Apa dlm beg saya ?

cuba teka...
'Apa dlm beg saya' tajuk cerita entry kali ni..
mari saya bongkarkan rahsianye...echehh


ada medela fs, ada cooler bag jingle jungle, ada cooler bag medela..


ni ha gunanye cooler bag JJ ni. utk simpan parts of bpump yg dh guna. xyh g basuh setiap kali guna.simpan dlm 'fridge' ni pon ok.
credit tu K.Intan Dot atas sumbangan idea inovasi =)

yg ni utk simpan EBM...

dah x menjadi rahsia lagi tentang beg hitam yang saya kendong ke sana-sini.

Kejeku di hari minggu

menjelanglah 1 Ramadhan esok, insyallah...
entah x pasti sempat sampai x kita dgn Ramadhan kali ini. nampak dekat je..esok je..tp nyawa ke pun x taw dekat smpai penghujung dh ke @ belum. "Allahumma balligna Ramadhan" ( Ya Allah, sampaikanlah aku pada Ramdahan)

Encik suami dh bgtau azam dia utk Ramadhan kali ini..diantaranya yg saya terkebil2 mendengar : " taknak membeli juadah berbuka di Bazar Ramadhan"
hu3 cmne ni..macamana nk merealisasikan impian dia nih..duhai....

Jadi, semalam (Sabtu ) kitorang pergi ke NSK Kuchai Lama, memborong barang2 dapur..
sblm pergi tu dh listing bagai resepi utk 2 minggu. jadi senang nk prepare beli brg2 utk menu2 tu.
( dah lah x reti masak..mmg terkial2 lah nanti pagi2 sahur ..ditambah lg dgn rice cooker letrik yg dh rosak. tanak nasi ats api jelah )

Hari ini, tugas saya..tadaa...



Daging & Ayam yang telah dibersihkan kemudian di packingkan utk kegunaan sehari/sehidangan. nak guna, amik je satu plastik. dah siap potong2 dh.



4 ekor ikan kembung yang dh dibahagikan kpd 2 plastik. dh siap2 letak rempah kari+kunyit+garam..


Ayam yang seekor dibahagikan kpd 4 bahagian.


daging dh siap potong sbb nanti nk buat daging masak kicap, daging black pepper, daging masak lemak..

semua di pack dlm plastik kemudian di simpan dlm bekas bertutup sebab nk simpan dlm deep freezer. nak menumpang deep freezer solid food sakinah.

Bawang, halia, lengkuas pun dh get ready siap2..sng nnti pagi2 nk masak terus campak je dlm kuali.
kepada yang menjaga kesedapan makanan, mesti x best nk buat mcm ni. xpelah, nanti dh cekap memasak, saya x buat gini dah ha3 apepun yang penting saya masak wpun x sdp he3

Energizing Soy Protein


bungkusanku tiba dari MIRI...jauh dia terbang...


nila kekasih baharuku..sedapnye rasa dia..minum ngn air dutch lady coklat sejuk+ ESP = sedap hingga menjilat jari kaki hua3

nanti kita update hasilnye yeay..x sabar den....

Panggilan buat Izzah...



Assalamualaikum. Am looking for Muslim mummies out there to donate EBM for my daughter (9m) as my stock is running out and milk production continues to decrease (only 2oz per session). Currently topping up stock with FM (wish I didn't have to) during office hour. Location: Wangsa Maju, Setiawangsa, Keramat, Gombak. Thanks in advance


saya ternampak kawan saya post ni di Human Milk 4 Human Babies yang dia memerlukan EBM..terus hati ni terpanggil. 
sebelum ni, saya memang dh ada anak susuan yang mana anak buah saya ( Naurah Auni ). tp slps anak buah dh 6bln, saya dh x supply ebm sbb Auni dh mula minum FM. 




naurah auni ( kiri ), khawlah sakinah (depan )

kemudian saya berniat nk kumpul EBm byk2 sbb merancang utk mengandung anak kedua dlm thn ni. ( wah semangat gitu nk beranak lagi ha3..mcm x takut je nk bersalin..aduiiii ) actually saya bercita-cita utk melalui saat2 TANDEM NURSING sendiri. nk rasa kemanisan dan kepayahannya.
tapi saya x lupa niat saya utk menyusukan Sakinah sampai 2 tahun dn ke atas.
jadi saya telah mendapatkan khidmat nasihat dr LC( kaunselor penyusuan), juga pegawai perubatan.
sangat seronok bila derang menggalakkan..( terus berkobar nk mengandung ha3)
tp saya tlh dinasihatkan utk memberhentikan penyusuan ketika kandungan mula 7/8bulan bg menyediakan diri utk kandungan kedua.  tp ia bergantung pd keadaan dan kesihatan si ibu juga..lain ibu, lain caranya..jd better korang g dptkan consultation dgn btl2 yg pkr.
jadi tu yg berazam nk kumpul EBM spy dpt supply susu ibu spjg mamanye bercuti DF dan mengepam 2-3bulan tu.


berbalik kpd cerita kawan td...
bila ternampak post tu, hati saya terusik. Izzah (nama anaknya) sebaya ngn sakinah cuma dia lahir awal beberapa hari dgn sakinah.
saya terus offer nk bg Izzah EBM. nama ibunya Sakinah juga( hidupku mmg dikelilingi dgn Sakinah..semoga Sakinah selalu dlm hidupku )
saya berkata pd diri, insyallah dgn memberi Allah akan gantikan dgn lbh baik. Moga Allah anugerahkan susu yang lbh meriah utk kami..
jadi saya terus pasang strategi demi anak2 ku..
mulai hari ini saya berazam ( lebih2 lagi Ramadhan nk dtg ni )


 jd lah nih AZAM RAMADHAN :
1. minum air masak 3liter/hari ( saya ni spesis pemalas minum air )
2. disiplin dlm mkn vitamin
3. teruskan menjadi pengepam tegar ( so far alhamdulillah yang ni saya x pernah lupa. saya saya pengepam tegar ha3 ) 
4. Jauhi stress 



apabila Sakinah tertawa...

saya berazam nak simpan semua gambar dan video sakinah sepanjang pembesarannya supaya nanti bila dia dah besar, dia boleh tengok gelagat sendiri.


video


tengok berbuih2 mulut si kecik ni punyer terlebih excited.. tym ni umur sakinah 5bln. 
sekarang dah susah nk dpt dia gelak mcm ni. sbb skrg dia suka bergerak ke sana sini, melayan blues dia ha3



Perjalanan Solid Food Sakinah









steamer brand tupperware sangat membantu. harga pun x mahal. x cukup duit nak beli steamer yg mahal hu3



DF brand Faber ( beli pun 2nd hand dr membe ) utk solid food sakinah. tapi skrg ada jugak simpan EBM sekalik.



keje di hujung minggu-menyangai ikan bilis untuk dijadikan 'aji-naik-moto' bubur sakinah =)


nilah teknik tradisional yang digunakan bilamana xde food warmer yg mahal2,yg canggih-manggih. double-boil mcm buat kek, kata membe he3 tercetus idea ni pun sebab tengok mak buat kek



puree labu (kiri) dan buur nasi (kanan). letak asing2. bila masa nak makan, baru mix kan..nyum nyumito. lepas tu masukkan 'aji-naik-moto' ikan bilis tadi =)


idea lain selain bubur nasi - pasta & oat


pelbagaikan idea memasak kita. puree pisang+oren. gerudikan guna Mr Munchkin yang kat kiri tu ( masa ni travel ke Kedah. so senang guna Mr Munchkin je. nak angkut blender, x terbawak mama sorang ni)



ni pun salah satu cara tradisi onyang2 kita dulu men-stim makanan =) guna je penapis pastu carik penutup.. xde alasan lagi kata xde steamer Philips, xboleh masak mknn anak.hu3


Ni bagi jagung rebus kat Sakinah. letak sikit olive oil.


steam kobis purple. bila campur dlm bubur nasi Sakinah, orang kata masukkan nila dlm mknn anak. sebab purple sgt he3

untuk Sakinah, nilah keje mama masa Sakinah 6-8bulan. mcm2 kan, nak...=)

Baby Led Weaning

Prinsip BLW adalah memberi peluang kepada bayi untuk makan mengikut keperluannya sendiri. maksudnya, kita offer makanan pada jarinya, kemudian anak ini akan makan dengan cara KUNYAH-TELAN dan makan mengikut kemahuan dia tanpa dipaksa.
secara tak langsung ia mengajar anak2 kita untuk membuat pilihannya sendiri mengikut seleranya dan bilakah masanya dia kenyang.
tapi BLW' ni di praktiskan apabila anak sudah mula pandai memegang dan selalunya umur 6 bulan.
utk pengetahuan, BLW ni tlh dibuat kajian oleh Gill Rapley,UNICEFS
teori yang dia perkenalkan ttg BLW ni " supaya bayi dapat bereksrementasi dan mengexplore mknn dengan sendirinya"


untuk maklumat lanjut, boleh rujuk di page ni.


BLW utk sakinah...


 

@ Radix Fried Chicken, Kangar - Sakinah dan tomato nyer..comot sudah anak mama...

 


@ Belanga Restaurant, MidValley - sakinah dengan saladnye..

 

@ zaidee`s house - sakinah dengan carrotnyer..


walaupun Sakinah belum tumbuh gigi, tapi dengan menyusukan sakinah, mama dah taw betapa kerasnye gusi dia..aucchh bila dia menggigit!!


tapi adalah baik, kalau BLW dilaksanakan apabila kita ada disisinya. senang nak pantau. setakat ala2 tercekik tu, perkara biasa. actually bukan tercekik pun, cuma 'gagging' ( ada sign mcm nk tercekik kemudian dia keluarkan semula mknnnye ). kalau ada, tu menunjukkan gag reflex dia berfungsi. so no worries sangat =)

SOLID FOOD : Jadual pemakanannya

sure semua ibu2 teruja apabila anaknya nak masuk 6 bulan..excited terlebih nak bagi anak makanan.fikir resepi itu ini..mcm lah saya he3


apabila baby dah genap 6 bulan,
penuh senyuman si ibu nampak semua giginya ( termasuk gigi palsu & `cheese` di gigi hik3 )
sudu, mangkuk warna-warni dah dikeluarkan dari bungkusannya.
di cuci2 dengan air sabun dan air suam, buang segala chemical yang ada..
bib juga x lupa. lagi canggih ada baby seat. 
seronok kannnn.. *_*


ok untuk yang permulaan ini, mari saya bercerita berdasarkan soalan lazim yang selalu di ajukan.


BERAPA KALI BABY KITA PERLU MAKAN?


Perkembanagn setiap baby adalah berbeza. ada yang mula dgn solid food awal, ada yang lewat bergantung pada 
1. pertumbuhan gigi, 
2. suhu dan kelembapan persekitaran-musim sejuk baby suka makan, 
3. keaktifan anak kita-dia perlukan tenaga utk bergerak lebih aktif, 
4. kesihatan anak-mcm kita jugalah..kalau sakit, hilang selera makan
5. `growth spurt`- perkembangan yg terlalu mendadak


banyakkan faktornye. jadi, xperlulah bandingkan anak kita dengan anak orang lain. 
asal kita dapat beri kan apa yang SESUAI dengan anak kita, sudah. sekiranya kita membandingkan anak kita dengan anak orang lain, kita tend to PAKSA anak kita makan. 
MASA MAKAN ADALAH MASA YANG SANGAT INDAH. jangan lah mak bapak ni mencemari keindahan masa ini.


CLUE baby dah kenyang
1. baby dah taknak membuka mulut
2. baby mula membaling sudu/mangkuk
3. dah mula tersandar di kerusi


untuk setahun yang pertama ini, susu merupakan sumber makanan pertama bagi anak2 kita. jadi, sebelum bagi makan, bagi anak kita minum susu setengah daripada amaun yang biasa dia minum. setengah lagi, selepas makan.


ada buku kata 6-7bulan : 1-2kali makan
                          > 8bulan : 3kali sehari


Bergantung kepada permintaan sang anak.


pengalaman memberi Sakinah solid food. dia memang suka MAKAN. pukul 10 pagi @ 12 tengahari dia makan.petang lagi sekali dia nak makan.lagi2 tengok orang makan. jadi nak tak nak, kena bagi dia apa yang ada dlm pinggan kita ( selalunya salad/buah2an )







SOLID FOOD : Taufu & resepi

taufu diperbuat dari soya.
ada setengah baby yang alergik dengan sumber soya.  jadi 4 DAYS RULES tu sangat pengting untuk mengenalpasti ke alah-an anak kita.


CADANGAN RESEPI


PUREE TAUFU


1. blend taufu dengan avocado/cottage cheese/buah2an




ni resepi taufu+mango




SUP TOMATO & TAUFU


1 sudu kecil olive oil
1/2 bawang besar ( hiris)
1/2 cwn air soya
2/3 cwn taufu (cube/hiris)
1 bj tomato ( hiris)
1/2 sudu kecil daun basil (cincang)


1. goreng bawang dengan olive oil.
2. bila dah naik bau, masukkan tomato & daun basil. masak utk beberapa minit.
3. masukkan air soya dan gaulkan.
4. tutup api dan gaulkan dengan taufu.
5. blend dan biarkan sejuk.


PASTA SOS TAUFU


1/2 bawang (hiris)
1 sudu kecil olive oil
1/2 bj capsicums ( sumber vit A-dr beta carotine, vit B, vit C dan mengandungi folat )
3/4 cwn taufu
3/4 cwn tomato puree
1/2 sudu kecil basil
1/2 sudu kecil oregano
1/2 pkt pasta


1. tumis bawang dengan olive oil.
2. bila dah naik bau. masukkan capsicum dan mask dalam 3 minit.
3. ramaskan taufu dan masukkan dalam kuali tadi. masak 5 minit sambil di kacau.
4. kalau ada air, biarkan ia kering sikit. kemudian baru masukkan tomato puree dan basil.
5. masak pasta
6. akhirnya, masukkan sos dan parsley. 
7. boleh dihidangkan ( untuk yang dah ada gigi dan boleh mengunyah )@ blend selepas selesai  masak ( untuk yang xde gigi)


TAUFU SMOOTHIES


1 bj mangga
1 bj pisang
1/3 bekas taufu lembut


1. buang kulit buah pisang & mangga
2. masukkan pisang,mangga & taufu dalam blender dan..BLEND!!!
3. siap di hidang.hias dengan ceri ( kalau nak ceria gituuu he3 )


sumber : homemade baby food recipes

SOLID FOOD : Daging dan cara mengendalikan

JOM MARINATE DAGING


Kaedah (1) : guna susu/yogurt ( kaedah paling popular dlm masakan orang india..)
Kaedah (2) : guna jus epal ( kemudian renekkan dengan jus epal tu di atas api )


tujuan marinate adalah untuk melembutkan daging supaya senang mesin digestor baby kita untuk memproses makanan tu.


~ CADANGAN RESEPI ~


1. Rebus daging lembu ( samada air + daging / jus epal+daging)
2. apabila daging dah betul2 lembut kemudian masukkan cube sayur     (karrot/kentang/tomato/labu/keledek/etc yang dirasakan best he3 ) / sayur apa2 shj. 
3. penambah rasa- daun sup/daun bawang
4. blend!!

SOLID FOOD : Info buat ibu

Penyediaan makanan untuk Sakinah adalah masa yang paling menyeronokkan.
sebab mama dia boleh mix apa sahaja buah,sayur,ayam ikut suka hati mamanya..he3 
tapi alhamdulillah setakat ini, Sakinah sumer makan. cuma resepi mashed potato+ayam+sayur bayam+ikan bilis dia x gemar..maybe bau ikan bilis tu  terlalu menusuk rongga hidungnya hu3

di sini saya nak kongsi info tentang makanan untuk anak2 kita..

dalam memperkenalkan makanan kepada bayi kita, amalan 4DAYS RULES adalah sangat baik untuk dipratikkan. sebabnya, dari sini  kita dapat kenal makanan mana yang baby kita alah,baby kita suka,baby kita tak suka.

Tapi x semua makanan yang baby kita refuse hari ini, dia akan refuse selama2 nya..Boleh cuba lagi untuk 2 minggu selepas itu.mungkin dlm tempoh ini ini dia tengah develop rasanya.

BUAH & SAYUR

Baby memang suka dgn buah2an dan sayur2an..sebab kumpulan makanan ni memang sedap. ada manis, masam..sangat teruja apabila ibu2 dapat campurkan macam2 buah2an/sayur2an.
jangan dirisau sangat tentang campuran kita tu. kat kedai tu, jual makanan baby mcm2 campurannya. copy and paste je he3

TIMUN+MANGGA+EPAL..( macam pelik je kan..he3 tapi nilah yang ada jual di pasaran..)

elok lagi makanan yang kita sediakan berbanding makanan yang di beli tu..
jadi, untuk 6 bulan pertama tu suapkan anak dgn pelbagai jenis buah supaya anak kita bereksperimentasi dgn `sahabat2` dia ni =)

DAGING

saya baru nak berjinak2 perkenalkan daging pada Sakinah apabila dia mula menjelang 8bulan ni. sekarang tengah berpikir2 resepi makanan.

seperti yang semua maklum, daging merupakan sumber protein dan juga sumber iron tambahan.
Dalam susu ibu juga ada iron. Tapi apabila baby kita dah mula diperkenalkan dengan solid food, iron dlm susu ibu akan bergabung dengan solid food. jadi penyerapan iron( dlm susu ibu ) pada tubuh baby mula berkurang.

jadi, jom kita perkenalkan daging ayam,daging lembu,daging kambing untuk anak kita =)


untuk resepi, klik sini,jangan takuttt..

TAUFU

i like taufufa!! he3 
bila makan taufufa tu memang x lupa sakinah. kita makan sama2 kan, nak..=)
taufu sangatlah bagus! tinggi nutrien ( sumber tinggi protein, iron,kalsium, fiber & fatty acid )
idea untuk memperkenalkan taufu , 8 bulan ( ni ikut buku lah). tapi Sakinah makan dlm usia 7 bulan. nyum...nyum...


untuk resepi, klik sini

IKAN 

biasalah, ikan memang glamer dengan protein,omega 3, pottasium dan vitaminnya.
rendah kolestrol dan dapat mencegah tekanan darah tinggi ( yang statement ni untuk mak bapak nye lah..rajin2 ye mkn ikan sihat jugak mcm anaknya he3 )
7 bulan dah ok untuk perkenalkan.
6 bulan pertama tu, bagi baby menikmati buah2an dulu la.

TELUR

yang ni ada sikit isu. sebab untuk memberikan telur pd baby, elok lah tanya doktor pakar anak kita. telur putih tinggi kadar ke alergic-annya.
tapi kuning telur memang sangat bagus untuk perkembangan otak anak2 kita.
kita buat mashed egg yolks la..=)
( teringat pd kes membe bg anak mkn telur, bengkak dua2 mata babynyer sebab alergi dgn telur..uwaa sian tengok..)





Ke Temasik...

Temasik??
Siapa buta sejarah? siapa celik sejarah? kui3
Teka..teka...
Singapura la ...( mcm pandai sgt sejarah org yang bercakap nih ha3 )
1st tym dlm hidup kami suami isteri ke luar negara..1st tym beb!! 
itu yang pergi buat passport pun jakun semacam.
masuk Tambak Johor, Woodlands pun berdag dig dug dada kitorang...
tengok minah2,mamat2 kastam Singapore mcm tengok transformers je.. +D
kita zaasss la gambar kami kat sana.. =)



inilah asbab utamanya kami ke Temasek... aisha`s wedding..
al-kaff and al-sagoff..


Di temasek kami bertemu setelah 10 tahun terpisah..Jejak kasih...kak Tn.Fatimah Al-Juffri


Pengantin yang sungguh canteq,romantik, sporting...



kitorang menginap di sini...


bersih je rumput derang..nak bergolek hindustan pun boleh..




teruja dengan candies yang berterabur di awanan... sekitar Universal studios..


kitorang tak mampu nak masuk..pintu gerbang pun jadilahh...


di Ochard road..bf di tepi jalan..layann jelah..


milk on the go..dalam MRT..


we`re happy family...


pusat kasino terbesar kat belakang tu..mcm kapal terapung.projek genting nih..