Saya telah diberikan keizinan olehNya untuk mengendalikan 2 masalah klien saya, iaitu bayi menolak untuk menyusu di puting ibu.
Kedua2 kes tersebut adalah melibatkan 'Nursing Strike' dimana bayi menolak menyusu terus pada payudara ibu secara tiba-tiba.
" Nursing Strike' ini biasa terjadi kepada bayi dengan pelbagai faktor yang menjadi penyebabnya. Nanti saya akan kongsikan info berkenaan dengan 'Nursing Strike' ini supaya ibu-ibu di luar sana tidak tertekan apabila mendepani situasi ini..
Ok...
Kaedah 'skin-to-skin contact' sangat membantu bagi mengembalikan bayi pada payudara ibu.
Caranya mudah sahaja...
sumber : google
1. Dapatkan ruang yang provasi untuk kalian berdua. Pilih tempat yang tenang, tanpa gangguan.
2. Pilih masa ketika bayi dalam keadaan mamai, ketika bayi sudah kenyang, ketika bayi baru sahaja bangun dari tidur ( gunakan tanda-tanda awal bayi yang kelaparan-tindakan seperti mencari2 ). Hal ini bertujuan supaya anda dan bayi tidak tertekan melakukan hal ini. Semoga bayi berada dalam keadaan seperti bermain2 dengan ibunya.
2. Si ibu perlu membuka bahagian dada sehingga ke perut tanpa pakaian. Si bayi perlu dibiarkan tanpa pakaian, hanya pampers. Biarkan kulit bayi menyentuh kulit ibu secara terus tanpa halangan.
Sepanjang sesi ini berlangsung, ibu jangan sesekali memaksa bayi supaya menghisap puting ibu. Berikan masa kepada anak anda untuk bermain-main dengan anda. Jadikan sesi ini salah satu sesi yang menggembirakan =)
Kaedah ini juga membantu dalam meningkatkan produksi susu ibu kembali. Sekiranya ibu-ibu mengalami kemerosotan produksi susu, cubalah lakukan teknik ini selain 'Power Pumping'
Mencubalah segala jalan bagi menjayakan penyusuan susu ibu secara eksklusif. Jangan sesekali ibu2 mengalah dengan apa jua rintangan sepanjang melalui perjalanan penyusuan susu ibu..=)
TQ so much kongsikan artikel yg sgt2 berguna utk ibu2 muda yg baru menjadi ibu. ;D
ReplyDelete