Cuti Tanpa Gaji ( CTG ) yang saya ambil adalah cuti untuk menjaga anak.
Kepada kakitangan yang belum tahu keberadaan cuti ini, bolehlah merujuk pada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2007 yang telah dikeluarkan semasa pemerintahan Datuk Seri Abdullah Hj.Ahmad Badawi.. Terima kasih Datuk Seri diatas keluhuran budimu mengerti tanggungjawab ibu-ibu di Malaysia ^_^
" Pegawai wanita yang melahirkan anak boleh dipertimbangkan Kemudahan Cuti Menjaga Anak oleh Ketua Jabatannya sehingga 1825 hari ( 5 tahun ). " sekiranya sesiapa yang berjaya memohon cuti melebihi 2 tahun, mohon kongsi ye. Nak tahu apa tipsnya untuk mendapat cuti sebegitu panjang dari Ketua Jabatan ^_^
info tambahan lagi...
syarat-syarat CTG Menjaga Anak ini adalah
1. kemudahan cuti yang tiada bergaji
2. Tempoh keseluruhan kemudahan Cuti Menjaga Anak adalah tidak melebihi 1825 hari ( 5 tahun )
3. Kemudahan Cuti Menjaga Anak boleh diambil secara keseluruhan 1825 hari atau sebahagian daripadanya.
4. Jika pegawai telah mengambil Cuti Menjaga Anak 1825 hari sekaligus, maka ia tidak layak untuk mendapat kemudahan ini pada kelahiran seterusnya.
5. Sekiranya pegawai hanya mengambil sebahagian daripada kemudahan Cuti Menjaga Anak bagi satu kelahiran, maka dia layak untuk mendapat kemudahan ini pada kelahiran seterusnya.
6. Kemudahan Cuti Menjaga Anak adalah mengikut tempoh yang telah diluluskan bagi kelahiran berkenaan. Sekiranya pegawai terbabit ingin melanjutkan lagi Cuti Menjaga Anak, perlulah membuat permohonan baru kepada Ketua Jabatan sebelum Cuti Menjaga Anak yang sediaada berakhir, dengan syarat Cuti Menjaga Anak yang telah diluluskan tidak terputus dengan Cuti Menjaga Anak yang sedang dipohon.
7. Tempoh Cuti Menjaga Anak akan bermula selepas tamatnya Cuti Bersalin
dan info lebih lanjut, dijemput melayari http://www.jpa.gov.my/pekeliling/pp07/bil15/pp1507.pdf .
borang permohonan kemudahan cuti ini boleh didapatkan dari jabatan personel masing-masing. Jangan lupa sertakan bersama borang tersebut surat permohonan CTG itu bersama alasan-alasan yang kukuh. Alasan saya adalah untuk menyusukan anak !
kami anggota beruniform!
( kenangan bersama Kapten Siti Suraida )
Yeay!!!
Masa saya menggantung uniform. Masa untuk bersama anak-anak.
Walaupun tiada gaji yang tetap sebanyak dulu, tapi saya sungguh bersyukur kerana anak-anak di depan mata. Dan saya sungguh menghargai perjuangan kehidupan kini.
Walau tiada gaji dari kerajaan, masih ada rezeki buat saya dan keluarga ^_^
Untuk anda yang diluar sana yang optimis dengan rezeki Allah, mari kita menggali lubuk rezeki yang lain.
kalau dh masuk keje sbln lps ct bersalin pastu nk apply ctg utk jaga anak boleh ker..atau mcm mn nk aply ctg jg anak klu situasi mcm nie yek..
ReplyDeletekalau dah masuk bekerja, tidak boleh apply CTG Menjaga Anak ini, sefahaman saya.sebab didalam pekeliling menyatakan CTG menjaga anak ini tidak boleh terputus dari cuti bersalin. boleh rujuk ke bahagian HR utk kemudahan CTG yg lain
ReplyDeleteklau utk pkerja sambilan harian (PSH) boleh apply x?
Deletebaru naik keje sehari..nk mtk smbg cuti..diorg advise amek cuti separuh gaji 6bln..tp xtau nk wat surat permohonan cane..ble bantu x..
ReplyDeleteHi, saya nak tahu samada cuti rehat mesti dihabiskan dahulu sebelum cuti menjaga anak tak?
ReplyDeleteKena hbskan cuti rehat berkelayakan
Deletexperlu habiskan cuti berkelayakan . CMA boleh disambung dari cuti bersalin dan tidak terikat dengan cuti bersalin .
Deleteya.cuti rehat perlu dihabiskan dahulu kemudian boleh sambung cuti menjaga anak pula=)
ReplyDeletesalam,saya baru nak apply cuti tanpa gaji sebab nak jaga anak.nak lah tau kalau dah ambik CTG biasanya kesan kat gaji brapa lama lepas cuti mula/
ReplyDeleteSalam nk tnya..mcm sy due 28/10/2013 so sy akan cuti bersalin smpai mgkin 26/1/2014..Lpastu sy nk smbung cuti menjaga anak dlm 3bln start 27/1/2014..itu da masuk thin baru..so sy pnya cuti rehat mcm ne ye..?
ReplyDeletesalam... saya nak mintak cuti tanpa gaji untuk sambung belajar di luar negara. agak2 boleh dapat ker dengan reason macam ni?
ReplyDeletesalam kenal..
ReplyDeletebagus entri ni..bnyak ilmu dapat..malangnya dah tak layak nak ambik CTG..
Sis.. Kalau cuti tanpa gaji, mcm mne dgn potongan pinjaman pd payslip ye?
ReplyDeleteBestnya dapat cuti tanpa gaji. Thanks 4 sharing
ReplyDelete