Triffle

harini nak kongsi resepi puding triffle yang telah saya buat. 



menu petang : puding triffle dengan strawberi milkshake


Puding Triffle
bahan2 :
3 sudu tepung kastard ( bancuh terlebih dahulu dengan air supaya ia larut semuanya )
1 tin air 
1 tin susu cair
4 sudu gula pasir
1 tin buah2an cocktail
kek swiss roll / apa2 shj kek
agar2 nona


cara :
( untuk puding kastard )
1. didihkan air dan gula dalam periuk. kacau perlahan2
2. kemudian masukkan bancuhan tepung kastard tadi ( api biar perlahan )
3. masukkan 1 tin susu cair. kacau perlahan2
4. bila dah nampak likat sedikit, masukkan buah2 cocktail
5. bila dah likat, tutup api dan biarkan sejuk sikit


( untuk agar2 nona )
1. ikut arahan seperti di label. ( psst : saya guna setengah sahaja paket agar2 tu memandangkan yang nak makan nanti dua orang sahaja )
2. biarkan agar2 tu sejuk sedikit ( tapi jangan sampai ia menjadi agar2 di dalam periuk ye )


dalam acuan/bekas
1. susun kek sebagai 'base' dalam acuan
2. kemudian masukkan puding kastard melapisi bahagian atas kek tadi.
4. agar2 nona di tuang pada bahagian atas puding kastard


Strawberi milkshake
bahan2:
1. air kotak susu dutchlady strawberi
2. ais batu
3. buah strawberi, chocolate rice ( sebagai hiasan )
4. gula pasir - ikut kemanisan masing2 


cara :
1. blend susu strawberi, ais,gula sampai hancur ( jadi macam ala2 slurpee 7 eleven tu )
2. tuang dalam gelas dan hias dengan buah strawberi dan chocolate rice.
3. tambahan : asben saya suka letak aiskrim sebagai topping nya.


pesanan penaja : presentation mesti class okeyh! =)

No comments:

Post a Comment