LamanUtamaOrganizerMamaBank ArtikelProduk

Mastitis

selalunya tulisan yang saya sentuh adalah apa yang saya atau kawan2 saya lalui. sejak berkecimpung dalam dunia BF, saya telah menemukan pelbagai kisah dan masalah. yang benar2 membantu saya mendalami lagi ilmu BF ini. alhamdulillah..maaf ye,saya suka intro he3


Mastitis adalah kondisi dimana payudara kemerahan2, keradangan, kebengkakan, kesakitan..jadi untuk yang mengalaminya dinasihatkan berjumpa terus dengan doktor untuk rawatan.  kelewatan rawatan akan menyebabkan jangkitan dan nanah pada payudara dan akibatnya pembedahan perlu dilakukan. ( ngeri pula saya dengar..)



Macamana nak tahu tanda2 mastitis ?
1. ada bahagian2/keseluruhan payudara terasa mcm panas, sakit, bengkak, merah dan lembut. 
2. badan rasa letih, lemah, menggigil, selsema, 
3. rasa demam dengan suhu yang tinggi 38.3 darjah celcius ke atas. kalau demam ni selalu dikaitkan dengan respons badan terhadap jangkitan kuman yang ada di badan.
4. payudara rasa lebih sakit, dan demam lebih ketara. ( kalau bengkak biasa, kesakitan yang dilalui tidaklah semakin melarat )
5. mungkin boleh periksa beberapa perkara yang berlaku sebelum ini : puting luka, skip masa penyusuan/mengepam yang sangat lama




CARA MENGELAKKAN MASTITIS
1. menyusukan anak/ mengepam sekerap yang mungkin ( elakkan mengehadkan frekuensi atau masa penyusuan )
2. Sekiranya payudara sudah penuh, terus menyusukan anak (walaupun anak tidak memberi sebarang tanda2 bahawa mereka tengah lapar ) atau mengepam.
3. Rawat payudara yang bengkak dengan segera. ( susu yang tak mengalir keluar akan berkumpul dan menyebabkan saluran susu tersumbat
4. Elakkan tidur meniarap. kerana tekanan ke atas payudara juga dapat menyumbang kepada mastitis.
5. amalkan cara hidup yang sihat dan rehat yang mencukupi. ( stress adalah penyumbang kepada pelbagai masalah )


Kenapa ada ibu yang berulang kali mendapat mastitis ?
  • kerana terdapat kelemahan atau kesilapan dalam corak penyusuan. 
  • tidak kerap menyusukan anak
  • skip masa mengepam
  • penggunaan botol untuk mengurangkan penyusuan
  • sistem imunisasi si ibu yang lemah ( berkaitan dengan amalan cara hidup yang kurang sihat, kepenatan, stress 
Apabila ibu dah mula kena serang mastitis segera periksa jadual penyusuan atau jadual mengepam. ibu2 perlu beri perhatian serius terhadap penyusuan bayi. kalau selama ni pam 5jam sekali, maka selepas ini.dinasihatkan mengepam setiap 3jam sekali. susuilah anak anda sekerap mungkin.


Rawatan Mastitis ?
1. rehatkan diri dan minda ( jangan stress2 dear...ingatlah moment2 yang membahagiakan =)) dapatkan cuti supaya anda boleh rehat secukup2nya dari kerja2 yang membebankan. tapi tidak bercuti dari menyusukan anak! keadaan yang tenang dapat memperbetulkan sistem imunisasi badan.
2. tuam payudara dengan tuala suam dan tuala sejuk. (kesejukan mampu melegakan kesakitan. ke-suam-an membantu untuk perjalanan darah yang lebih lancar.) utk tuam sejuk, masukkan ais dlm plastik kemudian bungkus dengan kain tuala..
3. urut perlahan2 pada kawasan yang lembut untuk membetulkan peredaran darah, membuka saluran2 yang tersumbat dan menggerakkan tentera2 imun kita tu. ( cuba siram payudara dengan shower yang suam )
4.  kerap menyusukan bayi di payudara yang sakit itu. kalau sekiranya terlampau sakit sangat, beri baby minum pada payudara sebelah lagi. apabila susu dah mula keluar,alihkan ke payudara yang sakit tadi.  adalah amat penting mengosongkan payudara yang sedang keradangan. digalakkan bayi  menghisap di payudara tersebut kerana hisapan bayi lebih efisien untuk mengosongkan breast berbanding pam. tapi sekiranya baby tidak menyusu dengan baik, disyorkan pam atau perah guna tangan.
5. cuba pelbagaikan posisi menyusu anak supaya semua yang tersumbat dapat di 'clear' kan 
6. ambil ubat tahan sakit/demam yang tidak mengganggu kepada penyusuan ( cth ibuprofen @ acitamenophen )..sebab keadaan yang sakit sebenarnya mengganggu produksi susu dan pertahanan badan untuk melawat jangkitan.
7. minum air dengan banyak sebab apabila demam atau keradangan, kita memerlukan lebih banyak air.
8. amalkan pemakanan yang sihat
9. tidur tanpa 'bra' atau guna bra yang longgar supaya tidak menekan di bahagian yang sedang kesakitan.
10. Jangan hentikan penyusuan! kerana ia akan mengakibatkan keadaan lebih teruk dimana jangkitan payudara dan seterusnya bernanah dan akibatnya, pembedahan perlu dilakukan. Penyusuan bayi adalah kaedah paling baik untuk mastitis, engorgement
11. kemungkinan bayi taknak minum susu ibu sebabnye kandungan natrium yang tinggi dalam susu ( susu jadi masin!). keradangan menyebabkan kandungan natrium lebih tinggi. ada bayi yang tidak kisah dengan rasa ni, tp untuk bayi yang kesah... susukan bayi di payudara yang tidak bermasalah kemudian, tukar pula ke payudara yang sedang sakit. apabila keradangan dah surut, rasa susu akan kembali normal!


ADAKAH PERLU ANTIBIOTIK UNTUK MERAWATNYA?
kadang2 kesakitan atau keradangan yang dialami tidaklah sampai kepada jangkitan bakteria. itulah sebabnya, disyorkan sangat untuk dirawat dengan segera sebelum jadi lebih teruk (jangkitan bakteria). jadi apabila sakit tu, segera rujuk pada doktor ( dinasihatkan doktor yang ada ilmu BF ni. sbb doktor yang xde/kurang ilmu BF ni selalu bg nasihat yang bukan2 berkenaan BF )
kalau dalam istilah perubatan nya " better to treat mastitis earlier than later"
ibu yang lewat mendapatkan rawatan akan cenderung untuk meberhentikan penyusuan susu ibu serta-merta atau akan dijangkiti mastitis lagi di masa hadapan.

3 comments:

  1. Kawan sy baru je cerita pasal dia jadi macam ni & susu jadi masin. pastu baby wean off sendiri. bole la share ilmu ni kat dia. tq :)

    ReplyDelete
  2. Tq for sharing! Saya pernah kena mastitis mASa anak berusia 3 bulan. Pengalaman sangat mencabar! Tapi saya "haramkan susu formula" berada di rumah saya. Dengan disiplin dan azam tu, saya teruskan menyusu anak walaupun dengan sebelah susu sahaja. Alhamdulillah dengan bantuan vitamin saya cepat kembali sembuh perlahan-lahan, dan mula menyusu semula sampailah anak berusia 2 tahun 3 bulan. sampai sekarang saya suka share dengan ibu-ibu pengalaman saya supaya mereka dapat belajar menyusu dengan teknik yang betul dan tak mudah putus asa :)

    ReplyDelete
  3. Tq for sharing! Saya pernah kena mastitis mASa anak berusia 3 bulan. Pengalaman sangat mencabar! Tapi saya "haramkan susu formula" berada di rumah saya. Dengan disiplin dan azam tu, saya teruskan menyusu anak walaupun dengan sebelah susu sahaja. Alhamdulillah dengan bantuan vitamin saya cepat kembali sembuh perlahan-lahan, dan mula menyusu semula sampailah anak berusia 2 tahun 3 bulan. sampai sekarang saya suka share dengan ibu-ibu pengalaman saya supaya mereka dapat belajar menyusu dengan teknik yang betul dan tak mudah putus asa :)

    ReplyDelete