LamanUtamaOrganizerMamaBank ArtikelProduk

SOLID FOOD : Info buat ibu

Penyediaan makanan untuk Sakinah adalah masa yang paling menyeronokkan.
sebab mama dia boleh mix apa sahaja buah,sayur,ayam ikut suka hati mamanya..he3 
tapi alhamdulillah setakat ini, Sakinah sumer makan. cuma resepi mashed potato+ayam+sayur bayam+ikan bilis dia x gemar..maybe bau ikan bilis tu  terlalu menusuk rongga hidungnya hu3

di sini saya nak kongsi info tentang makanan untuk anak2 kita..

dalam memperkenalkan makanan kepada bayi kita, amalan 4DAYS RULES adalah sangat baik untuk dipratikkan. sebabnya, dari sini  kita dapat kenal makanan mana yang baby kita alah,baby kita suka,baby kita tak suka.

Tapi x semua makanan yang baby kita refuse hari ini, dia akan refuse selama2 nya..Boleh cuba lagi untuk 2 minggu selepas itu.mungkin dlm tempoh ini ini dia tengah develop rasanya.

BUAH & SAYUR

Baby memang suka dgn buah2an dan sayur2an..sebab kumpulan makanan ni memang sedap. ada manis, masam..sangat teruja apabila ibu2 dapat campurkan macam2 buah2an/sayur2an.
jangan dirisau sangat tentang campuran kita tu. kat kedai tu, jual makanan baby mcm2 campurannya. copy and paste je he3

TIMUN+MANGGA+EPAL..( macam pelik je kan..he3 tapi nilah yang ada jual di pasaran..)

elok lagi makanan yang kita sediakan berbanding makanan yang di beli tu..
jadi, untuk 6 bulan pertama tu suapkan anak dgn pelbagai jenis buah supaya anak kita bereksperimentasi dgn `sahabat2` dia ni =)

DAGING

saya baru nak berjinak2 perkenalkan daging pada Sakinah apabila dia mula menjelang 8bulan ni. sekarang tengah berpikir2 resepi makanan.

seperti yang semua maklum, daging merupakan sumber protein dan juga sumber iron tambahan.
Dalam susu ibu juga ada iron. Tapi apabila baby kita dah mula diperkenalkan dengan solid food, iron dlm susu ibu akan bergabung dengan solid food. jadi penyerapan iron( dlm susu ibu ) pada tubuh baby mula berkurang.

jadi, jom kita perkenalkan daging ayam,daging lembu,daging kambing untuk anak kita =)


untuk resepi, klik sini,jangan takuttt..

TAUFU

i like taufufa!! he3 
bila makan taufufa tu memang x lupa sakinah. kita makan sama2 kan, nak..=)
taufu sangatlah bagus! tinggi nutrien ( sumber tinggi protein, iron,kalsium, fiber & fatty acid )
idea untuk memperkenalkan taufu , 8 bulan ( ni ikut buku lah). tapi Sakinah makan dlm usia 7 bulan. nyum...nyum...


untuk resepi, klik sini

IKAN 

biasalah, ikan memang glamer dengan protein,omega 3, pottasium dan vitaminnya.
rendah kolestrol dan dapat mencegah tekanan darah tinggi ( yang statement ni untuk mak bapak nye lah..rajin2 ye mkn ikan sihat jugak mcm anaknya he3 )
7 bulan dah ok untuk perkenalkan.
6 bulan pertama tu, bagi baby menikmati buah2an dulu la.

TELUR

yang ni ada sikit isu. sebab untuk memberikan telur pd baby, elok lah tanya doktor pakar anak kita. telur putih tinggi kadar ke alergic-annya.
tapi kuning telur memang sangat bagus untuk perkembangan otak anak2 kita.
kita buat mashed egg yolks la..=)
( teringat pd kes membe bg anak mkn telur, bengkak dua2 mata babynyer sebab alergi dgn telur..uwaa sian tengok..)





No comments:

Post a Comment