Fungsi Oksitosin semasa bersalin
oksitosin ni nama glamer yang lain, hormon KASIH SAYANG. hormon ini terlibat semasa hubungan intim suami isteri, ketika melahirkan bayi, ketika menyusukan anak. ia menyebabkan kita berasa emosi yang lapang dan membuahkan perasaan kasih dan cinta. tindakbalas sel2 reseptor terhadap hormon ini makin bertambah apabila kita hendak bersalin. oksitosin nilah yang merangsang berlakunya kontraksi dan membantu membuka pintu pangkal rahim untuk membenarkan bayi keluar, membantu pengeluaran placenta dan mengawal pendarahan placenta.semasa proses bersalin tu, bayi akan menekan di bahagian pelvik dan juga tisu2 di sekitarnya.
risiko bila tahap kosentrasi oksitosin rendah semasa hendak bersalin :
- memberhentikan kontraksi dan akan memanjangkan tempoh kelahiran
- pendarahan yang banyak pada placenta selepas kelahiran
Fungsi hormon endorfin semasa bersalin
hormon ini akan bertindakbalas sebagai ubat pelega/penenang kesakitan apabila tubuh mengalami kesakitan dan stress. kepekatan hormon ni juga meningkat apabila kita hampir hendak bersalin. kepekatan endorfin akan terganggu dengan penggunaan sebarang ubat penahan sakit ( cth epidural ). kandungan endorfin yang tinggi semasa proses bersalin akan membantu ibu2 untuk melalui proses kelahiran bayi dalam keadaan sedar walaupun ia amat sukar, panjang dan menyakitkan! walaupun melalui kesukaran ini, dengan kepekatan endorfin yang tinggi ni, ibu2 akan menjadi lebih cergas dan penuh perhatian untuk mengenali dan menjaga bayi baru. dalam tempoh awal ini, endorfin dipercayai memainkan peranan untuk memperkukuhkan hubungan di antara ibu-anak.
risiko apabila tahap konsentrasi endorfin rendah :
- rasa sakit yang melampau ketika hendak bersalin dan menganggu proses kelahiran untuk berjalan dengan lancar.
Fungsi adrenaline semasa bersalin
adrenaline memainkan peranan penting dalam kelangsungan hidup manusia. wanita yang terlalu takut atau sakit semasa bersalin, tahap adrenalin akan meningkat di dalam tubuh. adrenaline ni akan memberhentikan atau melambatkan proses bersalin.
kepekatan adrenalin yang tinggi akan menyebabkan :
- bayi dalam kandungan akan mengalami stress.
- contraction akan berhenti atau berlaku secara amat perlahan dan membawa kepada proses kelahiran yang sungguh panjang
- meningkatkan perasaan cemas dan kesakitan pada ibu
- kemudian boleh membawa kepada risiko untuk melahirkan bayi secara caesar (setelah kelahiran secara normal mengalami gangguan)
akan bersambung dengan topik : Cara untuk mengekalkan keseimbangan hormon semasa bersalin
No comments:
Post a Comment