LamanUtamaOrganizerMamaBank ArtikelProduk

Kursus Kaunselor Laktasi

Alhamdulillah segala puji bagi Allah di atas keizinanNya memberikan saya peluang untuk menuntut ilmu ini walaupun mendepani pelbagai rintangan untuk menghadirinya.. Allahuakbar.. Sungguh hebat perancanganNya..


Pemergian saya diiringi dengan sokongan padu dari suami tersayang, kekasih hati dunia dan akhirat, Abu Khawlah.. juga diiringi dengan sokongan dari Pengarah Jabatan Kesihatan, Dr.Zainol Arifin. walaupun saya tidak berjaya mendapat tajaan dari pihak Datuk Bandar, tetapi saya sungguh bersyukur kerana dimurahkan rezeki olehNya dengan sumbangan2 ikhlas dari sahabat saya yang tidak akan saya lupakan hingga hari kiamat...Norshuhada Shafie, Rossiana Syaman, Ziela Juziela, Nekmah Basri, Dash Aris dan 3 orang lagi penderma yang tidak dapat dikenalpasti ( Saya akan terus menjejaki insan2 yang berhati mulia ini )... Berdirinya saya sebagai Kaunselor Laktasi ini adalah kerana adanya kalian di belakang saya yang menyokong penuh perjuangan ini... Jadi buat anda yang sungguh mulia, saya adalah Kaunselor Laktasi Peribadi anda selamanya...



ini kumpulan 1.. Sesi praktikal di HSNZ.


Kursus yang berlangsung selama 6hari 5 malam di Sumai Hotel Kuala Terengganu ini sungguh2 bermakna buat saya dan sahabat yang lain. Walaupun terpaksa meninggalkan dua orang si jantung hati ( abu Khawlah dan Sakinah ), saya kuatkan semangat demi kalian... dalam ayat yang lain " bila lagi nak merasa bujang kembali..Lain kali nak pergi kursus jauh2 lagi " ha3


Saya bersama Zilal Saari mengharungi perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu dengan perasaan yang bercampur baur.. 
Sesuatu yang tidak disangka adalah pertemuan saya dengan Mama Fiza di Kuala Terengganu. Perancangan Allah yang sungguh indah ! Allah menemukan saya sekali lagi dengan insan yang sungguh mulia dengan kadar waktu yang lebih lama... terasa tidak cukup masa itu.


Alhamdulillah banyak benar ilmu penyusuan yang kami dapat di campur dengan praktikal kaunseling di Hospital Sultanah Nur Zahirah..bertemu dengan ibu2 yang baru melahirkan bayi adalah saat2 yang tidak mungkin dilupakan.. 



Kelompok ibu2 yang sukarela menghadiri kursus ini dengan matlamat untuk membantu ibu2 lain berjaya dalam penyusuan susu ibu.


Kelas dari 8 pagi sehingga 11 malam memang meletihkan tetapi ia sungguh seronok!! 
Kemudian diikuti dengan kelas tidak formal bersama Mama Fiza setiap hari, setiap kali ada masa terluang. Mama Fiza wanita hebat.  perkongsiannya mengenai tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu sungguh membakar jiwa saya untuk terus memberikan yang terbaik pada mereka yang sunguh2 mendambakan kasih dan sayang saya...
Juga tidak dilupa kisah2 perjuangan anak seorang pejuang, Zilal Saari... Kalian berdua mengajar saya erti sebuah perjuangan di dalam kehidupan...


Dah selesai kursus, kami berempat ( Mama Fiza, Zilal, K.Zah, penulis ) menyelesaikan misi membeli-belah di Pasar Payang. kemudian misi yang tak mungkin di lupakan sampai bila2 adalah misi mencari hadiah buat teman sebantal yang telah kami tinggalkan jauh nun disana... Berjalan kaki diiringi dengan cuaca panas nan terik dengan jarak yang jauh sungguhpun begitu semangat terus membara untuk menyempurnakan misi buatmu,kanda ( ha3 menyampah sikit kenyataan ini ) yang sungguh mulia yang mengambil peranan kami sebagai ibu sepanjang ketiadaan kami, menjaga anak2, menguruskan rumahtangga..... 
Buat sahabat2 seperjuangan yang berjuang di hari itu, jangan lupakan kisah ini ye. =) 
* senyum sampai telinga kerana misi berjaya*



demi mencapai satu misi... sanggup meredah terik matahari..membelah lautan api..mendaki gunung nan tinggi *cewah..lebih sudaa*


Inilah geng ibu2 yang 'weng'..daku merindui saat2 bersama kalian...
Penulis bersama LC Mama Fiza & LC Zilal



7 comments:

  1. Coretan ini membuat daku rindu hari2 di terengganu. ....

    ReplyDelete
  2. aqilah : pengalaman menarik bukan :)

    tq for sharing

    ReplyDelete
  3. tahniah...
    Kesiannya korang meredah panas terik untuk ke pasar payang..
    Harap2 kita dapat berjumpa lagi lain kali...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum wbt buat ibunda anggun yang disegani Cik Aqilah *cubit rindu* ^_-

    Cik Aqilah, sekalung penghargaan terima kasih buatmu kerana sudi menemani saya tanpa jemu & tabah mendengar celoteh yg tidak henti-henti disebabkan gelagat ADHD yg tidak berkesudahan diri ini (walaupun dikau sedang gigih mengandung, kasihan dibuatnya) dan juga komedi "KLS", saya doakan agar Tuhan sentiasa merahmati dan melindungi dirimu Cik LC Aqilah dan segenap ahli keluargamu, Amin~ >w< Terima kasih teman tulus!

    Dengan ini, tahniah diucapkan atas hasil usahamu dalam memartabatkan dunia penyusuan ibu untuk seluruh pelusuk negara, Alhamdulillah :D


    Geng Susah Senyap,
    mamafiza >_<
    LittleKittle.com

    ReplyDelete
  5. saya berminat juga dgn kursus kaunselor laktasi..saudari kat sini tahu ke kat mana dan bibila lagi dan kat mana akan diadakan..tlg beritahu saya..rusidanor@yahoo.com..atau fbook saya rusidanor

    ReplyDelete