bf mummies

Fasting time...

salam kawan2...
hari ini MK decide nak start puasa sebabnye Ramadhan dah nak datang...
Alhamdulillah rezeki MK dapat puasa penuh last year sebab tengah mengandungkan Sakinah 7 bulan.. first tym rasanya dalam hidup dapat puasa penuh..
masa belum baligh, suka curik2 makan..apetah lagi kalau dah baligh.tiap2 bulan dapat cuti...ha3


Jadi puasa hari ini lebih utk in house training he3
nak bagi badan ni biasa dengan puasa..kang takut bila datang Ramadhan, terus badan terkejut..langsung flat mcm bateri handphone..
susu pun segan2 nak keluar..


Seperti biasa, alarm hp akan memekik jam 4.30 pagi.
jam 5.20pagi baru lah sahur..kena lah lambat2 sikit sahur supaya tak cepat lapar..
Menu sahur..Spaghetti..almaklumlah i`m italian haha..nak muntah hijau dibuatnya..
lepas spaghetti, minum air masak lepas tu makan vitamin alfalfa, Vitalea..yang B-complex & Vit.C terlupa nak makan sebelum tidur..xpe lah..halal lah =D


Hari ni pula aktivitinya berBengkel di Hotel Dynasty..
tempat sejuk..mcm di Itali.. almaklumlah pagi td pergi Itali mkn spaghetti ..objektif ayat ini adalah untuk merapu ha3


Sesi pagi memang bertenaga dan segar...
mulut pot pet..pot pet..mcm trumpet
Sempat mengepam 2 kali sesi..9 pagi..11.50 pagi..





ni hasil pumping untuk 2 kali sesi..betapa kitaorang berhempas pulas brainstorming.tengok meja bersepah dengan kertas =)


memasang gadget di dalam toilet yang cunn.. abaikan si mangkuk yang dibelakangku..=)




cover dengan shawl..dah tak nampak..boleh jalan2 dengan gaya macam ni..
nota kaki : saya x mengepam dalam tandas cuma memasang gajet shj.


masuk sesi kedua tengahari..dah mula goyang. bila berdiri je rasa tak stable.
aisshh..dah mula berbelah bagi..nak buka ke tak..
pukul 1.00 tgh orang dah mula keluar ballroom sebab nak pergi lunch.
dok terpikir2 lah lauk-pauk,ABC,cendol,aiskrim hotel...meleleh hatiku di buatnya...


ku gagahkan jua..
pergi surau, solat zohor..kena air wuduk..pergghhh sedapppp...segarrr...


abis je solat, ada sorang ibu tengah pam dan ahli surau yang lain tengah sakan cerita pasal pam dan breastfeeding..apelagi...pantang dengar nih!! hot topics!!


terus segar!! yang layu2 tadi dah kembang semangkuk..punya excited dan teruja jumpa geng..
langsung lupa pasal penat puasa tadi...


sampai balik rumah lah tersenyum gumbira..sebab puas dpt jumpa geng, puas dpt puasa, puas dpt mengepam masa berpuasa.
puas..puas..
nak puasa lagi..




TIPS BERPUASA....

1. sahur
2. minum air masak banyak2
3. makan vitamin
4. doa
5. positive mind-set



** kenikmatan berpuasa adalah pada waktu berbuka..bernilainya sebuah azan maghrib...



hasil hari ini untuk 4 sesi mengepam


I LOVE FASTING!!!


Ayah saya...

ARAHAN : Tuliskan karangan mengenai tajuk 'AYAH SAYA'
MASA      : 30 minit


Saya ada seorang ayah kandung. bukan 2, bukan 3... cuma 1.
Ayah saya namanya NOR KAMARUDDIN b. AZIZ..orang panggil dia PAK DIN.
Ayah saya seorang yang segan2 kucing meow..meow..
Ayah saya nampak pendiam tapi jangan benarkan dia membuka mulutnya..kerana dia akan tidak menjumpai noktah ceritanya nanti..
Ayah saya penyayang orangnya..jarang marah..tapi kalau dah marah, kucing pun berak hijau...
Ayah saya suka memasak.. kalau ayah mula memasak, yang lain boleh berehat, tengok tv..sebab ayah suka layan blues masa dia memasak. kadang2 dia akan ulang entah apa2 perkataan buat lagu..


contohnya, masa dia tengah pegang ADABI..jd lagunya..
" ADABI..ohh ADABI..ohh ADABI..." 
dia akan ulang ayat tu sampai dia habis masak..


Ayah saya selalu x simpan duit dalam dompet dia. sebab dia xde duit..dia banyak duit syiling..
duit syiling dia beratus2..simpan bawah katil..
kalau kami nak beli buku sekolah, ayah akan bagi duit syiling tuu..


Ayah saya selalu buat muka kesian..tp dia memang sungguh kasihan..
dia berlapar demi nak bagi belanja pada anak2nya. tp bila balik rumah, dia akan cerita yang boss dia belanja dia makan..
Ayah saya suka merapu-raban. anak2 semua ikut tebiat ni..umi je x join da` club..sebab dia memang GARANGSSS..


Ayah saya fobia sikit pergi masjid awal2 sebab nanti ahli masjid akan tolak dia jadi imam..
Ayah saya suka tergelak2..kalau orang buat lawak sebelah dia walaupun dia tengah solat, dia boleh tersengih2 dlm solat.


Ayah saya...
Ayah saya..
Ayah saya..
Dialah ayah saya..ayah yang paling bagus, cool, rambut beruban, kelakar...



ayah saya kata pinggang dia masih kuat. jadi dia buktikan begini...






ni gambar ayah saya ketika di kedai cenderamata di Labuan.. dia telah membuat kedai ini seperti kedai dia. 



keje ni pun ayah saya buat...sebab dia kata dia masih 'sweet 18 teen'
bersama-sama karangan ini,saya sertakan gambar ayah saya untuk penilaian cikgu pemeriksa..kalau cikgu tak percaya....
terima kasih cikgu.. tolong berikan saya markah penuh ya...
ayah saya nak saya skor dalam karangan ni..

BF Journey : persiapan bekerja

pengalaman kembali bekerja selepas 60 hari bercuti memang menggelabah..
tido malam pun, tido2 ayam..kejap2 terjaga tengok jam. takut terlambat la katakan..
tapi selepas dah 5 bulan bekerja ni, tido pun dah lena. bangun bila KS nak menyusu je.. pagi pun bangun pukul 5pagi.. dah jadi amatur kununnya ha3

ni yang Mk tulis di whiteboard di rumah...


whiteboard penuh dgn conteng2


ni barangnye..MK x letak shawl sebab shawl memang dah standby kat opis..=)


ni lah jadual ibu berkarier yang menyusukan anak =)

selamat kembali bertugas!!!!

KONSEP DEMAND & SUPPLY



pertanyaan dan kenyataan yang selalu diajukan pada MK..

" kak, ape makanan untuk tambah susu ye?"

" susu saya dah xde sebab dah x rasa bengkak"

"orang tua saya pesan, x boleh pam susu sebab nanti susu akan habis & breast jatuh"

" susu saya x tambah pun..saya dah makan macam2 milk booster"

" kalau saya pam sebelum bagi anak saya minum, nanti susu saya keringlah!"

" issh, kalau pam2 ni, nanti anak xde susu plak nak minum"

" saya pam 2 kali saja sehari. pukul 9 pagi, 12 tgh. untuk sesi petang saya x buat sebab balik keje saya nak bf dia..2 yang bengkak, balik rumah cepat2 saya paksa dia minum jugak!"

itulah diantaranya...ada lagi tp dah x berapa ingat...
Nama shj Jabatan Kesihatan tp  x ramai ibu2 yang berkerja disini x sampai info pun. kesian..derang dok pegang pesanan orang tua dulu yg adakalanya penuh dgn mitos berbanding kebenaran..hu3

jadi MK jawab begini shjlah...
" susu kita ni magic taw. Allah dh jadikan cantik sgt..lagi banyak kita minta, lg banyak dia supply. hebat kan...
contohnya mcm ni..Gardenia hantar 50 bungkus roti kat kedai u. esoknya bila dia dtg, dia tengok roti tu masih berbaki 48 bungkus. jadi dia tambah lagi 2 bungkus je lagi...
dia datang lagi esoknya..yang tak terjual 49 bungkus..
dia tambah lagi sebungkus..."
kemudian, dia dah x datang utk bekalkan roti..sebab roti xde permintaan disitu.
lebih kuranglah analoginya begitu.
kalau u boleh jual banyak dan permintaan tinggi, dia akan tambahkan lagi bekalan..dari 50 bungkus kpd 80 bungkus sehari...lagi kerap kita kosongkan tray Gardenia tu, lagi banyak Gardenia supply.
itulah namanya konsep DEMAND n SUPPLY..."

" milk booster yang kita ambil adalah bantuan je puan... kalau kita rajin amik milk booster tapi x rajin pulak nak mengosongkan breast, x gunanya.  terlampau bergantung pd milk booster pun x boleh. jadikanlah diri kita sbg boosternya. kerapkan mengosongkan breast, minum air masak 3liter, ambil vitamin..insyallah berhasil.."

MK kutip semula kata2 Pn.Kamariah,Kaunselor Laktasi susuibu.com
" kita tidak pernah risau tentang keringnya air mata kita..jadi kenapa kita perlu risau pula keringnya susu kita"
ye tak ye jugak..
x pernah pulak ada orang bertanya " macamana nk banyakkan air mata ye..rasa mcm dah nak kering?" he3

RING SLING

ring..ring..ring.. telefon berbunyi..ada haiwan dalam kesusahan..ada haiwan dalam kesusahan...

he3 xde kaitan dengan WONDER PET. sekadar iklan ..ngeee...

pertama kali dengar RING SLING, terus skrin di kepala otak menunjukkan orang Myanmar, indon..kendong anak. x terpikir pun nak beli sebab tengok macam kelakar. kang x pasal ada yang panggil "Mba...,Neng..Nong  ( marah YB Nong Chik he3 )"

Tp lepas jumpa Chin Nee ( owner of da Mama Patch )..memang berhantu la amoi itu. sekali dia buat demo real punya dengan menggunakan Sakinah, terus meredhakan duit keluar dari kocek hu3 ( sampai hati u Chin Nee..i datang mau beli Cloth pad je, tp u racun sama i lorr..itu ring sling pun i TERbeli..balik rumah i kumpul RM1 tiap2 hari woo mau ganti itu wang beli RS ha3


sedang bf KS yang sedang berusia 3bulan




ketika angkut KS pergi bekerja di hari minggu. KS berumur 4 bulan. naik LRT orang asyik usha je..glamer makkk ha3



gaya KS dlm ring sling. 


macam dah gaya mak dan anak kanggaroo ha3


KS memang lena tido dlm RS. masa ni shopping di SOGO





KS tengah lena dibuai mimpi dalam RS. Mk dah mcm pokok krismas orang kata. siap gantung kipas bagai. 
( posisi KS ni kurang sempurna lagi. sepatutnya di tinggikan kedudukan KS sebaris dgn pusat spy MK x sakit belakang. masih di peringkat pembelajaran lagi..=) )

betapa bestnye RS. I LIKE!!!

Gripe Water..oh gripe water

Sakinah selalu di serang kembong.. hari2 pun ada. peningnye bila anak kembung.


orang kata sebab saya x jaga makan. tapi... huhuhu saya orang medical ni kurang sikit percaya. ..tapi disebabkan culture tanah melayu begini, kita hormatilah. orang cakap, kita dengar, orang bercerita, kita hormat. .betul kan...buat x buat tu belakang kira..=)

berbalik kpd cerita kekembongan Sakinah. saya dapatlah satu nasihat dr seorang pengamal perubatan yang memang berkerja dgn Klinik Ibu Mengandung & Kanak-kanak. katanya, amalkan pengambilan gripe water 2-3 kali sehari..okeyh!!

balik rumah, pulun bg gripe water mengikut arahan  ( kunun mcm org yang betul2 mengikut arahan hahaha ). lepas minum gripe water, Sakinah mmg lega.pastu tidur lena..zZzzZzz..
kita pun mak bapak ni best la sebab ubat mujarab..

akibatnya, apabila pam je dapat 0.5oz-1oz ( kebiasaannye, pam dapat 5-60z). bayangkan betapa jatuh teruk dan mendadak mcm kejatuhan saham..hu3 memang menangis dibuatnya.

cepat2 angkat kaki ( waktu ni lebih kurang sebulan berpantang..bayangkan naik opis 3 tingkat yang tiada lif. memang org Jabatan Kesihatan WPKL ni sihat2.naik tangga hari2..sampai bentan lah saya hu3 ) jumpa PZM, Pn.Dayana. kena lah sesi kaunseling sikit. 
rupanya... akibat dr gripe water,anak saya sangat kenyang ( yelah perut baby bukan besar mana..gripe water pula manis,memang kenyang..) jarang sangat minum susu. tu yang susu jatuh merudum x hengat!! 
balik rumah, bungkus gripe water..letak dlm peti sejuk..tinggal lah ko dalam tu senyap2. goodbye gripe water..

sejak dari hari tu, apabila Sakinah kembung, sapu minyak,tuam, golek2 perut dia atas kepala he3 elok lagi guna kaedah tradisional mcm ni.

pesanan : tidak semua pengamal perubatan ni yang tahu ttg ilmu bf. jadi timbang2kanlah nasihat mereka. rujuklah pd bf consultant@bf peer councelor@ lactation caunselor

SOLID FOOD : MUNCHKIN food grinder

nak bercerita pasal buah hatiku yang baru... Mr Munchkin fg..kejeku lagi mudah..I LIKE!!
kalau korang nk beli Mr Munchkin fg, boleh beli di one baby world..( nanti nak wat bisnes jual Mr Munchkin la ha3 )

inilah Mr Munchkin fg ku..


di tepekkan di blog ni cara Mr Munckin bekerja bersama kami..


Mr Munchkin sudah bersedia untuk `mengerjakan` pasta KS


isi pasta ke dlm perut Mr Munchkin ( mak ai..golapnye tangan AK..he3 xpe2.yg penting AK rajin membantu )

kemudian Mr Munchkin mula mengerudikan dirinya..


nampak x...pasta tadi keluar mcm mee..mcm ulat pun ada..ngeehee

ini sahaja tutorial bersama Mr Munchkin fg. nanti kita bertutorial lagi ye =)

TRAVEL : Cloth Diaper & Solid Food

Kali ini pengembaraan Ibnu Ahmad ( mcm pengembaraan Ibnu Batutah daa..) dan sekelurga adalah ke utara tanah air. Adik ipar MK dah nak tutup album solonya..krn nk buka album rumahtangga plak ha3 mcmlah si Ejam tu artis,nak bukak-tutup album. .setakat polis tu, bukak-tutup buku saman adalah kui3

Berbalik kpd cerita asal…

Yang menarik pengembaraan kali ini adalah, pengembaraan di saat KS ber `solid food` dan ber `cloth diaper`.. MK telah mencabar diri sendiri untuk mengembara dgn CD dan SF.

Jadi persediaannya…
3..
2…
1..
Tadaa…


Pakej CD 
atas ; bekalan CD untuk 5 hari
tengah : biodegradable nappy liner-sangat membantu untuk menyenangkan kerja2 membuang bobo sakinah yang dah separa pepejal 
bawah kanan : cloth wipes - untuk kerja2 mencuci hasil-mahsul yang dikeluarkan oleh KS
bawah tengah : bekalan air-untuk digunakan bagi kerja2 mencuci..( idea : adalah lg senang kalau ada spray. boleh terus spray je bila anak bobo @ pupu
bawah kiri : wetbag
* BOBO - bowel open ( berak )
* PUPU - pass urine ( kencing )


atas kiri : MUNCHKIN food grinder - untuk mengisar makanan KS semasa pengembaraan..amatlah best!!
atas kanan : bekalan OAT & PASTA untuk KS
tengah kiri : stok kurma, serbuk ikan bilis, tablet vit-C
bawah kiri : lunch meal KS utk hari ini
bawah tengah : Magic cup Avent- untuk KS minum air masak/jus buah ( actually nk train KS untuk minum guna cup )
bawah kanan : bekalan ubat KS

next pos, MK akan kongsi cara CD & SF di uruskan sepanjang perjalanan.

** ketika post ini di tulis, pengembaraan kami dengan unta Myvi Ibnu Ahmad dah sampai di Ipoh. Jam menunjukkan 1:41 ptg. KS sedang diulit mimpi di sebelah..

Resepi PI~REN

Glamer nama resepi KS harini..PI~REN..teka..teka..apa ramuan PI~REN ( mcm PUREEN.jgn saman saya ye Summit Co. ) ha3

Bahan-bahan :

2 biji Pisang
½ biji buah Oren

Kaedahnya…

Sediakan bekas dan pelecek ( betul ke bahasa ini ?? ^_^  yang penting bukan pengecek! )Lecek pisang..kemudian perah air limau..kemudian S.I.A.P !!

resepi yang amat mudah untuk yang dlm perjalanan/musafir =)



inilah PI~REN