Ke mana menghilang??

salam semua...
dah lama saya tidak menulis di ruang ini.. ini kerana keterbatasan kesihatan saya sejak beberapa bulan ini. hu3 Allah sahaja yang mengetahui betapa peritnye.. Kalau boleh dipercepatkan masa, memang saya nak mempercepatkannya. tapi hamba tidak berdaya...


inilah berlaku pada saya..



UPT Test : 2 line = positif pregnant

saya mengalami morning dan night sickness.. 
simptom2 adalah loya, kadangkala muntah. saya tidak dapat mengambil sebarang vitamin memandangkan semua vitamin yang masuk ke dalam tekak saya akan keluar semula! saya akan muntah.
bekalan supplement saya sungguhlah banyak.
vitamin C, B-Complex, Multi vitamin, Calcium, Obimin, Asid Folik, Vaxolene ... buat masa ni, saya simpan je semua ubat ni sampai waktu yang telah ditetapkan bahawa saya akan dapat menelan ubat2 ini.
apabila badan tak cukup vitamin, memang rupa saya macam orang nak jadi arwah ( ni opismate saya cakap ).
pucat lesi, kemudian mudah benar pitam. banyak insiden pitam yang saya lalui tapi saya betul2 jaga diri saya supaya tidak terjatuh terjelepuk. saya bimbangkan bayi dalam kandungan kerana saya pernah ada sejarah keguguran. apabila pandangan mula hitam, cepat2 saya berpaut pada kerusi, meja, atau dinding atau apa sahaja berhampiran saya.

bila malam sahaja, badan memang lesu habis. dan dugaan bertambah lagi, apabila si kecik Khawlah Sakinah masih menyusu badan. saya benar2 memohon bantuan suami. saya bercuti dari membuat kerja2 rumah sepanjang tempoh ini. sungguh tidak larat dan tidak mampu. nak dukung anak pun tak larat. mak pun tak bagi saya dukung anak, takut2 saya pitam.tukar lampin, basuh berak anak pun tak terbuat.

saya masih mengepam di pejabat..tapi hasilnya hanya begini setiap hari...


3 kali sesi, hasilnya begini sahaja..saya pasrah... 

alhamdulillah suami sangat membantu..syukur sangat..
saya berkali2 beritahu suami bahawa saya lebihrela menghadapi sakit bersalin dari ragam morning and night sickness ni. ia membuatkan saya tertekan. tapi apabila diingatkan tentang pahala yang besar, kendur sedikit perasaan tertekan itu.
semoga saya terus tabah melaluinya....

EBM Cair di dalam Freezer

Ramai sebenarnye yang tertekan apabila berhadapan dengan situasi ini, dimana stok susu yang disimpan di dalam bahagian beku gara2 black-out atau suis peti sejuk tertutup atau pintu peti sejuk tidak di tutup rapat mencair. saya pernah juga melaluinya. pada ketika itu saya tertekan kerana memikirkan betapa mahalnye nilai stok susu kemudian di kira dengan penat lelah mengumpul stok...Allahuakbar...saya menangis ketika melaluinya..

ketika itu saya cuba mencari informasi di laman web berkenaan hal ini. tapi yang saya jumpa, rata2 menambah kesedihan di hati. semua menulis bahawa susu yang telah cair, PERLU DIGUNAKAN DALAM TEMPOH 24 JAM. sekiranya melebihi tempoh berkenaan, SUSU TERSEBUT PERLU DIBUANG  *noktah*    kenyataan2 ini memang menghampakan saya.

tapi ketika itu, suami saya bagi melemparkan kata2 yang membuatkan saya berfikir sejenak.
"kalau rasa mampu nak buang, buanglah. kalau rasa x mampu nak buang, simpan dan bekukan semula. kita tengok implikasinya. apa yang mereka cakap tu sekadar garis panduan shj "
jujur saya kata, SAYA TAK MAMPU NAK BUANG! sebab saya TAK SANGGUP NAK BUANG.

jadi saya tandakan susu2 yang cair tu supaya saya mudah nak kesan susu mana yang pernah cair kemudian dibekukan semula.
pada waktu itu saya bertawakal sepenuhnya supaya susu2 ini tidak membahayakan Sakinah.
setiap kali 'susu cair yang dibekukan semula' ini hendak diberikan pada Sakinah, saya akan rasa dan bau dahulu. rasa dan bau masih sama seperti susu beku lain.
dan kesannya, Sakinah cepat lapar apabila meminum susu ini. tapi tidak pula dia cirit-birit. dari situ saya mula merasakan bahawa terdapat perubahan komposisi nutrien susu tersebut.

mula2 saya merujuk kes ini ke Pn.Azah, Kaunselor Laktasi Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mendapatkan pandangan. pada mulanya, memang beliau menyarankan supaya dihabiskan susu cair dalam tempoh 24jam. tetapi, bayi mana yang mampu meminum 100 oz sehari??? kemudian, beliau bersetuju supaya susu tersebut dibekukan semula tetapi perlu dihabiskan dengan kadar segera. ini kerana perubahan komposisi nutrien yang berlaku menyebabkan susu tersebut sudah seperti air masak sahaja. 

Kemudian saya rujuk juga kepada Pn. Siti Mariam dari Pusat Laktasi Kebangsaan. ayatnye juga seperti Pn.Azah cuma dia menambah bahawa susu yang sudah cair perlu dihabiskan dalam  tempoh 24jam adalah bagi MENJAMIN KESEMPURNAAN KOMPOSISI NUTRIENNYA.

wallahualam...
semoga ini sedikit sebanyak dapat mengubat lara hati ibu2 yang berdepan dengan situasi ini... ini adalah sekadar catatan pengalaman saya.

nota : pastikan susu yang cair itu masih sejuk dan tiada perubahan bau dan rasa. kalau sudah ada rasa dan bau masam, baiklah dibuang sahaja.