Sesi berenang bersama Sakinah

Sudah lama terpendam niat untuk mengajar/menghantar Sakinah ke kelas renang.. Cuma kekangan waktu untuk memberi komitmen menghantar Sakinah menghadiri kelas renang.
Jadi dipendamkan sahajalah hasrat dihati. dahulu, semasa Sakinah kecik2, memang rajin mencari info berkenaan teknik berenang bagi bayi. Cuma apabila banyak sangat kekangannya, terkubur macam tu sahajalah sehinggalah timbul berita Sheikh Muzaffar mengajar anaknya berenang...baru berkobar2 kembali he3
Cuma untuk Sakinah yang sudah setahun lebih ini, agak sukar sedikit untuk mengajarnya berenang. kerana dia sudah mula takut dengan air.. Jadi sesi mengajar renang untuk Sakinah perlukan kesabaran kerana dia akan menangis ketakutan. Jadi, perlukan teknik mengajar yang sesuai supaya Sakinah tidak tertekan untuk belajar berenang...


untuk kalian, jangan bertangguh ya untuk mengajar renang pada anak2. Lagipun ilmu ini sangat di tuntut oleh agama kita untuk diajarkan kepada anak2 kita..
Rasulullah bersabda " Ajarilah anakmu berkuda, berenang dan memanah "
Semasa berenang, mental, fizikal, segala otot dan tulang rangka digerakkan untuk membuat satu gerakan yang berkoordinasi diantara dua anggota kaki dan dua anggota tangan selain merangsang stamina ( sistem kardiovaskular )
Berenang juga memberi peluang kepada manusia untuk menguasai air dan menjadi berani.



sakinah cuba memberanikan diri di dalam air


sesi belajar renang bersama ayahanda



sesi menyelam..



sedikit meronta kerana ketakutan


menyelam kali terakhir sebelum sesi belajar berenang berakhir


Sakinah sudah keletihan


Nota : tentunya trainer saya, En. Abd.Halim bin Ismail berbangga dengan usaha ini.kerana beliaulah telah merekrut saya dalam kursus renang..

Kenangan dahulu yang akan sentiasa dirindui oleh kami...


kami yang satu masa dahulu tidak pandai berenang..tetapi dengan kehadiran Pak Halim ( depan, kiri sekali ), kami berjaya berenang!! satu kebanggaan buat kami dan beliau...



akhirnya...selesai misi belajar renang selama 12 sesi..semua gembira tak terkata...


sudah kepenatan, bersidai di tepi kolam


inilah hasilnya apabila belajar berenang..hitam legam!!


Mama Fiza...wanita yang dicemburui

Kepada Mama Fiza, terima kasih kerana mengizinkan saya menulis entri ini. Walaupun beliau keberatan untuk mengizinkan.. Tetapi niat saya hanya satu, duhai sahabat yang tercinta..demi untuk melebar luaskan sesuatu kebaikan agar dapat dimanfaatkan oleh semua manusia..
Ini adalah hasil kebersamaan saya dengan Mama Fiza sepanjang satu minggu di Terengganu. ( Semoga selepas ini kita punyai lebih banyak masa untuk bersama2 supaya saya dapat menyedut segala aura positifmu )
Jujur saya katakan, ini adalah insan yang begitu hebat di zaman ini. Saya tidak pernah bertemu dengan manusia yang sebegini mulia. Mungkin anda pernah menemui yang lebih hebat dari ini, tetapi saya tidak. ( Semoga Allah merahmatinya dan keluarga juga kehidupannya )

Maafkan saya Mama fiza kerana menjadi pemerhati..=) 


geng KLS- Kumpulan Lemak Sokongan =)

Ini adalah apa yang telah Mama Fiza lakukan seharian..

1. Beliau akan menyapa sesiapa sahaja yang ditemuinya. dengan salam, senyuman dan ditambah lagi dengan sapaan mesra. Sesiapa pun mereka.. buruh kasar, pencuci tandas, pelayan di restoran, pengemas bilik dan boleh kata semuanya... apetah lagi insan2 yang dikenalinya.. Dia membawakan aura yang positif. Jadi, rata-rata orang yang berada di hotel tersebut mengenali Mama Fiza.

2. Beliau suka memanjangkan sedekah atau ada yang memanggilnya tips. Beliau akan memberikan lebih dari apa yang dipohon. Teringat kisah menaiki teksi bersama beliau. Mama Fiza akan memberikan duit lebih dari harga tambang sebenar. Kemudian apabila membuat bayaran di kaunter restoran, beliau juga akan melakukan hal yang sama.

3. Beliau akan mengutamakan orang yang memerlukan. Samada ibu mengandung,kanak-kanak ataupun orang kurang upaya. Ketika itu saya berasa untungnya menjadi ibu mengandung he3 *ambil kesempatan nampakkk* . Satu saat yang mengharukan saya adalah kejadian saya bersama Kirua, anak sulung Mama fiza . Kami bermain permainan UNO bersama. kemudian apabila hendak pulang ke bilik, Kirua sempat bersembang dengan saya lagi. ketika itu saya berdiri ( yelah sebab saya dah nak balik ).. apabila Kirua perasan saya sedang berdiri, dia berkata " Auntie, u`r pregnant women. Please have a seat ".. Bayangkan emosi anda ketika itu dimuliakan begitu oleh seorang kanak2 kecil. Dimanakah mereka mendapat begitu tinggi adab budi bahasa kalau bukan semuanya bermula dari ibu dan ayah * terharu*
Satu lagi kes ketika kami praktikal kaunseling di hospital. Mama fiza dengan kudratnya 4 kerat itu dan dibantu oleh sahabat yang mulia juga, Zilal..menolong ibu di wad bersalin untuk mandi, menukar lapik cadar yang sudah kotor. walaupun tindakan itu tidak disenangi oleh kakitangan hospital. apa yang pesakit ini katakan.. beliau takut untuk memohon bantuan dari kakitangan tersebut kerana akan dimarahi.

4. Mama fiza cukup kaya dengan budi bahasanya. Ya Allah, saya termalu sendiri. Beliau suka menaikkan harga diri orang lain dengan pujian. Jarang saya berjumpa dengan orang yang suka memuji sebegini. Ia amat memberikan sinar kebahgiaan buat orang yang dipuji.

5. Mama Fiza amat menitikberatkan penggunaan Bahasa Melayu Tinggi (BMT). Ini satu lagi kes saya termalu sendiri.
Pada satu pagi, saya menghantar mesej kepadanya " Salam Mama fiza. nk join kami bfast x? "
Balasan yang saya terima " Wsalam my dearest Miss aqilah ;D selamat pagi, moga sentiasa dlm rahmatNya. Amin ~ terima kasih Cik Aqilah, saya sdg bersiap. Cik Aqilah & Cik Zilal makan2 dahulu ya."
*muka merah padam*

6. Mama Fiza tidak lokek berkongsi ilmu dengan sikap rendah diri yang tinggi. sehinggakan yang bertanya tentang ilmu keibubapaan adalah orang veteran, yang lebih makan garam dari Mama Fiza. tetapi mama fiza cukup meraikan mereka dengan cara yang sungguh berhikmah sekali. * saya perlu belajar teknik ini *

7. Mam fiza amat mengutamakan keluarga...suami dan anak2. beruntungnya sekiranya saya menjadi suami dan anak2nya. terasa dilayan seperti raja atau bidadari. 

8. Mama fiza sangat menjaga nama baik suaminya.. ohh syukurnya suami beliau. semua kebaikan yang dilakukan, dia akan katakan " ini pesan suami saya supaya buat begitu begini" atau " suami saya yang ajar supaya buat begini,begitu "


9. Mama fiza sekeluarga gigih dalam melakukan perkara amal jariah. Tidak pernah terlintas di hati saya bahawa akan ada sekelompok manusia (Mama fiza sekeluarga, bersama anak2 yang masih kecil itu) yang akan mengunjungi rumah anak yatim atau mana2 pusat perlindungan saban minggu, menyikat rambut kanak2 yang terbiar dengan kutu, membasuh tandas, mencuci longkang, menceriakan mereka2 yang selama ini sering disisihkan oleh masyarakat luar. *Mama fiza, saya yakin Allah sentiasa akan memuliakan Mama fiza dan keluarga atas kemuliaan anda memuliakan anak2 yatim*


Ini adalah apa yang telah saya dapati sepanjang 'berkepit' dengan Mama fiza... yang baik2 belaka. 

Apa yang berlaku kepada saya dan Zilal selepas kami pulang ke Kuala Lumpur..kami dibayangi oleh sikap Mama Fiza..tentunya ia akan kami rindui selalu. kerana kebaikan itu amat membahagiakan kami, mendorong kami supaya menjadi orang yang berbudi pekerti, tinggi nilai harga diri...

Buat Mama Fiza, rindu peluk cium untuk anda dan keluarga...



Kursus Kaunselor Laktasi

Alhamdulillah segala puji bagi Allah di atas keizinanNya memberikan saya peluang untuk menuntut ilmu ini walaupun mendepani pelbagai rintangan untuk menghadirinya.. Allahuakbar.. Sungguh hebat perancanganNya..


Pemergian saya diiringi dengan sokongan padu dari suami tersayang, kekasih hati dunia dan akhirat, Abu Khawlah.. juga diiringi dengan sokongan dari Pengarah Jabatan Kesihatan, Dr.Zainol Arifin. walaupun saya tidak berjaya mendapat tajaan dari pihak Datuk Bandar, tetapi saya sungguh bersyukur kerana dimurahkan rezeki olehNya dengan sumbangan2 ikhlas dari sahabat saya yang tidak akan saya lupakan hingga hari kiamat...Norshuhada Shafie, Rossiana Syaman, Ziela Juziela, Nekmah Basri, Dash Aris dan 3 orang lagi penderma yang tidak dapat dikenalpasti ( Saya akan terus menjejaki insan2 yang berhati mulia ini )... Berdirinya saya sebagai Kaunselor Laktasi ini adalah kerana adanya kalian di belakang saya yang menyokong penuh perjuangan ini... Jadi buat anda yang sungguh mulia, saya adalah Kaunselor Laktasi Peribadi anda selamanya...



ini kumpulan 1.. Sesi praktikal di HSNZ.


Kursus yang berlangsung selama 6hari 5 malam di Sumai Hotel Kuala Terengganu ini sungguh2 bermakna buat saya dan sahabat yang lain. Walaupun terpaksa meninggalkan dua orang si jantung hati ( abu Khawlah dan Sakinah ), saya kuatkan semangat demi kalian... dalam ayat yang lain " bila lagi nak merasa bujang kembali..Lain kali nak pergi kursus jauh2 lagi " ha3


Saya bersama Zilal Saari mengharungi perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu dengan perasaan yang bercampur baur.. 
Sesuatu yang tidak disangka adalah pertemuan saya dengan Mama Fiza di Kuala Terengganu. Perancangan Allah yang sungguh indah ! Allah menemukan saya sekali lagi dengan insan yang sungguh mulia dengan kadar waktu yang lebih lama... terasa tidak cukup masa itu.


Alhamdulillah banyak benar ilmu penyusuan yang kami dapat di campur dengan praktikal kaunseling di Hospital Sultanah Nur Zahirah..bertemu dengan ibu2 yang baru melahirkan bayi adalah saat2 yang tidak mungkin dilupakan.. 



Kelompok ibu2 yang sukarela menghadiri kursus ini dengan matlamat untuk membantu ibu2 lain berjaya dalam penyusuan susu ibu.


Kelas dari 8 pagi sehingga 11 malam memang meletihkan tetapi ia sungguh seronok!! 
Kemudian diikuti dengan kelas tidak formal bersama Mama Fiza setiap hari, setiap kali ada masa terluang. Mama Fiza wanita hebat.  perkongsiannya mengenai tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu sungguh membakar jiwa saya untuk terus memberikan yang terbaik pada mereka yang sunguh2 mendambakan kasih dan sayang saya...
Juga tidak dilupa kisah2 perjuangan anak seorang pejuang, Zilal Saari... Kalian berdua mengajar saya erti sebuah perjuangan di dalam kehidupan...


Dah selesai kursus, kami berempat ( Mama Fiza, Zilal, K.Zah, penulis ) menyelesaikan misi membeli-belah di Pasar Payang. kemudian misi yang tak mungkin di lupakan sampai bila2 adalah misi mencari hadiah buat teman sebantal yang telah kami tinggalkan jauh nun disana... Berjalan kaki diiringi dengan cuaca panas nan terik dengan jarak yang jauh sungguhpun begitu semangat terus membara untuk menyempurnakan misi buatmu,kanda ( ha3 menyampah sikit kenyataan ini ) yang sungguh mulia yang mengambil peranan kami sebagai ibu sepanjang ketiadaan kami, menjaga anak2, menguruskan rumahtangga..... 
Buat sahabat2 seperjuangan yang berjuang di hari itu, jangan lupakan kisah ini ye. =) 
* senyum sampai telinga kerana misi berjaya*



demi mencapai satu misi... sanggup meredah terik matahari..membelah lautan api..mendaki gunung nan tinggi *cewah..lebih sudaa*


Inilah geng ibu2 yang 'weng'..daku merindui saat2 bersama kalian...
Penulis bersama LC Mama Fiza & LC Zilal



Dialah cinta pertama Nazeera...

Saya teruja menulis entri ni. sebab terlampau seronok apabila seorang sahabat saya yang brutal itu telah dimilik oleh seorang lelaki.
Memang kejutan buat semua kenalan beliau apabila berita pernikahan mereka mula tersebar di facebook. terkejut beruk dibuatnya... tapi saya tak begitu terkejut sebab saya sudah dimaklumkan awal2. kalau tidak, memang ku kejar Nazeera dengan stroller satu taman AU5 tu muahaha ( sejak ada anak beranak ni, kita main kejar dengan stroller ye )


Siapakah Nazeera ?
Beliau adalah sahabat karib saya sejak sekolah menengah lagi. Rumah Nazeera tu dah jadi macam rumah saya dibuatnya. Asyik datang melepak je kat sana. zaman dulu sekolah dulu takde hp, jadi tempat kami nak bergayut pun telefon rumah..hatta sampai ke hari ini pun saya masih ingat no. telefon rumah sahabat saya yang sorang ni... hu3 sangat sedih sebab selepas ni saya dah tak dapat nak menghubungi no 03-4106-XXXX dah sebab sahabat ni dah berpindah tempat lain. no.hp awak kita belum terhafal lagik ha3
sahabat ni memang sejak sekolah ada je peminatnye tetapi dia bo-layan dengan cintan-cintun. dia hanya bercinta dengan SYABAB ( badan beruniform ),dengan aktiviti2 lasaknye, dengan bola jaring nya, dengan badmintonnya, juga dengan buku2nyer...  
Beliau yang tidak pernah bercinta dengan mana-mana lelaki. Beliau yang sangat menjaga diri. Beliau yang sungguh berpekerti. 





style seorang yang ganass ha3





memanjat gunung memang kesukaannya..





setia dengan raket badmintonnya..





ada rupa gangster kah ??


Actually entri ni kita tulis sebab nak mengenangkan awak seorang Nazeera dahulu dan nazeera sekarang hua3...dulu x pandai romantis2..tp sejak berkahwin ni, macam terkejut kitorang dengan ke-sweet-an orang yang tak pernah bercinta ni...
awww...ikhlas kita nak bagitaw, hari2 daku mesti tgk fb enti. sebab suka tengok gambar2 kawen enti dan status2 anti di fb... seronok sangat dapat tengok enti tengah sakan bercinta.. elok sangat tu bercinta lepas kawin. Sesungguhnya, Ahmad Sukri, beruntunglah anda mendapat Nazeera ni. sebab anda lelaki pertama yang berjaya menawan hatinya. andalah cinta pertama dia dan semoga cinta terakhirnya...
Duhai sahabat, ana mendoakan kebahagian baitulmuslim kalian hingga ke syurga...kalian berdua sangat sepadan, secocok.. Bahagia berpanjangan hendaknya, amin...
bila tengok kalian, terbit mood2 bercinta tu.rasa nak kawen balik..ha3 tak waras..





i love this pic very muchhh!! *first tym tgk nazeera pegang tangan lelaki* ha3





kedua2nya mempunyai minat fotografi yang sama...





kalian berdua yang sangat 'sweet'..couple of the year..he3





deruan airmata yang mengharukan semua yang menghadiri majlis pernikahan beliau.
beralih tangan dari Pakcik Roslee dan Makcik Zah kepada Ahmad Sukri


Pernikahan menyingkap tabir rahsia
Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia 
Dan mengharapkan sebuah bahtera indah 
Untuk bersama belayar ke muara 

Pernikahan, menginsafkan kita 
Perlunya iman dan takwa, meniti sabar dan redha 
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah

Isteri janji telah dipateri
Diijab kabulkan dan dirahmati
Detik pertemuan dan pernikahan
Yang dihujani air mata kasih
Demi syurga Ilahi

Suami jangan menagih setia
Umpama Hajar dan setianya Zulaikha
Terimalah seadanya yang terindah
Di lubuk hatimu 
Isteri adalah amanah buatmu

Pernikahan mengajar tanggungjawab bersama suami dan isteri 

Isteri hamparan dunia
Suami langit penaungnya
Isteri ladang tanaman
Suamilah pemagarnya
Isteri bagai kejora
Suami menjadi purnama
Tika isteri beri hempedu 
Suami tabah menelannya

Tika suami terteguk racun 
Isteri carilah penawarnya
Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya