Pilot yang fully BF

setelah sekian lama saya menunggu gambar daripada pilot kita yang sorang ni, baru ini saya dapat melihat gambar2nya. teruja saya dibuatnya sebab saya memang suka dengan perjalanan BF beliau sebagai seorang juruterbang wanita TUDM. itulah dia Kapten Siti Suraida... Dalam karier askar ni tidak ramai yang berjaya menyusukan anak sepenuhnya. Lagi2 yang bekerja di luar, macam kapten kita seorang ni. terbang ke sana-sini membawa kapal terbang. 



slot dari Kapten... kisah yang superb!!

Saya penah menjemput beliau dalam sesi perkongsian kisah beliau semasa Program Seni Penyusuan Susu Ibu bagi Wanita Bekerjaya peringkat DBKL..  Sungguh cerita beliau sangat mengujakan. Kalau dahulu beliau menggunakan Spectra 3. Kenangan terkejar-kejar apabila 'flight' dah landing, mesti menjadi memori terindah. Berlari2 ke bilik air airport untuk mencari suis bagi memerah susu dengan masa yang terhad.. Keadaan terpaksa, tiada pilihan lain.

Akhirnya, disebabkan keperluan mendesak untuk mendapatkan 'mobile pump', maka medela freestyle berjaya di 'grab' =). Ia lebih selesa dengan kapten, kan..=)
Mengheret bekas polistrin putih itu sudah menjadi lumrah bagi beliau demi Myra. Itulah tanggungjawab si ibu, lagi2 apabila berjauhan dengan si anak. Terus cekalkan hati walaupun di luar sana banyak pilihan lain untuk makanan si kecil. Tapi beliau teruskan azam yang tinggi dengan niatnya untuk menyusukan anak sepenuhnya. Dengan keadaan persekitaran yang dikelilingi oleh kaum adam yang tidak biasa dengan budaya 'breastfeeding'. Adakala perkataan mereka meluluhkan hati namun diteruskan perjuangani ini. Semoga dengan ketidakbiasaan itu menjadi kebiasaan buat mereka. kerana adanya seorang wanita bernama Kapten Siti Suraida Mazlan.. 



tinggi di atas awan...


Saya pernah menulis entri berkenaan beliau di sini.


tanggungjawab si ibu apabila meninggalkan Myra di Kuala Lumpur sementara dirinya melaksanakan tugas demi negara... Orang kuat dan tabah sahaja mampu lakukan begini...

UPDATE : Cara kapten melaksanakan misi mengepam susu

Jika kapten terlibat dengan penerbangan : 
Mengepam ketika sudah mendarat dan berlari2 mencari 'port' samada di surau atau tandas. Semasa membawa kapal terbang tak boleh mengepam, sebab perlu fokus yang tinggi untuk membawa kapal terbang.

Sekiranya tiada sebarang penerbangan :
 masa kerja kapten adalah 8pagi hingga 5 petang. Sesi mengepam pula dilakukan pada jam 10 pagi, ketika solat zohor dan ketika solat asar. 

Apabila kapten out-station :
Mengepam macam biasa tapi di tambah lagi sesi mengepam di malam hari kerana tiada anak di sisi. dan ebm akan di tumpangkan di mana2 peti ais kemudian apabila hendak bawa pulang, akan menggunakan cooler box / bekas polistrin



permata hati kesayangan kapten... Myra, hampir 1 tahun.. fully bf

Salam sayang buat kaptenku...

12 comments:

  1. LIKE LIKE LIKE... nk share kt FB boleh tk? ~ mardhiah

    ReplyDelete
  2. saya sgt kagum..malu sy dgn kapten siti suraida klau sy yg keje ofis ni x berusaha nk BF baby :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah mmg kuat semangat kapten ni...mulia hati dia...saya suka! :)

    ReplyDelete
  4. ikhlas untuk anak.. yg penting niat tuk bf anak sepenuhnye... sy pn sme...

    ReplyDelete
  5. Walaupun menyusu tu perkara yang mudah,ramai yang mudah menyerah kalah dengan cubaan yang sikit..padahal bf tu mudah.tapi zaman sekarang,ramai yang ambil mudah utk bf!(berbelit plak♥)

    ReplyDelete
  6. Salam kak.sidah minta share dalam fb ye.

    ReplyDelete
  7. nak share ye :-)

    ReplyDelete
  8. sis, sy minta izin ambil pic dlm entri ni ye..sbgai rujukan..thanks sharing :)

    ReplyDelete
  9. kagum. kuat semangat. semoga ank itu akn mjadi ank yg mbanggakan ibu bapa dunia akhirat

    jemput singgah di www.ceritaumiabi.com

    ReplyDelete
  10. Mata sy masuk habuk bc entry ni!! Kuatnya semangat Kapten Siti...semoga sy juga sekuat beliau..

    Jemput singgah ke blog sy...breastfeeding journey bersama permata hati ketiga...

    www.ainhanif82.blogspot.com

    ReplyDelete