LamanUtamaOrganizerMamaBank ArtikelProduk

Sumbangan EBM buat sakinah

alhamdulillah wa syukrulillah saya rafakkan pdNya..kerana disaat bekalan susu buat sakinah sudah kehabisan, masih ada insan yang sudi menyumbang bekalannya utk anak saya. terima kasih kepada kakak ipar saya yang berada di Labuan, Siti Aisah Mohd Ibrahim..juga x lupa utk abang saya yg kunun2 macho , Mohd Norhafiz yang sanggup mengendong barang ini naik ke atas flight dari Labuan ke Kuala Lumpur ( lain kali, bawak box yang lebih besar ye ha3 )



nota cinta dari Labuan di atas cooler box buat Khawlah Sakinah...



inilah bekalan susu yang diterbangkan khas dari Labuan..ia amat berharga buat saya dan Sakinah.


kenangan satu masa dahulu dikala susu masih banyak..
bekalan susu untuk anak susuan saya, Naurah Auni..

kenapa saya memerlukan sumbangan EBM ( express breastmilk )

saya telah mengalami masalah gangguan hormon yang agak kritikal. saya didatangi haid sejurus selepas nifas saya kering. darah nifas saya kering malam ini, esok petang saya terus didatangi period. mula2 cuak juga.bimbang takut2 yang keluar itu darah beku. tapi selepas jumpa gynae, doktor mengesahkan itu darah period. jadi utk kaedah perancangan keluarga menerusi kaedah penyusuan bayi secara eksklusif tidak berkesan buat saya, sebab sudah didatangi period! doktor siap pesan lagi " hati2 ye..jgn sampai ter'accident' sudah.." he3
sepanjang menyusukan Sakinah, saya tak pernah miss period. dan yang memburukkan keadaan bilamana 2 minggu sebelum saya didatangi period, fenomena kemerosotan produksi susu akan berlaku selama tempoh 2 minggu sebelum period dan sepanjang period ( period biasanya seminggu )..bayangkan, saya harus melalui situasi ini selama 3 minggu utk setiap bulan. 
kebiasaannya, saya mengepam di opis dengan kekerapan 4 sesi mengepam ( 9pg-12 tgh-2 ptg- 4ptg ) dan hasilnya 4-5oz/sesi. jadi saya akan bawa balik lebih kurang 16-20 oz..meriah gitu..=)
tapi apabila fenomena period ni datang, saya tetap teruskan sesi mengepam 4 kali. setiap sesi, saya berjaya mengumpul 1-1.5 oz..jadi saya hanya mampu membawa balik SATU BOTOL (4-5oz ) sahaja! inilah keadaannya dalam tempoh 3minggu setiap bulan. hanya ada satu minggu sahaja untuk saya mengumpul stok, tapi itu pun saya tak mampu menghasilkan susu yang sangat banyak. 
saya dah amalkan power pumping, makan macam2 supplement & milk booster, kerap mengosongkan breast..namun bila cik P datang, fenomena ini akan tetap berlaku. jadi saya pasrah dan kuatkan shj hati ini..walaupun adakalanya menitik air mata..tapi saya yakin, rezeki utk Sakinah ttp ada... saya terus mendapatkan khidmat nasihat pakar laktasi, Pegawai Zat Makanan di Jabatan Kesihatan Negeri..alhamdulillah semuanya memberikan saya sinar baru setiap kali saya berhadapan dgn situasi ini.

untuk memberikan FM pada Sakinah ???
ohhh tidaklah buat masa ini. keazaman saya masih ingin menyusukan Sakinah sehingga 2 tahun. kalaupun Sakinah x dapat susu ibunya sendiri, biar ibu lain yang menyusukan dia.. Suami saya juga amat prihatin tentang ibu susuan ini. dia amat menggalakkan saya mencari ibu susuan sekiranya saya x mampu menyusukan Sakinah. sebab kami semahu2nya ingin memberikan yang terbaik untuk Sakinah. lagipun kami tiada masalah dengan ibu & anak susuan..moga2 berkembang keluarga kami nanti =)

nota kaki : untuk menerima atau menderma susu ibu, ibubapa/suami isteri perlu mendapatkan salinan surat beranak anak, ayah dan ibu utk simpanan sbb mereka dah menjadi sebahagian dari keluarga kita dan haram berkahwin. juga perlu jalinkan hubungan yang baik di antara 2 keluarga.

No comments:

Post a Comment