LamanUtamaOrganizerMamaBank ArtikelProduk

Mind-set



kita selalu sebut tentang mind-set. tapi apekah kita mengerti apekah itu MIND-SET?
kenapakah mind-set berkait rapat dengan kejayaan dalam penyusuan susu ibu? 
Mind-set apabila diterjemahkan ke dalam bahasa ibunda kita, maksudnya TETAPAN MINDA.
tetapan minda ni adalah settings pada diri kita. mcm setting handphone. kalau kita nak tetapkan settingnya berbahasa inggeris,maka hp kita akan berinteraksi dgn kita melalui bahasa inggeris. call-answer-reject-missed call-message receive dsbnya.
kalau kita tetapkan bahasa melayu pula, jadilah yang sebaliknya. jadi, handphone kita adalah apa yang kita tetapkan. begitulah dengan diri kita.. kita adalah apa yang kita set/tetapkan.
jika kita setkan pada minda bahawa kita rajin, maka rajinlah kita.
kalau kita setkan kepada minda bahawa kita ni pemalas, maka pemalaslah jawabnya.
mindset kita boleh berubah2 mengikut ketetapan minda kita. 
kita buat tetapan minda ini setiap hari dengan atau tanpa kita sedari. hasilnya dapat dilihat ke atas tingkahlaku, pemikiran kita.
minda ni sebenarnya bekerja mengikut fikiran kita. fikiran kita pula di pengaruhi oleh hati kita. hati yang bersih akan memberikan impak yang bersih juga pada pemikiran kita. hati yang kotor akan mengotorkan pemikiran kita.
percaya x??
situasi nya...sepasang suami isteri didatangi remaja yang meminta sedekah untuk bantuan pembinaan sekolahnya ketika di stesen minyak.
suami : ambillah nak duit ini. moga2 Allah memberkati hidup nak kerana membantu agama Allah
isteri : (setelah remaja tu pergi ) abang, orang sekarang mcm2lah. banyak yang tipu itu ini. kata untuk pembinaan sekolah, tapi duit tu pun entah ke mana nanti.tak boleh percaya sangat.
suami : xpelah yang. yang penting perbuatan kita bersedekah tu dah di catat oleh Malaikat dlm buku amalan kebaikan. yang selebihnya, Allah Maha Mengetahuikan....(suami tersenyum)
di sini kita boleh nampak perbezaan tetapan minda. positif dan negatif.
untuk memastikan hati sentiasa bersih, banyakkan zikrullah (mengingati Allah), sentiasa mendampingi Allah, hadiri majlis ilmu, banyakkan pembacaan ilmiah, bergaul dengan orang2 yang positif,sentiasa berkata pada hati untuk sentiasa memberi pada orang lain. kerana Allah tidak akan lokek untuk kita yang suka memberi..
untuk itu, ibu2....  mulai hari ini, buatkan tetapan minda untuk memberikan yang terbaik untuk anak2, sentiasa berfikir positif bahawa susu kita mencukupi buat anak. apabila kita terlalu rungsing memikirkan susu yang tidak mencukupi, akhirnya susu kita memang benar2 berlaku..iaitu susu susut. 
tidak dinafikan adakalanya kita punyai saat2 susu merudum, cuma kita jangan terlalu tertekan dengan situasi itu. teruskan tetapan minda bahawa SUSU SAYA CUKUP UNTUK ANAK SAYA, di samping usaha2 untuk memperbaiki keadaan.
kita adalah apa yang kita fikir...
JOM KITA BUAT TETAPAN MINDA POSITIF!!

------------------------------------------------------------------------------
saat saya berdepan dengan situasi kemerosotan penghasilan susu yang agak teruk. Namun alhamdulillah Allah masih mengurniakan saya kesabaran dan kekuatan menghadapinya. walau dari segi logik, saya mungkin tak mampu untuk meneruskan penyusuan susu ibu ini secara eksklusif. Tapi bila bercakap ttg REZEKI ALLAH, saya x mampu untuk memikirkannya dengan pemikiran manusia yang amat terbatas ini.
pada bulan lepas, ebm yang berada dlm freezer hanya20++. tp saya xtahu dari mana datangnya, skrg ia jadi 30++. padahal apabila saya mengepam di opis, saya hanya dapat membawa pulang susu yang cukup untuk esok sahaja! kemudian saya akan tarik lagi 2 peket dr stok dlm freezer. sepatutnya stok dalam freezer menyusutkan? yelah saya tarik je, tapi x top up pun..
apa yg berlaku,adakala susu 4 botol yang saya bekalkan pd pengasuh anak saya, hanya diminum 2-3 botol shj. jadi yang lebih saya akan bawa keesokan harinya. 
dan sekarang Sakinah bergantung pada susu ibunya dan susu ibu susuannya ( K.Intan & K.Aisah )..kepada ibu2 susuan sakinah...i love u all very much. kerana Allah telah mengutuskan anda buat anakanda saya untuk meneruskan kelangsungan hidup ini...


saat kemeriahan satu masa dahulu..


situasi sekarang...

No comments:

Post a Comment