saya buat hebahan di FB dan di HM4HB sejak 2 minggu lepas untuk mencari ibu susuan buat Sakinah. Sangat terkejutlah saya apabila, ramai yang offer nak menjadi ibu susuan Sakinah.murahnye rezeki Khawlah Sakinah.
Bukan setakat dalam KL, luar KL pun ada... rupanya, trend ibu susuan ni bukan zaman Nabi2 dahulu sahaja. ia masih ada di zaman era moden ini cumanya ia tidak sebegitu popular dan tidak mendapat publisiti yang meluas.
Bila saya cakap pada kawan2 yang Sakinah ada ramai ibu susuan, ramai yang terkejut. " eh, masih ada lagi ke ibu susuan zaman ni ? " ayat biasa yang muncul he3..kalau anda2 di luar sana nak tahu, memang masih wujud ibu susuan itu tapi ia bukan satu fenomena lah..( guna ayat fenomena pulak. macam fenomena Ust.Don pula he3 ). Lagi satu orang malas nak guna khidmat ibu susuan sebab kurangnya info berkaitan dengannya. Alasan yang selalu saya terima.." nanti anak kita susah nak kahwin "...hmmm adekah hanya satu laki dan satu perempuan shj di dalam dunia ini sehingga anak kita tak mampu mendapat pasangannya ?
Kepada sahabat2 yang sudi menjadi ibu susuan kepada Sakinah, saya amat2 menghargainya. Usaha kalian sungguh murni dan saya sungguh menghargainya.
Kepada Dayang Syed Hassan, K.Syazwani Ncorel, Meow Yusoff... terima kasih byk atas kesudian awak semua untuk menjadi ibu susuan Sakinah. semoga Allah jua akan membalas hasrat murni kalian..love u all =) Insyallah kalau ada rezeki, nanti Sakinah atau adiknya menjadi anak susuan kalian pula..=)
Akhirnya, Sakinah mendapat ibu susuan yang bernama Mama Fiza.. kakak kepada sahabat baik saya sendiri. alhamdulillah dipermudahkan jua...
Saya datang ke rumah Mama Fiza dengan berbekalkan sebuah polistrin kecil. sebab itu adalah polistrin yang selalu digunakan untuk mengangkut stok susu dari ibu susuan Sakinah.
Namun begitu, sungguhlah saya terkejut apabila kotak polistrin yang saya bawa tu tak memadai..Subhanallah..banyaknye susu yang telah di sumbangkan oleh Mama Fiza. Jauh di lubuk hati saya, saya amat tersentuh. Suami saya juga terharu dengan sumbangan besar yang telah dilakukan oleh seorang wanita bernama Nur Hafiza Shafie.. tak berbaloi dengan sumbangan kami yang ciput sungguh. ( nota : Ibu susuan layak menerima upah. Sekiranya dia menolak untuk dibayar, sekadar sumbangan kita di atas perjuangannya menyediakan bekalan susu. Walaupun sebenarnya tak terbayar dan tak ternilai dengan wang ringgit usaha, masa dan tenaga mereka ). semoga susu ni mencukupi sehingga Sakinah dapat adik he3
Berulang-alik suami naik tangga flat untuk mengangkut bekas polistrin ni. inilah baru dikatakan sokongan suami ha3 terima kasih banyak ye Abu Khawlah.. Memanglah sangat teruja menyusun susu dalam freezer. teringat zaman2 kegemilangan dulu, menyusun susu. sekejap2 jenguk freezer sebab puas hati pula tengok pemandangan stok susu tu he3 ( ni untuk memotivasikan diri untuk terus berusaha dalam perjuangan penyusuan susu ibu ).
Mujurlah saya mempunyai 2 freezer. jadi tidaklah pening kepala dibuatnya, mana nak letak susu yang melimpah2 itu he3 Dengan bantuan pembantu setia, Sakinah kami memenuhkan freezer dalam tempoh hampir 30 minit. Mujur Sakinah yang tengah demam ni pun excited nak memunggah susu dari Mama Fizanya =)
aktiviti punggah-memunggah dari freezer Mama Fiza.
kotak polistrin kecik tu, saya punya. yang besar tu, pinjam bekas polistrin tuan rumah. x patut sungguh. datang rumah orang, menyapu susu dengan bekas polistrin orang sekali ha3
kepada Shue, pinjam ye bekas polistrin anda. he3
susunan pertama dibuat dalam upright freezer. penuh dan sempit freezer dibuatnya he3 pemandangan yang menginspirasikan diri ku...
selebihnya disimpan dalam chest freezer pulaa. stok susu mula mengganas di dalam freezer. babai ayam, daging, sotong, nugget..ha3
Keluarga baru Khawlah Sakinah......
Mama Fiza,Papa Cipudin, Abg Aiman...
adik Fateh...
NOTA : Saya akan mendokumentasikan semua maklumat berkaitan ibu susuan Khawlah Sakinah supaya ia dapat menjadi rujukan. Sedang mengusahakan Family Tree Chart untuk Sakinah.
Masyaallah..
ReplyDeletenanti boleh la menuntut ilmu dengan qilah..tu pun kalau kita dah kahwin la..hehe
Aqeelah, sy igtkan awk x perasan psl kesudian sy nk jd ibu susuan tuh. nanti kalo xcukup susu lg, bgtau la..insyaAllah mana tau ada rezeki sakinah jadi anak susuan sy plak..
ReplyDelete-syazwani
Saya amat memerlukan ibu susuan utk anak saya berumur 1thun 3bln. cukup hanya sampai 2thun shj (lagi 9bln). harap sangat sesiapa dlm blog ini dapat membantu. hny Allah mampu membalas jasa semua. no isteri saya utk berhubung 0176498202 dan no saya 0137027385. harap sangat ada yang membantu. wasalam
DeleteEmbun Melati, boleh aje..no hal..sharing is caring =)
ReplyDeleteKak Shy Syaz, terima kasih byk atas kesudian akak..nnti klu perlukan apa2 saya roger =)
Kak, nak tnya. Knape kak cri ibu susuan? Susu akak mcm ne? Maaf tau, just tnye je coz nak tau.ade ke ibu yg production susunye skit? Sharing is caring :)
ReplyDeletekita cari ibu susuan krn production sudah drop hbs.skrg sdg pregnant 6bulan.
ReplyDeletesalam..saya pun mencari ibu susuan utk baby 8 bulan....saya baru mengandung n production susu sngatlah truk...saya dah x tahan sedih baby menangis nak kan susu ibu bukan susu lombu
ReplyDeleteHebatnyer! bersemangat lak tengok stok susu banyak gilers!
ReplyDeletesalam...saya jg sdg mencari ibu susuan utk ank saya mieqa'il yg kini hamper berusia 6 bln...stok dah habis...perah hari ni utk bekal esok d rumah pengasuh...yg diparah tu pun xbnyk...dah try cuba mcm2 brand susu formula semua dia tolak...sedih bila mengenangkan pengasuh terpaksa bg air suam bila stok susu xcukup...tolonglah saya...tolonglah bayi saya....harap sgt ada yg berminat dan mahu membantu..
ReplyDeletefaraporetta81 da jumpe ibu susuan? sy ad extra ebm. sy dok bangi. email sy nurerdianty@gmail.com
Deleteassalamu'alaikum, saya mencari ibu susuan untuk anak saya beusia 9 bulan. bole saya contact puan nurerdianty?
DeleteAssalamualaikum. Saya juga sedang mencari ibu susuan. Untuk anak saya berusia 5bulan. 0134004059. Anak kecik sangat. Kesian die.
ReplyDelete