Tapi bila saya dah mula di tugaskan ke Unit Promosi Kesihatan ( aka Unit Pendidikan Kesihatan ), secara tak langsung tanpa saya sengajakan..saya rupanya telah pun bercakap berpuluh kali di depan audiens. Saya pun macam tak percaya hu3 rupanya untuk bercakap di depan orang ramai ni, kita memang sangat perlu tahu selok-belok ilmu yang kita nak sampaikan. Bila kita kurang arif, tu yang jadi kita jiwa kacau tu..dok uu-aa--uu--aa kat depan audiens. Bab gabra tu normallah bila kita berada di depan. Tapi bila dah dapat mikrofon, macam nak bawak balik je mikrofon tu. tak cukup2 masa.ha3 Sekarang dalam perancangan saya, nak pergi kursus Pengucapan Awam ( Public Speaking ) untuk mengasah lagi skill sebagai seorang presentor..
Tapi ceramah yang paling saya suka adalah ceramah untuk murid sekolah. SUMPAH saya suka. sebab mereka adalah audiens yang PALING JUJUR. Kalau mereka suka dengan penyampaian kita, mereka memang pandang kita x pejam2 mata dan tersenyum2 ( tapi tak tahulah pula kalau mereka berangan nak wajah cantik macam saya, tu yang membuatkan mereka tersenyum2 ha3 APEKAH KENYATAAN INI ????? ). Kalau mereka bosan dengan ceramah kita, mereka akan berborak, atau buat muka macam tak makan 3 hari atau tido. Kemudian anak2 ini tidak mempunyai 'judgement' terhadap diri kita. Macam ceramah untuk orang dewasa ni, mereka sudah mempunyai 'pre-judgement' mereka sendiri apabila melihat kita. tu yang tak syoknye..hu3
Diantara ceramah yang saya bagi untuk murid2 sekolah, Denggi, Kebersihan diri, Pemakanan Sihat dan yang paling saya suka adalah mengajar pendidikan seks untuk mereka, iaitu tajuk Perubahan Awal Remaja yang selalunya dibuat untuk murid2 darjah 6. Saya amat suka mengajar pendidikan seks ini kepada anak2 supaya mereka tahu menyayangi diri dan maruah mereka. Jadi saya amat tidak menyokong pada mereka2 yang menentang pendidikan seks di sekolah. Ini adalah keperluan dan pengetahuan yang perlu diberikan kepada anak2 kita. kalau bukan kita yang memberikan info ini, mereka akan mencari info mereka sendiri atau mereka akan bereksperimen sendiri. Jadi info2 yang mereka dapati tanpa panduan ini, amat berbahaya untuk mereka.
Soalan cepu emas yang selalu saya dapat ialah, macamana perempuan boleh mengandung..he3 Kalau dulu2 bila kita tanya pada mak ayah kita, tentu jawapannya " Ko budak kecik. jangan nak tanya yang bukan2 ". sudahnya si anak tadi ke sekolah, tanya pula kawan2. hmm
Ceramah lain yang paling saya SUKA adalah CERAMAH BERKAITAN PENYUSUAN SUSU IBU. ohh saya memang cintakan bidang ini. Itulah sebabnya saya amat menghargai ibu2 yang menghubungi saya bertanya itu ini tentang susu ibu. Hasrat saya adalah untuk melihat wanita2 di era ini mula membuka mata dan mengorak langkah bersama untuk meneruskan perjuangan penyusuan susu ibu. Saya tidak pernah terbeban dengan anda semua, duhai ibu2... jadi jangan segan silu untuk bertanya apa2 berkaitan 'breastfeeding'. saya akan membantu semampu yang mungkin.. boleh hubungi saya di 0176943757... nak jemput ke rumah untuk bagi consultation pun boleh. cuma saya ada mslh kekangan 'transport' =)
@ moms basic : membentangkan berkenaan solid food sambil menyusukan Sakinah
jemputan ceramah oleh NGO`s
@ Encorel Digital : jemputan ceramah dari syarikat swasta
Ceramah untuk murid2 sekolah
NOTA : saya sekarang sedang sibuk melakukan kerja2 audit dalaman. Jadi dah hampir 2 minggu lebih tak bagi ceramah.rindu pulok.tu yang tulis entri ini he3
teringin nk g ceramah akak... :(
ReplyDelete