LamanUtamaOrganizerMamaBank ArtikelProduk

SOLID FOOD : Jadual pemakanannya

sure semua ibu2 teruja apabila anaknya nak masuk 6 bulan..excited terlebih nak bagi anak makanan.fikir resepi itu ini..mcm lah saya he3


apabila baby dah genap 6 bulan,
penuh senyuman si ibu nampak semua giginya ( termasuk gigi palsu & `cheese` di gigi hik3 )
sudu, mangkuk warna-warni dah dikeluarkan dari bungkusannya.
di cuci2 dengan air sabun dan air suam, buang segala chemical yang ada..
bib juga x lupa. lagi canggih ada baby seat. 
seronok kannnn.. *_*


ok untuk yang permulaan ini, mari saya bercerita berdasarkan soalan lazim yang selalu di ajukan.


BERAPA KALI BABY KITA PERLU MAKAN?


Perkembanagn setiap baby adalah berbeza. ada yang mula dgn solid food awal, ada yang lewat bergantung pada 
1. pertumbuhan gigi, 
2. suhu dan kelembapan persekitaran-musim sejuk baby suka makan, 
3. keaktifan anak kita-dia perlukan tenaga utk bergerak lebih aktif, 
4. kesihatan anak-mcm kita jugalah..kalau sakit, hilang selera makan
5. `growth spurt`- perkembangan yg terlalu mendadak


banyakkan faktornye. jadi, xperlulah bandingkan anak kita dengan anak orang lain. 
asal kita dapat beri kan apa yang SESUAI dengan anak kita, sudah. sekiranya kita membandingkan anak kita dengan anak orang lain, kita tend to PAKSA anak kita makan. 
MASA MAKAN ADALAH MASA YANG SANGAT INDAH. jangan lah mak bapak ni mencemari keindahan masa ini.


CLUE baby dah kenyang
1. baby dah taknak membuka mulut
2. baby mula membaling sudu/mangkuk
3. dah mula tersandar di kerusi


untuk setahun yang pertama ini, susu merupakan sumber makanan pertama bagi anak2 kita. jadi, sebelum bagi makan, bagi anak kita minum susu setengah daripada amaun yang biasa dia minum. setengah lagi, selepas makan.


ada buku kata 6-7bulan : 1-2kali makan
                          > 8bulan : 3kali sehari


Bergantung kepada permintaan sang anak.


pengalaman memberi Sakinah solid food. dia memang suka MAKAN. pukul 10 pagi @ 12 tengahari dia makan.petang lagi sekali dia nak makan.lagi2 tengok orang makan. jadi nak tak nak, kena bagi dia apa yang ada dlm pinggan kita ( selalunya salad/buah2an )







No comments:

Post a Comment