Bila orang bertanya, apekah makanan pertama yang paling baik untuk bayi ?
Susu unta ? Susu kambing ? Susu lembu? Susu ibu?
Jawapannya semestinya SUSU IBU..
Walaupun Rasulullah lahir di tanah yang banyak dengan kambing dan unta, susu Halimah juga menjadi pilihan. sebab apa ? sebab sesuai dengan keperluan tubuh badan bayi.
Jadi secara peribadinya, apabila saya dengar orang declare kata produk itu ini sesuai untuk digunakan untuk bayi bawah 6 bulan, saya kurang percaya. sebab saya lebih yakin dan obses dengan ciptaan Allah yang ajaib ini ( susu ibu ) untuk bayi.
' setiap 4000 mamalia di bumi ini menghasilkan susu yang berbeza2 mengikut keperluan anak2 mereka. jadi, susu ibu amat sesuai untuk bayi manusia kerana ia memenuhi semua keperluan nutrisi badan mereka' oleh Ruth Lawrence, MD, Profesor O&G Universiti Rochester,NY.
sememangnya susu ibu ini menjimatkan! jimat wang untuk beli susu formula dan perbelanjaan perubatan.
Macam2 syarikat produk susu cuba mengeluarkan susu formula yang terbaik dan hampir menyerupai susu ibu. Namun hakikatnya, susu ibu tidak dapat di tiru 100% kerana ia adalah ciptaan Tuhan, bukan ciptaan manusia. ciptaan manusia banyak kurangnya dan tidak sesempurna ciptaan Tuhan ~ ohh syukur ya Tuhan atas penciptaanMu yang Maha Sempurna.
Susu ibu sangat kompleks dan para saintis masih lagi terus membongkar dan mengkaji nutrisi yang ada dalam susu ibu. apa yang sungguh ajaibnya susu ibu ini, nutrisinya akan berubah2 mengikut keperluan bayi. susu daripada ibu yang melahirkan anak pra-matang dengan susu dari ibu yang melahirkan bayi normal adalah berbeza. susu ibu di waktu tengahari @ panas, berbeza dengan susu ibu ketika waktu malam. sebab kenapa susu ibu di waktu tengahari lebih cair sedikit ,ia adalah kerana untuk menghilangkan dahaga bayi di waktu tengahari yang panas.
Susu manusia mengandungi sel hidup, hormon, enzim aktif, immunoglobulin dan ikatan2 kompaun yang sangat unik dimana ia TAK MAMPU DI TIRU OLEH SUSU FORMULA
Kelebihan susu ibu
1. Nutrisi : susu ibu mengandungi fatty acid, laktosa, air dan amino acid yang sesuai untuk penghadaman, perkembangan otak dan tumbesaran dengan amaun yang sepatutnya.
Susu lembu mengandungi protein yang berbeza dengan susu ibu yang mana ia sangat sesuai untuk anak lembu, tetapi bermasalah kepada bayi untuk menghadamkannya. bayi yang meminum susu formula akan nampak lebih debab dan gemuk tapi tidak semestinya sihat. dikhuatiri obesiti.
Susu ibu mengandungi 100 ramuan yang tidak terdapat dalam susu formula. tiada anak yang akan allergik pada susu ibunya melainkan terdapat beberapa tindakbalas kepada pemakanan ibu. tapi bila si ibu memberhentikan makanan yang menyumbang kepada reaction tu, susu ibu dah takde masalah!
2. Immunisasi : susu ibu akan memindahkan antibodi penyakit dari ibu kepada anak. 80% sel dalam susu ibu dapat membunuh bakteria, fungus dan virus. tambahan pula, ibu akan menghasilkan antibodi terhadap penyakit2 yang ada di persekitaran yang menjadikan susu ibu boleh bertukar2 komposisi nutriennya. Ajaib!!
saluran pencernaan bayi yang meminum susu ibu akan diliputi oleh Lactobacillus bifidus ( bakteria yang sangat berguna untuk menghalang pertumbuhan organisma berbahaya )
** update**
kelebihan breastfeeding
bayi yang meminum susu ibu sebenarnya membina rahang di bahagian mulut yang kuat. sebab, apabila baby nak minum susu dari payudara ibunya, baby perlu rangsang terlebih dahulu payudara ibu sebelum kilang susu merespon untuk mengeluarkan susu. jadi latihan ni memang bagus untuk menguatkan rahang, pertumbuhan gigi yang lurus dan sihat. berbeza dengan bayi yang minum susu menerusi botol. puting botol, apabila dihisap terus mengeluarkan susu. jadi bayi tidak mengalami sebarang latihan untuk rahangnya.
dari segi psikologi, penyusuan susu ibu membina emosi bayi yang stabil. ini kerana keadaan bayi yang berada dalam dakapan ibu, melihat wajah ibunya, skin-to-skin contact dengan ibu membuatkan mereka merasa selamat dan hangat. berbanding memberikan susu botol, bayi adakalanya di letakkan di atas tilam sambil meneguk susu! tidak wujud skin-to-skin contact.
jadi mari kita gunakan pemberian Allah (susu ibu) ini dgn sebaik2nya.. kerana Allah adalah sebaik2 Pencipta...
No comments:
Post a Comment