Dekat pasaran memang banyak jenis breastpump. Dari harga
puluhan sehingga ribuan. Dari yang manual, elektrik dan batteri-operated. Ada
single pumping, ada double pumping. Nak beli atau sewa sahaja? Jadi mana satukah yang patut menjadi pilihan
kalbu ???
Hohoho…
PERLU DIINGAT! Ingat taw…
Bukan semua jenis pam yang dapat sesuai dengan ibu. Ada
orang lain guna pam spectra 3, hasilnya meriah-semeriahnye..ada yang guna pam
yang sama, tp hasilnya mendukacitakan. Jadi, lain ibu, lain kesesuaiannya.
Memilih pam yang ideal adalah satu task (kerja) buat si ibu itu untuk membuat
kajiannya dan pemerhatiannya sendiri.
Ada beberapa factor yang perlu di pertimbangkan oleh ibu itu
untuk memilih pam yang ideal buatnya…
BAGAIMANA ANDA MERANCANG UNTUK MENGGUNAKAN PAM ?
1.
Adakah anda memerlukan pam
untuk menyusukan anak ?
2.
Adakah anda merancang untuk
mengepam dan menyimpan stok susu?
3.
Adakah anda ibu berkerjaya
?
4.
Adakah anda akan berjauhan
dengan bayi untuk beberapa tempoh ?
BERAPA BANYAK MASA YANG ANDA PERLUKAN
UNTUK MENGEPAM
1.
Jumlah masa yang diperlukan
untuk mengepam adalah berbeza untuk setiap jenis pam, tetapi ada pam yang
tertentu dapat mengekspresi susu dengan tempoh yang singkat
2.
Jika anda hendak mengepam
di tempat kerja dan tidak mempunyai masa untuk mengepam, ibu2 boleh
mempertimbangkan penggunaan pam bateri atau elektrik. Double pumping juga boleh
menjimatkan masa kerana proses mengosongkan payudara dapat dijalankan serentak.
ADAKAH ARAHAN PENGGUNAAN PAM
SENANG UNTUK ANDA FAHAMI ?
1.
Kaji semula arahan yang
diberikan dan pilih pam yang mudah untuk ibu2 gunakan, bersih dan sebagainya.
Kalau dizinkan oleh penjual kedai, cubalah dahulu untuk memakai pam berkenaan –
tapi kadang2 peringkat awal kita memang ambil masa sedikit untuk menggunakan
pam, tapi apabila dah seminggu dua, insyallah dah senang dan cekap kita
menggunakannya =) .pengalaman saya yang menggunakan medela freestyle yang
banyak aksesori theee
DIMANA ANDA AKAN MENGGUNAKAN PAM
1.
Pam manual & batteri
operated senang untuk dibawa ke sana-sini dan tidak menggunakan ruang yang
besar didalam beg. Pam letrik pula memerlukan suis/sumber letrik dan agak sukar
sikit untuk bawa ke sana-sini – tapi pada saya, ia tidak menjadi masalah besar
pun =)
Mungkin pam manual boleh dijadikan pam
alternative yang perlu ada bagi menghadapi saat2 kecemasan. Tapi kalau dah
pandai marmet, no hal lah =)
ADAKAH ANDA PERLUKAN PAM YANG SENANG UNTUK DI BAWA KE SANASINI
1.
Jika anda kerap
berulang-alik atau memerah di tempat kerja, mungkin boleh mendapatkan pam yang
ringan dan kecil atau simpan satu pam di pejabat – kalau ada bajet lebih, boleh
je beli banyak2 pam he3
ADAKAH BREAST SHIELD SESUAI UNTUK
SAYA ?
1.
Carilah breast shield yang
sesuai dan selesa dengan payudara anda.
DIANTARA PAM YANG TELAH BERSAMA SAYA.HE3
No comments:
Post a Comment