" better u bagi baby u minum susu formula utk turunkan jaundice ni.sebab anak i ketiga2nya semua ok bila bagi susu formula. eloknya,lepas baby lahir je, terus bagi "
" awak kena juga bagi baby susu di kedua2 belah breast. sebab yang kanan tu nasi, kiri tu air. bila tak bagi kedua2 belah,tu yang baby sembelit"
" kalau kita perah selalu susu kita, nanti susu kering..mak akak selalu pesan macam tu"
" waktu mengandung, tak boleh menyusukan anak. si abang tu mcm rampas hak adik dlm perut"
" tak elok sebenarnya simpan susu dalam peti ais. susu tu dah tak berkhasiat.nanti baby kembung"
" kalau jaundice baby tinggi, bagi baby makan nestum, rendam dalam air sensei, bagi susu kambing"
" susu kuning yang awal tu x elok untuk bayi sebab ia adalah susu lama yang dah bertukar menjadi nanah"
" payudara yang membengkak menghasilkan susu yang basi"
" susu awak tak bagus. tu yang badan baby awak kurus shj.tengok anak saya,minum susu tin..badan debab2"
dan banyak lagi pesanan dan tips2 dari orang yang kurang bertauliah.
akibatnya, si anak juga si ibu yang jadi mangsa.
sistem penghadaman dan pencernaan anak terpaksa bekerja dengan keras untuk memproses nestum, susu formula,susu kambing dsbnya.
pesanan buat diri saya dan kawan2 lain, bila kita kurang jelas dgn sesuatu ilmu itu, adalah baik untuk kita rujuk kepada orang yang 'ahli' atau yang mempunyai kepakaran. jangan kita berani mengeluar dakwaan itu dan ini tanpa sumber yang sohih dan hanya bergantung kepada cakap orang2 tua dahulu dan pengalaman kita yang belum tentu betul.
tujuan kita memang murni untuk membantu orang lain, tapi jangan salah bantuan sudah.
kepada si ibu yang mempunyai masalah laktasi, terus rujuk kepada kaunselor laktasi...ia adalah lebih bagus dan menyelamatkan anda dan si kecil!
* saya bergerak sebagai 'mother-to-mother support' dalam laktasi. alhamdulillah saya telah mengikuti kursus laktasi 20jam anjuran Pusat Laktasi Kebangsaan dan insyallah akan meneruskan lagi pengajian di bidang ini.
No comments:
Post a Comment