Kedai Yummie, kedai Makcik dan Kedai Bake With Yen. Disebabkan semuanya jiran saya, memang saya akan membuat pantauan harga ^_^
Tentunya semua kedai mempunyai perbezaan harga.
Disini saya akan senaraikan undian saya
No. 1 kedai Yummie
No. 2 kedai Bae With Yen
No. 3 kedai Makcik
Saya adalah pelanggan untuk kesemua kedai. Tapi kedai yang hari-hari saya akan pergi membeli-belah adalah di Yummie.
ehsan dari mr google
Kemudian saya akan membeli di Bake With Yen apabila suami berkelapangan sahaja kerana saya memerlukan bantuannya untuk membeli bahan mentah pada kadar yang banyak. contohnya beli gula kastor 3 kg. Sebab Bake with Yen punya pembungkusan adalah dalam amaun yang berkilo-kilo banyaknya. harga sudah tentu lebih murah.
ehsan dari mr google
Dan saya akan ke Kedai Makcik apabila terdesak. contohnya apabila hari hujan atau perlu cepat. Tetapi istimewanya kedai Makcik ini, ada beberapa bekas yang saya perlukan tiada di Yummie tetapi ada di Makcik.
Nota kecil : berhadapan kedai Makcik ini ada gerai Laksa dan Cendol yang sedap!! Jangan lupa singgah ye ^_^
ehsan dari azalmuffins.blogspot
Nota kaki : untung saya berpindah ke Bangi ^_^
aqil dah pindah ke bangi ke..
ReplyDeleteerm..aah..kat situ mmg ader 3 kedai bakeri yg dekat²..nti aiza nk try gi kat bake wif yen tuh..
ReplyDeletekak ezy comel!! rindu kamu..
ReplyDeleteAqil dah pindah ke bangi. mencari ketenangan muahaha
Cik Aiza
Bake with yen disini best juga. terurus sedikit berbanding di chow kit. parking pun senang nak cari=)