Bagaimana dengan amalan kita di madrasah tarbiyah ini ?
Untuk Ramadhan yang masih berbaki ini, mari kita gunakan sebaik mungkin masa bersama Ramadhan kerana ia adalah sebaik-baik bulan, yang sangat banyak ganjarannya...
Belum tentu kita akan temui Ramadhan di tahun hadapan.
Perbanyakkan memohon keampunan dariNya, memohon hajat kepadaNya...
Saya ingin berkongsi pengalaman saya belajar solekan dengan salah seorang jurumekap artis yang sangat muda. Saya sangat sukakan tekniknya, itu yang membuatkan saya sanggup turun ke Senawang untuk belajar ilmu itu. Kalau nak harapkan kelas Cik Suhana di Shah Alam, memang tak dapat gamaknya sebab kelas Cik Suhana memang 'hot seat'.
Saya sukakan teknik Cik Suhana yang tidak mencukur kening.
Muka sebelum di conteng...
* apapun, saya sukakan muka saya yang lebih natural...
Dengan bantuan Cik Suhana juga, dapat hasil begini...
Tengok kening itu... sebiji macam cukur.... Hasil tunjuk ajar cikgu.
Isshh..seriau mak tengok manusia ini. mcm tak kenal....
Jadi apa yang saya pelajari pada hari kejadian, dari pagi sampai petang adalah teknik bersolek untuk digayakan di majlis. Walaupun begitu, dengan ilmu yang telah dicurahkan, saya sudah tahu teknik bersolek untuk setiap hari dan solekan untuk suami ketika 'private time'. >o<
Disebabkan fokus saya untuk bersolek untuk biasa-biasa sahaja dan bersolek buat Maharaja saya, jadi saya lebih suka menggunakan Mineral Make-up yang mana lebih selamat untuk kulit. Lagipun, nanti nak pakai di malam hari, lebih elok calitkan solekan yang selamat untuk kulit kita. Mineral make-up memang mahal berbanding make-up biasa ( tetapi ada make-up yang berjenama lebih mahal dari Mineral make-up ), tapi yang penting ia selamat untuk diri kita.
Contoh mineral make-up : LovingMinerals, Kiss Mineral, Skin Food, Forest Secret
Itu sahaja cerita saya buat masa ini...
Jaga diri..
Mari mencantikkan muka buat Maharaja...
No comments:
Post a Comment