Nursing Strike

Salam Ramadhan kareem...
Alhamdulillah bertemu kita dengan Ramadhan ke-7.. Segala puji ke atasNya..
Seperti yang telah saya janjikan sebelum ini, saya kongsikan bersama ibu2 di luar sana tentang fenomena 'Nursing Strike' ( mohon maaf kerana saya tidak menjumpai terjemahan bahasa melayu yang sesuai untuk istilah ini )


Nursing Strike adalah situasi dimana anak menolak untuk menyusu di payudara ibu. Ia sama sekali tidak bermaksud bahawa anak itu sudah tidak mahu menyusu dengan ibu lagi ( wean-off ). Apabila nursing Strike berlaku, ia memberitahu kepada si ibu bahawa ada sesuatu yang tidak kena pada si anak. Jadi, ibu perlu mencari punca tersebut. Marilah kita menjadi penyiasat.. =)


fenomena Nursing Strike ini berlaku ketika usia bayi 3-8 bulan, namun begitu ia boleh terjadi juga pada masa-masa lain kerana ia melibatkan pelbagai faktor penyumbang. Dan kalau anda nak tahu, ia boleh memakan beberapa hari sehingga ke beberapa minggu.. sungguh dugaan buat ibu dan juga anak....
Jadi pada masa berlaku situasi ini, tugas si ibu adalah memerah/mengepam susu dengan kerap supaya dapat mengekalkan bekalan produksi susu walaupun anak tidak mahu menghisap terus pada payudara ibu.




Apakah punca-punca berlakunya Nursing Strike ???


1. Ibu mengalami mastitis 
    Pada ketika itu susu mula berkurang dan tahap kandungan sodium (garam) tinggi. Susu menjadi masin.


2. Pertumbuhan gigi bayi
    bayi tidak selesa dengan gusinya.


3. Bayi sakit 
    Bayi mengalami selsema, jadi  apabila menyusu terus di payudara ibu menjadikan sesi penyusuan itu lebih lama dan menyebabkan kesukaran kepada bayi untuk bernafas. Jadi bayi akan lebih suka minum dari botol kerana tempoh penyusuan yang mudah dan singkat.
Bayi mengalami jangkitan kulat dalam mulutnya menyebabkan bayi tidak selesa untuk menghisap dan menelan.
Jangkitan telinga bayi boleh menyebabkan bayi tidak selesa apabila telinga yang sakit itu dikenakan tekanan. Ini adalah melibatkan posisi semasa penyusuan yang mana bahagian telinga yang sakit dihimpit.


4. Reaksi stress oleh bayi kepada persekitarannya
    Bayi juga mengalami stress. Mungkin persekitaran yang bising, panas dan sangat sejuk.


5. Tempoh pengasingan di antara ibu dan bayi yang lama
    Menyebabkan bayi mula kurang merespons kepada hisapan di payudara ibu ( Hisapan di payudara ibu memerlukan bayi bekerja keras berbanding hisapan di botol )


6. Masalah pengurangan bekalan susu ibu
    mungkin berpunca daripada penggunaan puting tiruan yang berlebihan, ibu menghidapi penyakit atau kurang rangsangan pada payudara.


7. Perubahan rasa pada susu ibu
    Ia melibatkan pemakanan ibu. Kajian menunjukkan bahawa ibu yang minum banyak kafein akan menjejaskan rasa susu. Sesetengah vitamin dan ubat-ubatan juga boleh memberi kesan kepada rasa susu ibu.


8. Trauma
   Kebiasaan bayi yang mula tumbuh gigi dan akan menggigit puting ibu manakala reaksi si ibu pula akan menjerit. perkara ini menyebabkan bayi terkejut dan trauma.


Teknik pemberian susu kepada anak semasa Nursing Strike


1. Cawan : pemberian menerusi cawan dapat mengurangkan risiko anak cenderung meminum susu menerusi  puting botol



2. Picagari : teknik ini perlu berhati-hati supaya ibu dapat mengendalikan pemberian susu menerusi picagari dengan baik.



3. Supplement Nursing System (SNS) : teknik ini selalunya digunakan untuk bayi yang sudah mula tidak menyusu badan tetapi si ibu ingin mengembalikan anaknya menyusu dengannya semula ( relaktasi )



4. Botol : kurang digalakkan kerana terdapat bayi yang sangat cerewet dengan perbezaan puting ibu dan puting botol yang mana menjadikan bayi akan lebih suka meminum susu menerusi botol sahaja.


5. Hazel-baker system 


Bagaimana mendepani situasi ini ??


1. Susukan bayi anda ketika mereka dalam keadaan mengantuk.


2. Rujuk bayi anda kepada doktor supaya bayi yang berpenyakit dapat dirawat.


3. Cuba menyusukan bayi dengan pelbagai posisi dan anda akan menemukan satu posisi yang selesa pada bayi anda 



4. Lakukan pergerakan semasa menyusukan bayi anda samada berjalan atau menghayunkan badan




5. Dapatkan persekitaran yang tenang supaya bayi selesa dan fokus untuk menyusu


6. Lakukan skin-to-skin contact dengan bayi anda sekerap mungkin. 


7. Wear your baby! - kendong bayi anda sekerap mungkin supaya bayi anda berada dekat dengan dada anda.


Apabila berlaku Nursing Strike ini, yang diperlukan adalah PERHATIAN SEPENUHNYA daripada si ibu buat anaknya. Buat sementara waktu, fokuskan diri anda untuk anak ini supaya keadaan dapat kembali pulis seperti sediakala, insyallah...
Mohon kepada semua ibu-ibu tidak mudah berputus asa apabila mengalami situasi ini dan mengambil konklusi bahawa anaknya sudah tidak mahu menyusu badan lagi...


Teruskan perjuangan.


Salam Sayang,
Ummu Sakinah

Mengembalikan anak kepada payudara ibu

Salam Ramadhan buat semua...


Saya telah diberikan keizinan olehNya untuk mengendalikan 2 masalah klien saya, iaitu bayi menolak untuk menyusu di puting ibu.
Kedua2 kes tersebut adalah melibatkan 'Nursing Strike' dimana bayi menolak menyusu  terus pada payudara ibu secara tiba-tiba.
" Nursing Strike' ini biasa terjadi kepada bayi dengan pelbagai faktor  yang menjadi penyebabnya. Nanti saya akan kongsikan info berkenaan dengan 'Nursing Strike' ini supaya ibu-ibu di luar sana tidak tertekan apabila mendepani situasi ini..
Ok...

Kaedah 'skin-to-skin contact' sangat membantu bagi mengembalikan bayi pada payudara ibu. 
Caranya mudah sahaja...

sumber : google

1. Dapatkan ruang yang provasi untuk kalian berdua. Pilih tempat yang tenang, tanpa gangguan.

2. Pilih masa ketika bayi dalam keadaan mamai, ketika bayi sudah kenyang, ketika bayi baru sahaja bangun dari tidur ( gunakan tanda-tanda awal bayi yang kelaparan-tindakan seperti mencari2 ). Hal ini bertujuan supaya anda dan bayi tidak tertekan melakukan hal ini. Semoga bayi berada dalam keadaan seperti bermain2 dengan ibunya.

2. Si ibu perlu membuka bahagian dada sehingga ke perut tanpa pakaian. Si bayi perlu dibiarkan tanpa pakaian, hanya pampers. Biarkan kulit bayi menyentuh kulit ibu secara terus tanpa halangan.

Sepanjang sesi ini berlangsung, ibu jangan sesekali memaksa bayi supaya menghisap puting ibu. Berikan masa kepada anak anda untuk bermain-main dengan anda. Jadikan sesi ini salah satu sesi yang menggembirakan =)

Kaedah ini juga membantu dalam meningkatkan produksi susu ibu kembali. Sekiranya ibu-ibu mengalami kemerosotan produksi susu, cubalah lakukan teknik ini selain 'Power Pumping'

Mencubalah segala jalan bagi menjayakan penyusuan susu ibu secara eksklusif. Jangan sesekali ibu2 mengalah dengan apa jua rintangan sepanjang melalui perjalanan penyusuan susu ibu..=)

Berapakah amaun susu yang anak perlukan ??

" Umur anak saya sekarang 1 bulan. jadi berapa oz yang dia perlukan ye ?"
" Susu saya merudum sejak anak dah berumur 1 tahun ni. macamana ni??? tertekan dibuatnya.."
" Apa yang perlu saya buat..anak saya yang dah 11 bulan ni kurang menyusu ?"


Di antara puluhan soalan yang diajukan pada saya. Dan saya selalu memujuk ibu-ibu bahawa susu yang ibu hasilkan selalunya sesuai dengan keperluan bayi. Namun begitu, kata-kata begini tidak cukup meyakinkan ibu-ibu. Jadi saya memulakan pencarian demi pencarian berkenaan perkara ini. dan saya telah menemui satu artikel yang berkait rapat dengan isu ini.


Apa yang ibu-ibu perlu lakukan untuk pertama-tamanya... PEMERHATIAN ( OBSERVATION )


Tengok berapa kali sesi penyusuan anak untuk satu hari. 


Kemudian bahagikan 25 - 30 oz kepada bilangan sesi penyusuan anak kita. 


Contoh : Sesi penyusuan anak 6 kali. Maka, mari kita mengira...


25oz / 7 = 3.57 oz ( lebih kurang 3.5 oz setiap penyusuan )


1   -  6  bulan : 25 - 30 oz / hari
7   - 12 bulan : 19 - 25 oz / hari
11 - 16 bulan : 19 oz / hari
12 - 24 bulan : 14 - 19 oz / hari
24 - 36 bulan : 10 - 12oz / hari



sumber : kellymom.com


Memang penyusuan susu ibu berbeza dengan penyusuan susu formula. kerana susu ibu akan berubah-ubah nutriennya selari dengan keperluan tumbesaran anak yang menyusu.
Isu ini menjadi sedikit kontroversi kerana kita sering menyamakan pengambilan susu formula dengan susu ibu.
Kalau susu formula, amaunnya akan bertambah mengikut susu bayi. Berlainan dengan susu ibu yang mana sesuai dengan usia bayi. Jadi perlu diterangkan dengan lebih jelas kepada pengasuh dan penjaga anak-anak kita supaya mereka memahami perbezaan di antara susu formula dan susu ibu. 


NOTA : Bayi yang dibawah umur 1 bulan atau sudah stabil pengambilan 'solid food' nya ( 6 bulan ke atas ), kadar amaun yang akan diambil oleh bayi adalah kecil.


TIPS SEKIRANYA BAYI MEMINUM MELEBIHI KEERLUANNYA


1. Gunakan botol yang mempunyai 'slow flow' . Satu lagi, elakkan pernggunaan puting yang berbeza-beza mengikut umur seperti di pasaran ( makin besar usia bayi tersebut, makin bertambah lubang pada puting tersebut )..Rasionalnya adalah, puting ibu tidak pernah berubah-ubah, jadi kenapa kita perlu mengubah pula puting botol.


2. Tenangkan bayi setiap kali selepas mereka meminum susu samada menarik perhatiannya dengan membawa bayi berjalan-jalan, menghayun bayi secara perlahan-lahan.


3. Bayi amat menyukai dengan aktiviti menghisap. Jadi memang normal selepas bayi minum dari botol, mereka akan terus ingin menghisap puting botol berkenaan. Jadi, tidak mengapa jika dibiarkan mereka menghisap jarinya sendiri.

memujuk bayi meminum dari payudara yang bukan pilihannya...

Seperti yang dijanjikan, saya ingin berkongsi pula bagaimana ingin memujuk si kecil yang bijak pandai...


1. Mulakan penyusuan pada payudara yang menjadi kegemarannya. Kemudian apabila telah berlaku LDR, pindahkan bayi ke payudara sebelah lagi TANPA MEMBUAT PERUBAHAN KEPADA POSISINYA.
misalnya, anda menggunakan posisi 'cradle hold', apabila membawa bayi ke payudara sebelah lagi, automatik pegangan menjadi 'football hold'


dari ' cradle hold' 


bertukar menjadi 'football hold'

2. Aplikasikan semua posisi penyusuan.. ia sungguh menyeronokkan..tak percaya, cubalah.... =)


lying down yang paling saya suka.. dapatlah tidur sekali he3


Saddle hold : saya sukakan posisi ini =)

3.  Tawarkan payudara ketika bayi anda dalam keadaan mamai. Pada waktu ini selalunya, bayi akan lebih pasrah untuk menghisap di payudara kerana sudah kemamaian.

4. Menyusukan dalam bilik yang gelap dan sunyi.. keadaan ini juga membantu ibu untuk berehat bersama bayi.. 

5. Tawarkan payudara yang bukan menjadi kegemaran anak anda sambil berjalan, bernyanyi, menghayun, membuai si kecil. 

6. Tingkatkan kesabaran dan istiqamah anda... Jangan lupa untuk memuji bayi anda setiap kali selepas mereka menyusu dengan baik. Komunikasi ini sangat berkesan untuk ibu dan anak..

7. Bagi ibu-ibu yang merasakan LDR terlalu cepat atau perlahan, saya akan kongsikan tips-tips berkenaan ini di topik akan datang....

SEMOGA SEMUA IBU-IBU AKAN TERUS TABAH DALAM PERJUANGAN PENYUSUAN SUSU IBU.
SEMUA MASALAH ADA JALAN KELUARNYA..
TENANG-TENANG SELALU DAN SELAMAT BERAMAL... =)

Lopsided : Perbezaan payudara kiri dan kanan



Semua penciptaan Allah mempunyai keunikannya sendiri dengan pelbagai variasi. Itulah sebabnya, alam ini indah akibat kepelbagaian yang Allah ciptakan. Tak payah pergi jauh-jauh..cuba tengok pada jari tangan dan kaki yang sepuluh ini, ada panjang, ada pendek... Subhanallah...


Begitu juga penciptaan payudara kita. Payudara kanan dan kiri ada sedikit perbezaan. Dan penghasilan susu pada kedua-dua payudara juga berbeza. Selalunya payudara kiri lebih banyak produksinya berbanding payudara kanan. Ada juga wanita yang mempunyai perbezaan ketara pada saiz payudara. Apepun jua saiznya, insyallah payudara tersebut dapat berfungsi untuk pengeluaran susu.


Faktor yang menyebabkan kepelbagaian penghasilan/pengeluaran susu 


1. Perbezaan anatomi payudara : saiz payudara atau jenis puting yang berbeza kiri dan kanan.. Terdapat liang duktus yang lebih aktif berbanding yang sebelah satu lagi. itu yang menyebabkan bayi adakalanya mempunyai  payudara yang menjadi kegemarannya kerana saiz atau aliran susu pada payudara tersebut.


2. Bayi hanya berminat pada satu payudara sahaja : jadi, banyak rangsangan yang akan diterima oleh payudara yang dihisap oleh bayi kerana hisapan bayi sangat efisien dalam penghasilan susu.


3. Ibu lebih selesa pada payudara tertentu sahaja : Ada ibu yang merasakan susu pada payudara tersebut lebih banyak ataupun ibu lebih selesa anak menyusu pada payudara itu sahaja, jadi ibu akan memilih untuk menyusukan anak pada payudara itu.


4. Kesakitan atau pembedahan di payudara : menyebabkan gangguan kepada penghasilan susu.


PERHATIAN :


Sekiranya bayi baru lahir memilih untuk menyusu pada satu payudara sahaja, dinasihatkan supaya menjalani pemeriksaan doktor ke atas bayi. kerana ada kes yang bayi mengalami kecederaan di tulang bahu dan menyebabkan bayi menolak untuk menyusu pada payudara yang akan menyebabkan tulang bahunya terhimpit.


Sekiranya bayi tiba-tiba menolak untuk menyusu pada mana-mana payudara ( sebelum ni tiada masalah menyusu pada kedua-dua payudara), kemungkinan bayi mngalami jangkitan pada telinga ( bayi jadi kurang selesa apabila bahagian telinga yang sakit itu di tekan ), bayi mengalami kecederaan atau tempat suntikan imunisasi bayi atau jangkitan pada payudara ibu ( membuatkan susu ibu lebih masin )


Sekiranya anda masih kurang berpuas hati, adalah lebih baik merujuk kepada doktor untuk membuat pemeriksaan ke atas payudara anda dan bayi.




Akan bersambung ke topik untuk memujuk bayi meminum dari payudara yang bukan pilihannya...




Berjalan2 menaiki kenderaan awam bersama keluarga

Maaf ya kerana entri ini lewat di tulis...
Kerana terdapat pelbagai kekangan...


Pada hujung minggu lalu, kami bercadang hendak berjalan2 menaiki kenderaan awam dengan Sakinah. Sekali-sekali merasakan kenikmatan menaiki kenderaan awam. Lupakan sebentar kenderaan sendiri. 
Saya sungguh seronok meraikan masa bersama begini. Sakinah juga nampak teruja menaiki LRT. Apa yang saya lakukan semasa sesi ini...


Semasa di stesen LRT ( dari stesen Bandar Tun Razak ke Stesen Bandaraya )


1. Mengajar Sakinah cara-cara membeli token LRT. Dengan dibantu oleh ibunya, Sakinah akan memilih destinasi, kemudian memasukkan duit untuk bayaran token dan akhir sekali adalah mengambil token


2. Membantu Sakinah melalui pagar automatik LRT. Jadi Sakinah akan menyentuh token dan memasukkan token ke dalam mesin pagar tersebut.


3. Mengajar Sakinah tentang larangan2 dan keutamaan yang perlu dipatuhi semasa menaiki tren. Kemudian, pematuhan ke atas garisan kuning...



Muka teruja menaiki tren 



setiap kali menaiki kenderaan, tabiat Sakinah adalah hendak membuka kasut





Semasa berjalan ke Sogo ( melalui jambatan ke Sogo )


1. Apabila bertemu dengan orang yang meminta bantuan/derma di kakilima, meminta Sakinah menyerahkan sedikit sumbangan kepada mereka. Yang mengharukan hati saya seorang ibu, apabila Sakinah menyerahkan RM1 kepada seorang pakcik tua. pakcik tua itu lantas mencium tangan Sakinah..Terusik perasaan saya sebab selalunya yang akan mencium tangan adalah orang yang paling kecil. Itulah tanda penghargaan mereka kepada kita. 
Teringat pada nenek saya yang sudah uzur, akan mencium tangan kami apabila kami memberikan beliau buah tangan...tidak lekang dari mulutnya ucapan " terima kasih ", walaupun beliau sudah ada masalah daya ingatan.


Semasa di Sogo :


1. Sakinah banyak menghabiskan masa bermain bersama ayahnya sementara ibunya membeli-belah..Bukan saya tidak mahu mengajak Sakinah membeli-belah, cuma ayahnya kurang selesa untuk mengikut ibunya membeli-belah ha3 *memang tabiat perempuan ha3*


2. Kemudian apabila perut sudah berkeroncong, duduk sebentar di celah2 tiang untuk menikmati Waffle.. Kemudian datang 2 kanak-kanak arab, Muna dan Muhammad yang sangat teruja melihat Sakinah. Apabila Sakinah berguling atas lantai, si kakak akan mengangkat Sakinah..saya berharap juga Sakinah akan begitu pada adik2nya. Penat saya mengingat kembali perkataan2 Arab untuk berkomunikasi dengan anak2 Riyadh ini. Mak ayahnya mereka sedang membeli-belah. berani sungguh mereka kann..=)


Sesi makan...
tudung mak sudah herot-berot ha3


bersama kanak2 riang yang sungguh menghiburkan hati...




* terpegun melihat tren yang datang *


* kerusi batu yang mengujakan Sakinah juga*






Pelajaran yang amat menyeronokkan buat kami sekeluarga... Mengajar anak2 tentang kehidupan dan berdikari....

Medela Freestyle meragam

Sudah lama saya tidak menggunakan Medela Freestyle ( selepas ini disebut Medela FS ) selepas saya mengandung 1 bulan lebih. Jadi Medela FS saya tersimpan elok2 dalam beg. apakan dayaku...
Saya cuma khuatir bilamana ia tidak digunakan lama sebab saya pengguna pam yang dikategorikan sebagai 'heavy duty'. Jadi saya sungguh takut pam tu akan menerima kejutan. Tiba2 tidak digunakan...


Jadi saya amat beruntung mempunyai pengguna2 sementara yang dapat memanfaatkan si jantung hati saya itu... Terima kasih kepada kakak ipar saya, K.Aisah yang menggunakannya apabila dia pulang mengikuti kelas di Semenanjung dan sahabat seperjuangan saya, Cik Zilal yang teruja memakai pam sepanjang berkursus di Terengganu itu walaupun baterinya agak menghampakan hu3 bateri Medela FS nampaknya perlu ditukar baru... sudah tidak dapat berfungsi sepenuhnya. hanya mengharapkan sambungan ke soket elektrik sahaja. saya benar2 mohon maaf di atas kekurangan itu....
Semalam, pam Medela FS kembali semula ke tangan saya untuk bertukar pengguna pula. Kakak ipar saya memerlukannya untuk 2-3 minggu depan. semoga cik buah hatiku dapat berbakti kepada orang lain ye....



Cik Zilal memulangkannya bersama kad nama yang sungguh membanggakan saya...* awak wanita hebat*
Terima kasih tak terhingga jua pada Cik Zilal yang telah berhati mulia memasukkan 'sesuatu' yang amat membuat saya terkejut dan terharu di dalam beg Medela FS tu.
semoga Allah memurahkan rezeki Cik Zilal dan keluarga...


Zilal Saari
Lactation Counselor
PhD student ( Fiqh Science & Technology ) UTM
emel : zilalsaari@gmail.com
facebook : Zilal Saari
Area of study : Breastfeeding, Induced Lactation for Adopted Babies ( in Fiqh Perspective )
Services : Breastfeeding Counselling & Advice, Mother to mother support
* kepada ibu2 yang menyusukan anak angkat, mohon jasa baik kalian kiranya dapat berkongsi kisah perjalanan penyusuan kalian pada Cik Zilal...Semoga Allah membalas usaha mulia kalian...ameen*

* NOTA : terima kasih tak terhingga juga buat suami saya, Abu Khawlah yang selalu menyokong saya dalam berbakti pada insan2 lain. Semoga Allah meluaskan rahmat dan barkahnya ke atasmu.... *cinta*