Kenapa saya menulis tentang Abby Abadi ini ?
Al-kisahnya, saya adalah peminat Abby Abadi yang fanatik. Semua ni bermula sebab Gerak Khas. owhh betapa gilanya saya dengan Inspektor Aleeza itu... saya jadi peminat fanatik ni bermula pada tahun 1998, ketika itu berada di tingkatan peralihan ( waktu tu sekolah arab, jadi ada tingkatan peralihan sebelum masuk ke tingkatan 1 ) kemudian berlarutan hingga ke tingkatan 5.. Kemudian saya mengubah diri saya yang terlalu fanatik kepada artis ini. Saya menghentikan kegilaan itu sebab pada waktu itu saya sedar tak guna saya menjadi fanatik kepada artis itu.
Saya punya fanatik sehinggalah kebanyakan duit belanja saya dihabiskan untuk membeli majalah2 yang mempunyai gambar Abby Abadi. Walaupun gambar dan cerita tentang Abby Abadi dalam majalah tu hanya sebesar sekeping gambar pasport. Saya sanggup berhabis untuk semua itu. Kemudian gambar2 tu saya akan gunting dan simpan dalam album 'adhesive'.. Saya mempunyai 2 buah album yang memuatkan semua gambar Abby Abadi.
Owh itulah saya peminat seorang wanita bernama Arbaieyah bt Abd.Manan...
Saya cuba cari semula album tersebut baru2 ini, tapi sudah tidak dijumpai. Mungkin saya telah melupuskannya he3
Tapi dalam pada minat yang begitu mendalam tu, saya tak pernah lupa mendoakan untuk K.Abby setiap kali lepas solat. tengok tuuu..dah macam berdoa untuk ibubapa dah. Nilah syukurnya saya berada dalam environment sekolah agama, jadi tak lupa tentang soal doa itu. Saya masih ingat lagi isi doa saya walaupun sejak saya berubah untuk tidak lagi memuja artis, saya dah jarang melagukan doa itu. Saya cuma membacanya dikala saya teringat untuk membacanya sahaja. Tapi masa yang tak lupa untuk membaca doanya adalah semasa sepanjang Ramadhan. lebih2 lagi di 10 malam terakhir sebab saya tahu wujudnya Malam Lailatul Qadar, malam yang dikabulkan segala hajat.
" Ya Allah, kau berikanlah petunjuk dan hidayah-Mu kepada Abby Abadi supaya dia menjadi wanita yang solehah dan Kau pertemukanlah aku dan dia apabila dia sudah menjadi wanita solehah"
Alhamdulillah..doa saya yang pertama itu dikabulkan..tunggu dikabulkan hajat kedua pula. he3
Dan saya juga mengikut jejak langkah Inspektor Aleeza. Saya sekarang bergelar Inspektor Aqilah, cuma saya inspektor di bidang kesihatan he3 ( nak jugak sama tu..hua3 )
Bila saya post tentang cerita Abby Abadi di fb, rupanya kuat lagi ingatan kawan2, junior2 saya disekolah dahulu tentang kegilaan saya pada Inspektor Aleeza he3
sumber : dari arkib koleksi gambar Abby Abadi Love U All Lillah
semoga K.Abby Abadi akan menjadi wanita solehah..muahhhh
nota : kalau dapat jumpa K.Abby, tentu daku pelukkkk!! ha3
aku pun tau ko minat gile kat abby..hehe..
ReplyDeletehihi.. betul2 peminat tegar.. dpt jumpa kak abby, jgn lupa snap gambar..yela, dah peluk pastu panik x ambil gmbar pulak..hik3..
ReplyDelete