LamanUtamaOrganizerMamaBank ArtikelProduk

Sepanjang ketiadaan entri di blog

salam semua...
mohon maaf kerana telah tanpa sengaja membiarkan blog bersawang.untuk beberapa minggu ini, jadual saya agak padat. saya perlu fokus kepada Konvensyen Kreatif & Inovatif DBKL dan Program 'Seni Penyusuan Susu Ibu bagi ibu Bekerjaya'. kadang2 ada kelapangan dan idea untuk menulis,tapi saya pulak tak seronok bila takde gambar nak letak (gambar belum di upload ke laptop )..
apepun saya bersyukur dan teramat bersyukur kerana kepenatan saya berbayar sungguh!
Konvensyen KIK peringkat DBKL : kumpulan kami telah menjuarai tempat pertama (Anugerah Datuk Bandar) pada pertandingan kali ini. dan akan bertanding ke peringkat Wilayah.dok berangan pertandingan peringkat Wilayah nanti diadakan di Labuan ke..boleh lah berjalan2 sambil kena memasang strategi menguruskan EBM apabila berjauhan dengan anak nanti ha3
Program 'Seni Penyusuan Susu Ibu bagi Ibu Bekerjaya': penyertaan amat2 di luar jangkaan dan mencecah 200 penyertaan. namun hanya 150 sahaja yang dapat dipilih memandangkan tempat di Auditorium Perpustakaan Kuala Lumpur yang amat terhad. walaupun yang merayu2 nak juga masuk,sanggup duduk atas lantai..saya x sampai hati hu3  yelah, yang datang program ini ibu2 mengandung, ibu2 yang menyusukan anak. x selesalah kalau nak bagi duduk atas lantai.
tapi agak mendukacitakan juga apabila lebih kurang 20 orang yang xdatang dan ini menyebabkan banyak kerusi kosong. antara sebab x dapat hadir, bos tak lepaskan, ada kerja lain yang lebih penting, kes2 kecemasan. saya agak terkilan sebab kerusi2 kosong tu boleh di isi dengan peserta2 yang sedang menunggu untuk dipilih. kemudian yang lebih mengecewakan saya apabila pihak katerer (yang dipilih oleh pihak pentadbiran) menyediakan makanan tidak mencukupi. sungguh kasihan pada para ibu2 yang mengandung dan menyusukan anak. saya amat2 kesal dan yang pasti, saya akan mengambil tindakan terhadap katerer tersebut supaya perkara ini tidak berulang lagi di masa depan. ( walaupun katerer nak sogok saya dengan RM100, saya xheran dgn duit2 suapan nih. sebab dah lali bertugas di bidang penguatkuasaan, orang tabur duit kopi..sampai tokey2 besar marah dgn kami penguatkuasa2 perempuan ni..katanye, susah mau kawtim sama pelempuan.ini penguatkuasa,sinang laki2 woo..huh! ).. alhamdulillah saya menerima respons yang amat positif dari peserta. sungguh terharu apabila beramai2 peserta serbu saya dan penceramah lain apabila program tamat untuk bertanya tentang penyusuan susu ibu. saya doakan anda semua berjaya melalui perjalanan penyusuan susu ibu, minima 6 bulan lah.lagi lama penyusuan, tentulah lebih baik! =)
saya akan update semua cerita ini dengan gambarnye sekali secepat mungkin...

ayat cinta saya utk ibu2 yg mengharungi dan bakal mengharungi perjuangan penyusuan susu ibu ini... 
ANDA ADALAH SERIKANDI, 
ANDA ADALAH IBU YANG TINGGI DARJATNYA DI SISI ILAHI, 
SEMOGA KITA BERKUMPUL BERSAMA2 DI JANNAH FIRDAUSI...


No comments:

Post a Comment