LamanUtamaOrganizerMamaBank ArtikelProduk

Anak & Ibu Susuan

sudah lama saya tidak menulis entri. mohon maaf pada yang menunggu entri2 baru.
hari ni saya nak menyentuh tentang perihal anak susuan dan ibu susuan. memandangkan isu ini kini, sudah mula mendapat perhatian masyarakat. saya tidaklah ingin mengupas isu ini secara sendirinya memandangkan ilmu agama saya yang masih cetek. saya cuma membawakan informasi2 yang telah saya dapati dari ulama... semoga ia menjadi panduan kita semua..



susu yang diterbang khas dari Mama Aisah untuk Sakinah


sedikit latar belakan kisah..
Khawlah Sakinah mempunyai 2 orang ibu susuan kini.. satu ada kakak ipar saya sendiri, K.Aisah yang kini berada di Labuan. dan satu lagi sahabat karib saya, K.Intan Safinar yang merupakan course-mate saya, opismate husband saya...
saya mengalami masalah bekalan susu. jadi susu2 dari ibu2 ni yang me-'top-up' bekalan susu saya.. saya tak sanggup memberikan sakinah susu lain selain susu ibu kerana hak Sakinah adalah mendapatkan susu ibu sehingga umurnya 2 tahun.



Khawlah Sakinah dengan ibu susuannya, K.Intan Safinar
proses pengagihan dan pengosongan freeser =)


Bismillahirrahmanirrahim..


Anak Susuan Dalam Hukum Haram Pernikahan
Apabila seorang wanita itu menyusukan anak orang lain dengan air susu hasil dari perkongsian perempuan itu dengan suaminya, maka jadilah anak itu sebagai anak susuan kepada KEDUANYA ( SUAMI & ISTERI ). 
sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Sayyidatina `Aisyah Radhiallahu`anha beliau berkata :
Maksudnya : " Sesungguhnya Aflah saudara Abi Al-Quraisy meminta izin kepadaku ( untuk masuk ) setelah turunnya ayat Hijab, lalu aku berkata : " Demi Allah tidak aku mengizinkannya masuk sehinggalah aku meminta izin kepada Rasulullah SAW. kerana saudara Abi Al-Quraisy bukanlah orang yang menyusuiku akan tetapi yang menyusuiku adalah isteri Abi Al-Quraisy "
Kemudian Rasulullah SAW masuk kepadaku maka aku berkata " Wahai Rasulullah sesungguhnya lelaki itu bukan orang yang menyusuiku akan tetapi orang yang menyusuiku adalah isterinya ( Abi Al-Quraisy "
Rasulullah bersabda " Izinkanlah dia kerana sesungguhnya dia adalah bapa saudaramu "
`Urwah berkata " Oleh kerana itu `Aisyah berkata " Haramkanlah daripada sesusuan apa yang haram kerana nasab keturunan "
-Hadith Riwayat Bukhari -


Oleh itu, jadilah anak susuan itu mahram kepada perempuan yang menyusukan dan suaminya, begitu juga keturunan suami siteri. berikut adalah mahram kepada anak susuan tersebut :


1. Perempuan yang menyusukan
2. Suami ibu susuan
3. Ibubapa kepada ibu susuan
4. ibubapa kepada suami ibu susuan
5. Adik-beradik kepada ibu susuan
6. Adik-beradik kepada bapa susuan
7. Anak2 kepada ibu dan bapa susuan


Manakala orang2 yang menjadi mahram kepada ibu susuan dan bapa susuan adalah anak yang disusukannya, begitu juga kepada anak susuannya dan kebawah ( contoh : Sakinah meminum susu K.intan. hubungan K.intan & suaminya dengan sakinah adalah hubungan mahram. apabila sakinah dah kawen kelak, anak sakinah nanti tetap menjadi mahram kpd K.intan dan suami  )
Tetapi ibubapa, nenek, ibu atau bapa saudara dan adik beradik kepada anak tersebut tidak menjadi mahram kepada ibu dan bapa susuan berkenaan.
( contoh : saya  & suami tidak menjadi mahram dengan K.Intan dan suami, mak ayah saya tidak menjadi mahram kepada K.Intan & suami, adik beradik saya mahupun adik beradik suami saya tidak menjadi mahram kepada K.Intan & suami, adik beradik sakinah nanti juga tidak menjadi mahram kepada K.Intan & suami )
Hukum mahram itu hanya kepada anak yang menyusu itu hingga furu`nya seperti anak2nya, cucu dan ke bawah.


wallahualam


~di petik dari BRUNET


Nota : Untuk mama Aisah dan Ibu Intan, terima kasih yang tidak terhingga atas jasa kalian..Andalah insan mulia di hati saya dan keluarga..Semoga Allah memberkati hidup kalian dunia dan akhirat. ameen

5 comments:

  1. Sesungguhnya Allah Maha Adil dan Maha Penyayang..

    ReplyDelete
  2. Adakah anak susuan akan menjadi mahram kepada pakcik (adik/ abang emak) kepada ibu susuan?

    ReplyDelete
  3. apabila anak tersebut telah meminum susu dr seseorang wanita itu,maka hubungannya dgn kaum kerabat ibu/bapanya adalah seperti hubungan anak kandung wanita itu sendiri dgn kaum kerabat ibubapanya.

    ReplyDelete