LamanUtamaOrganizerMamaBank ArtikelProduk

Hormon semasa proses bersalin

ada 3 hormon utama yang terlibat dalam sistem reproduktif kita. hormon oksitosin, endorfin dan adrenalin.
Fungsi Oksitosin semasa bersalin
oksitosin ni nama glamer yang lain, hormon KASIH SAYANG. hormon ini terlibat semasa hubungan intim suami isteri, ketika melahirkan bayi, ketika menyusukan anak. ia menyebabkan kita berasa emosi yang lapang dan membuahkan perasaan kasih dan cinta. tindakbalas sel2 reseptor terhadap hormon ini makin bertambah apabila kita hendak bersalin. oksitosin nilah yang merangsang berlakunya kontraksi dan membantu membuka pintu pangkal rahim untuk membenarkan bayi keluar, membantu pengeluaran placenta dan mengawal pendarahan placenta.semasa proses bersalin tu, bayi akan menekan di bahagian pelvik dan juga tisu2 di sekitarnya. 
risiko bila tahap kosentrasi oksitosin rendah semasa hendak bersalin :

  • memberhentikan kontraksi dan akan memanjangkan tempoh kelahiran
  • pendarahan yang banyak pada placenta selepas kelahiran

Fungsi hormon endorfin semasa bersalin
hormon ini akan bertindakbalas sebagai ubat pelega/penenang kesakitan apabila tubuh mengalami kesakitan dan stress. kepekatan hormon ni juga meningkat apabila kita hampir hendak bersalin.  kepekatan endorfin akan terganggu dengan penggunaan sebarang ubat penahan sakit ( cth epidural ). kandungan endorfin yang tinggi semasa proses bersalin akan  membantu ibu2 untuk melalui proses kelahiran bayi dalam keadaan sedar walaupun ia amat sukar, panjang dan menyakitkan! walaupun melalui kesukaran ini, dengan kepekatan endorfin yang tinggi ni, ibu2 akan menjadi lebih cergas dan penuh perhatian untuk mengenali dan menjaga bayi baru. dalam tempoh awal ini, endorfin dipercayai memainkan peranan untuk memperkukuhkan hubungan di antara ibu-anak. 
risiko apabila tahap konsentrasi endorfin rendah :

  • rasa sakit yang melampau ketika hendak bersalin dan menganggu proses kelahiran untuk berjalan dengan lancar.

Fungsi adrenaline semasa bersalin
adrenaline memainkan peranan penting dalam kelangsungan hidup manusia. wanita yang terlalu takut atau sakit semasa bersalin, tahap adrenalin akan meningkat di dalam tubuh. adrenaline ni akan memberhentikan atau melambatkan proses bersalin. 
kepekatan adrenalin yang tinggi akan menyebabkan :

  • bayi dalam kandungan akan mengalami stress.
  • contraction akan berhenti atau berlaku secara amat perlahan dan membawa kepada proses kelahiran yang sungguh panjang
  • meningkatkan perasaan cemas dan kesakitan pada ibu
  • kemudian boleh membawa kepada risiko untuk melahirkan bayi secara caesar (setelah kelahiran secara normal mengalami gangguan)

akan bersambung dengan topik : Cara untuk mengekalkan keseimbangan hormon semasa bersalin

Sup Makaroni+tomato

1 cawan makaroni
3 cawan susu
3 sk marjerin
1bj tomato
cheese

rebus makaroni
masukkan semua bahan dalam kuali dan gaulkan sebati atas api

Menyusukan anak semasa mengandung

saya pun tidak pasti apekah status saya sekarang..masih bersabar untuk membuat UPT di peringkat awal. sangat teruja untuk menempuhi tandem nursing ( menyusukan anak semasa mengandung ).. cuma sekarang apabila menyusukan sakinah, memang berasa tak selesa di perut. tak pasti samada sakit perut sebab ada makhluk di situ atau sebab lain he3
apepun, saya nak kongsikan cerita mengenai topik ini. sebagai persediaan untuk saya..mane taw klu betul2 ada 'si dia' di dalam rahim ini =P


breastfeeding while pregnant
 sumber : google images
semasa kita mengandung (untuk ibu2 yang menyusukan anak), susu tetap akan terhasil. menyusukan anak semasa mengandung tidaklah menjadi masalah asal kita menjaga pemakanan yang sihat namun untuk ibu2 yang mempunyai sejarah keguguran, adalah baik untuk merujuk kepada pakar OnG terlebih dahulu untuk mendapatkan khidmat nasihat mereka ( saya spesis ini yang mana pernah keguguran pada kandungan pertama ).pada peringkat awal kehamilan, si ibu akan merasa sedikit sensitif di bahagian puting akibat drpd perubahan hormon. mungkin ada rasa sedikit pd puting.
seperti yang kita maklum, penghasilan susu ni melibatkan hormon oksitosin.kerana hormon ini akan membuatkan proses let down refleks berlaku. dan hormon oksitosin ini juga penting semasa hendak bersalin nanti. jadi memang akan wujud kontraksi semasa menyusukan anak. tapi ia adalah sangat mild dan oksitoksin ini tidak akan bertindakbalas dengan rahim sehingga kandungan mencecah 37minggu ke atas. jadi, sekiranya ibu sihat dan kehamilan pun berjalan lancar, insyallah tiada masalah.
untuk kes2 yang tertentu, ibu digalakkan untuk wean-off kan susu utk anaknya.
1. ada sejarah keguguran
2. mempunyai sejarah kelahiran bayi pra-matang
3. berlaku pendarahan
semasa kehamilan di peringkat 3-4 bulan, susu sudah mula bertukar menjadi kolustrum. yang mana susu yang diperlukan oleh bayi baru lahir.
anak kita yang sedang menyusu badan akan alert dengan perubahan ni. sebab rasanya yang lain dan lebih pekat serta kuantiti yang sedikit. pada waktu ini, anak akan buat pilihan samada nak teruskan menyusu dengan ibunya atau menghentikan penyusuan. kalau dia rasa selesa dgn keadaan mcm ni, dia akan terus menyusu tanpa masalah. kalau dia rasa tak selesa, dia akan berhenti menyusu. kolustrum yang keluar akan terus keluar walaupun anak kita meminumnya setiap hari. jangan risau tentang kehabisan kolustrum untuk bayi baru nanti!
untuk anak yang bawah 1 tahun, kena pantau selalu berat badannya. kerana dikhuatiri bekalan susu yang sedia ada tidak mampu menampung tumbesarannya. 


sumber : google images

apabila bayi dah lahir, boleh diteruskan juga penyusuan untuk 2 orang anak! ia dinamakan tandem nursing. mengikut kajian, ibu yang menyusukan 2 orang kurang berisiko mendapat mastitis.
penghentian penyusuan serta-merta untuk anak yang lebih besar, sebenarnya banyak menganggu emosi mereka. mereka akan rasa terpinggir dgn kehadiran ahli keluarga yang baru.
teringat kisah kawan saya. semasa sebelum kelahiran adiknya, dia merupakan anak yang sangat baik! suka melekat pada ibunya. namun apabila ibunya menghentikan penyusuan buatnya secara drastik selepas kelahiran adiknya, perubahan tingkahlaku berlaku..dia kemurungan, suka membuat hal.. jadi adalah lebih baik proses pemberhentian penyusuan ibu itu berlaku secara natural untuk anak itu. atas pilihannya sendiri..

UPDATE: Susu Ibu vs Susu Formula : yang mana terbaik ?

betul tak semua ibubapa mahu memberikan yang terbaik untuk anak2 mereka? Mestilah betulkan!
Bila orang bertanya, apekah makanan pertama yang paling baik untuk bayi ?
Susu unta ? Susu kambing ? Susu lembu? Susu ibu?
Jawapannya semestinya  SUSU IBU..
Walaupun Rasulullah lahir di tanah yang banyak dengan kambing dan unta, susu Halimah juga menjadi pilihan. sebab apa ? sebab sesuai dengan keperluan tubuh badan bayi.
Jadi secara peribadinya, apabila saya dengar orang declare kata produk itu ini sesuai untuk digunakan untuk bayi bawah 6 bulan, saya kurang percaya. sebab saya lebih yakin dan obses dengan ciptaan Allah yang ajaib ini ( susu ibu ) untuk bayi.
' setiap 4000 mamalia di bumi ini menghasilkan susu yang berbeza2 mengikut keperluan anak2 mereka. jadi, susu ibu amat sesuai untuk bayi manusia kerana ia memenuhi semua keperluan nutrisi badan mereka' oleh Ruth Lawrence, MD, Profesor O&G Universiti Rochester,NY.
sememangnya susu ibu ini menjimatkan! jimat wang untuk beli susu formula dan perbelanjaan perubatan.




Macam2 syarikat produk susu cuba mengeluarkan susu formula yang terbaik dan hampir menyerupai susu ibu. Namun hakikatnya, susu ibu tidak dapat di tiru 100% kerana ia adalah ciptaan Tuhan, bukan ciptaan manusia. ciptaan manusia banyak kurangnya dan tidak sesempurna ciptaan Tuhan ~ ohh syukur ya Tuhan atas penciptaanMu yang Maha Sempurna.
Susu ibu sangat kompleks dan para saintis masih lagi terus membongkar dan mengkaji nutrisi yang ada dalam susu ibu. apa yang sungguh ajaibnya susu ibu ini, nutrisinya akan berubah2 mengikut keperluan bayi. susu daripada ibu yang melahirkan anak pra-matang dengan susu dari ibu yang melahirkan bayi normal adalah berbeza. susu ibu di waktu tengahari @ panas, berbeza dengan susu ibu ketika waktu malam. sebab kenapa susu ibu di waktu tengahari lebih cair sedikit ,ia adalah kerana untuk menghilangkan dahaga bayi di waktu tengahari yang panas.
Susu manusia mengandungi sel hidup, hormon, enzim aktif, immunoglobulin dan ikatan2 kompaun yang sangat unik dimana ia TAK MAMPU DI TIRU OLEH SUSU FORMULA 


Kelebihan susu ibu
1. Nutrisi : susu ibu mengandungi fatty acid, laktosa, air dan amino acid yang sesuai untuk penghadaman, perkembangan otak dan tumbesaran dengan amaun yang sepatutnya.
  Susu lembu mengandungi protein yang berbeza dengan susu ibu yang mana ia sangat sesuai untuk anak lembu, tetapi bermasalah kepada bayi untuk menghadamkannya. bayi yang meminum susu formula akan nampak lebih debab dan gemuk tapi tidak semestinya sihat. dikhuatiri obesiti.
Susu ibu mengandungi 100 ramuan yang tidak terdapat dalam susu formula. tiada anak yang akan allergik pada susu ibunya melainkan terdapat beberapa tindakbalas kepada pemakanan ibu. tapi bila si ibu memberhentikan makanan yang menyumbang kepada reaction tu, susu ibu dah takde masalah!


2. Immunisasi : susu ibu akan memindahkan antibodi penyakit dari ibu kepada anak. 80% sel dalam susu ibu dapat membunuh bakteria, fungus dan virus. tambahan pula, ibu akan menghasilkan antibodi terhadap penyakit2 yang ada di persekitaran yang menjadikan susu ibu boleh bertukar2 komposisi nutriennya. Ajaib!!
saluran pencernaan bayi yang meminum susu ibu akan diliputi oleh Lactobacillus bifidus ( bakteria yang sangat berguna untuk menghalang pertumbuhan organisma berbahaya )


** update**
kelebihan breastfeeding
bayi yang meminum susu ibu sebenarnya membina rahang di bahagian mulut yang kuat. sebab, apabila baby nak minum susu dari payudara ibunya, baby perlu rangsang terlebih dahulu payudara ibu sebelum kilang susu merespon untuk mengeluarkan susu. jadi latihan ni memang bagus untuk menguatkan rahang, pertumbuhan gigi yang lurus dan sihat. berbeza dengan bayi yang minum susu menerusi botol. puting botol, apabila dihisap terus mengeluarkan susu. jadi bayi tidak mengalami sebarang latihan untuk rahangnya.
dari segi psikologi, penyusuan susu ibu membina emosi bayi yang stabil. ini kerana keadaan bayi yang berada dalam dakapan ibu, melihat wajah ibunya, skin-to-skin contact dengan ibu membuatkan mereka merasa selamat dan hangat. berbanding memberikan susu botol, bayi adakalanya di letakkan di atas tilam sambil meneguk susu! tidak wujud skin-to-skin contact.
jadi mari kita gunakan pemberian Allah (susu ibu) ini dgn sebaik2nya.. kerana Allah adalah sebaik2 Pencipta...

Sejarah Tercipta

sebenarnya melonjak2 nak tulis entry ni..sebab teruja sangat.
selama 26tahun duduk di muka bumi ini, saya x pernah berkaraoke. saya hanya penyanyi jamban! itupun bukan selalu menyanyi dalam jamban.sebab macam x syokk dok dalam jamban lama2. baik berangan dalam jamban berbanding menyanyi dengan memegang shampu sebagai mikrofon ha3
masa mula2 kawen memang pelik juga dengan asben yang suka berkarokss ( dibaca : karaoke ). saya rasa macam entah hape2. mungkin kerana saya budak SUCI MURNI *tadah baju sebelum muntah anda bersepah di lantai*
tapi asben tidaklah berkaroks setiap bulan.ada masa2 dia lah.
jadi bila saya ckp kat asben, jomlah berkaroks ( padahal saya pun x tahu ape motif saya cakap mcm tu.. )
asben pun bawak saya g karoks berdua. orang hot bercintalah katekan..
uhhh jakunnye saya. bila saya masuk kt FACEKARA tu, saya dengar suara2 sumbang ( heh!! x sedapnye suara derang )
1st tym karoks, lagi2 depan suami..memang MALU!!! SEGAN GILERR.. rasa nak cakap " abg, tempat kita kt dlm jamban je yg sesuai. jom balik!! " tapi x tercakap pun sebab asben dah bayar semua.
takes tym juga saya nak hilangkan segan tu.
tapi serius..SUARA SAYA X SEDAP LANGSUNG!! tadi mengutuk orang sangat..suara ko pun sama.dah la nyanyi salah rentak ha3
bile dengar asben menyanyi, dalam hati berbangga..sedapnye..napelah dia x mendodoikan aku tiap2 malam ha3 * lebih sudaaa*
bila part berduet, lagi lah segan. sebab mcm Ramli Sarip dgn pompuan tercekik tongkol jagung ha3
asben saya kata, tips utk suara sedap..baca Al-Quran perlu tertib mengikut tajwid. sebab bacaan Al-Quran sempurna membiasakan kita untuk mengawal pernafasan.
tetiba rasa menyesal pula sebab dulu selalu merungut asben baca Al-Quran lambat sangat hu3
apepun, saya enjoy dengan kenangan ini..thanks a lot my hubby..



encik hubby tengah buat lecture mcm mana nak pilih lagu


dia tengah layan lagu dia..




ni lagu dia..lagu aizat..terasa mcm aizat menyanyi ngn kitorang semalam he3


gaya je lebih.bila menyanyi, semua terabur ha3 asalkan cool..


"giliran sayang pulak"..tengah berduet lah ni.





mcm biasalah..sambil karoks, sambil mengepam ha3

** UPDATE : Flat & inverted nipples

dahulu saya pernah menyentuh topik ini. boleh rujuk di sini
sebenarnya tiadak menjadi masalah bagi ibu2 yang mempunyai flat @ inverted nipples untuk menyusukan anak.ini kerana bayi menyusu pada aereola kita, buka pada nipple! Apabila bayi melekap dan menghisap,bayi akan menimbulkan puting si ibu. 
sebenarnya rawatan untuk puting ketika kita mengandung adalah kurang digalakkan. contohnya, ada petua yang menyuruh si ibu menarik2 puting sepanjang tempoh kehamilan. menurut pakar perubatan, ia sebenarnya boleh menyebabkan kontraksi pada kandungan. namun ia adakalanya tidak membahayakan, tetapi perlu berwaspada!
kajian yang telah dibuat ke atas ibu mengandung yang melakukan rawatan semasa tempoh pranatal, kebanyakannya gagal dalam penyusuan. ini kerana,penumpuan tentang puting semasa tempoh kehamilan ini memberi kesan psikologi kepada ibu. ibu akan mudah berasa putus asa selepas usahanya tidak membuahkan hasil. jadi mind-set mereka akan terarah kepada TIDAK DAPAT MENYUSUKAN ANAK KERANA MASALAH PUTING.


untuk itu, ibu2 perlu memberikan penyusuan seawal mungkin selepas kelahiran. hisapan bayi adalah rawatan terbaik untuk masalah flat/inverted nipples. 
Sekiranya ibu2 berdepan juga dengan masalah penyusuan yang berkait dengan flat/inverted nipples, cuba cara ini :
1. periksa cara bayi melekap dan menyusu. ( posisi perlu betul dan cara melekap perlu sempurna )
2.keluarkan puting - boleh guna pam elektrik atau guna picagari
3. gunakan breastshields.


Silicone Breast Shields

4. gunakan nipple shields - sekiranya bayi msh sukar untuk menyusu lagi




TUTORIAL MENGUBAHSUAI SYRINGE


1. beli kat farmasi syringe 20 ml




2. korang potong hujung yang ada muncung kecik tu

* ganas cara potong ni.mcm biasa penggal kepala org ha3


ni rupa bila dah potong


3. pastu korang masukkan bahagian omboh tu pd side yang bertentangan dgn side yang asal.


4. siap!! dah boleh gunakan hujung sebelah kanan yang ada tapak tu untuk dilekapkan pada breast.

CARA NAK GUNAKAN SYRINGE PADA BREAST
lekapkan syringe pada breast. pelan2 tarik sehingga puting keluar. hold dalam kiraan 10 kemudian lepas. lepastu cuba offer breast pada baby. mudah2an baby senang untuk menghisap susu.

BLOG BERWAJAH BARU



tidak dapat digambarkan perasaan ini apabila designer saya yang tersayang sis Rubina Yunal menyiapkan kerja2 me-renovate blog saya. 
ohh jatuh cinta, jatuh hati, jatuh dari kerusi..
walaupun ia mengambil masa yang agak panjang namun pada saya ia bukan masalah kerana suami saya mengajar, kita jangan desak orang untuk menyegerakan tugasnya. nanti kerja jadi cincai, kita jugak yang x suka. so dengan rasa kesabaran yang ada secubit ni, saya tahankan keterujaan untuk melihat hasil titik peluh, idea dari designer ku kesayangannnnn =)
untuk Sis Rubina Yunal, 
terima kasih tak terhingga atas kepayahan dan kesukaran sis untuk membuat yang terbaik.. akulah pencinta artwork mu ngehehe 
untuk siapa2 yang berkenan dengan hasil tangan akak kita sorang ni, nanti korang roger je dia..
klik je link 25rdesignsetc.
cuma schedule dia memang pack, jadi kena ambil kupon giliran ye =P
thanks a lot
dan welcome to all readers...
i love u all!!

Rindu ini seperti mahu membunuhku...

*entry luahan perasaan*


hari sudah pukul 12.33 am. mata tak dapat terlelap. saya rindukan seseorang..
teman sekatil saya. teman bergaduh saya. teman berborak saya. teman bermesra saya..
seperti dilamun cinta..owh dahsyatnya perasaan ini.. menanti panggilan si dia ibarat menanti rombongan masuk meminang ( wah, betapa hebatnya penantian ini )
saya nak Suzaidi saya!! 
Suzaidi yang selalu memanjakan saya dgn kata2nye 
Suzaidi yg suka memujuk saya
Suzaidi yang suka beromantika de amor


mari kita bercinta selepas kahwin!!



Ya Allah kau perteguhkanlah cinta kami dan Kau sentiasa mekarkan perasaan cinta ini sehingga ke syurga... Jadikanlah tautan cinta kami ini adalah tautan cinta keranaMu, Ya Allah.

Hak suami yang harus dipenuhi isteri

Ketahuilah bahwa seorang suami adalah pemimpin di dalam rumah tangga, bagi isteri, juga bagi anak-anaknya, karena Allah telah menjadikannya sebagai pemimpin. Allah memberi keutamaan bagi laki-laki yang lebih besar daripada wanita, karena dialah yang berkewajiban memberi nafkah kepada isterinya. Dan Allah Ta’ala berfirman:

“Laki-laki (suami) itu pelindung bagi perempuan (isteri), karena Allah telah melebihkan sebagian mereka (laki-laki) atas sebagian yang lain (perempuan), dan karena mereka (laki-laki) telah memberikan nafkah dan hartanya.” [An-Nisaa' : 34]

Oleh karena itu, suami mempunyai hak atas isterinya yang harus senantiasa dipelihara, ditaati dan ditunaikan oleh isteri dengan baik yang dengan itu ia akan masuk Surga.

Masing-masing dari suami maupun isteri memiliki hak dan kewajiban, namun suami mempunyai kelebihan atas isterinya.

Allah Ta’ala berfirman:

“Artinya : Dan mereka (para wanita) memiliki hak seimbang dengan kewajibannya menurut cara yang pantas. Tetapi para suami mempunyai kelebihan di atas mereka. Allah Mahaperkasa, Mahabijaksana.” [Al-Baqarah : 228]

[1]. Ketaatan Isteri Kepada Suaminya
Setelah wali atau orang tua sang isteri menyerahkan kepada suaminya, maka kewajiban taat kepada suami menjadi hak tertinggi yang harus dipenuhi, setelah kewajiban taatnya kepada Allah dan Rasul-Nya shallallaahu ‘alaihi wa sallam.

Sebagaimana sabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam:

“Artinya : Seandainya aku boleh menyuruh seorang sujud kepada seseorang, maka aku akan perintahkan seorang wanita sujud kepada suaminya.” [1]

Sujud merupakan bentuk ketundukan sehingga hadits tersebut di atas mengandung makna bahwa suami mendapatkan hak terbesar atas ketaatan isteri kepadanya. Sedangkan kata: “Seandainya aku boleh...,” menunjukkan bahwa sujud kepada manusia tidak boleh (dilarang) dan hukumnya haram.

Sang isteri harus taat kepada suaminya dalam hal-hal yang ma’ruf (mengandung kebaikan dalam agama). Misalnya ketika diajak untuk jima’ (bersetubuh), diperintahkan untuk shalat, berpuasa, shadaqah, mengenakan busana muslimah (jilbab yang syar’i), menghadiri majelis ilmu, dan bentuk-bentuk perintah lainnya sepanjang tidak bertentangan dengan syari’at. Hal inilah yang justru akan mendatangkan Surga bagi dirinya, seperti sabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam:

“Artinya : Apabila seorang isteri mengerjakan shalat yang lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya (menjaga kehormatannya), dan taat kepada suaminya, niscaya ia akan masuk Surga dari pintu mana saja yang dikehendakinya.” [2]

Dalam hadits yang lain, Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda tentang sifat wanita penghuni Surga,

“Artinya : Wanita-wanita kalian yang menjadi penghuni Surga adalah yang penuh kasih sayang, banyak anak, dan banyak kembali (setia) kepada suaminya yang apabila suaminya marah, ia mendatanginya dan meletakkan tangannya di atas tangan suaminya dan berkata, ‘Aku tidak dapat tidur nyenyak hingga engkau ridha.’” [3]

Dikisahkan pada zaman Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam, ada seorang wanita yang datang dan mengadukan perlakuan suaminya kepada Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam. Dari Hushain bin Mihshan, bahwasanya saudara perempuan dari bapaknya (yaitu bibinya) pernah mendatangi Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam karena ada suatu keperluan. Setelah ia menyelesaikan keperluannya, Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bertanya kepadanya, “Apakah engkau telah bersuami?” Ia menjawab, “Sudah.” Beliau bertanya lagi, “Bagaimana sikapmu kepada suamimu?” Ia menjawab, “Aku tidak pernah mengurangi (haknya) kecuali yang aku tidak mampu mengerjakannya.”
Maka, Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam menjawab:

“Artinya : Perhatikanlah bagaimana hubunganmu dengannya karena suamimu (merupakan) Surgamu dan Nerakamu.” [4]

Hadits ini menggambarkan perintah Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam untuk memperhatikan hak suami yang harus dipenuhi isterinya karena suami adalah Surga dan Neraka bagi isteri. Apabila isteri taat kepada suami, maka ia akan masuk Surga, tetapi jika ia mengabaikan hak suami, tidak taat kepada suami, maka dapat menyebabkan isteri terjatuh ke dalam jurang Neraka. Nasalullaahas salaamah wal ‘aafiyah.

Bahkan, dalam masalah berhubungan suami isteri pun, jika sang isteri menolak ajakan suaminya, maka ia akan dilaknat oleh Malaikat, sebagaimana Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Artinya : Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur (untuk jima’/bersetubuh) dan si isteri menolaknya [sehingga (membuat) suaminya murka], maka si isteri akan dilaknat oleh Malaikat hingga (waktu) Shubuh.” [5]

Dalam riwayat lain (Muslim) disebutkan: “sehingga ia kembali”. Dan dalam riwayat lain (Ahmad dan Muslim) disebutkan: “sehingga suaminya ridha kepadanya”.

Yang dimaksud “hingga kembali” yaitu hingga ia bertaubat dari perbuatan itu. [6]
Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Demi Allah, yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, seorang wanita tidak akan bisa menunaikan hak Allah sebelum ia menunaikan hak suaminya. Andaikan suami meminta dirinya padahal ia sedang berada di atas punggung unta, maka ia (isteri) tetap tidak boleh menolak.” [7]

Dalam ajaran Islam, seorang isteri dilarang berpuasa sunnat kecuali dengan izin suaminya, apabila suami berada di rumahnya (tidak safar). Berdasarkan hadits Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam,

“Artinya ; Tidak boleh seorang wanita puasa (sunnat) sedangkan suaminya ada (tidak safar) kecuali dengan izinnya. Tidak boleh ia mengizinkan seseorang memasuki rumahnya kecuali dengan izinnya dan apabila ia menginfakkan harta dari usaha suaminya tanpa perintahnya, maka separuh ganjarannya adalah untuk suaminya.” [8]

Dalam hadits ini ada tiga faedah:

[1]. Dilarang puasa sunnat kecuali dengan izin suami.
[2]. Tidak boleh mengizinkan orang lain masuk kecuali dengan izin suami.
[3]. Apabila seorang isteri infaq/shadaqah hendaknya dengan izin suami.

Dalam hadits ini seorang isteri dilarang puasa sunnat tanpa izin dari suami. Larangan ini adalah larangan haram, sebagaimana yang dikatakan oleh Imam an-Nawawi rahimahullaah.

Imam an-Nawawi berkata, “Hal ini karena suami mempunyai hak untuk “bersenang-senang” dengan isterinya setiap hari. Hak suami ini sekaligus merupakan kewajiban seorang isteri untuk melayani suaminya setiap saat. Kewajiban tersebut tidak boleh diabaikan dengan alasan melaksanakan amalan sunnah atau amalan wajib yang dapat ditunda pelaksanaannya.” [9]

Jika isteri berkewajiban mematuhi suaminya dalam melampiaskan syahwatnya, maka lebih wajib lagi baginya untuk mentaati suaminya dalam urusan yang lebih penting dari itu, yaitu yang berkaitan dengan pendidikan anak dan kebaikan keluarganya, serta hak-hak dan kewajiban lainnya.

Al-Hafizh Ibnu Hajar rahimahullaah mengatakan, “Dalam hadits ini terdapat petunjuk bahwa hak suami lebih utama dari amalan sunnah, karena hak suami merupakan kewajiban bagi isteri. Melaksanakan kewajiban harus didahulukan daripada melaksanakan amalan sunnah.” [10]

Agama Islam hanya membatasi ketaatan dalam hal-hal ma’ruf yang sesuai dengan Al-Qur-an dan As-Sunnah sebagaimana yang dipahami oleh generasi terbaik, yaitu Salafush Shalih. Sedangkan perintah-perintah suami yang bertentangan dengan hal tersebut, tidak ada kewajiban bagi sang isteri untuk memenuhinya, bahkan dia berkewajiban untuk memberikan nasihat kepada suaminya dengan lemah lembut dan kasih sayang.

[Disalin dari buku Bingkisan Istimewa Menuju Keluarga Sakinah, Penulis Yazid bin Abdul Qadir Jawas, Penerbit Putaka A-Taqwa Bogor - Jawa Barat, Cet Ke II Dzul Qa'dah 1427H/Desember 2006]
__________
Foote Note
[1]. Hadits hasan shahih: Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi (no. 1159), Ibnu Hibban (no. 1291 - al-Mawaarid) dan al-Baihaqi (VII/291), dari Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu. Hadits ini diriwayatkan juga dari beberapa Shahabat. Lihat Irwaa-ul Ghaliil (no. 1998).
[2]. Hadits hasan shahih: Diriwayatkan oleh Ibnu Hibban (no. 1296 al-Mawaarid) dari Shahabat Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu. Lihat Shahiih Mawaariduzh Zham’aan (no. 1081).
[3]. Hadits hasan: Diriwayatkan oleh ath-Thabrani dalam Mu’jamul Kabir (XIX/140, no. 307) dan Mu’jamul Ausath (VI/301, no. 5644), juga an-Nasa-i dalam Isyratun Nisaa' (no. 257). Hadits ini dihasankan oleh Syaikh al-Albani dalam Silsilah ash-Shahiihah (no. 287).
[4]. Hadits shahih: Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah (VI/233, no. 17293), an-Nasa-i dalam ‘Isyratin Nisaa' (no. 77-83), Ahmad (IV/341), al-Hakim (II/189), al-Baihaqi (VII/291), dari bibinya Husain bin Mihshan radhiyallaahu ‘anhuma. Al-Hakim berkata, “Sanadnya shahih.” Dan disepakati oleh adz-Dzahabi.
[5] Hadits shahih: Diriwayatkan oleh al-Bukhari (no. 3237, 5193, 5194), Muslim (no. 1436), Ahmad (II/255, 348, 386, 439, 468, 480, 519, 538), Abu Dawud (no. 2141) an-Nasa-i dalam ‘Isyratun Nisaa' (no. 84), ad-Darimi (II/149-150) dan al-Baihaqi (VII/292), dari Shahabat Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu.
[6]. Fat-hul Baari (IX/294-295).
[7]. Hadits shahih: Diriwayatkan oleh Ibnu Majah (no. 1853), Ahmad (IV/381), Ibnu Hibban (no. 1290- al-Mawaarid) dari ‘Abdullah bin Abi Aufa radhiyallaahu ‘anhu. Lihat Aadabuz Zifaaf (hal. 284).
[8]. Hadits shahih: Diriwayatkan oleh al-Bukhari (no. 5195), Muslim (no. 1026) dan Abu Dawud (no. 2458) dari Shahabat Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu, dan lafazh ini milik Muslim.
[9]. Syarah Shahiih Muslim (VII/115).
[10]. Fat-hul Baari (IX/296).

Hak Isteri Yang Harus Dipenuhi Suami


[1]. MENGAJARKAN ILMU AGAMA
Di antara hak seorang isteri yang harus dipenuhi suaminya adalah memberikan pendidikan dan pengajaran dalam perkara agama. Dengan memahami dan mengamalkan agamanya, seseorang akan mendapatkan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
Allah ‘Azza wa Jalla berfirman.
“Artinya : Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api Neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar dan keras, yang tidak durhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka dan mereka selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” [At-Tahrim : 6]
Menjaga keluarga dari api neraka mengandung maksud menasihati mereka agar taat, bertaqwa kepada Allah ‘Azza wa Jalla dan mentauhidkan-Nya serta menjauhkan syirik, mengajarkan kepada mereka tentang syari’at Islam, dan tentang adab-adabnya. Para Shahabat dan mufassirin menjelaskan tentang tafsir ayat tersebut sebagai berikut:
1. ‘Ali bin Abi Thalib radhiyallaahu ‘anhu berkata, “Ajarkanlah agama kepada keluarga kalian, dan ajarkan pula adab-adab Islam.”
2. Qatadah rahimahullaah berkata, “Suruh keluarga kalian untuk taat kepada Allah! Cegah mereka dari berbuat maksiyat! Hendaknya mereka melaksanakan perintah Allah dan bantulah mereka! Apabila kalian melihat mereka berbuat maksiyat, maka cegah dan laranglah mereka!”
3. Ibnu Jarir ath-Thabari rahimahullaah berkata: “Ajarkan keluarga kalian untuk taat kepada Allah ‘Azza wa Jalla yang (hal itu) dapat menyelamatkan diri mereka dari api Neraka.”
4. Imam asy-Syaukani mengutip perkataan Ibnu Jarir: “Wajib atas kita untuk mengajarkan anak-anak kita Dienul Islam (agama Islam), serta mengajarkan kebaikan dan adab-adab Islam.” [1]
Untuk itulah, kewajiban seorang suami untuk membekali dirinya dengan thalabul ‘ilmi (menuntut ilmu syar’i) dengan menghadiri majelis-majelis ilmu yang mengajarkan Al-Qur’an dan As-Sunnah sesuai dengan pemahaman Salafush Shalih -generasi yang terbaik, yang mendapat jaminan dari Allah-, sehingga dengan bekal tersebut dia mampu mengajarkannya kepada isteri dan keluarganya.
Jika ia tidak sanggup untuk mengajarkannya, hendaklah seorang suami mengajak isteri dan anaknya untuk bersama-sama hadir di dalam majelis ilmu yang mengajarkan Islam berdasarkan Al-Qur’an dan As-Sunnah menurut pemahaman Salafush Shalih, mendengarkan apa yang disampaikan, memahami dan mengamalkannya dalam kehidupan sehari-hari. Dengan hadirnya suami-isteri di majelis ilmu akan menjadikan mereka sekeluarga dapat memahami Islam dengan benar, beribadah dengan ikhlas mengharapkan wajah Allah ‘Azza wa Jalla semata serta senantiasa meneladani Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam. Insya Allah, hal ini akan memberikan manfaat dan berkah yang sangat banyak karena suami maupun isteri saling memahami hak dan kewajibannya sebagai hamba Allah.
Dalam kehidupan yang serba materialistis seperti sekarang ini, banyak suami yang melalaikan diri dan keluarganya. Berdalih mencari nafkah untuk menghidupi keluarganya, dia mengabaikan kewajiban yang lainnya. Seolah-olah dia merasa bahwa kewajibannya cukup hanya dengan memberikan nafkah berupa harta, kemudian nafkah batinnya, sedangkan pendidikan agama yang merupakan hal paling pokok justru tidak pernah dipedulikan.
Seringkali sang suami jarang berkumpul dengan keluarganya untuk menunaikan ibadah bersama-sama. Sang suami pergi ke kantor pada pagi hari ba’da Shubuh dan kembali ke rumahnya larut malam. Pola hidup seperti ini adalah pola hidup yang tidak baik. Tidak pernah atau jarang sekali ia membaca Al-Qur’an, kurang sekali memperhatikan isteri dan anaknya shalat, dan tidak memperhatikan pendidikan agama mereka sehari-hari. Bahkan pendidikan anaknya dia percayakan sepenuhnya kepada pendidikan di sekolah, dan bangga dengan sekolah-sekolah yang memungut biaya sangat mahal karena alasan harga diri. Ia merasa bahwa tugasnya sebagai orang tua telah ia tunaikan seluruhnya. Lantas bagaimana kita dapat mewujudkan anak yang shalih, sedangkan kita tahu bahwa salah satu kewajiban yang mulia seorang kepala rumah tangga adalah mendidik keluarganya. Sementara tidak bisa kita pungkiri juga bahwa pengaruh negatif dari lingkungan yang cukup kuat berupa media cetak dan elektronik seperti koran, majalah, tabloid, televisi, radio, VCD, serta peralatan hiburan lainnya sangat mudah mencemari pikiran dan perilaku sang anak. Bahkan media ini bisa menjadi orang tua ketiga, maka kita harus mewaspadai media-media yang ada dan alat-alat permainan yang sangat berpengaruh buruk terhadap perilaku anak-anak kita.
Oleh karena itu, kewajiban seorang suami harus memperhatikan pendidikan isteri dan anaknya, baik tentang tauhid, shalat, bacaan Al-Qur’annya, pakaiannya, pergaulannya, serta bentuk-bentuk ibadah dan akhlak yang lainnya. Karena Islam telah mengajarkan semua sisi kehidupan, kewajiban kita untuk mempelajari dan mengamalkannya sesuai Sunnah Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam.
Begitu pula kewajiban seorang isteri adalah membantu suaminya mendidik anak-anak di rumah dengan baik. Seorang isteri diperintahkan untuk tetap tinggal di rumah mengurus rumah dan anak-anak, serta menjauhkan diri dan keluarga dari hal-hal yang bertentangan dengan syari’at Islam.
[2]. MENASIHATI ISTERI DENGAN CARA YANG BAIK
Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam telah mewasiatkan agar berbuat baik kepada kaum wanita, berlaku lemah lembut dan sabar atas segala kekurangannya, karena mereka diciptakan dari tulang rusuk yang paling bengkok.
Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
“Artinya : Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhir, janganlah ia
menyakiti tetangganya. Berwasiatlah kepada wanita dengan kebaikan. Sebab, mereka diciptakan dari tulang rusuk dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah bagian atasnya. Jika engkau meluruskannya, engkau akan mematahkannya. Dan jika engkau membiarkannya, ia akan tetap bengkok. Oleh karena itu, berwasiat-lah kepada wanita dengan kebaikan.” [2]
[3]. MENGIZINKANNYA KELUAR UNTUK KEBUTUHAN YANG MENDESAK
Di antara hak isteri adalah suami mengizinkannya keluar untuk suatu kebutuhan yang mendesak, seperti pergi ke warung, pasar dan lainnya untuk membeli kebutuhan rumah tangga. Berdasarkan hadits Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam.
“Artinya : Sesungguhnya Allah telah mengizinkan kalian (para wanita) keluar (rumah) untuk keperluan (hajat) kalian.” [3]
Tetapi, keluarnya mereka harus dengan beberapa syarat, yaitu:
1. Memakai hijab syar’i yang dapat menutupi seluruh tubuh.
2. Tidak ikhtilath (berbaur) dengan kaum laki-laki.
3. Tidak memakai wangi-wangian (parfum).
Seorang suami pun dibolehkan untuk mengizinkan isterinya untuk menghadiri shalat berjama’ah di masjid apabila ketiga syarat di atas terpenuhi.
Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
“Artinya : Apabila isteri salah seorang dari kalian meminta izin untuk pergi ke masjid, janganlah ia menghalanginya.” [4]
Dalam hadits yang lain, Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Artinya : Janganlah kalian melarang para wanita hamba Allah mendatangi masjid-masjid Allah.” [5]
[Disalin dari buku Bingkisan Istimewa Menuju Keluarga Sakinah, Penulis Yazid bin Abdul Qadir Jawas, Penerbit Putaka A-Taqwa Bogor - Jawa Barat, Cet Ke II Dzul Qa’dah 1427H/Desember 2006]
__________
Foote Note
[1]. Lihat Tafsiir ath-Thabari (XII/156-157) cet. Darul Kutub Ilmiyah, Tafsiir Ibnu Katsir (IV/412-413) cet. Maktabah Darus Salam dan Tafsiir Fat-hul Qadiir (V/253) cet. Darul Fikr.
[2]. Hadits shahih: Diriwayatkan oleh al-Bukhari (no. 5185-5186) dan Muslim (no. 1468 (62)), dari Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu.
[3]. Hadits shahih: Diriwayatkan oleh al-Bukhari (no. 5237), dari ‘Aisyah radhiyallaahu ‘anha.
[4]. Hadits shahih: Diriwayatkan oleh al-Bukhari (no. 5238), Muslim (no. 442 (134)), at-Tirmidzi (no. 570), an-Nasa-i (II/42) dan Ibnu Majah (no. 16), dari Ibnu ‘Umar radhiyallaahu ‘anhuma.
[5]. Hadits shahih: Diriwayatkan oleh al-Bukhari (no. 900), Muslim (no. 442 (136)), at-Tirmidzi (no. 570) dan an-Nasa-i (II/42), dari Shahabat Ibnu ‘Umar radhiyallaahu ‘anhuma.

sumber : sakinahonline

asben ku jejaka bling-bling

* geli jap baca entry ni muahaha*


malam tadi asben saya ada event opis dia utk warga Jabatan Kesihatan WPKL & Putrajaya bersempena dgn pertukaran pengarahnya.
tema majlis adalah bling-bling 
memula nak citer yang x puas hati dulu... nak luahkan sebakul kt u, my asben!
saya dah dengar pasal majlis dan tema bling-bling ni dah lama sebenarnya. tapi saya x amik pusing sgt.
lantak korang lah..dah la x ajak haku ( aii pun nak glamer jugerr muahahaha )
tup..tup...pagi semalam, my asben dok bising. bos dia yang GLAM itu dah memetirkan ( suara doktor dia ni mcm petir ha3 ) suaranya bila taw yang asben saya xde baju lagi. ( petirkan aje si zaidi ni! I Like lah Dr.Ummi ha3)
saya pun dgn kasihan dan simpati lg baik hati lagi mithali ( ha3 apekah ayat penegasan ini ??? ), amik lah half day. pergi serang Sg.Wang Plaza. yang asben ni dok call suruh pergi awal sikit bershopping. takut nanti x dan ( dia ingat ini isteri dia keje ngn kompeni dia ke hape )
jalan punya jalan...carik punya carik..keluar masuk kedai..
akhirnya....
ketemu jugak!! Allah permudahkan juga urusan isteri yg baik ini ( sila muntahkan diri anda utk statement ini ha3 )
saya beli baju bling2, spek mata bling2, topi bling2, tie bling2..hamek ko!! nak bling-bling sangat!! ha3
pd mulanya, asben suruh beli spek mata dgn baju je. tp idea saya pulak mencurah2 nak belikan aksesori tambahan pulak. total harga RM105 semuanya.. sungguh x sangka juga.sebab asben bg bajet RM200. ( nak pow baki RM100 pun x bagi huh! )
dah habis semua, baru terasa pedih perut x makan dr pagi. singgah Subway, makan Subway Club.
suami saya blk rumah, then dia cuba pakai..sendat nyerr baju tu..
asben saya kata ' dah mcm gay dah ni ' ha3 korang  taw apa terjadi pd saya??
gelak guling2 sebab tgk baju itu macam dah me'nangka-busukkan' suami. nak pecah hati dibuatnya ( sebab gelak dlm hati ) ha3


bila dah malam, saya dpt sms dari Dr.Ummi ( bos asben )
" Qilahhhh...stylist cool abis!! I likeeee! wpun x menang,dia still JUARA bg vektor"
( tym doc htr sms ni, keputusan belum keluar lg )


asben sms plak..
"Wah!! bedegang2 sume org puji. doc umi siap puji syg melambung2 lg pandai pilihkan"
hati saya macam ada taman bunga...


x sangka blh jd mcm ni. mungkin keikhlasan isteri  mithali yang membeli terpancar pada pakaian yang dipakai ( ha3 muntah lagi sedulang )
tp saya rasa kalau semua org betul2 meng-glamerkan diri,blh kalah jugak asben saya. idokk lerr style mana pun..ha3
anyway, tahniah buat si jejaka bling2 di atas kemenangan pakaian tercantik.
tahun depan, kita gondol lagi anugerah itu he3



ini kerr yg dikata juara itu??? x mcm artis ponn


*nota kaki : ayat rock yg digunakan hanyalah untuk menyedapkan penulisan semata2.kami mmg suami isteri yang sengal-bengal ha3

BAHAGIAKAN DIRIMU DENGAN SATU ISTERI


Bahagiakan Dirimu Dengan Satu Isteri

June 25th, 2008 by Abu Saif 1:20 pm | 40,354 views | Print Print | Email Email |Leave a reply »
“Wah, anta dah jadi ‘Ustaz Cinta’ sekarang ini ya”, sampuk teman saya tatkala melihat posterSeminar Manual Cinta Haraki di Ipoh baru-baru ini.
Saya tersenyum.
Agak janggal dan kekok dengan title ‘Ustaz Cinta’, apatah lagi melihat banner dan bunting wajah saya seiringan dengan kalimah ‘Cinta’ di tepi-tepi jalan.
PASCA AKU TERIMA NIKAHNYA
Semenjak terbitnya buku AKU TERIMA NIKAHNYA, saya semakin dikaitkan dengan title ‘Ustaz Cinta’. Nyatanya gelaran itu tidak pernah ada di dalam bayangan dan perancangan hidup saya. Apatah lagi saya mula bercinta pada usia yang agak lewat berbanding biasa. Hanya setelah berjabat tangan di majlis nikah, cinta saya bermula. Lewat lima malah mungkin sepuluh tahun berbanding amalan biasa hari ini.
Buku Aku Terima Nikahnya itu bukan buku cinta. Ia buku tentang kehidupan. Tetapi cinta adalah manfaat dari menghayati makna kehidupan. Cinta dijadikan tema buku ini kerana kita sentiasa duduk dalam lingkungannya. Lingkungan cinta, antara ibu bapa dan anak, suami dan isteri, malah hubungan kita dengan Baginda Rasulullah SAW juga diungkap sebagai cinta. Semua itu digarap di dalam buku Aku Terima Nikahnya, bahawa ia memaksudkan sebuah kehidupan.
“Saya ada masalah dengan suami saya”, kata seorang penghantar email.
“Kami mahu bertunang, tetapi itu pun ibu bapa kami halang. Macam mana ustaz?”, rungut seorang lagi.
“Tunang saya kata, dia memang bercita-cita semenjak di Tingkatan Lima lagi mahu berpoligami. Pening kepala saya ustaz!”, luah satu lagi email yang saya terima.
Ya, semenjak penerbitan buku AKU TERIMA NIKAHNYA, kotak email saya dihujani sekurang-kurangnya dua atau tiga email sehari, khusus bertanya tentang cinta. Hingga saya tenggelam punca dan memperuntukkan sekali sebulan untuk membalas…andai ada upaya.
KESAN YANG MEMEDIHKAN
Penangan buku AKU TERIMA NIKAHNYA juga menyebabkan saya dan isteri terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan. Paling utama, saya berasa sungguh tidak selesa apabila berjalan di kedai, dan kemudian disapa oleh seorang perempuan. Peminat katanya.
Lebih memburukkan keadaan, apabila saya perkenalkan Ummu Saif di sebelah saya, ‘peminat’ itu sekadar senyum dan kembali mahu berbicara dengan saya. Dia seolah-olah memberitahu bahawa, “saya peminat Abu Saif, bukan Ummu Saif”.
Beberapa kali kejadian seumpama ini berlaku, ia benar-benar menjadi tamparan kepada saya dan isteri. Syukurlah dengan persefahaman yang ada, saya dan Ummu Saif selalu belajar berterus terang meluahkan apa yang terbuku di hati, agar tiada jarum patah yang tersimpan di dalam peti. Sikap sedemikian bukan sahaja tidak adil kepada Ummu Saif dan melukakan hatinya sebagai insan paling utama dalam hidup saya, malah tidak layak dengan nilai ‘malu’ yang seharusnya menjadi perhiasan kaum muslimah.
Terkini, seorang pengunjung menawarkan dirinya menjadi isteri kedua saya melalui shoutbox! Agama apakah yang adab susilanya untuk seorang perempuan berkelakuan begitu?
Justeru saya akur, bahawa cinta itu krisis besar dalam masyarakat hari ini. Sama ada ia racun yang menggilakan kewarasan, atau ubat kepada si gila untuk kembali waras.
Setinggi mana intelek seseorang, serendah mana taraf hidup seorang yang lain, kita berdepan dengan krisis yang satu ini. Lantas mungkin kerana itu, sekali saya menulis tentang cinta, saya terperangkap di dalamnya hingga terpaksa memikul stem di dahi sebagai ‘Ustaz Cinta’.
KE INDONESIA
Bila bercakap tentang Islam dan cinta, kita tidak dapat lari dari menjenguk literature berkaitan dari negara jiran sebelah. Indonesia jauh terkehadapan dalam menggarap isu Islam dan cinta melalui penghasilan buku, novel, drama, filem, lagu dan nyatakan apa sahaja.
Tetapi ada yang satu ini menambat hati saya.
Sekira-kiranya saya mahu menumpang bahu, mencari model dari negara seberang untuk check and balance saya yang dihadapkan dengan label ‘Ustaz Cinta’ ini. Syukur, kerana saya bertemu dengan seorang tokoh yang nampaknya menghampar dan melalui jalan yang banyak persamaan dengan saya, biar pun senioriti dan kedudukannya di dalam masyarakat amat jauh berbeza dari saya.
CAHYADI TAKARIAWAN
Itulah Ustadz Cahyadi Takariawan atau juga dikenali dengan nama Pak Cah.
Beliau itu ‘Ustadz Cinta’ dari negara seberang.
Bukan calang-calang orang kerana Ustadz Cahyadi adalah salah seorang daripada anggota Majlis Syura Partai Keadilan Sejahtera Indonesia (PKS). Tetapi beliau seorang yang sangat prolifik khususnya di dalam menghasilkan makalah dan buku. Tulisannya pelbagai khususnya membabitkan soal peraturan dakwah harakiyyah dan yang berkaitan dengannya.
Namun akhirnya, beliau makin terserlah dengan buku-buku, makalah dan ceramah yang berkaitan dengan CINTA.
Saya sempat membaca tentang beliau dan memasang azam untuk bertemu dengannya ketika saya ke Yogyakarta baru-baru ini. Malang sedikit, kunjungan saya ke kantor PKS Daerah Istimewa Yogyakarta yang telah diatur lebih awal, tidak mendapat izin dari Allah untuk menemukan saya dengan Ustadz Cahyadi Takariawan. Beliau ada urusan yang tidak dapat dielakkan di luar kota Jogja.
Namun saya tetap bersyukur malah gembira sekali berpeluang bertemu, berbincang dan berwacana dengan rakan-rakan aktivis PKS Yogyakarta yang lain. Mereka itu kaya dengan pengalaman dan buah fikiran. Perbincangan kami banyak membantu memahamkan gerak kerja amal Islami di kedua-dua negara yang satu cita-cita ini.
DI JALAN DAKWAH AKU MENIKAH
Buku Ustadz Cahyadi Takariawan yang saya kira paling menarik berkaitan dengan cinta, malah seakan-akan buku AKU TERIMA NIKAHNYA versi Indonesia, ialah buku DI JALAN DAKWAH AKU MENIKAH.
Buku setebal 223 mukasurat ini sangat kaya dengan saranan, pesanan dan panduan berkaitan cinta dan perkahwinan, khususnya di kalangan aktivis dakwah. Bahasanya ringan dan santai, banyak diselang selikan dengan cerita untuk menyuntik unsur realiti di sisi teori dan ringkasnya, saya jatuh hati dengan keunikan buku ini. Terima kasih kepada rakan IMAN di Bandung yang telah menghadiahkan saya buku ini.
BUKU KONTROVERSI
Akan tetapi, buku yang saya cari-cari namun sukar sekali menemuinya adalah sebuah buku yang telah menggegarkan Indonesia dengan skala yang sama dengan kisah poligami Aa Gym. Buku yang saya maksudkan itu adalah buku Ustadz Cahyadi Takariawan bertajuk BAHAGIAKAN DIRIMU DENGAN SATU ISTRI!
Ya, membaca tajuknya sudah memberi indikasi yang jelas kepada kita. Ustadz Cahyadi tidak enak dengan POLIGAMI.
Buku ini telah mencetuskan kontroversi di Indonesia, khususnya di kalangan aktivis PKS sendiri, memandangkan ia ditulis oleh salah seorang pemimpin utama yang disegani. Apatah lagi amalan berpoligami itu agak biasa berlaku di kalangan aktivis PKS.
Terima kasih kepada rakan di Yogyakarta yang mengirimkan buku ini kepada saya. Setelah selesai membaca pusingan satu, saya amat berpuas hati dengan isi kandungannya.
Ternyata, Pak Cah tidak sama sekali menentang prinsip poligami. Keharusannya di dalam Islam adalah termaktub jelas dengan hikmah yang besar dan pelbagai. Lihat sahaja kematian ramai pria di Ambon, bagaimana nasib wanita dan anak-anak yang ditinggalkan? Islam merealisasikan ajarannya yang sangat fitrah dan cocok sebagai solusi ummah melalui poligami.
Tetapi bukan semua masalah secara mudah harus diselesaikan dengan memilih poligami. Inilah yang cuba diketengahkan oleh Pak Cah di dalam buku ini. Pada saya buku BAHAGIAKAN DIRIMU DENGAN SATU ISTRI ini adalah buku yang ditulis secara fenomenologi, iaitu buku yang membicarakan tentang pengalaman praktis dan bukannya idea-idea teori di dalam kitab Fiqh.
Ustadz Cahyadi menilai sirah, betapa Nabi SAW pada kebanyakan jangka usianya baginda itu tidak berpoligami. Cinta pertama baginda SAW bersama Khadijah kekal hingga ke akhir hayat tanpa menambah isteri. Poligami berlaku di fasa kemudian dalam jangkamasa hanya kira-kira sedekad sahaja dari usia Baginda SAW.
Buku ini mengupas dengan terpeinci fungsi, manfaat dan logik mengapa poligami itu mesti dipertahankan sebagai solusi yang ada di dalam Islam. Akan tetapi buku ini juga mendedahkan dengan sopan tetapi berani, bahawa jarang sekali seorang lelaki menikahi isteri kedua, ketiga atau keempatnya atas fungsi, manfaat dan logik yang ada.
SALAH GUNA POLIGAMI
Saya hanya mampu mengangguk.
Di satu sudut, poligami itu boleh menjadi sesuatu yang negatif apabila disalah guna. Seorang suami yang meletakkan poligami sebagai satu option yang sedia diguna pakainya pada bila-bila masa, tidak akan bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah yang berlaku di antara dirinya dengan isteri yang ada. Cepat sahaja pergi kepada quick fix yang ada iaitu dengan berpoligami. Seandainya masalah yang dihadapinya itu berpunca dari diri sang suami, maka beliau bukan menyelesaikan masalah dengan poligami, sebaliknya mencambahkannya pula.
Pandangan-pandangan Ustadz Cahyadi Takariawan ini sangat meributkan keadaan hingga timbul usul untuk mengharamkan buku ini malah memecatnya dari PKS! Walhal buku itu sendiri telah dihias dengan kata-kata aluan isteri pertama presiden PKS iaitu Sri Rahayu Tifatul Sembiring. Dalam erti kata yang lain, buku ini tidak bermaksud mahu melukakan hati mana-mana lelaki atau perempuan yang terlibat di dalam poligami. Tetapi Ustadz Cahyadi mahu menganalisa dan membetulkan persepsi-persepsi yang salah tentang poligami. Ketika mana poligami itu disyaratkan dengan ‘BERLAKU ADIL’, itu jugalah syarat yang paling kerap terabai hingga ramai sekali perempuan dan anak-anak yang menjadi mangsa poligami yang tidak cukup syarat ini.
Bagi seorang lelaki bertaraf Nabi, yang banyak diberi kelebihan oleh Allah, sudah cukup payah untuk mengelola perasaan dan menghadapi isteri-isterinya Baginda. Apalagi untuk lelaki biasa. Ustadz Cahyadi pun membuat konklusi bahawa, “karena kita bukan Nabi, istri kita pun bukan Aisyah, maka jangan coba-coba berpoligami” (halaman 238).
MENGAPA TIDAK BERPOLIGAMI
Tatkala poligami itu menjadi kebiasaan dalam amalan warga aktivis dakwah, Ustadz Cahyadi ketika ditanya mengapa beliau tidak berpoligami, telah menjawab:
”Jagalah istri, jangan kau sakiti. Sayangi istri, amanah Ilahi. Bila diri kian bersih, satu istri terasa lebih. Bila bisa jaga diri, tidak perlu menikah lagi. Bila suami berpoligami, dakwah akan terbebani. Demarketing menjadi-jadi, dakwah bisa dibenci….’ ‘
Teringat saya kepada cerita arwah abah tentang Nyang (moyang saya) yang berpoligami. Kerana mahu berlaku adil kepada kedua-dua isterinya, Nyang terus meminta dirinya dihantar ke rumah setiap isterinya mengikut giliran biar pun beliau ketika itu sudah amat uzur. Akhirnya Nyang menghembuskan nafasnya yang terakhir di atas kereta kuda di tengah-tengah perjalanan di antara rumah kedua-dua isteri beliau dan disempurnakan jenazahnya di kawasan berkenaan.
Mampukah saya seadil itu?
Saya tidak perlu menjawabnya kerana SAYA SUDAH BAHAGIA DAN SEMPURNA DENGAN SATU ISTERI.