LamanUtamaOrganizerMamaBank ArtikelProduk

EBM Cair di dalam Freezer

Ramai sebenarnye yang tertekan apabila berhadapan dengan situasi ini, dimana stok susu yang disimpan di dalam bahagian beku gara2 black-out atau suis peti sejuk tertutup atau pintu peti sejuk tidak di tutup rapat mencair. saya pernah juga melaluinya. pada ketika itu saya tertekan kerana memikirkan betapa mahalnye nilai stok susu kemudian di kira dengan penat lelah mengumpul stok...Allahuakbar...saya menangis ketika melaluinya..

ketika itu saya cuba mencari informasi di laman web berkenaan hal ini. tapi yang saya jumpa, rata2 menambah kesedihan di hati. semua menulis bahawa susu yang telah cair, PERLU DIGUNAKAN DALAM TEMPOH 24 JAM. sekiranya melebihi tempoh berkenaan, SUSU TERSEBUT PERLU DIBUANG  *noktah*    kenyataan2 ini memang menghampakan saya.

tapi ketika itu, suami saya bagi melemparkan kata2 yang membuatkan saya berfikir sejenak.
"kalau rasa mampu nak buang, buanglah. kalau rasa x mampu nak buang, simpan dan bekukan semula. kita tengok implikasinya. apa yang mereka cakap tu sekadar garis panduan shj "
jujur saya kata, SAYA TAK MAMPU NAK BUANG! sebab saya TAK SANGGUP NAK BUANG.

jadi saya tandakan susu2 yang cair tu supaya saya mudah nak kesan susu mana yang pernah cair kemudian dibekukan semula.
pada waktu itu saya bertawakal sepenuhnya supaya susu2 ini tidak membahayakan Sakinah.
setiap kali 'susu cair yang dibekukan semula' ini hendak diberikan pada Sakinah, saya akan rasa dan bau dahulu. rasa dan bau masih sama seperti susu beku lain.
dan kesannya, Sakinah cepat lapar apabila meminum susu ini. tapi tidak pula dia cirit-birit. dari situ saya mula merasakan bahawa terdapat perubahan komposisi nutrien susu tersebut.

mula2 saya merujuk kes ini ke Pn.Azah, Kaunselor Laktasi Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mendapatkan pandangan. pada mulanya, memang beliau menyarankan supaya dihabiskan susu cair dalam tempoh 24jam. tetapi, bayi mana yang mampu meminum 100 oz sehari??? kemudian, beliau bersetuju supaya susu tersebut dibekukan semula tetapi perlu dihabiskan dengan kadar segera. ini kerana perubahan komposisi nutrien yang berlaku menyebabkan susu tersebut sudah seperti air masak sahaja. 

Kemudian saya rujuk juga kepada Pn. Siti Mariam dari Pusat Laktasi Kebangsaan. ayatnye juga seperti Pn.Azah cuma dia menambah bahawa susu yang sudah cair perlu dihabiskan dalam  tempoh 24jam adalah bagi MENJAMIN KESEMPURNAAN KOMPOSISI NUTRIENNYA.

wallahualam...
semoga ini sedikit sebanyak dapat mengubat lara hati ibu2 yang berdepan dengan situasi ini... ini adalah sekadar catatan pengalaman saya.

nota : pastikan susu yang cair itu masih sejuk dan tiada perubahan bau dan rasa. kalau sudah ada rasa dan bau masam, baiklah dibuang sahaja.

8 comments:

  1. ianya terjadi pd saya... memang luluh rasanya hati... bila semua stok tersebut cair begitu sahaja. penat sy menyimpannya... huhuhhuuhuhhh.... memang rata2 org kata, kena habiskan dlm 24jam.. last2, saya gunakan utk mandikan dia jer....

    http://sukadukaceritaku.blogspot.com/2011/11/ya-allah-kuatkan-semangatku.html

    ReplyDelete
  2. kyan share ye dekat my blog www.azyanmasiron.net

    ReplyDelete
  3. sy nk tny puan..sy baru menghadapinya..adakah puan habiskan susu yg dibekukan semula?adakah efek dia hanya bayi cepat lapar?

    ReplyDelete
  4. As salam...saya baru melaluinya semalam..hingga saat ini saya masih mencari info2 samaada masih boleh ke saya menyimpannya. Info dari blog puan sangat membantu dan sedikit melegakan. Saya pun tk sampai hati nak membuang..semalaman menangis. Saya cuba untuk consume secepat mungkin. Semoga Allah memberikan kesihatan yang baik untuk anak2 kita. Sesungguhnya susu ibu adalah yg terbaik. In sha Allah!

    ReplyDelete
  5. As salam...saya baru melaluinya semalam..hingga saat ini saya masih mencari info2 samaada masih boleh ke saya menyimpannya. Info dari blog puan sangat membantu dan sedikit melegakan. Saya pun tk sampai hati nak membuang..semalaman menangis. Saya cuba untuk consume secepat mungkin. Semoga Allah memberikan kesihatan yang baik untuk anak2 kita. Sesungguhnya susu ibu adalah yg terbaik. In sha Allah!

    ReplyDelete
  6. Saya melaluinya hr ini..freezer tk rpt..pg br nmpk..sedihnya.cair tp masih sejuk...terus google...smua jwpn menyedihkn...cerita puan akhirnye mengurgkn sedih sy...sy decide nk refreeze jugak dan tndakan pd pack2 susu tu..

    ReplyDelete
  7. Saya mohon share info ni puan.

    ReplyDelete