LamanUtamaOrganizerMamaBank ArtikelProduk

SOLID FOOD : Taufu & resepi

taufu diperbuat dari soya.
ada setengah baby yang alergik dengan sumber soya.  jadi 4 DAYS RULES tu sangat pengting untuk mengenalpasti ke alah-an anak kita.


CADANGAN RESEPI


PUREE TAUFU


1. blend taufu dengan avocado/cottage cheese/buah2an




ni resepi taufu+mango




SUP TOMATO & TAUFU


1 sudu kecil olive oil
1/2 bawang besar ( hiris)
1/2 cwn air soya
2/3 cwn taufu (cube/hiris)
1 bj tomato ( hiris)
1/2 sudu kecil daun basil (cincang)


1. goreng bawang dengan olive oil.
2. bila dah naik bau, masukkan tomato & daun basil. masak utk beberapa minit.
3. masukkan air soya dan gaulkan.
4. tutup api dan gaulkan dengan taufu.
5. blend dan biarkan sejuk.


PASTA SOS TAUFU


1/2 bawang (hiris)
1 sudu kecil olive oil
1/2 bj capsicums ( sumber vit A-dr beta carotine, vit B, vit C dan mengandungi folat )
3/4 cwn taufu
3/4 cwn tomato puree
1/2 sudu kecil basil
1/2 sudu kecil oregano
1/2 pkt pasta


1. tumis bawang dengan olive oil.
2. bila dah naik bau. masukkan capsicum dan mask dalam 3 minit.
3. ramaskan taufu dan masukkan dalam kuali tadi. masak 5 minit sambil di kacau.
4. kalau ada air, biarkan ia kering sikit. kemudian baru masukkan tomato puree dan basil.
5. masak pasta
6. akhirnya, masukkan sos dan parsley. 
7. boleh dihidangkan ( untuk yang dah ada gigi dan boleh mengunyah )@ blend selepas selesai  masak ( untuk yang xde gigi)


TAUFU SMOOTHIES


1 bj mangga
1 bj pisang
1/3 bekas taufu lembut


1. buang kulit buah pisang & mangga
2. masukkan pisang,mangga & taufu dalam blender dan..BLEND!!!
3. siap di hidang.hias dengan ceri ( kalau nak ceria gituuu he3 )


sumber : homemade baby food recipes

No comments:

Post a Comment