LamanUtamaOrganizerMamaBank ArtikelProduk

Perlukah perjalanan BF itu di tayangkan pada umum ?

Salam kasih dan sayang buat semua...
Perjalanan penyusuan saya tidaklah lama, baru setahun jagung. Saya masih lagi menggali ilmu berkenaannya. Semakin saya gali, saya menemukan pelbagai ilmu yang baru. Benarlah apa yang dinyatakan Allah bahawa sekalipun 7 lautan digunakan untuk menulis ilmu Allah, takkan terhabis ilmu itu.


Saya tertarik menulis berkenaan entri ini kerana terdapat beberapa kelompok yang tidak gemar gambar2 berkenaan penyusuan susu ibu ini di tayangkan kepada umum. Ada sebahagian berpendapat ia adalah aurat dengan menayangkan susu ibu. Tidak selayaknya dikongsi kepada umum.


Saya memohon maaf di atas pendapat peribadi saya ini.
Pada saya ia tidak menjadi suatu kesalahan dan setahu saya dengan ilmu yang cetek ini, tiada nas dalam Al-Quran yang menyatakan berkaitan pengharaman menayangkan susu ibu bahkan ia menjadi satu medan dakwah untuk kita memperluaskan lagi ilmu yang sangat2 di agung2kan Allah di dalam Al-Quran. Apa yang penting, niat kita adalah untuk mendidik masyarakat supaya melaksanakan perintah Allah ( iaitu menyusukan anak ) dengan sebaiknya. Berbeza ya tuan2 dan puan..apabila kita hanya bercerita tentang ilmu penyusuan tetapi praktikalnya tidak dapat dilihat dengan jelas. Impaknya kurang berkesan sekiranya kita hanya mengambil gambar2 mat salleh berbanding kita menggunakan gambar2 realiti di negara kita sendiri. 


Dari segi budaya, agama, pegangan tentulah berbeza kita dengan mat salleh. Nanti orang tertanya pula, bagaimana orang bertudung nak menyusukan anak. Asyik tengok mat salleh je menyusukan anak. 
Pakaian yang bagaimana dapat membantu menyusukan anak lebih2 lagi di tempat awam. kemudian bagaimana persiapan pula apabila nak pergi bekerja dengan misi untuk 'fully bf' pada anak dan lain2 lagi dengan keadaan suasana kerja di Malaysia ini.
seperti kita belajar anatomi payudara atau sistem reproduktif kita. adakah ia satu perkara tidak patut untuk menunjukkan gambarajah atau model payudara atau sistem reproduktif ? adakah ia menyalahi kesantunan orang islam? tidak sama sekali..sebab itu semua adalah ilmu.



Mungkin saya berada di Unit Promosi Kesihatan ini, saya lebih terbuka untuk berkongsi hal-hal begini, yang dilihat oleh sesetengah pihak sebagai suatu yang privasi. Saya terbuka untuk berkongsi kisah tentang penyusuan dengan kaum lelaki, apetah lagi kaum hawa. Sebab tonggak kejayaan seorang wanita itu didalam penyusuan itu bergantung kepada sokongan si suami. Jadi, saya merasakan inilah peranan saya untuk mentarbiyah generasi masa kini mahupun generasi ibu ayah dan nenek atok kita.


Apa yang saya dapati dari perkongsian ini, ramai ibubapa yang mendapat kesedaran berkenaan penyusuan susu ibu dan cara pengurusannya. Teori sahaja tidak sama dengan praktikal. 
Sebab itu saya teruskan perkongsian perjalanan penyusuan samada diri saya sendiri mahupun wanita2 Malaysia yang lain supaya ilmu penyusuan itu terus tersebar ke serata Malaysia. Lebih2 lagi kita di Malaysia ini majoritinya adalah orang Islam supaya melaksanakan apa yang di perintah oleh Al-Quran.



Dan tidak kurang juga yang meremehkan isu menyusukan anak di tempat awam. Mereka berpendapat dengan menyusukan anak di tempat awam akan menghilangkan garis2 malu yang ada pada seorang wanita. 
Yang penting, kita tahu menjaga aurat kita. Tidak menjadi larangan mahupun menyalahi undang2 bagi ibu2 menyusukan anak di tempat awam. 
Tidak semua tempat awam menyediakan tempat khas untuk menyusukan anak. dan tidak semua bernasib baik untuk mendapat tempat di tempat tersebut. adakala ia penuh sesak. Jadi, adakah dengan membiarkan bayi menangis kelaparan itu cukup menunjukkan bahawa kita wanita yang kaya dengan sifat malu, tidak menyusukan anak di tempat awam ? saya teringat satu kata " A hungry man is an angry man". Bayangkan anda di tempat si kecil itu, yang belum pandai berdikari untuk mencari makanan sendiri dan bergantung penuh pada ibunya. 


Tepuk dada, tanyalah hati anda...


Apapun saya mengalu2kan pandangan yang berbeza...=)













2 comments:

  1. lain orang lain pemikiran..yg penting pandangan tu sejajar dengan syariat...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...moga terus success..n diprmudahkn prjalanan pnyusuan..happy breastfeeding :-).

    ReplyDelete