LamanUtamaOrganizerMamaBank ArtikelProduk

Berjalan2 menaiki kenderaan awam bersama keluarga

Maaf ya kerana entri ini lewat di tulis...
Kerana terdapat pelbagai kekangan...


Pada hujung minggu lalu, kami bercadang hendak berjalan2 menaiki kenderaan awam dengan Sakinah. Sekali-sekali merasakan kenikmatan menaiki kenderaan awam. Lupakan sebentar kenderaan sendiri. 
Saya sungguh seronok meraikan masa bersama begini. Sakinah juga nampak teruja menaiki LRT. Apa yang saya lakukan semasa sesi ini...


Semasa di stesen LRT ( dari stesen Bandar Tun Razak ke Stesen Bandaraya )


1. Mengajar Sakinah cara-cara membeli token LRT. Dengan dibantu oleh ibunya, Sakinah akan memilih destinasi, kemudian memasukkan duit untuk bayaran token dan akhir sekali adalah mengambil token


2. Membantu Sakinah melalui pagar automatik LRT. Jadi Sakinah akan menyentuh token dan memasukkan token ke dalam mesin pagar tersebut.


3. Mengajar Sakinah tentang larangan2 dan keutamaan yang perlu dipatuhi semasa menaiki tren. Kemudian, pematuhan ke atas garisan kuning...



Muka teruja menaiki tren 



setiap kali menaiki kenderaan, tabiat Sakinah adalah hendak membuka kasut





Semasa berjalan ke Sogo ( melalui jambatan ke Sogo )


1. Apabila bertemu dengan orang yang meminta bantuan/derma di kakilima, meminta Sakinah menyerahkan sedikit sumbangan kepada mereka. Yang mengharukan hati saya seorang ibu, apabila Sakinah menyerahkan RM1 kepada seorang pakcik tua. pakcik tua itu lantas mencium tangan Sakinah..Terusik perasaan saya sebab selalunya yang akan mencium tangan adalah orang yang paling kecil. Itulah tanda penghargaan mereka kepada kita. 
Teringat pada nenek saya yang sudah uzur, akan mencium tangan kami apabila kami memberikan beliau buah tangan...tidak lekang dari mulutnya ucapan " terima kasih ", walaupun beliau sudah ada masalah daya ingatan.


Semasa di Sogo :


1. Sakinah banyak menghabiskan masa bermain bersama ayahnya sementara ibunya membeli-belah..Bukan saya tidak mahu mengajak Sakinah membeli-belah, cuma ayahnya kurang selesa untuk mengikut ibunya membeli-belah ha3 *memang tabiat perempuan ha3*


2. Kemudian apabila perut sudah berkeroncong, duduk sebentar di celah2 tiang untuk menikmati Waffle.. Kemudian datang 2 kanak-kanak arab, Muna dan Muhammad yang sangat teruja melihat Sakinah. Apabila Sakinah berguling atas lantai, si kakak akan mengangkat Sakinah..saya berharap juga Sakinah akan begitu pada adik2nya. Penat saya mengingat kembali perkataan2 Arab untuk berkomunikasi dengan anak2 Riyadh ini. Mak ayahnya mereka sedang membeli-belah. berani sungguh mereka kann..=)


Sesi makan...
tudung mak sudah herot-berot ha3


bersama kanak2 riang yang sungguh menghiburkan hati...




* terpegun melihat tren yang datang *


* kerusi batu yang mengujakan Sakinah juga*






Pelajaran yang amat menyeronokkan buat kami sekeluarga... Mengajar anak2 tentang kehidupan dan berdikari....

1 comment: