Kedai bakeri di Seksyen 9 Bangi

Di seksyen 9 ada 3 buah kedai bakeri.
Kedai Yummie, kedai Makcik dan Kedai Bake With Yen. Disebabkan semuanya jiran saya, memang saya akan membuat pantauan harga ^_^
Tentunya semua kedai mempunyai perbezaan harga.

Disini saya akan senaraikan undian saya

No. 1 kedai Yummie
No. 2 kedai Bae With Yen
No. 3 kedai Makcik

Saya adalah pelanggan untuk kesemua kedai. Tapi kedai yang hari-hari saya akan pergi membeli-belah adalah di Yummie. 


ehsan dari mr google


Kemudian saya akan membeli di Bake With Yen apabila suami berkelapangan sahaja kerana saya memerlukan bantuannya untuk membeli bahan mentah pada kadar yang banyak. contohnya beli gula kastor 3 kg. Sebab Bake with Yen punya pembungkusan adalah dalam amaun yang berkilo-kilo banyaknya. harga sudah tentu lebih murah.


ehsan dari mr google

Dan saya akan ke Kedai Makcik apabila terdesak. contohnya apabila hari hujan atau perlu cepat. Tetapi istimewanya kedai Makcik ini, ada beberapa bekas yang saya perlukan tiada di Yummie tetapi ada di Makcik.

Nota kecil : berhadapan kedai Makcik ini ada gerai Laksa dan Cendol yang sedap!! Jangan lupa singgah ye ^_^


ehsan dari azalmuffins.blogspot


Nota kaki : untung saya berpindah ke Bangi ^_^

Cuti Tanpa Gaji

Bermula pada 14-12-2012, maka bermulalah episod saya sebagai kakitangan kerajaan yang bercuti tanpa gaji. Insyallah selama setahun.
Cuti Tanpa Gaji ( CTG ) yang saya ambil adalah cuti untuk menjaga anak.
Kepada kakitangan yang belum tahu keberadaan cuti ini, bolehlah merujuk pada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2007 yang telah dikeluarkan semasa pemerintahan Datuk Seri Abdullah Hj.Ahmad Badawi.. Terima kasih Datuk Seri diatas keluhuran budimu mengerti tanggungjawab ibu-ibu di Malaysia ^_^

" Pegawai wanita yang melahirkan anak boleh dipertimbangkan Kemudahan Cuti Menjaga Anak oleh Ketua Jabatannya sehingga 1825 hari ( 5 tahun ). " sekiranya sesiapa yang berjaya memohon cuti melebihi 2 tahun, mohon kongsi ye. Nak tahu apa tipsnya untuk mendapat cuti sebegitu panjang dari Ketua Jabatan ^_^
info tambahan lagi...

syarat-syarat CTG Menjaga Anak ini adalah 
1. kemudahan cuti yang tiada bergaji
2. Tempoh keseluruhan kemudahan Cuti Menjaga Anak adalah tidak melebihi 1825 hari ( 5 tahun )
3. Kemudahan Cuti Menjaga Anak boleh diambil secara keseluruhan 1825 hari atau sebahagian daripadanya.
4. Jika pegawai telah mengambil Cuti Menjaga Anak 1825 hari sekaligus, maka ia tidak layak untuk mendapat kemudahan ini pada kelahiran seterusnya.
5. Sekiranya pegawai hanya mengambil sebahagian daripada kemudahan Cuti Menjaga Anak bagi satu kelahiran, maka dia layak untuk mendapat kemudahan ini pada kelahiran seterusnya.
6. Kemudahan Cuti Menjaga Anak adalah mengikut tempoh yang telah diluluskan bagi kelahiran berkenaan. Sekiranya pegawai terbabit ingin melanjutkan lagi Cuti Menjaga Anak, perlulah membuat permohonan baru kepada Ketua Jabatan sebelum Cuti Menjaga Anak yang sediaada berakhir, dengan syarat Cuti Menjaga Anak yang telah diluluskan tidak terputus dengan Cuti Menjaga Anak yang sedang dipohon.
7. Tempoh Cuti Menjaga Anak akan bermula selepas tamatnya Cuti Bersalin

dan info lebih lanjut, dijemput melayari http://www.jpa.gov.my/pekeliling/pp07/bil15/pp1507.pdf .

borang permohonan kemudahan cuti ini boleh didapatkan dari jabatan personel masing-masing. Jangan lupa sertakan bersama borang tersebut surat permohonan CTG itu bersama alasan-alasan yang kukuh. Alasan saya adalah untuk menyusukan anak !



kami anggota beruniform!
( kenangan bersama Kapten Siti Suraida )

Yeay!!!
Masa saya menggantung uniform. Masa untuk bersama anak-anak. 
Walaupun tiada gaji yang tetap sebanyak dulu, tapi saya sungguh bersyukur kerana anak-anak di depan mata. Dan saya sungguh menghargai perjuangan kehidupan kini. 
Walau tiada gaji dari kerajaan, masih ada rezeki buat saya dan keluarga ^_^
Untuk anda yang diluar sana yang optimis dengan rezeki Allah, mari kita menggali lubuk rezeki yang lain.