LamanUtamaOrganizerMamaBank ArtikelProduk

Popia Sardin, Classic Potato Salad & Mc'flurry



saya buat sardin mayo banyak2 dan kemudian simpan dalam peti untuk di sapu pada roti bila2 masa kelaparan. jadi, tak payah beli sardin mayonis yang dah siap dalam tin tu. dahla mahal, sikit pula tu. tak puas makan hu3
untuk buat sardin tu...


INTI SARDIN MAYONIS
1 tin sardin
3/4 buah lemon ( ambil jus perahannya sahaja )
garam
serbuk lada sulah 
mayonis


hancurkan sardin, kemudian masukkal jus perahan lemon dan akhirnya tambahkan garam dan serbuk lada sulah sesedap rasa. campurkan pula mayonis 3 sudu besar atau lebih mengikut selera. saya letak banyak sebab suami saya sukakan mayonis =)
dah siap untuk disapu pada roti dan selebihnya simpan dalam bekas tertutup dan masukkan dalam peti sejuk.


POPIA SARDIN
bahan2 : 
kulit popia
1 biji telur
gunakan sardin mayonis yang kita dah buat tadi


cara2 :
letakkan sardin mayo di atas kulit popia, kemudian gulung macam popia. 
untuk melekatkan bahagian hujung popia, sapukan telur sedikit kemudian lekatkan.
goreng di dalam minyak panas.
bila dah popia dah masak, boleh dihidangkan


CLASSIC POTATO SALAD
3-4 biji kentang ( di rebus sampai lembut )
1-2biji bawang merah di racik halus
1 batang carrot di hiris halus
3 sudu besar mayonis
serbuk lada sulah dan garam
* pilihan : letakkan serbuk daun basil untuk menaikkan bau


cara2 :
rebus kentang terlebih dahulu sehingga lembut.
masukkan ke dalam mangkuk dan lenyekkan kentang.
masukkan carrot dan bawang merah, gaul dengan sekata.
kemudian diikuti dengan mayonis, garam dan serbuk lada sulah.
kalau menggunakan daun basil, tabur serbuk daun tersebut di pada salad tadi.
siap di hidang ( boleh dimakan begitu shj atau makan dengan chicken chop )


MC'FLURRY
bahan2
m&m 
3-4 scoop aiskrim vanila
3 cawan susu uht 


cara2 :
blend semua bahan di atas sehingga hancur. kemudian boleh dihidangkan..
rasanye, macam di Mc'D he3

No comments:

Post a Comment