LamanUtamaOrganizerMamaBank ArtikelProduk

Jadual yang padat...

Bismillahirrahmanirrahim...

Sudah amat lama tidak menulis di blog. Saya cuma berkesempatan membuat 'update' di facebook sahaja kerana keterbatasan waktu. Itupun kadang-kadang tidak sempat membuka internet 1-2 hari. uhhhh...
Bekerja dari rumah tentunya memerlukan komitmen masa, tenaga yang sangat banyak. Apetah lagi saya punyai 'pembantu cilik' yang memerlukan perhatian penuh.

Masa 24 jam yang dahulunya terasa panjang, kini teramat singkat buat saya. Segala-galanya perlu dilakukan. Kerja rumah, mendidik anak-anak, menjana pendapatan, melayan suami, memasak dan sebagainya. Betapa berharga masa ini. Saya selalu ingat apabila anak-anak tidur, saya juga dapat berehat bersama-sama mereka. Namun apabila saya ingin tidur, kepala saya tidak berhenti berfikir tentang tugasan yang perlu dilakukan. Akhirnya, saya tidak tidur ! Masa anak-anak tidur, adalah masa saya untuk bekerja. 

Dahulu saya hanya makan gaji. Kalau saya rajin ataupun malas, gaji tetap masuk setiap hujung bulan. Ada masa untuk melepak, tidur, 'window shopping' dan sebagainya.
Tetapi kini, semuanya berubah..
Kalau saya malas, saya tidak akan dapat duit! Bila tiada duit, saya tidak boleh berbelanja. Jadi, harus menjadi rajin.

Amat jarang saya ke KL untuk meronda-ronda, bersiar-siar, cuci mata di kompleks membeli-belah. Kerana kesuntukan masa. Saya ke KL pun apabila ada urusan penting sahaja. selebihnya, berada dirumah.. Saya lebih selesa dan bahagia bersama anak-anak dirumah, bekerja bersama mereka yang merupakan ' VERY GOOD HELPER'.

Saya suka karier saya sebagai Work-At-Home Moms. ..
Jalan saya baru bermula dan mudah-mudahan dipermudahkan dan saya tabah mengharungi ranjaunya.
kerana SURIRUMAH adalah pilihan saya!


Aktiviti Homeschool : Cara mengendalikan kain kotor dan mengenali detergen



Aktivit Homeschool : Mengetahui cara-cara melipat baju dan menyusunnya


Imam muda Faqih yang sungguh montel..




Aktiviti Homeschool : Membuat pizza bersama rakan se-homeschool


Ceria bersama-sama


Salam kasih dan sayang * peluk*