apepun, saya nak kongsikan cerita mengenai topik ini. sebagai persediaan untuk saya..mane taw klu betul2 ada 'si dia' di dalam rahim ini =P
sumber : google images
semasa kita mengandung (untuk ibu2 yang menyusukan anak), susu tetap akan terhasil. menyusukan anak semasa mengandung tidaklah menjadi masalah asal kita menjaga pemakanan yang sihat namun untuk ibu2 yang mempunyai sejarah keguguran, adalah baik untuk merujuk kepada pakar OnG terlebih dahulu untuk mendapatkan khidmat nasihat mereka ( saya spesis ini yang mana pernah keguguran pada kandungan pertama ).pada peringkat awal kehamilan, si ibu akan merasa sedikit sensitif di bahagian puting akibat drpd perubahan hormon. mungkin ada rasa sedikit pd puting.seperti yang kita maklum, penghasilan susu ni melibatkan hormon oksitosin.kerana hormon ini akan membuatkan proses let down refleks berlaku. dan hormon oksitosin ini juga penting semasa hendak bersalin nanti. jadi memang akan wujud kontraksi semasa menyusukan anak. tapi ia adalah sangat mild dan oksitoksin ini tidak akan bertindakbalas dengan rahim sehingga kandungan mencecah 37minggu ke atas. jadi, sekiranya ibu sihat dan kehamilan pun berjalan lancar, insyallah tiada masalah.
untuk kes2 yang tertentu, ibu digalakkan untuk wean-off kan susu utk anaknya.
1. ada sejarah keguguran
2. mempunyai sejarah kelahiran bayi pra-matang
3. berlaku pendarahan
semasa kehamilan di peringkat 3-4 bulan, susu sudah mula bertukar menjadi kolustrum. yang mana susu yang diperlukan oleh bayi baru lahir.
anak kita yang sedang menyusu badan akan alert dengan perubahan ni. sebab rasanya yang lain dan lebih pekat serta kuantiti yang sedikit. pada waktu ini, anak akan buat pilihan samada nak teruskan menyusu dengan ibunya atau menghentikan penyusuan. kalau dia rasa selesa dgn keadaan mcm ni, dia akan terus menyusu tanpa masalah. kalau dia rasa tak selesa, dia akan berhenti menyusu. kolustrum yang keluar akan terus keluar walaupun anak kita meminumnya setiap hari. jangan risau tentang kehabisan kolustrum untuk bayi baru nanti!
untuk anak yang bawah 1 tahun, kena pantau selalu berat badannya. kerana dikhuatiri bekalan susu yang sedia ada tidak mampu menampung tumbesarannya.
sumber : google images
penghentian penyusuan serta-merta untuk anak yang lebih besar, sebenarnya banyak menganggu emosi mereka. mereka akan rasa terpinggir dgn kehadiran ahli keluarga yang baru.
teringat kisah kawan saya. semasa sebelum kelahiran adiknya, dia merupakan anak yang sangat baik! suka melekat pada ibunya. namun apabila ibunya menghentikan penyusuan buatnya secara drastik selepas kelahiran adiknya, perubahan tingkahlaku berlaku..dia kemurungan, suka membuat hal.. jadi adalah lebih baik proses pemberhentian penyusuan ibu itu berlaku secara natural untuk anak itu. atas pilihannya sendiri..
No comments:
Post a Comment