LamanUtamaOrganizerMamaBank ArtikelProduk
Showing posts with label personal. Show all posts
Showing posts with label personal. Show all posts

Kisahnya Aidilfitri dan ibu mertua...

Salam Aidilfitri
Maaf zahir batin buat semua...

Harini sudah hari raya ke-4.. 
Saya sudah puas makan laksa, nasi impit, lontong, kuah kacang, rendang, lemang, kuih raya, air manis, air gas, dan sudah pun selamat berada di Kuala Lumpur kembali...
Jadi apabila sudah puas segala2nya, bolehlah dengan segala hormatnya menjemput si kecil di dalam perut ini keluar melihat dunia. Sekarang sudah mula memasuki minggu 36... =)

Kali ini saya beraya dengan keluarga sendiri tanpa suami kerana suami perlu berkhidmat untuk negara, menjaga Bilik Gerakan Denggi.


Abu Khawlah yang beraya di bilik gerakan denggi JKWPKL.


Hanya kami  berdua beraya di kampung bersama keluarga dan sanak-saudara..

Insyallah saya akan pulang ke beraya bersama suami, malam ini. Juga tak di lupa, beraya dengan keluarga mertua..Yahooooo!!!
Mertua saya berada di Cheras sahaja.. Boleh beraya sampai hujung tahun ha3

Apabila hari raya menjelma, macam2 status di Facebook. tapi banyak status yang kecewa sebab balik rumah mertua..waduhh..berat sungguh ini.... 
Alhamdulillah kerana Allah telah mengurniakan saya mak ( ibu mertua ) yang sangat berharga. Yang mana saya sungguh2 menyayangi dirinya. 
Mak yang sungguh istimewa. Walau tidak celik mata namun celik hati.
Mak yang sungguh tenang, mak yang 'happy go lucky', mak yang menjadi tempat meluahkan perasaan, mak yang menegur salah dan silap kami anak beranak dengan sungguh berhemah...mak yang tidak pernah membezakan kasih buat seorang anak kandung mahupun menantu...

Mak abah saya adalah OKU, cacat penglihatan...
Tapi beruntung sungguh kerana mak abah saya dahulu di hantar bersekolah di St. Nicholas, Penang. Jadi mereka memang tiada masalah dalam ilmu2 kehidupan.
Mak saya boleh memasak, boleh menjahit, boleh menggosok baju, boleh mengemas rumah, boleh menata rias rumah, boleh menjaga anak & cucu, fasih berbahasa inggeris. ( saya pun malu kerana saya tidak sefasih mak hu3 )

Dahulu, Abu Khawlah selalu bimbang bilamana mak yang menjaga Sakinah. Saya pun pelik kenapa Abu Khawlah risau. Padahal masa dia kecik dulu mak juga yang jaga ha3 Abu..ohh abu...
Saya tak risau sebab saya yakin dengan penjagaan mak. Elok je mak besarkan 4 beradik, tanpa ada hilang anggota sana-sini. yang jadi cacat sana-sini, parut sana-sini tu bukan sebab mak jaga, korang sendiri punya kelalaian ha3 Tengok, betapa Allah melindungi mereka2 ini...
Yang buat saya terharu, bila mak pernah kata pada Abu Khawlah " Kau ni Didi, dah macam menantu. Aqilah pulak yang macam anak. Lagi kenal mak " ha3 Bangga woo bila mak mertua cakap macam tu..  Sejak dari haritu, saya suka mengusik Abu Khawlah pasal kenyataan ini. ha3

Mak selalu cakap yang rumah mak ni kecik je. Jadi mak tak berapa suka kalau ramai2 ( maksudnya anak2, menantu ) serbu rumah mak. Sebab mak tak suka tengok bila anak2, cucu2, menantu2 tak selesa ( tak tahu nak gantikan perkataan 'tengok' tu dengan apa..sebab mak tak nampak ). Tapi saya selalu cakap kat mak, anak2 tak pernah rasa, tak pernah komplen yang rumah mak ni sempit. semua seronok je bila datang rumah mak. Buat apa rumah besar, tapi hati tak tenang, serabut sana -sini. Biar rumah kecik tapi hati bahagia...

Paling seronok bila dapat melepak di rumah mak, dapat berpantang di rumah mak ha3 
Maaflah mak, sebab kami selalu menyemakkan rumah mak. Tapi ini sahajalah tempat yang seronok kami nak tenang2kan diri he3 


Mak dengan dekya 


Abah dan Abu Khawlah versi botak


Menyambut harijadi mak dan abah..
Laksa, pizza domino,s, kek secret receipe

Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati hidup mak..

Kelas solekan bersama Suhana Sulaiman MUA

Ramadhan sudah mula melabuhkan tirai..
Bagaimana dengan amalan kita di madrasah tarbiyah ini ?
Untuk Ramadhan yang masih berbaki ini, mari kita gunakan sebaik mungkin masa bersama Ramadhan kerana ia adalah sebaik-baik bulan, yang sangat banyak ganjarannya...
Belum tentu kita akan temui Ramadhan di tahun hadapan.
Perbanyakkan memohon keampunan dariNya, memohon hajat kepadaNya...

Saya ingin berkongsi pengalaman saya belajar solekan dengan salah seorang jurumekap artis yang sangat muda. Saya sangat sukakan tekniknya, itu yang membuatkan saya sanggup turun ke Senawang untuk belajar ilmu itu. Kalau nak harapkan kelas Cik Suhana di Shah Alam, memang tak dapat gamaknya sebab kelas Cik Suhana memang 'hot seat'. 
Saya sukakan teknik Cik Suhana yang tidak mencukur kening.


Muka sebelum di conteng...
* apapun, saya sukakan muka saya yang lebih natural...




Dengan bantuan Cik Suhana juga, dapat hasil begini...
Tengok kening itu... sebiji macam cukur.... Hasil tunjuk ajar cikgu. 
Isshh..seriau mak tengok manusia ini. mcm tak kenal....


Jadi apa yang saya pelajari pada hari kejadian, dari pagi sampai petang adalah teknik bersolek untuk digayakan di majlis. Walaupun begitu, dengan ilmu yang telah dicurahkan, saya sudah tahu teknik bersolek untuk setiap hari dan solekan untuk suami ketika 'private time'. >o<

Disebabkan fokus saya untuk bersolek untuk biasa-biasa sahaja dan bersolek buat Maharaja saya, jadi saya lebih suka menggunakan Mineral Make-up yang mana lebih selamat untuk kulit. Lagipun, nanti nak pakai di malam hari, lebih elok calitkan solekan yang selamat untuk kulit kita. Mineral make-up memang mahal berbanding make-up biasa ( tetapi ada make-up yang berjenama lebih mahal dari Mineral make-up ), tapi yang penting ia selamat untuk diri kita. 

Contoh mineral make-up : LovingMinerals, Kiss Mineral, Skin Food, Forest Secret

Itu sahaja cerita saya buat masa ini...
Jaga diri..
Mari mencantikkan muka buat Maharaja...





Medela Freestyle meragam

Sudah lama saya tidak menggunakan Medela Freestyle ( selepas ini disebut Medela FS ) selepas saya mengandung 1 bulan lebih. Jadi Medela FS saya tersimpan elok2 dalam beg. apakan dayaku...
Saya cuma khuatir bilamana ia tidak digunakan lama sebab saya pengguna pam yang dikategorikan sebagai 'heavy duty'. Jadi saya sungguh takut pam tu akan menerima kejutan. Tiba2 tidak digunakan...


Jadi saya amat beruntung mempunyai pengguna2 sementara yang dapat memanfaatkan si jantung hati saya itu... Terima kasih kepada kakak ipar saya, K.Aisah yang menggunakannya apabila dia pulang mengikuti kelas di Semenanjung dan sahabat seperjuangan saya, Cik Zilal yang teruja memakai pam sepanjang berkursus di Terengganu itu walaupun baterinya agak menghampakan hu3 bateri Medela FS nampaknya perlu ditukar baru... sudah tidak dapat berfungsi sepenuhnya. hanya mengharapkan sambungan ke soket elektrik sahaja. saya benar2 mohon maaf di atas kekurangan itu....
Semalam, pam Medela FS kembali semula ke tangan saya untuk bertukar pengguna pula. Kakak ipar saya memerlukannya untuk 2-3 minggu depan. semoga cik buah hatiku dapat berbakti kepada orang lain ye....



Cik Zilal memulangkannya bersama kad nama yang sungguh membanggakan saya...* awak wanita hebat*
Terima kasih tak terhingga jua pada Cik Zilal yang telah berhati mulia memasukkan 'sesuatu' yang amat membuat saya terkejut dan terharu di dalam beg Medela FS tu.
semoga Allah memurahkan rezeki Cik Zilal dan keluarga...


Zilal Saari
Lactation Counselor
PhD student ( Fiqh Science & Technology ) UTM
emel : zilalsaari@gmail.com
facebook : Zilal Saari
Area of study : Breastfeeding, Induced Lactation for Adopted Babies ( in Fiqh Perspective )
Services : Breastfeeding Counselling & Advice, Mother to mother support
* kepada ibu2 yang menyusukan anak angkat, mohon jasa baik kalian kiranya dapat berkongsi kisah perjalanan penyusuan kalian pada Cik Zilal...Semoga Allah membalas usaha mulia kalian...ameen*

* NOTA : terima kasih tak terhingga juga buat suami saya, Abu Khawlah yang selalu menyokong saya dalam berbakti pada insan2 lain. Semoga Allah meluaskan rahmat dan barkahnya ke atasmu.... *cinta*



Sesi berenang bersama Sakinah

Sudah lama terpendam niat untuk mengajar/menghantar Sakinah ke kelas renang.. Cuma kekangan waktu untuk memberi komitmen menghantar Sakinah menghadiri kelas renang.
Jadi dipendamkan sahajalah hasrat dihati. dahulu, semasa Sakinah kecik2, memang rajin mencari info berkenaan teknik berenang bagi bayi. Cuma apabila banyak sangat kekangannya, terkubur macam tu sahajalah sehinggalah timbul berita Sheikh Muzaffar mengajar anaknya berenang...baru berkobar2 kembali he3
Cuma untuk Sakinah yang sudah setahun lebih ini, agak sukar sedikit untuk mengajarnya berenang. kerana dia sudah mula takut dengan air.. Jadi sesi mengajar renang untuk Sakinah perlukan kesabaran kerana dia akan menangis ketakutan. Jadi, perlukan teknik mengajar yang sesuai supaya Sakinah tidak tertekan untuk belajar berenang...


untuk kalian, jangan bertangguh ya untuk mengajar renang pada anak2. Lagipun ilmu ini sangat di tuntut oleh agama kita untuk diajarkan kepada anak2 kita..
Rasulullah bersabda " Ajarilah anakmu berkuda, berenang dan memanah "
Semasa berenang, mental, fizikal, segala otot dan tulang rangka digerakkan untuk membuat satu gerakan yang berkoordinasi diantara dua anggota kaki dan dua anggota tangan selain merangsang stamina ( sistem kardiovaskular )
Berenang juga memberi peluang kepada manusia untuk menguasai air dan menjadi berani.



sakinah cuba memberanikan diri di dalam air


sesi belajar renang bersama ayahanda



sesi menyelam..



sedikit meronta kerana ketakutan


menyelam kali terakhir sebelum sesi belajar berenang berakhir


Sakinah sudah keletihan


Nota : tentunya trainer saya, En. Abd.Halim bin Ismail berbangga dengan usaha ini.kerana beliaulah telah merekrut saya dalam kursus renang..

Kenangan dahulu yang akan sentiasa dirindui oleh kami...


kami yang satu masa dahulu tidak pandai berenang..tetapi dengan kehadiran Pak Halim ( depan, kiri sekali ), kami berjaya berenang!! satu kebanggaan buat kami dan beliau...



akhirnya...selesai misi belajar renang selama 12 sesi..semua gembira tak terkata...


sudah kepenatan, bersidai di tepi kolam


inilah hasilnya apabila belajar berenang..hitam legam!!


Dialah cinta pertama Nazeera...

Saya teruja menulis entri ni. sebab terlampau seronok apabila seorang sahabat saya yang brutal itu telah dimilik oleh seorang lelaki.
Memang kejutan buat semua kenalan beliau apabila berita pernikahan mereka mula tersebar di facebook. terkejut beruk dibuatnya... tapi saya tak begitu terkejut sebab saya sudah dimaklumkan awal2. kalau tidak, memang ku kejar Nazeera dengan stroller satu taman AU5 tu muahaha ( sejak ada anak beranak ni, kita main kejar dengan stroller ye )


Siapakah Nazeera ?
Beliau adalah sahabat karib saya sejak sekolah menengah lagi. Rumah Nazeera tu dah jadi macam rumah saya dibuatnya. Asyik datang melepak je kat sana. zaman dulu sekolah dulu takde hp, jadi tempat kami nak bergayut pun telefon rumah..hatta sampai ke hari ini pun saya masih ingat no. telefon rumah sahabat saya yang sorang ni... hu3 sangat sedih sebab selepas ni saya dah tak dapat nak menghubungi no 03-4106-XXXX dah sebab sahabat ni dah berpindah tempat lain. no.hp awak kita belum terhafal lagik ha3
sahabat ni memang sejak sekolah ada je peminatnye tetapi dia bo-layan dengan cintan-cintun. dia hanya bercinta dengan SYABAB ( badan beruniform ),dengan aktiviti2 lasaknye, dengan bola jaring nya, dengan badmintonnya, juga dengan buku2nyer...  
Beliau yang tidak pernah bercinta dengan mana-mana lelaki. Beliau yang sangat menjaga diri. Beliau yang sungguh berpekerti. 





style seorang yang ganass ha3





memanjat gunung memang kesukaannya..





setia dengan raket badmintonnya..





ada rupa gangster kah ??


Actually entri ni kita tulis sebab nak mengenangkan awak seorang Nazeera dahulu dan nazeera sekarang hua3...dulu x pandai romantis2..tp sejak berkahwin ni, macam terkejut kitorang dengan ke-sweet-an orang yang tak pernah bercinta ni...
awww...ikhlas kita nak bagitaw, hari2 daku mesti tgk fb enti. sebab suka tengok gambar2 kawen enti dan status2 anti di fb... seronok sangat dapat tengok enti tengah sakan bercinta.. elok sangat tu bercinta lepas kawin. Sesungguhnya, Ahmad Sukri, beruntunglah anda mendapat Nazeera ni. sebab anda lelaki pertama yang berjaya menawan hatinya. andalah cinta pertama dia dan semoga cinta terakhirnya...
Duhai sahabat, ana mendoakan kebahagian baitulmuslim kalian hingga ke syurga...kalian berdua sangat sepadan, secocok.. Bahagia berpanjangan hendaknya, amin...
bila tengok kalian, terbit mood2 bercinta tu.rasa nak kawen balik..ha3 tak waras..





i love this pic very muchhh!! *first tym tgk nazeera pegang tangan lelaki* ha3





kedua2nya mempunyai minat fotografi yang sama...





kalian berdua yang sangat 'sweet'..couple of the year..he3





deruan airmata yang mengharukan semua yang menghadiri majlis pernikahan beliau.
beralih tangan dari Pakcik Roslee dan Makcik Zah kepada Ahmad Sukri


Pernikahan menyingkap tabir rahsia
Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia 
Dan mengharapkan sebuah bahtera indah 
Untuk bersama belayar ke muara 

Pernikahan, menginsafkan kita 
Perlunya iman dan takwa, meniti sabar dan redha 
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah

Isteri janji telah dipateri
Diijab kabulkan dan dirahmati
Detik pertemuan dan pernikahan
Yang dihujani air mata kasih
Demi syurga Ilahi

Suami jangan menagih setia
Umpama Hajar dan setianya Zulaikha
Terimalah seadanya yang terindah
Di lubuk hatimu 
Isteri adalah amanah buatmu

Pernikahan mengajar tanggungjawab bersama suami dan isteri 

Isteri hamparan dunia
Suami langit penaungnya
Isteri ladang tanaman
Suamilah pemagarnya
Isteri bagai kejora
Suami menjadi purnama
Tika isteri beri hempedu 
Suami tabah menelannya

Tika suami terteguk racun 
Isteri carilah penawarnya
Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya














Abby Abadi kembali kepada fitrah...

di saat saya membaca berita tentang Abby Abadi yang telah bertudung, hati saya sebak bercampur gembira tak terkata..memang sungguh2 saya gembira dan bersyukur tak terhingga..


Kenapa saya menulis tentang Abby Abadi ini ?
Al-kisahnya, saya adalah peminat Abby Abadi yang fanatik. Semua ni bermula sebab Gerak Khas. owhh betapa gilanya saya dengan Inspektor Aleeza itu... saya jadi peminat fanatik ni bermula pada tahun 1998, ketika itu berada di tingkatan peralihan ( waktu tu sekolah arab, jadi ada tingkatan peralihan sebelum masuk ke tingkatan 1 ) kemudian berlarutan hingga ke tingkatan 5.. Kemudian saya mengubah diri saya yang terlalu fanatik kepada artis ini. Saya menghentikan kegilaan itu sebab pada waktu itu saya sedar tak guna saya menjadi fanatik kepada artis itu.
Saya punya fanatik sehinggalah kebanyakan duit belanja saya dihabiskan untuk membeli majalah2 yang mempunyai gambar Abby Abadi. Walaupun gambar dan cerita tentang Abby Abadi dalam majalah tu hanya sebesar sekeping gambar pasport. Saya sanggup berhabis untuk semua itu. Kemudian gambar2 tu saya akan gunting dan simpan dalam album 'adhesive'.. Saya mempunyai 2 buah album yang memuatkan semua gambar Abby Abadi. 
Owh itulah saya peminat seorang wanita bernama Arbaieyah bt Abd.Manan... 
Saya cuba cari semula album tersebut baru2 ini, tapi sudah tidak dijumpai. Mungkin saya telah melupuskannya he3


Tapi dalam pada minat yang begitu mendalam tu, saya tak pernah lupa mendoakan untuk K.Abby setiap kali lepas solat. tengok tuuu..dah macam berdoa untuk ibubapa dah. Nilah syukurnya saya berada dalam environment sekolah agama, jadi tak lupa tentang soal doa itu. Saya masih ingat lagi isi doa saya walaupun sejak saya berubah untuk tidak lagi memuja artis, saya dah jarang melagukan doa itu. Saya cuma membacanya dikala saya teringat untuk membacanya sahaja. Tapi masa yang tak lupa untuk membaca doanya adalah semasa sepanjang Ramadhan. lebih2 lagi di 10 malam terakhir sebab saya tahu wujudnya Malam Lailatul Qadar, malam yang dikabulkan segala hajat. 
" Ya Allah, kau berikanlah petunjuk dan hidayah-Mu kepada Abby Abadi supaya dia menjadi wanita yang solehah dan Kau pertemukanlah aku dan dia apabila dia sudah menjadi wanita solehah"


Alhamdulillah..doa saya yang pertama itu dikabulkan..tunggu dikabulkan hajat kedua pula. he3 
Dan saya juga mengikut jejak langkah Inspektor Aleeza. Saya sekarang bergelar Inspektor Aqilah, cuma saya inspektor di bidang kesihatan he3 ( nak jugak sama tu..hua3 )
Bila saya post tentang cerita Abby Abadi di fb, rupanya kuat lagi ingatan kawan2, junior2 saya disekolah dahulu tentang kegilaan saya pada Inspektor Aleeza he3 







sumber : dari arkib koleksi gambar Abby Abadi Love U All Lillah

semoga K.Abby Abadi akan menjadi wanita solehah..muahhhh

nota : kalau dapat jumpa K.Abby, tentu daku pelukkkk!! ha3



Menuntut ilmu yang tak pernah habis

macam-macam perancangan dalam otak saya.. rancangan perlu di susun satu persatu,mudah2an tercapai impian..


1. sambung belajar Pendidikan Awal Kanak-Kanak di OUM
   (masih mencari dana untuk pembiayaan RM22k)
2. belajar pastry, membuat kek dengan chef gunawan
    (sangat berpengalaman dalam bidang masakan, chef di Prince Court Medical Centre, MISC,Hotel Impiana, Concorde Inn KLIA dan merangkap chef selebriti ) siapa berminat boleh contact chef wan disini..kawan baik suami saya )
3. belajar menjahit baju dengan k.mariati
    ( RM150 untuk kursus menjahit baju 2hari dan 1 pattern baju..murahkan...siapa berminat, boleh hubungi k.mariati disini )
4. belajar menjahit langsir dengan ustazah Hjh Sahida (harga memang sangat mahal tapi berbaloi! RM800 untuk kelas 1hari sahaja, 20 pattern ). yang berminat boleh hubungi ustazah disini
5. belajar teknik kumon 
   ( ia memerlukan modal RM2000. saya amat suka dengan teknik KUMON )


semoga akan tercapai impian saya..mudah2an...wahai para isteri,para ibu,para wanita..mari kita menambahkan kemahiran kita dalam ilmu rumahtangga. 

Sejarah Tercipta

sebenarnya melonjak2 nak tulis entry ni..sebab teruja sangat.
selama 26tahun duduk di muka bumi ini, saya x pernah berkaraoke. saya hanya penyanyi jamban! itupun bukan selalu menyanyi dalam jamban.sebab macam x syokk dok dalam jamban lama2. baik berangan dalam jamban berbanding menyanyi dengan memegang shampu sebagai mikrofon ha3
masa mula2 kawen memang pelik juga dengan asben yang suka berkarokss ( dibaca : karaoke ). saya rasa macam entah hape2. mungkin kerana saya budak SUCI MURNI *tadah baju sebelum muntah anda bersepah di lantai*
tapi asben tidaklah berkaroks setiap bulan.ada masa2 dia lah.
jadi bila saya ckp kat asben, jomlah berkaroks ( padahal saya pun x tahu ape motif saya cakap mcm tu.. )
asben pun bawak saya g karoks berdua. orang hot bercintalah katekan..
uhhh jakunnye saya. bila saya masuk kt FACEKARA tu, saya dengar suara2 sumbang ( heh!! x sedapnye suara derang )
1st tym karoks, lagi2 depan suami..memang MALU!!! SEGAN GILERR.. rasa nak cakap " abg, tempat kita kt dlm jamban je yg sesuai. jom balik!! " tapi x tercakap pun sebab asben dah bayar semua.
takes tym juga saya nak hilangkan segan tu.
tapi serius..SUARA SAYA X SEDAP LANGSUNG!! tadi mengutuk orang sangat..suara ko pun sama.dah la nyanyi salah rentak ha3
bile dengar asben menyanyi, dalam hati berbangga..sedapnye..napelah dia x mendodoikan aku tiap2 malam ha3 * lebih sudaaa*
bila part berduet, lagi lah segan. sebab mcm Ramli Sarip dgn pompuan tercekik tongkol jagung ha3
asben saya kata, tips utk suara sedap..baca Al-Quran perlu tertib mengikut tajwid. sebab bacaan Al-Quran sempurna membiasakan kita untuk mengawal pernafasan.
tetiba rasa menyesal pula sebab dulu selalu merungut asben baca Al-Quran lambat sangat hu3
apepun, saya enjoy dengan kenangan ini..thanks a lot my hubby..



encik hubby tengah buat lecture mcm mana nak pilih lagu


dia tengah layan lagu dia..




ni lagu dia..lagu aizat..terasa mcm aizat menyanyi ngn kitorang semalam he3


gaya je lebih.bila menyanyi, semua terabur ha3 asalkan cool..


"giliran sayang pulak"..tengah berduet lah ni.





mcm biasalah..sambil karoks, sambil mengepam ha3

Rindu ini seperti mahu membunuhku...

*entry luahan perasaan*


hari sudah pukul 12.33 am. mata tak dapat terlelap. saya rindukan seseorang..
teman sekatil saya. teman bergaduh saya. teman berborak saya. teman bermesra saya..
seperti dilamun cinta..owh dahsyatnya perasaan ini.. menanti panggilan si dia ibarat menanti rombongan masuk meminang ( wah, betapa hebatnya penantian ini )
saya nak Suzaidi saya!! 
Suzaidi yang selalu memanjakan saya dgn kata2nye 
Suzaidi yg suka memujuk saya
Suzaidi yang suka beromantika de amor


mari kita bercinta selepas kahwin!!



Ya Allah kau perteguhkanlah cinta kami dan Kau sentiasa mekarkan perasaan cinta ini sehingga ke syurga... Jadikanlah tautan cinta kami ini adalah tautan cinta keranaMu, Ya Allah.

Happy Birthday to me, hot mummy!!!

berangan sekejap dapat kek begini...

Hari ini 11 oktober 2011.. tarikh 11 Oktober adalah saat2 yang di keluarkan ke dunia...
jadi, genap sudah 26 tahun..
26 tahun...
sudah berkahwin..
mempunyai seorang suami...
mempunyai seorang anak..( masih satu..perlu di tambah lagi supaya satu team bola haha mampu keee??)
seorang pekerja untuk Datuk Bandar Kuala Lumpur selama 4 tahun..
kereta masih belum dimiliki..( hanya lesen shj yang telah tebal- renew setiap tahun sice 2006)
rumah sendiri masih belum di punyai..
gaji setakat ini mencukupi untuk keluarga dan diri sendiri..
apa lagi yang berunsur keduniaan???? ( banyak kan... )

umrah dan haji belum ditunaikan lagi...
asmaul-husna belum lancar..
juzuk 30 tidak terhafal lagi
solat tidak di awal waktu
buku amalan kebaikan masih banyak ruang lagi untuk di isi...
ohhh banyak lagi yang belum dicapai oleh saya yang sudah hampir kepada kematian ini...
muhasabah...berubah...
kalau di ikutkan kepada amalan, semacam ia bukan satu bekalan yang mencukupi untuk bertemu Tuhan...
tapi kita pun tidak pasti kapankah datang detik pertemuan bersama Tuhan..
jadi, jangan sekali mengabaikan kewajipan kita sebagai hamba Tuhan..kerana hari pembalasan jua akan tiba kemudian.. minggu ini atau minggu depan
BERSIAP SEDIAKAH AKU???

* terima kasih atas doa kalian buat saya...semoga rahmat menaungi hidup kita semua..ameen

satu minggu menyepi...

salam semua...
mohon maaf atas kelengangan entry baru..sebab saya agak sibuk mutakhir ini...uwaa..
Konvensyen Kumpulan Inovasi & Kreatif (KIK) peringkat DBKL sudah hampir..keje edit-mengedit buku & power point persembaahan kumpulan semuanya dilambakkan dekat saya...sebab sayalah orang muda yang derang harapkan untuk buat keje2 IT ni..uwaaa...mau nangis sebab inilah sesi saya yang berhempas pulas..
kemudiannya, berita gembira buat saya...I DAPAT BOS BARU!! tapi tak tahu berapa lama bos Siti Muharramah tu akan ada dgn kami.sebab bos lama tidak mau berganjak dari kerusi empokkss nye..walau apepun, ketibaan Pn.Siti tetap diraikan dgn karpet merah gituwww..sebab orang muda memang banyak idea baru. yang paling mem-bunga-kan hati saya, dia suruh saya buatkan kertas kerja Penyusuan Susu Ibu utk staf DBKL..walaupun nyawa dah rasa mcm nyawa ikan ( sebab sibuk dgn KIK ),saya tetap usahakan untuk menyiapkan kertas kerja Laktasi ini secepat mungkin. nak kejar kelulusan Pengarah yang amat menyokong penuh penyusuan susu ibu ini ( pengarah saya,Dr.Salleh akan bersara Disember ini.Pengarah baru x pasti lagi sokong ke x tentang laktasi ini )..kadang2 rasa mahu mintakk NYAWA!! mintak NYAWA!! mintak OKSIGEN!! helpp...



2-in-1 tasks..


tapi saya sukaaa...sebab keje2 ni dibawah keje2 yang saya suka...


aktiviti kami minggu lepas...



sesi mengangkut susu ibu & sakinah ke Sg.buloh..













sesi sakinah di taman-memijak rumput ciptaan Allah. for the 1st tym, dia geli dgn rumput dan sakinah tak berganjak dari tempat dia.