LamanUtamaOrganizerMamaBank ArtikelProduk

Sang Mujahid kecil..

Alhamdulillah wa syukrulillah saya panjatkan ke hadratNya di atas kurniaan seorang mujahid kecil yang sihat dan sungguh comel.
Maafkan saya tidak dapat mengemaskini blog ini seadanya.
Untuk ini, saya mengumumkan kehadirang sang mujahid...

SYURAIH FAQIH 
Syuraih di ambil sempena nama Syuraih Al-Qadhi, iaitu seorang hakim soleh, adil lagi bijaksana di zaman Saidina Umar Al-Khattab.
Faqih bermaksud yang baik pemahamannya dan dikaitkan dengan kedalaman ilmu seseorang dalam sesuatu bidang.

Di lahirkan pada 21 September 2012 pada jam 10.08 malam secara normal di Al-Islam Specialist Centre.
Dengan berat 3.34kg dan panjang 50cm.

Semoga dia akan menjadi Sang Mujahid di era ini...
amin ya rabb...




Di akhbar Harian Metro : Glamor beri anak susu ibu

Sewaktu saya berada di wad, berderu mesej masuk telefon bimbit saya memaklumkan bahawa telah keluar artikel penyusuan di akhbar yang turut memuatkan gambar dan kenyataan saya.
Sungguh saya berada di dalam wad, tidak tahu apa2 berita, melainkan adanya insan2 yang sentiasa mendoakan dan tidak melupakan saya untuk memberitahu saya..
terima kasih kalian di atas kasih dan ingatan kalian yang suci itu... salam peluk cium buat kalian...

Temuramah ini telah berlangsung pada Karnival Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Peringkat WPKL & Putrajaya di Perpustakaan Negara pada 14 Julai 2012.



uploaded by Mimi Zafran
tqvm mimi...

cerita lanjut boleh di dapatkan disini...

Terima kasih tak terhingga buat wartawan, Cik Puan Rosmaliana Aida Mohd Adnan yang sungguh lembut dan penuh kesantunannya dan sahabat jurugambar beliau. maaf kerana tidak sempat untuk menerumah sahabat jurugambar anda ...


37 minggu : Sakinah di serang acute broncholitis

Sakinah dan saya baru sahaja discaj dari Hospital Pakar Al-Islam, Kg.Baru semalam ( Ahad ). walaupun sebenarnya doktor nak terus menahan sakinah di wad memandangkan lendir di paru-parunya masih banyak lagi. Namun disebabkan Sakinah dan ibunya sudah psiko berada di hospital lama2, jadi doktor izinkan kami keluar...
5 hari berkampung di wad, memang menyeksakan. Kalaulah hospital swasta pun sudah rasa begini, apetah lagi hospital kerajaan.. 

Untuk Sakinah, mama nak nukilkan sesuatu untuk Sakinah. supaya satu masa apabila Sakinah membaca coretan ini, Sakinah tidak lupa bahawa mama sentiasa sedaya upaya menjaga kamu dengan sebaik mungkin... Walau ada yang berkata mama tak pandai jaga anak sehingga awak boleh jatuh sakit ( sungguh mengguris hati kenyataan ini )

Di saat kandungan mencecah 37 minggu..
Di uji dengan kesihatan anak.. Sakinah di serang demam, batuk dan selsema.
Di tambah pula dengan perangai baru Sakinah yang tidak mahu makan ubat.
Tidur mama sudah tiada lenanya.. 
Dengan menanggung kesakitan mengandung pada trimester terakhir ini..
Mama bangun di setiap malam untuk mengelap badan Sakinah..
Bilamana suhu makin meningkat, Mama ajak ayah bawa Sakinah ke Hospital Al-Islam.
kerana mama khuatir tiba2 adik SF nak keluar dalam waktu Sakinah berada dalam wad.
Jadi lebih baik kita ke Al-Islam. Apa2 jadi boleh bersalin terus di sana..

5 hari kita bersama2 berkampung di wad 303..
bersama-sama adik danial dan adik Rayyan..
Sakinah lalui pelbagai prosedur.
Prosedur nebulizer.. Pada mulanya, awak sangat takut dan akan menangis2 bila tiba waktu untuk di neb. Tapi apabila sudah rutin 4 jam sekali untuk di neb, awak pun dah makin lali dan pandai pegang nebulizer tu sendiri... Awak memang pandai... Bangga mama...



kemudian prosedur fisioterapi pula untuk keluarkan lendiran di paru2 awak.
Uncle Amin dan Auntie Aina menjadi wajah yang awak geruni setiap hari..
kerana mereka akan datang pada awak dan tepuk dada awak depan dan belakang..
Tapi mama tengok tak keluar airmata awak, cuma mama merasakan bahawa sebenarnya awak takut dengan mereka.
Tapi bilamana mama buat perkara sama seperti mereka, tepuk awak, awak senyap dan terus tidur.
Kemudian  lendir awak akan disedut menggunakan tiub melalui hidung dan mulut.
Sungguh awak benar2 seorang 'KHAWLAH AL-AZWAR' ( serikandi islam yang berani berjuang di medan perang, di barisan hadapan mencantas musuh dengan pedangnya sendiri )
Awak menjerit, meronta sekuat hati, menggigit tiub sehingga tergigit lidah sendiri. 
Jururawat bertarung untuk membantu awak melaksanakan prosedur sedutan ini. 
Orang lain kata, mama tak kesiankan awak sebab bagi orang buat prosedur ini. 
Tapi mama pekakkan sahaja..
sebab mama perlu izinkan hal ini berlaku demi kesihatan awak juga.

Bila awak sakit, masa inilah awak akan hendak di peluk, didukung selalu.
Apabila hendak tidur, awak akan pegang tangan mama...
Awak akan cium mama...
Awak akan melekap di dada mama, minta untuk disusukan.
Walaupun dalam kepayahan, dalam kesakitan melayani ragam adik didalam perut, melalui kesakitan jangkitan kencing kotor.
Lama2 kita jadi sehati sejiwa bilamana mama juga terjangkit dengan penyakit awak..

Kemudian melayani ragam awak yang dalam kesakitan...
ragam tidak mahu makan ubat.. awak akan sembur ubat keluar.. 
kemudian awak pula muntah2.. mama tak kesah kalau pakaian mama terkena muntah. sebab awak tak berdaya, nak... mama faham itu...
Kemudian, ragam awak yang tiada selera makan pula.. awak tunjuk segala makanan dan minuman untuk di telan. tapi bilamana mama suakan pada awak, awak tak nak. Kalau ada 10 makanan di atas meja, tentu awak tunjuk satu-persatu untuk makan. Tapi apakan daya kan nak... awak tiada selera.. mama tak paksa awak cuma mama rungsing bilamana awak taknak makan, taknak minum...
Kemudian ragam awak yang pinta didukung setiap masa. Mama tak kesah walaupun sebenarnya mama sudah tak berdaya menanggung berat kandungan ini. Tapi seperti ada kekuatan di situ pula untuk mengendong kalian berdua. Dalam terhencot-hencot kaki ini menanggung kalian, mama teruskan..
Tak pernah mama rasa mengeluh atas semua ini.. Tak pernah terlintas di hati mama untuk membentak maupun memarahi awak.. sebab mama mengerti keadaan awak ini.
Dan mama juga sering berfikir, mungkin inilah masa yang diperlukan awak untuk bersama mama sepenuhnya, menuntut belaian, perhatian.. 
Mungkin ini juga adalah saat2 akhir mama bersama awak.. Walaupun jauh disudut hati mama tak mengharapkan ini akan berlaku.. Tapi siapalah awak... hanyalah amanah yang dipinjamkan oleh Allah buat mama.
Khawlah sakinahku sayang,
Selagi hayat dikandung badan, selagi awak dibawah amanah mama, mama akan jaga awak sebaik mungkin.
Kerana awak adalah Khawlah Sakinah mama....

Salam sayang buatmu, anak...