LamanUtamaOrganizerMamaBank ArtikelProduk

Penyusuan alternatif melalui botol

Tidak semua bayi berjaya menyusu melalu cawan. kebanyakkanya menyusu melalui botol. Lagipun,  tidak semua pengasuh yang rela dan rajin menggunakan cawan semasa hendak memberikan susu pada bayi. kerana ia satu pekerjaan yang agak leceh. 
Jadi alternatif kepada cawan, sudah tentulah botol. Pengasuh pun selesa apabila ibu2 menyediakan botol susu untuk bayi yang dihantar kepada mereka.
Cuma ada sebahagian kes yang bayi menolak untuk meminum dari botol. Jadi sukalah untuk saya kongsi sedikit panduan untuk ibu2 yang baru mendapat cahaya mata. Kita yang dewasa mempunyai citarasa sendiri, bayi yang sekecil itu pun mempunyai citarasa mereka juga =) ...
Penting kita mengetahui botol dan puting yang disukai oleh bayi kita. Jadi jangan sebab kita suka barangan Avent, kita pun paksa bayi kita menerima botol Avent! Mungkin kita suka jenama Tommie Tippie, tapi anak kita suka jenama Pigeon.. citarasa orangkan berbeza2..Mari kita raikan perbezaan =)

Tips untuk memilih botol untuk bayi

1. Beli satu sahaja botol untuk  satu2 jenama sehinggalah anda menjumpai botol yang menjadi minat si kecil! Selepas itu barulah beli botol yang anak anda suka, banyak2!

2. Kekalkan penggunaan puting 'newborn'
Kerana puting ibu tidak pernah berubah2 lubangnya sejak bayi lahir sampai bila2. Jadi tidak perlulah apabila bayi berumur 3 bulan, kita pun tukar puting yang khas untuk bayi 3 bulan. Usah terpedaya dengan pelbagai produk puting di pasaran..

Puting 'newborn' atau 'slow-flow' selalunya sesuai untuk bayi yang menyusu susu ibu. Penggunaan 'fast-flow nipple' boleh menyebabkan bayi menolak untuk menyusu direct di breast ibu atau 'overfeeding' sepanjang hari. Seelok2nya, ibu2 cuba dahulu menghisap puting botol tersebut untuk mengetahui aliran susu yang keluar. Tapi janganlah menghisap susu ibu. Anda letaklah air masak dalam botol tu. Tak sanggup daku nak minum susu sendiri. tapi siapa yang sanggup, silakan he3

Apabila anak sudah di introduce dengan botol, ibu juga jangan melupakan bahawa anda harus mengepam/memerah supaya produksi susu kekal seimbang dengan susu yang bayi anda minum. Adalah dinasihatkan supaya mengelakkan memberi amaun yang banyak melebihi amaun yang anda perolehi apabila mengepam/memerah. 


Untuk memulakan pemberian botol, adalah lebih baik ketika bayi berumur 3-6 minggu. Pemberian puting botol pada peringkat awal dapat mengganggu kebolehupayaan bayi untuk menyusu pada payudara ibu.
Seboleh2nya, si ibu tidak berada berdekatan dengan anak semasa pemberian susu menerusi botol tersebut. Kerana bayi2 yang sungguh bijak ini agak susah menerima puting botol apabila ada bau ibunya di sisi. Lebih baik pemberian susu menerusi botol ini dilakukan oleh bapa atau ahli keluarga yang lailn.


TIPS UNTUK BAYI YANG MENOLAK BOTOL


mari cuba 'trick' ini... he3


1. cuba posisi yang berlainan semasa hendak menyusukan anak dengan botol. Pastikan posisi semasa menyusukan anak secara 'direct' berbeza dengan posisi semasa hendak menyusukan anak dengan menggunakan botol. Tegakkan sedikit badan bayi dengan menyandarkan bayi pada badan orang yang hendak memberikannya susu botol tersebut.


2. Periksa suhu susu yang hendak diberikan kepada bayi. mungkin susu itu terlampau sejuk atau terlampau panas bagi bayi tersebut. Bayi ni kadang2 mempunyai suhu susu yang dia minati


3. Cubalah pelbagai puting botol. Ada bayi yang tidak suka dengan puting keras, kebanyakannya lebih suka dengan puting lembut (playtex nipple )... tapi jangan lupa, pastikan puting tersebut adalah 'low flow'


TEKNIK PENYUSUAN ALTERNATIF


Sebenarnya tiada undang2 mengatakan bayi wajib meminum susu dari botol, selain dari payudara ibu. Cuma majoriti memilih botol sebagai alternatif lain kepada pemberian susu. Jadi, marilah kita berseronok dengan mencuba kaedah2 lain...theee


1. Dari hari pertama bayi dilahirkan, sebenarnya bayi sudah mampu minum menerusi cawan. Kebanyakan hospital menggunakan cawan untuk memberikan susu kepada bayi di awal kelahiran ( sekiranya wujud masalah2 tertentu ) supaya tidak mengganggu proses 'breastfeeding'.


2. Bayi boleh minum menerusi sudu. titiskan sedikit demi sedikit ke dalam mulut mereka.


3. Penggunaan picagari. keluarkan sedikit susu melalu picagari tersebut ke tepi mulut bayi dan biarkan bayi menjilatnya.


4. Penggunaan 'sippy cup' untuk bayi yang besar. Keluarkan sedikit susu pada hujung muncung yang hendak di hisap oleh bayi kemudian biarkan mereka menghisapnya dengan sendiri.


Sekiranya masih belum berjaya.... Jangan GIVE UP! Teruskan mencabar diri sendiri mencari pelbagai solusi.. 


1. Dapatkan pembantu yang boleh membawa anak anda kepada anda setiap kali tiba masa menyusu ( Kawan saya pernah lakukan yang ini )


2. Untuk bayi yang besar ( 6bulan ke atas ), memadai mereka meminum susu sebanyak 2 kali sahaja sepanjang masa anda bekerja. selebihnya, sediakan makanan yang mencukupi untuk mereka.


3. Ibu menggunakan setiap masa rehat yang anda untuk menyusukan anak. ( kalau  kakitangan kerajaan selalunya mempunyai masa rehat jam 10 pagi, 1.00 tengahari )
4. Sekiranya sesuai untuk melakukan kerja dari rumah, itu adalah lebih senang =)


Teruskan usaha ye ibu2..ragam anak2 ni macam2. Tapi bilamana kita memberikan pengorbanan yang besar dalam memenuhi hak mereka, insyallah mereka akan menjaga hak kita semasa kita tua nanti. 

4 comments:

  1. Assalam tn rumah..minta share..jgn marah ye..
    Mahani

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.. Ms aqeelah, saya br bersalin 2 mggu, 1st baby. Saya dah menyusukn baby saya guna botol start hr ke-2 lg, sbb susu x keluar lgsg ms hari pertama. Hmm..skrg ni saya try BF baby saya, tp baby saya xnak, dia akan tolak dada saya, dan baby akn tarik kepala dia menjauhi breast saya. Silap pl bila bg susu dlm botol. Mcmn nak patah balik supaya baby blh BF? Satu lg mslh, inverted nipples.. Mgkn x sbb tu baby saya xnak menyusu direct ke badan?

    ReplyDelete
  3. Salaam. ..can I share my experience with you? I started breastfeeding before I resumed working ie after hbs pantang, a week before mula blk kerja.. It was very challenging but I managed.janji kena kuat hati Dan semangat.first few days anak I mmg meraung x nak susu badan n he actually starved himself until turun berat badan n me sampai sakit2 badan mahu breastfeed dia.Alhamdulillah berkat usaha Dan doa I beraya.

    ReplyDelete

  4. Assalamualaikum wbt kepada sahabat maya..
    mohon maaf diatas kelewatan membalas mesej kalian.
    ini adalah salah satu ikhtiar untuk mengembalikan anak pada breast ibu..
    http://baitulmuslimzaidee.blogspot.com/2012/07/mengembalikan-anak-kepada-payudara-ibu.html

    ReplyDelete