LamanUtamaOrganizerMamaBank ArtikelProduk

lihat ibunya terlebih dahulu..

saya suka dengar ikim.fm sebab banyak bahan ilmiah saya boleh dapat. diantara slot yang saya suka adalah ISLAM ITU INDAH ( 3I)..korang taw siapa penceramahnya...Prof.Dr.Muhaya... saya memang suka!!
saya nak kongsi apa yang saya dapat..
kata Prof, kepada lelaki yang nak memilih calon isteri, lihat dulu ibunya. sebab ibunya mencerminkan anak gadisnya.
kalau ibunya sopan-santun, berbudi bahasa..anak gadisnya akan jadi begitu juga.
kalau ibunya seorang yang suka terjerit2, suka menyumpah seranah..maka anak gadisnya kemungkinan besar juga begitu.
yang ini saya akui berdasarkan pengamatan dan pengalaman saya sendiri.
kehidupan ini adalah suatu yang realiti, bukan fantasi..jadi kita akan lihat segala kenyataan tentang ke-realiti-an itu...

~icon~

dalam saya mengangguk kenyatan Prof itu, saya turut bimbang..
saya adalah seorang ibu.
dahulu saya hanya seorang anak.
kini saya anak ( buat ibubapa saya ) dan ibu ( buat anak saya ).
jadi saya perlu berwaspada dengan diri saya.
cuba imagine..
ada orang berkenan dengan sakinah. 
lantas dia bersahabat dengan saya.
kemudian dia tengok kelakuan saya.
suka gelak besar2..
suka terjerit2...
kdg2 bila marah,keluar perkataan yang tak sepatutnya ( walaupun bukan mencarut..yang mild pun sebut mampos, kepala hotak, bodoh, gila )
solat pun tenggelam-timbul
minum,makan berdiri
makan pun x baca doa
suka menipu
keje rumah langsung x reti buat
memasak x pernah
suka mengumpat, bergossip,mengunjing ( bahasa org indon utk mengumpat)
suka tengok cerita drama je
cakap dengan suami pun menengking
suka memburukkan suami
( ni cth okay...walaupun ada SIKITTT lah sama he3)

owh nooo...saya telah mencerminkan anak saya..
mulai hari ni saya kena berjaga-jaga dengan diri saya. saya tak nak sakinah menjadi 'follower' yang setia utk perkara2 yang tak elok. dahlah kupon dosa pun kita dapat. org yang buat benda x baik tu sebab ikut kita pun, kita dapat lagi extra kupon..duhai..
mari kita duhai ibu2 yang mulia ini, kita perbetulkan diri kita...
anak perempuan kita akan membesar nanti..mereka akan lalui juga fasa2 kehidupan yang kita lalui sekarang ( dari kanak-kanak, menjadi remaja kemudian menjadi dewasa )
* jom kita buat azam baru!! 
seperti sarana Prof, kita semua perlua ada SKRIP KEHIDUPAN.
sediakan satu buku khas atau print atas kertas, kemudian laminate kan...
tuliskan kesemua harapan dan cita-cita kita.
juga azam kita.
baca skrip kehidupan kita setiap hari.
cth skrip....
" saya ingin menjadi wanita yang berjaya dunia akhirat. saya mahu menjadi seorang yang memaafkan, seorang yang penyabar. saya berazam untuk menderma setiap hari ..bla..bla..."

2 comments:

  1. betul kan?heee..
    sy pon nak jadi idol utk anak sy!

    ReplyDelete
  2. jom2 kita jadi idol utk mereka...=)

    ReplyDelete