Alhamdulillah bertemu kita dengan Ramadhan ke-7.. Segala puji ke atasNya..
Seperti yang telah saya janjikan sebelum ini, saya kongsikan bersama ibu2 di luar sana tentang fenomena 'Nursing Strike' ( mohon maaf kerana saya tidak menjumpai terjemahan bahasa melayu yang sesuai untuk istilah ini )
Nursing Strike adalah situasi dimana anak menolak untuk menyusu di payudara ibu. Ia sama sekali tidak bermaksud bahawa anak itu sudah tidak mahu menyusu dengan ibu lagi ( wean-off ). Apabila nursing Strike berlaku, ia memberitahu kepada si ibu bahawa ada sesuatu yang tidak kena pada si anak. Jadi, ibu perlu mencari punca tersebut. Marilah kita menjadi penyiasat.. =)
fenomena Nursing Strike ini berlaku ketika usia bayi 3-8 bulan, namun begitu ia boleh terjadi juga pada masa-masa lain kerana ia melibatkan pelbagai faktor penyumbang. Dan kalau anda nak tahu, ia boleh memakan beberapa hari sehingga ke beberapa minggu.. sungguh dugaan buat ibu dan juga anak....
Jadi pada masa berlaku situasi ini, tugas si ibu adalah memerah/mengepam susu dengan kerap supaya dapat mengekalkan bekalan produksi susu walaupun anak tidak mahu menghisap terus pada payudara ibu.
Apakah punca-punca berlakunya Nursing Strike ???
1. Ibu mengalami mastitis
Pada ketika itu susu mula berkurang dan tahap kandungan sodium (garam) tinggi. Susu menjadi masin.
2. Pertumbuhan gigi bayi
bayi tidak selesa dengan gusinya.
3. Bayi sakit
Bayi mengalami selsema, jadi apabila menyusu terus di payudara ibu menjadikan sesi penyusuan itu lebih lama dan menyebabkan kesukaran kepada bayi untuk bernafas. Jadi bayi akan lebih suka minum dari botol kerana tempoh penyusuan yang mudah dan singkat.
Bayi mengalami jangkitan kulat dalam mulutnya menyebabkan bayi tidak selesa untuk menghisap dan menelan.
Jangkitan telinga bayi boleh menyebabkan bayi tidak selesa apabila telinga yang sakit itu dikenakan tekanan. Ini adalah melibatkan posisi semasa penyusuan yang mana bahagian telinga yang sakit dihimpit.
4. Reaksi stress oleh bayi kepada persekitarannya
Bayi juga mengalami stress. Mungkin persekitaran yang bising, panas dan sangat sejuk.
5. Tempoh pengasingan di antara ibu dan bayi yang lama
Menyebabkan bayi mula kurang merespons kepada hisapan di payudara ibu ( Hisapan di payudara ibu memerlukan bayi bekerja keras berbanding hisapan di botol )
6. Masalah pengurangan bekalan susu ibu
mungkin berpunca daripada penggunaan puting tiruan yang berlebihan, ibu menghidapi penyakit atau kurang rangsangan pada payudara.
7. Perubahan rasa pada susu ibu
Ia melibatkan pemakanan ibu. Kajian menunjukkan bahawa ibu yang minum banyak kafein akan menjejaskan rasa susu. Sesetengah vitamin dan ubat-ubatan juga boleh memberi kesan kepada rasa susu ibu.
8. Trauma
Kebiasaan bayi yang mula tumbuh gigi dan akan menggigit puting ibu manakala reaksi si ibu pula akan menjerit. perkara ini menyebabkan bayi terkejut dan trauma.
Teknik pemberian susu kepada anak semasa Nursing Strike
1. Cawan : pemberian menerusi cawan dapat mengurangkan risiko anak cenderung meminum susu menerusi puting botol
5. Hazel-baker system
Bagaimana mendepani situasi ini ??
1. Susukan bayi anda ketika mereka dalam keadaan mengantuk.
2. Rujuk bayi anda kepada doktor supaya bayi yang berpenyakit dapat dirawat.
3. Cuba menyusukan bayi dengan pelbagai posisi dan anda akan menemukan satu posisi yang selesa pada bayi anda
4. Lakukan pergerakan semasa menyusukan bayi anda samada berjalan atau menghayunkan badan
5. Dapatkan persekitaran yang tenang supaya bayi selesa dan fokus untuk menyusu
6. Lakukan skin-to-skin contact dengan bayi anda sekerap mungkin.
7. Wear your baby! - kendong bayi anda sekerap mungkin supaya bayi anda berada dekat dengan dada anda.
Apabila berlaku Nursing Strike ini, yang diperlukan adalah PERHATIAN SEPENUHNYA daripada si ibu buat anaknya. Buat sementara waktu, fokuskan diri anda untuk anak ini supaya keadaan dapat kembali pulis seperti sediakala, insyallah...
Mohon kepada semua ibu-ibu tidak mudah berputus asa apabila mengalami situasi ini dan mengambil konklusi bahawa anaknya sudah tidak mahu menyusu badan lagi...
Teruskan perjuangan.
Salam Sayang,
Ummu Sakinah
No comments:
Post a Comment